Posts

JANGAN TERPEDAYA DENGAN JALAN JALAN CARI MAKAN

Image
Tajuk hangus ni tak takut kena saman ke?? Takut la jugak tapi demi membongkar satu rahsia yang besar & yakin takde sapa berani saman sang lekit yang kental lagi kenyal ni maka sang lekit tetap nak menulis pasal ni. Ada ku kesah??? Beraninya kau lekit.. Demi menyatakan kebenaran, aku berani. Hahahahahahahaha... Ok.. ok.. tanpa membuang masa apakata kita ke topik sebenarnya. Tak payah nak gimik sangat la lekit Ooi! Apa yang di perdaya tu wahai sang lekit oleh rancangan jalan jalan cari makan tu?? Ni la nak cerita. Semalam kan hari ahad.. bila hari ahad pukul 12 tengahari di TV3 ada rancangan jalan jalan cari makan yang pengacara dia sekarang Iqram Dizly. Sambil santai2 di hujung minggu bersama anak & suami serta pelawat tetap rumah kami iatu Acu (adik sang lekit) kami pun menonton tv bersama sama. Carian Google episod semalam ada memperkenalkan satu restoran Anje nasi berani Gam, Johor. Nampak nasi beriani tu macam best jer... berserta menu2 lain macam mee rebus, soto, la...

PERNAH KONGSI KASIH TAPI TAK SANGGUP MADU

Image
Baca kat beautifulnara pasal memey yang keluarkan kenyataan dia tak nak bermadu gara2 isu dia & bekas isteri norman hakim, abby abadi yang kini sudah boleh ciom molot bak kata pepatah baru sekarang. Cedok sikit la sedutan entri kat blog Beautifulnara tu supaya lebih dramatik untuk sang lekit kupas,kupis & kopek nanti.. Ramai pembaca BeautifulNara yang menyarankan agar Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi supaya rujuk semula selepas melihat kemesraan yang terpamer di antara mereka dalam gambar percutian ke Genting Highlands. Namun Memey menolak sebarang kemungkinan untuk dirinya dimadukan:- Carian google hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik.Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh. Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur...

LEBIH BAIK JANDA DARI MADU

Image
Setiap pasangan yang berkahwin, tak merancang untuk jodoh yang separuh jalan. Tapi kalau sudah tertulis perjalanannya macam tu, tiada kuasa yang mampu melawan. Kat sini sang lekit nak kupas kupis kenapa perempuan lebih suka bergelar janda dari di madukan. Ini cuma pendapat peribadi bukan kajian dari pihak yang profesional yer... antara sebabnya.. Memang tak boleh terima hakikat berkongsi takhta dengan perempuan lain. Rasa tercabar, rasa macam loser.. & rasa macam bodoh pun ada jugak. Setiap manusia tak banyak pun sikit mesti ada ego dalam diri tu, kan?? Nak2 lagi bab kongsi suami dengan perempuan lain... Yang takde ego pun boleh naik temperature ego dia secara mendadak. Tak boleh terima kena kongsi suami & segala milik suami dengan perempuan lain yang dah sama level dengan dia. Nak marah tak boleh.. nak halang pun dah tak boleh.. sebab apa yang halal suami dengan dia.. menjadi halal juga dengan perempuan kedua yang muncul dalam hidup suami dia. Rasa keistimewaan tu dah takd...

TIPS MEMUDAHKAN KITA BERDIET

Image
Entri lepas cerita pasal diet sang lekit yang cukup2 enjoy & tak menyeksakan langsung. Entri ni pun nak cerita lagi pasal diet sang lekit. Excited kali pertama dalam hidup merasa ber diet bagai ni. Bila kita mulakan sesi diet.. dalam tempoh yang singkat menampakkan hasil jadi semangat kita untuk terus ber diet pun mesti berkobar2 & berkibar2.. kan?? Yelah.. bayangkan minggu sebelum tu rasa macam sedih je nak keluar.. pakai baju ni tak ok.. pakai baju tu tak ok.. tup tup minggu ni nak keluar.. sarung 1 baju je dah rasa yakin nak pergi jenjalan. Mana tak rasa berbaloi sangat2 bila berdiet. Tips yang sang lekit amalkan adalah rawat sebelum parah.. kalau ikutkan yang terbaik adalah cegah sebelum terjadi. Tapi almaklum la manusia ni.. selalu terhantuk baru terngadah, kan?? Bila tengok seketul gunung tengah2 perut baru la nak menyesal tak jaga makan minum sebelum ni. Main ikut sedap mulut je melantak. Bila sang lekit rasa masih awal untuk merepair kawasan2 yang makin berbukit buk...

