Posts

ENTRI ARWAH 'AYAH' TIBA2 JADI PERHATIAN

Image
Kisah ni dah lama.. Kisah tu memang agak sedih.. Kisah tu kisah tangisan pengantin baru la jugak.. Kisah saat2 terakhir bersama arwah ayah. Sang Lekit sendiri sebak bila membacanya. Rindu pada arwah ayah tak pernah hilang apatah lagi bila membaca kembali entri tu. Rasa macam baru sekejab tadi jer semua ni terjadi... Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa tu.. Dalam sibuk menguruskan hal nak nikah.. Tiba Allah menguji dengan pemergian Ayah dengan tiba - tiba. Susah untuk tersenyum waktu tu.. terus terang sang lekit katakan.. Masa di ijabkabul pun sang lekit semacam takde perasaan. Yang ada cuma terkilan.. Bukan Ayah yang walikan sang lekit bernikah. Bagi yang dah lama ikuti blog melekit ni mungkin dah pernah baca kisah di sebalik pernikahan sang lekit bagi yang belum boleh clik DISINI @ tengok kat side bar.. ada gambar kawen tu clik je. Bukan pasal kisah sedih tu nak sang lekit cerita tapi kisah hari ni yang tiba2 entri yang dah bersawang tu mendapat perhatian ramai hari n...

DUHAI SHILA AMZAH, SALAH TETAP SALAH OK

Image
Pepetang ramadhan ni.. kebetulan lala pulak memilih untuk tidak melasak maka dia minta di dodoikan untuk tidur, setelah tidur ada la sikit masa mummy rilex2. Jadi tersinggah kat blog Beautifulnara terbaca isu pasal dak shahila.. op's bukan shahila anak den. Shahila anak den sapa la nak up entri melainkan mak dia je.. kan?? ni shahila atau nama retisnya Shila Amzah. Isu pasal dia dengan boipren dia si pelakon tu la.. Sang Lekit tertarik dengan 1 statement yang di keluarkan Shila Amzah ni (merujuk dari blog Beautifulnara ).. Kenyataan dia bertulis macam ni.. " Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar ." Gambar pinjam je dari Beautifulnara Duhai Shahila Amzah @ Shila Amzah... Akak ni b...

RESTORAN HIDANG AIR JUG BERLUBANG & BERKARAT

Image
Hari ni berkesempatan berbuka puasa kat luar. Takde la jauh.. kat Sungai buloh je. Takde la restoran eklusif tapi restoren tomyam biasa jer. Bukanlah kali pertama makan kat situ tapi dah banyak kali. Nak kata tak sedap boleh la tahan rasanya masakan kat situ sebelum ni. Kalau makan pun tak menyumpah seranah sangat la... Buku Menu restoran tersebut Jadi Petang tadi.. Sebab berbuka kat luar pun bukan plan, maka cukup la makan kat tempat2 yang dekat. Pergilah kami (Den, adik den & asben den serta anak den yang tak puasa tu..) ke restoran itu untuk menjamu selera. Setelah di order makanan & minuman.. lebih kurang 20 minit sebelum berbuka sampai la se Jug Jus Oren yang di pesan terlebih dahulu sebelum makanan yang lain. Bila tengok jug tu.......... Pendedahan berani.. Jug Berlubang Korang dah tengok kan rupa Jug tu? Apa perasaan korang nak minum? Kalau kat rumah pun rasanya Jug yang uzur tahap macam tu mesti kena campak dalam tong sampah dah.. tak pun bagi anak2 buat...

APA TERJADI 11 BULAN INI?

