Posts

TIPS MEMUDAHKAN KITA BERDIET

Image
Entri lepas cerita pasal diet sang lekit yang cukup2 enjoy & tak menyeksakan langsung. Entri ni pun nak cerita lagi pasal diet sang lekit. Excited kali pertama dalam hidup merasa ber diet bagai ni. Bila kita mulakan sesi diet.. dalam tempoh yang singkat menampakkan hasil jadi semangat kita untuk terus ber diet pun mesti berkobar2 & berkibar2.. kan?? Yelah.. bayangkan minggu sebelum tu rasa macam sedih je nak keluar.. pakai baju ni tak ok.. pakai baju tu tak ok.. tup tup minggu ni nak keluar.. sarung 1 baju je dah rasa yakin nak pergi jenjalan. Mana tak rasa berbaloi sangat2 bila berdiet. Tips yang sang lekit amalkan adalah rawat sebelum parah.. kalau ikutkan yang terbaik adalah cegah sebelum terjadi. Tapi almaklum la manusia ni.. selalu terhantuk baru terngadah, kan?? Bila tengok seketul gunung tengah2 perut baru la nak menyesal tak jaga makan minum sebelum ni. Main ikut sedap mulut je melantak. Bila sang lekit rasa masih awal untuk merepair kawasan2 yang makin berbukit buk...

DIET YANG TAK MENYEKSAKAN DIRI

Image
Bak kata pepatah cegah sebelum terjadi.. kalau terjadi rawat sebelum parah.. Dari sikit boleh jadi bukit. Kalau duit kita boleh la terima pepatah sikit sikit lama2 jadi bukit. Jadi dari sikit kita boleh menabung sampai jadi banyak tapi kalau lemak.. dok biar sikit2 lama2 jadi bukit.. rasanya bukan bukit dah.. gunung ganang boleh boleh jadi.. ye tak?? Dulu masa sebelum kawen.. sebelum ada anak.. orang selalu cakap. Badan macam hang ni kalau dah kawen & ada anak pun susah nak gemuk. Jenis badan kecik. Tu dari sudut pujian.. dari sudut kejian pun ada... Badan hang ni kecik sangat macam mana la nak kawen. Kalau kawen pun susah nak dapat anak ni @ susah nak beranak ni. Tu dia.. manusia yang cuba mencipta hukum sendiri. Tapi semua tu tak buat sang lekit down pun.. Kisahnya bukan kisah puji mengeji ni.. kisah selepas lala merangkak ke umur setahun. Lala membesar dengan gaya slim tapi mak dia pun tak nak kalah mula membesar bagai juara gitu. Badan tu di akui sedikit chubby berbanding d...

HUDUD KE ATAS KUCING YANG MENCURI

Image
Kalau korang nak tau kucing pun tak terlepas dari di hadapkan kepada hukuman kalau mencuri. Kucing tak kucing.. salah tetap salah. Kucing... kau tak tau ke mencuri tu salah & berdosa. Sapa suruh kau buat jugak. Sekarang terimalah hukuman setimpal dari kesalahan kau tu? Sekarang kaki kau kena potong sebab ikut hukum hudud. Dengan cara ni kau akan insaf.. bertaubat & tak mencuri lagi... Boleh kau cakap dengan kucing macam tu?? Boleh kau laksanakan hudud kat kucing atau kat haiwan2 lain. Kalau kau rasa di bolehkan melaksanakan hukum hudud pada haiwan.. samada kau yang rosak akhlak, akidah & sebagainya.. kau ni boleh la aku cakap mereng tanpa batasan. Aduhai manusia Ooi... Hudud cuma untuk manusia yang di ciptakan Allah makhluk paling sempurna sifat & akalnya bukan untuk haiwan yang tak berakal. Kalau kau rasa hudud tu juga untuk haiwan.. aku mula konpius...yang mana satu haiwan. Kau ke atau haiwan2 tu haiwan. Ni kes sorang hamba Allah komen guna otak lembu kot kat fa...

DAH SETAHUN SEBULAN.. BUAT APA GAMAKNYA?

