Posts

NAK TUNJUK ISLAMIK PUN BERPADA PADA

Image
Kalimah Allah adalah kalimah yang sangat2 suci & mulia bagi semua umat Islam.. Tapi zaman sekarang ni kalimah Allah di ukir sampai takde sempadan. Punya nak tunjuk Islamiknya mereka.. Perlu ke nak tunjuk Islamik sampai tak kaji buruk baik main hentam kromo je ukir Kalimah Allah kat mana dia suka. Gambar di ambil dari FB tapi taknak mengaibkan sapa2 jadi tak di link kan. Isu Kalimah Allah yang di ukir pada buah.. macam - macam pendapat sang lekit baca kat FB. Ada yang kagum dengan kretiviti yang berunsurkan Islamik tu.. Ada yang menegah kerana rasa tak sesuai kalimah Allah di ukir pada sebiji buah tembikai. Ukiran yang di buat pada kulit buah tembikai yang semua orang tahu.. orang tak makan kulit tapi makan isinya. Selesai makan isinya.. kulit yang terukir indah kalimah Allah tu apa nak buat? Campak dalam tong sampah? atau semadikan dalam tanah. Atau hanyutkan kelaut? Ke ada yang nak awetkan kemudian frame gantung kat dinding? Sedangkan ia tertulis kalimah Allah.. jadi diman...

TAK PAYAH GEDIK SANGAT WALAU DENGAN LAKI/BINI SENDIRI

Image
Tajuk tu macam puaka sangat kan?? Tapi baca dulu isi kandungannya yer.. Bukan nak menyindir @ nak mengata.. bukan cemburu bukan jugak nak menjatuhkan sesiapa tapi apa yang sang lekit dapat dari hasil bacaan sang lekit sekadar nak kongsi untuk kita sama2 teladani & sempadani ( erkk... macam pelik je sempadani kan?? ) Walaupun berstatus halal tapi masih ada batasannya cara kita bermanja, bermesra, menyatakan kasih sayang @ meluahkan perasaan tak puas hati bagai la. Ada tempat yang boleh kita cerita @ tunjuk semua tu.. ada tempat yang tak boleh. Jadi tak semestinya halal hubungan tu maka jadi halal kesemua tindakkan kita. Ye tak?? Sang Lekit ada baca 1 artikel ni berkenaan isu canang kisah rumahtangga di laman sosial tak kisah la yang di canang tu berunsur bahagia @ derita. Menurut artikel tu... Sekadar hiasan Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada i...

KALAU BOLEH.. SORANG 1 GAYUNG AIR PANAS PUN CUKUP

Image
Antara perkara yang buat sang lekit tersentuh adalah penganiayaan terhadap binatang tak kira la yang halal di sentuh mahupun tidak. Kalaupun orang islam perlu menyamak bila pegang anjing yang basah.. kalaupun babi kita tak boleh bela @ sentuh tak bermakna kita harus menganiaya mereka, kan?? Hukuman bagi mereka yang mendera @ menganiaya haiwan ni sangat2 menyedihkan. Hukuman yang di terima pada penjahat ni sangatlah bagi sang lekit tidak berbaloi dari penderitaan yang di terima haiwan tersebut. Setakat denda 1 hari penjara & rm200 ringgit.. korang sendiri mau ingat la kan?? Sang Lekit ada ikuti fanpage2 yang memperjuangkan nasib haiwan2 ni.. Dorang banyak post pasal haiwan2 terbiar & haiwan2 yang di aniaya. 1 berita menyedihkan apabila seorang manusia yang meniaga mee wantan yang di laporkan selalu menyimbah air panas pada anjing2 yang lalu di depan gerainya. Bila kes ni di hadapkan kemahkamah.. hukuman yang di terima penjahat ni cuma itulah... denda RM200 & penjara seha...

SEDEKAH KAT TELAGA @ SEDEKAH KAT MANUSIA?