Image
Macam2 la yang terjadi.. ada yang mencuit hati, ada yang buat susah hati, ada yang tersentuh hati & yang paling penting tetap menjadi ratu hati hingga kini. Ratu hati beta kini dah 11 bulan.. Biasa la budak 11 bulan, kan? Semakin lasak. Ada yang dah boleh berjalan tapi lala belum lagi boleh berjalan. Masih dok bertatih dengan berpaut pada sofa. Pantang ada peluang mesti nak memanjat. Kadang2 kelakar tengok dia berusaha nak panjat atas sofa. Selalunya kalau sang lekit duduk tepi sofa dia jadikan sang lekit la alas nak memanjat ke atas sofa. Bermakna otak dia dah semakin berfungsi untuk berfikir la tu. Lala tak pandai sebut apa2 perkataan pun lagi. Masih bercakap dengan bahasa baby lagi. Bab makan macam biasa.. masih makan bubur nasi + lauk pauk, sayur mayur yang macam biasa lagi. Cuma kuantiti je makin bertambah. Yelah dah makin besar. Dulu 1 mangkuk baby.. sekarang mangkuk baby tu tak tak cukup. lebih sikit. Untuk sekali makan la. Lala jugak dah pandai pilih orang. Dah pandai...

CIKGU SHIDA CAKAP DAKU NI PEMUTAR BELIT

Image
Cikgu shida meluahkan perasaannya di laman Facebook dengan letak sekali url blog sang lekit. Katanya sang lekit salah seorang haters, menagih komen dari entri tentang dia,nak dapat banyak iklan dari entri tu & memutar belitkan status2 yang di update beliau. Setakat ni tak pernah kaya lagi la dari duit iklan blog. Jadi takde la sebab nak BE dari nuffnang update pasal cikgu shida. Update pasal cikgu shida pun sebab minat... kekekekeke Putar belit macam mana tu cikgu?? Sang Lekit cuma printscreen bukan copy paste seketul2 apa yang cikgu tulis tanpa sebarang sentuhan magik untuk mengubah apa2 kenyataan cikgu shida. Sang Lekit komen pun berdasarkan apa yang cikgu shida tulis. Nak kata sang lekit salah faham dengan niat cikgu shida? Niat cikgu shida bukan saja sang lekit je tak boleh tahu malah siapa2 pun takkan dapat tahu. Niat yang baik kalau di susuli kata2 yang baik akan nampak baik.. tapi kalau niat baik di luahkan dengan kata2 yang tak berapa sedap nak baca.. maka kefahaman...

SELEBRITI KUCING

Image
Jangan ingat manusia je boleh jadi artis terkenal & popular.. kucing pun boleh. Kucing sapalah yang bertuah sampai di angkat sebagai selebriti tu?? Siapakah yang mengiktiraf kucing tu sebagai selebriti? Apa sebab dia boleh jadi selebriti?? Carian Google Orang yang anggap & menganugerahkan kucing tu selebriti adalah sang lekit sendiri sebabnya dia sekarang makin popular.. glamour.. di kenali juga gendut. kekekekeke. Kenapa sang lekit anugerahkan dia selebriti? Sebabnya kalau sebut nama dia.. mesti ramai yang dah kenal. Dah keluar majalah, surat khabar,kat TV.. Kisahnya bukan lagi rahsia. Kisahnya buat kita berlinangan airmata. Siapa lagi kalau bukan HERO seekor kucing yang menjadi bukti kekejaman manusia. Kisah dua kaki depan dia di potong kerana curi sepotong ikan tu rasanya semua dah tahu kan. Jadi apa sang lekit nak cerita lagi?? Ni la Artis kucing yang sedang popular sekarang ni. Hensem tak?? HERO Takde la tadi tertonton Video yang PAPA HERO upload.. video tu tun...

TIADA ISTILAH SEBAIK BAIK JIN ADALAH SEJAHAT JAHAT MANUSIA DALAM AL-QURAN

Image
Kita biasa dengar Istilah Sebaik baik Jin Adalah sejahat jahat manusia yang mengambarkan Jin tu makhluk yang sangat la jahat. Sehingga hari ini pun masih ada yang berpegang kepada istilah tersebut sehingga ada yang percaya bahawa kenyataan tu betul. Betul ke tidak?? Tak betul wahai kawan - kawan.. dan marilah kita perbetulkan kepercayaan kita yang selama ni mungkin terpesong sebab terpengaruh dengan filem2 @ drama2 seram TV yang menjadikan Istilah itu sebagai tagline & skrip. Carian Google sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai. ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama...