Posts

TAK KENA PADAN MUKA BULAN NI

Image
Hari ni lala check up untuk 9 Bulan. Berat naik lebih kurang 1/2 Kg je dari last check up hari tu. Ok la tu dari 2 bulan lepas tak naik, kan?? Nurse kata perkembangan berat lala normal jadi tak perlu risau kalau dia kecik dari baby2 lain yang sebaya dengan dia sebab masa di lahir pun kecik. Untuk pemeriksaan 9 bulan ni takde sebarang suntikan perlu di ambil. Tunggu untuk suntikan 1 tahun je nanti. Tapi lala masih ada appoitment untuk 17 July nanti. Tentang perkembangan lain nurse kata lala masih normal walau lambat sikit. Macam orang2 lain cakap la.. Lain baby lain perkembangan dia. Cukup la sekadar lala sihat & membesar dengan normal macam baby2 lain. Sang Lekit ni seorang mummy yang sangat mengelabah. Berat anak tak naik mengelabah.. Anak lambat belajar kemahiran baru mengelabah.. Anak sakit sikit pun mengelabah. Walaupun lala dari sudut pandangan sang lekit aktif & jarang sakit. Haritu kena selsema & batuk cepat je baik. Kiranya lala dalam kategori bayi yang antibodi...

RUMAH BLOGGER AMMAR HANGUS TERBAKAR

Image
Takziah sang lekit ucapkan kepada keluarga Blogger Ammar yang baru2 ni di timpa musibah apabila rumah keluarganya di kampung hangus 100% dalam kebakaran. Sebagai kawan sesama blogger sang lekit turut simpati pada nasib Ammar & keluarga. Sekiranya kalau korang nak tahu cerita di sebalik kebakaran rumah Si Ammar ni boleh lah berkunjung di blog beliau DISINI Semoga Ammar & keluarga tabah menghadapi Ujian Allah ni.. Hari ni mungkin hari mereka di duga, esok lusa mungkin kita siapa tahu. Jadi kepada semua rakan2 blogger yang kenal mahupun tidak kenal kalau ingin menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban kepada keluarga Ammar yang kehilangan tempat tinggal & harta benda akibat kebakaran yang berlaku boleh hubungi beliau. 

BILA DAH GENAP 9 BULAN..

Image
Bila dah genap 9 bulan semakin lasak, semakin banyak kemahiran baru dia belajar, semakin tak senang la mummy kan?? Semakin hari semakin tak berani biar lala main sorang2 & buat kerja lain walau lala bukanlah jenis kuat meragam & sentiasa nak didukung @ duduk atas riba. Lala Hari ini. Tapi di sebabkan dia semakin lasak.. makin laju bergerak walau merangkak tak berapa merangkak lagi tapi dengan meniarap pun sekejab je dia boleh sampai kemana saja dalam rumah ni dia nak pergi kalau di luar pengawasan. Apa saja dia nak capai.. dia akan berusaha cuba dapatkan. Letak dalam walker pun dia suka panjat walker tu bila dia nak capai barang yang tak dapat di capai lebih2 barang2 yang agak rendah dari walker dia. Seriau jugak takut dia tersungkur masa menunduk nak ambil barang. Jadi sang lekit nak buat apa2 pun sang lekit terpaksa tunggu lala tidur dulu. Tidur pun kadang2 sang lekit tak senang jugak. Kalau letak dalam buai takut dia terjun buai sebaik je dia terbangun. Bila bangun je...

NAK TAU STATUS KANDUNGAN FASHA, BACA NI

Image
Kecoh sangat Si Fasha Sandha yang bunting pelamin tu.. Ada yang kata dia honeymoon sebelum nikah la.. Sebab ada yang anggap mustahil dia boleh kesan kehamilan tu dalam masa 16 hari selepas bernikah buat sang lekit sendiri tertarik bukan sebab nak tau status kandungan si Fasha Sandha tapi mencari jawapan sebenar bila paling awal boleh kesan kehamilan selepas persenyawaan berlaku @ dalam bahasa kita selepas hubungan seks la. Jadi untuk mencari ilmu maka tanya la en google. dapat la jawapan.. kalau ada yang salah tolong betulkan tapi taknak jawapan yang tak berlandaskan.. 'Aku rasa..' 'Mak aku bagitau..' Sepatutnya berlaku..' Betulkan dengan dengan ilmu jugak la. Carian Google Apa yang sang lekit dapat dari pengajian pendek bersama en google walau payah jugak nak search pasal ni. Pening cari keywords yang boleh trace. Hasilnya sang lekit dapat ialah... sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantati...