Image
Sejak menginjak ke setahun ni.. kurang dah entri pasal dia.. dah setahun sebulan lebih dah. Takde sesi canang2 pasal dia.. takde sesi2 tayang2 muka dia kat blog ni.. jadi apa cerita dia sekarang yer?? Syok main jongkang jongkit dengan mummy Setahun sebulan ni apa perkembangan budak lala tu yer.. Budak lala macam biasa, aktif & sihat. Gigi baru muncul dua batang (Gigi bawah). Belum boleh jalan... tapi sang lekit tak risau sangat sebab lala tak menunjukkan dia ada sebarang masalah sebab dia masih berusaha memantapkan skill2 yang ada untuk berjalan. Mungkin lala tak secepat baby2 lain.. Tapi Insyaallah tak lama lagi berjalan la si lala tu. walau dia masih berjalan dengan berpaut pada sesuatu.. tapi sel2 otak dia dah banyak bersambung. Buktinya trick dia cukup banyak. Kalau dia nak memanjat kat tempat dia tak sampai.. dia dah pandai guna benda2 yang ada sekitar untuk dia jadikan pelapik. Tepi katil ada meja jepun yang kecik tu bapak dia guna letak laptop.. kalau dia nak panjat ka...

PENYOKONG POLITIK ATAS PAGAR

Image
Kalau cakap pasal politik memang la den tak pandai.. Sebab den ni bukan orang politik atau manusia yang fanatik pada politik. Tapi den ni suka ambil tahu sikit - sikit la tentang semua benda & isu. Walau bukan jenis suka khatam. Terus terang sang lekit tak pernah mengundi & daftar pengundi pun arwah ayah yang daftarkan. Dari di kampung sampai la keluar kampung memang sejak dulu sang lekit tak pernah terlibat dengan mana2 aktiviti yang berkaitan dengan mana2 parti. Cuma memandang saja.. Politik sekarang bagi sang lekit memecah belahkan manusia.. Masing2 rasa diri betul. Sorang pun tak nak mengaku benda tu salah walau terang2 salah. Masing2 anggap perjuangan mereka tu baik untuk rakyat. Bila mula bersaing.. mula timbul macam2 fitnah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Bila dah masuk bab politik semua jadi kucar kacir.. Agama di politikkan.. bangsa di politikkan.. semuanya jadi politik.. sampai ada pengikut yang fanatik ni nak sembahyang kat masjid pun tanya dulu.. masjid siap...

KESAN KONTROVERSI BABAK CERAI FILEM 3 HARI

Image
Semua orang tahu kecoh pasal isu kes adengan cerai berai yang kononnya ada dalam filem 3 hari lakonan Vanida Imran & Rashidi. Kononnya Dalam filem tu Rashidi melafazkan talak pada Vanida bagi menjayakan adengan yang dikatakan ada dalam filem tersebut. Betul tak betul sang lekit tak tahu sebab tak tengok.. Bagi orang yang tengok tahu la samada betul @ tak ada babak2 macam tu dalam filem tu. Tapi kalau mengikut hukum la kan.. sekiranya benda tu terjadi walau atas niat sekadar berlakon sekalipun memang sah lafaz talak tu.. Tapi bukan sang lekit cakap memang dorang ada melakonkan perbuatan tersebut yer..  Sang Lekit cakap kalau ada.. baca betul2 kang tak pasal2 datang komen nak saman sang lekit pulak. kekekekekeke Bukan pasal cerai berai.. talak bagai ni yang sang lekit nak komen & mengupas ngupis.. Tapi kesan dari kontroversi tu. Secara tak sengaja.. kontroversi tersebut macam jadi satu promosi kepada filem tu & sekaligus memberi publisiti kepada filem jugak pelakon mahu...

APA RASA BUANG ANAK MAKHLUK LAIN?

Image
Sungguh aku tak paham.. sungguh aku memang tak boleh cuba paham apatah lagi cuba merasai apa yang mereka tu fikir  & rasa. Sungguh aku tak mampu nak letakkan diri kat tempat orang - orang macam tu sebab aku tak memiliki sekeping hati yang kejam.. Sebab tu aku tak boleh langsung nak menjiwai perasaan spesis manusia macam tu.. Spesis manusia macam mana sang lekit?? Ni ha.. spesis manusia yang takde perikemanusiaan. Mentang2 dia manusia.. Dia rasa bumi ni dia la yang punya. Manusia yang suka buang kucing.. OK.. kucing yang dah boleh berdikari mungkin walau susah nak survive hidup di jalanan at least dia boleh jugak mengelak dari sebarang ancaman.. Ni anak kucing.. mata pun tak berapa celik lagi.. jangankan nak lari dari ancaman.. nak makan pun tak reti. Yang dia tau minum susu mak dia jer.. Pun ada manusia yang berhati syaiton sanggup buang. Sama la macam kau nak bunuh budak kucing tu kan?? Akai letak mana pun tak tau. Bagi sang lekit la kan.. spesis macam ni tak mustahil kala...