Image
Semalam (Ahad) bawak si lala & angkut sekali dengan ateh an lala pergi melaka. Biasa la jalan2 hujung minggu yang tak plan pun. Macam tu rutin kami anak beranak ni.. Nak pergi mana2 jarang nak plan sangat. Kalau plan bagai nak rak tak jadi pulak. Jadi.. rasa free rasa ada mood.. rasa ada budget pergi je. Kali pertama lala melawat melaka. Lala ok jer.. tak meragam langsung walau cuaca panas. Dia rasa mengantuk dia tidur.. Tapi sang lekit pastikan cukup time lala minum susu walau dia tak merengek lapar pun. Sebagai mak ni, naluri tu tahu anak lapar. Nak2 lagi cuaca panas. Kalau kita haus.. apatah lagi baby kecik macam lala walau dia tak meragam. Tapi kalau di bagi susu.. sedut hingga ke titisan akhir. Senang bawak lala jalan2 sekarang.. Paling utama dia sangat baik cuma lasak je. Kedua dia kurang nak menangis.. sepanjang ke melaka semalam langsung tak menangis. Ketiga lala dah minum susu dari botol.. jadi spare je susu kalau nak jenjalan. Tak perlu risau lagi.   lala atas ...

MEMANG MANUSIA BUKAN TUHAN

Image
Manusia mustahil menjadi Tuhan.. Apatah lagi menjadi sehebat Tuhan & sesempurna Tuhan tapi manusia di beri akal oleh Tuhan untuk berfikir.. Manusia di beri amanah untuk di laksanakan. Manusia di beri tanggungjawab untuk di pikul. Itu adalah tugas yang di beri Tuhan untuk manusia melaksanakan. Jenjalan baca berita hari ni kat Sinar harian Online terjumpa 1 kisah kecuaian pihak hospital sehingga menyebabkan kematian.. Dan 1 kes lagi hampir menyebabkan kematian tapi mungkin umur dia panjang & dapat di selamatkan. (Boleh rujuk artikel tu DISINI ) Pasal sedutan akhbar tu ok tapi yang sang lekit nak komen & bahas pasal sipolan yang komen tu. Rasa masa dia komen dia nak terberak kot sebab tu dia komen tanpa sempat berfikir panjang terus taip komen yang agak menampakkan ketidakbijaksanaannya. katanya... Kalau ikut konsep manusia bukan Tuhan.. Lepas ni apa2 kecuaian berlaku masing2 boleh pejam mata la. Yelah manusia bukan Tuhan boleh la buat kerja ala kadar.. orang kata as...

PUASA BAGI IBU YANG MENYUSU BAYI

Image
Tak lama lagi dah nak puasa. Jadi sebagai pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang ibu yang menyusu bayi (erkk.. lala lahir kan bulan puasa tahun lepas jadi tahun kedua la kan??) sang lekit pun mula google meng 'google' isu ni untuk di jadikan panduan. Seperti ibu2 lain yang kali pertama berdepan dengan perkara macam ni tentu la timbul macam2 andaian tanpa fakta sahih pasal menyusu bayi sambil berpuasa. Takut bila puasa susu jadi kurang.. susu kurang berzat.. susu akan jadi kering. Yelah.. berpuasa di siang hari sedangkan baby kita kena jugak di beri susu walaupun kita berpuasa. Takkan nak suruh baby pun puasa jugak, kan?? Tu kejam namanya.. Hasil google sang lekit.. (malas nak taip sebab takut salah faham jadi copy paste jer untuk kita sama2 berkongsi info) Carian Google J IKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekaliIni ...

CANTIK DI MATA PERIT DI TEKAK

Image
Semalam adalah hari minggu. Minggu ni lala,ateh An, Acu, Mummy & daddy keluar shopping sikit2. Lepas shopping sikit2 tu hari pun dah malam. Sebab kitorang keluar dah petang. Malam tu makan kat restoran kunang - kunang. Tak di nafikan cantik restoran kunang - kunang ni. Orang pun ramai. Nak cari meja kosong pun susah. Ada live band lagi. Suara penyanyi dia pun sedap.. tapi sayangnya yang sedap suara dari live band tu jer. Makananya dia.. alahai. Harga dia lebih kurang makan kat seafood kat Jeram. Tapi kat Jeram berbaloi makan. Harga dia bagi sang lekit kat Jeram berbaloi dengan masakan yang di hidangkan. Tapi di kunang - kunang.. Harga nasi goreng cina pun dah RM11++.. kalau kita makan kat restoran tomyam biasa harga dia tak sampai pun RM5. Setakat tambah telur mata, papadom,ayam goreng bahagian wing tu tapi semua rasa mengundang airmata jer.. Pun tak guna jugak kan. Apa yang kitorang makan semalam.. Tomyam campur (rasa hampeh sangat), Ayam rendang (pun boleh makan je), Nasi put...