MODEL BARU TAK PERLU BAYAR

Image
Sudah tiba masanya bertukar model. Model lama kena letak jawatan. Walaupun bertukar model.. pilihan model tetap yang free Of charge. Manalah mampu nak bayar model mahal2. Jadi sekarang ni dengan rasminya beliau menjadi duta. Duta apa?? Ada ke model nak jadi duta secara percuma?? Ada.. Duta blog melekit jer.. kekekekeke. Duta baru blog melekit yang percuma tak perlu bayar royalti bagai tidak lain tidak bukan Cik Lala @ Shahila.. satu satunya Tuan Puteri sang lekit tu. Kalau dulu Mak dia je Interframe kan.. sekarang Mak dah malu nak (Malu la sangat.. kan??)  jadi tugas Duta Blog Melekit ni bagi lala pulak la. Duta kecik Model kali ni baju ditaja  Ezan Idma .. ekekekekeke.. Sebenarnya dah lama Ezan hadiahkan lala baju ni cuma masa Ezan bagi lala terlalu kecik nak pakai. Baju tu sepatutnya untuk baby 6 bulan tapi lala 8 bulan baru boleh pakai. Banyak lagi baju2 hadiah dari kawan & adik beradik sang lekit yang lala tak boleh pakai lagi. Dan ada juga baju hadiah yang...

KECOH JADINYA BILA FASHA SANDHA MENGANDUNG

Image
Bila dah jadi artis semua orang nak tahu tapi yang bernama artis tu pandai2 la asingkan yang mana boleh bagitahu, yang mana tak boleh bagitahu, yang mana tak payah bagitahu dulu atau yang mana jangan sampai orang tahu sebabnya akibat yang bernama Artis juga la nak terima. Katanya ni la hasil pregnancy test Fasha Kecoh la kat FB.. Blog2.. Fasha Sandha mengandung 2 minggu setelah lebih kurang 2 minggu bernikah. Yang tukang sebar cerita tu ok jer.. yang tukang respond (pengomen) pulak jadi hal. Ada yang pertikaikan kandungan fasha tu.. ada yang pertahankan fasha.. Macam2 la spekulasi yang timbul dari reaksi peminat & juga bukan peminat fasha. Siap ada yang tolong ajar macam mana nak kira usia awal kandungan ni. Korang paham2 la akan timbul salah faham bila terlalu cepat dia mengandung & usia kandungan dia pun lebih kurang usia pernikahan dia. Ada yang kata mustahil.. ada yang kata tak mustahil tapi jawapannya hanya tuan punya badan & Allah je tahu apa yang di sebal...

KAU BUKAN RATU TAPI SYURGA KU

Image
Tadi dok jenjalan kat FB jumpa satu status yang di buat dari gambar bekal makan seseorang yang di masak oleh mak dia sendiri. Hati tetiba tersentuh. Tersentuh sangat bila terkenang Mak. Terkenang pengorbanan mak selama membesarkan anak. Terkenang bila kita pernah termarah, termerajuk & tersusahkan mak. Tuan punya gambar pinjam jab yer Bila tengok gambar bekalan yang mak dia bekalkan teringat sang lekit 1 kisah dimana kali pertama sang lekit kerja sebagai kerani Am kat salah satu kilang kecik di kedah dulu. Kat kilang tu takde kantin.. Ada gerai makan tapi jauh jugak nak menapak dengan takde transport. Baru kerja nak tumpang orang malu pula. Jadi mak la yang akan masak & hantar makan tengahari kat sang lekit hari2 sementara sang lekit nak biasa dengan tempat kerja tu & mesra dengan kawan2 kat situ. Hari2 mak masak, datang naik bas tinggal makanan kat pondok pengawal. Mak sang lekit tak pandai drive.. jangankan kereta, basikal pun dia tak pandai bawak. Mak saya ...