DIET YANG TAK MENYEKSAKAN DIRI

Image
Bak kata pepatah cegah sebelum terjadi.. kalau terjadi rawat sebelum parah.. Dari sikit boleh jadi bukit. Kalau duit kita boleh la terima pepatah sikit sikit lama2 jadi bukit. Jadi dari sikit kita boleh menabung sampai jadi banyak tapi kalau lemak.. dok biar sikit2 lama2 jadi bukit.. rasanya bukan bukit dah.. gunung ganang boleh boleh jadi.. ye tak?? Dulu masa sebelum kawen.. sebelum ada anak.. orang selalu cakap. Badan macam hang ni kalau dah kawen & ada anak pun susah nak gemuk. Jenis badan kecik. Tu dari sudut pujian.. dari sudut kejian pun ada... Badan hang ni kecik sangat macam mana la nak kawen. Kalau kawen pun susah nak dapat anak ni @ susah nak beranak ni. Tu dia.. manusia yang cuba mencipta hukum sendiri. Tapi semua tu tak buat sang lekit down pun.. Kisahnya bukan kisah puji mengeji ni.. kisah selepas lala merangkak ke umur setahun. Lala membesar dengan gaya slim tapi mak dia pun tak nak kalah mula membesar bagai juara gitu. Badan tu di akui sedikit chubby berbanding d...

HUDUD KE ATAS KUCING YANG MENCURI

Image
Kalau korang nak tau kucing pun tak terlepas dari di hadapkan kepada hukuman kalau mencuri. Kucing tak kucing.. salah tetap salah. Kucing... kau tak tau ke mencuri tu salah & berdosa. Sapa suruh kau buat jugak. Sekarang terimalah hukuman setimpal dari kesalahan kau tu? Sekarang kaki kau kena potong sebab ikut hukum hudud. Dengan cara ni kau akan insaf.. bertaubat & tak mencuri lagi... Boleh kau cakap dengan kucing macam tu?? Boleh kau laksanakan hudud kat kucing atau kat haiwan2 lain. Kalau kau rasa di bolehkan melaksanakan hukum hudud pada haiwan.. samada kau yang rosak akhlak, akidah & sebagainya.. kau ni boleh la aku cakap mereng tanpa batasan. Aduhai manusia Ooi... Hudud cuma untuk manusia yang di ciptakan Allah makhluk paling sempurna sifat & akalnya bukan untuk haiwan yang tak berakal. Kalau kau rasa hudud tu juga untuk haiwan.. aku mula konpius...yang mana satu haiwan. Kau ke atau haiwan2 tu haiwan. Ni kes sorang hamba Allah komen guna otak lembu kot kat fa...

DAH SETAHUN SEBULAN.. BUAT APA GAMAKNYA?

Image
Sejak menginjak ke setahun ni.. kurang dah entri pasal dia.. dah setahun sebulan lebih dah. Takde sesi canang2 pasal dia.. takde sesi2 tayang2 muka dia kat blog ni.. jadi apa cerita dia sekarang yer?? Syok main jongkang jongkit dengan mummy Setahun sebulan ni apa perkembangan budak lala tu yer.. Budak lala macam biasa, aktif & sihat. Gigi baru muncul dua batang (Gigi bawah). Belum boleh jalan... tapi sang lekit tak risau sangat sebab lala tak menunjukkan dia ada sebarang masalah sebab dia masih berusaha memantapkan skill2 yang ada untuk berjalan. Mungkin lala tak secepat baby2 lain.. Tapi Insyaallah tak lama lagi berjalan la si lala tu. walau dia masih berjalan dengan berpaut pada sesuatu.. tapi sel2 otak dia dah banyak bersambung. Buktinya trick dia cukup banyak. Kalau dia nak memanjat kat tempat dia tak sampai.. dia dah pandai guna benda2 yang ada sekitar untuk dia jadikan pelapik. Tepi katil ada meja jepun yang kecik tu bapak dia guna letak laptop.. kalau dia nak panjat ka...