Posts

2012.. DAH CERAI TALAK TIGA, TABAHLAH BERTEMU TAHUN BARU!

Image
Jam dah pukul 12.23 am saat daku mula taip entry ni bermakna dah masuk tahun baru 2013. Amboi meriah sungguh Facebook orang countdown new year yer.. Cuma takde bunga api meletup jer kat Facebook tu je tapi meriahnya tetap ada. Den kat umah je.. Dah masuk tahun baru ni maka ramai la susun azam bagai.. Dah jadi macam satu budaya semua bangsa & agama.. masuk tahun baru je mesti ada azam baru. Nak berazam je mesti tunggu tahun baru.. gamaknya kalau takde tahun baru takde azam la kot. Hahahaha.. Tak kisah kalau azam tu membawa perubahan yang lebih baik dari sebelumnya, bukan jadi satu isu yang nak kita besarkan atau perlekehkan, kan?? Biar la dia nak buat azam setahun sekali.. at least dia ada juga niat untuk merubah sesuatu kearah yang baik & berjaya dari orang tu jangankan nak buat.. berniat @ berazam pun langsung takde, kan?? Azam juga mungkin jadi pendorong.. Jangan tanya azam sang lekit.. daku ni kalau nak berazam apa2 takde tunggu detik 12 tengahmalam tahun baru. Bila2 jer...

ORANG INDONESIA TANYA KENAPA MALAYSIA SUKA BELI SINETRON SAMPAH?

Image
Dah macam entri berepisod la rasanya. Bermula dari entri ni >> JANGAN KUTIP LAGI ARTIS INDON NI KE MALAYSIA << dapat satu komen yang membuatkan sang lekit nak bangkitkan isu dalam entri ni >> STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERHINA << kemudian terciptalah entri ni. Semuanya sebab komen2 yang membina idea untuk daku berkata kata terus pasal benda berkait kait ni. Sang Lekit dapat lagi satu komen dari entri STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERHINA yang cuba membela rakan senegara dorang iatu Jupe @ Julia Perez walaupun dia kata bukan la nak bela kawan senegara dia tapi bunyinya lebih kurang macam tu la. Sebelum isu ni sang lekit kopek sampai ke urat saraf terhalus.. elok la korang baca dulu komen dia untuk menaikkan mood membaca perenggan seterusnya.. Rujukan Dari Entri STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERH INA Sepele tu sang lekit tak sure sangat maksu...

KISAH KAWAN YANG TAK HINGIN AKU KENANG

Image
Kawan Fb ni silih ganti kadang2.. yang lama ada yang remove mungkin menyampah dengan kita,mungkin marah, mungkin rasa kita dalam friendlist dia dah takde fungsi atau mungkin juga dia nak kurangkan friendlist dia yang dah penuh untuk terima kawan2 baru yang baru add. Macam - macam kemungkinan la orang remove @ unfriend kita kat FB. Jadi jangan la touching sangat rasa maca diri kita ni di benci ramai orang padahal antara beribu orang dalam friendlist kita tu yang unfriend mungkin sorang dua.. tak sampai pun sepuluh orang. Macam tu jugak kat Blog.. kalau tetiba kurang satu dua follower tak payah la semakkan otak, kacau bilaukan jiwa fikir bagai nak gila kenapa orang unfollow kita. Benda ni macam pepatah lama.. patah tumbuh hilang berganti. Pada yang tak suka kita, kita tak boleh halang.. Cuma percaya pada diri, percaya bahawa kita hidup tak bergantung pun pada orang2 yang unfriend @ unfollow kita kat blog & FB atau apa2 je lah. Selama depa tak muncul dalam hidup kita pun.. kita teta...

KERANA.. PEREMPUAN BODOH, JANTAN KEJAM & ANAK PUN MATI

Image
Biarpun anak orang.. tengok budak2 yang seusia 2 tahun, tergamak ke kita nak belasah macam rakan sebaya? Kita bukan rakan sebaya budak 2 tahun kalau umur dah 27 tahun. Kudrat & tenaga tak sama dengan budak 2 tahun lebih2 lagi kudrat seorang lelaki berusia 27 tahun yang nak ajak budak 2 tahun bergusti. Keupayaan budak 2 tahun nak melindungi diri.. memang takde. Setakat budak 2 tahun boleh la kau belasah sampai mati. Kes Boipren mak dera anak bukan kes yang baru kita dengar kat Malaysia. Rasanya dah berkali2 jugak kes ni wujud di negara kita. Konon dia sayang anak kau macam anak sendiri la sampai ko percaya bagi dia jaga anak ko. Selagi anak ko hidup.. gamaknya ko tak amik pot sangat lebam sana sini kat badan anak ko tu. Kes terbaru ni buat sang lekit sangat2 geram dengan mak arwah kanak2 2 tahun yang meninggal sebab di dera boipren mak dia. Menurut cerita nenek kepada mangsa dera tu.. Pernah tanya & tegur bila dia tengok kat badan cucu dia penuh lebam2 & sampai jadi perten...

SAAT NASIK MULA DI KUNYAH & DI TELAN

Image
 Wah.. tajuk entri.. sesuatu sangat. Nak tau sesuatu apa teruskan membaca hingga ke titik yang terakhir tanpa skip satu perkataan pun. Tu dia serius bebeno bunyinya, kan?? Rasanya dekat sebulan jugak budak lala meragam tak nak makan. Asyik minum susu jer.. Sang Lekit tetap tak putus asa untuk pujuk dia makan. Kalaupun dia taknak makan makanan berat sekali sekala dalam sebulan ni sang lekit bagi la juga makanan yang ringan & sedikit sedikit setakat dia nak makan. Macam roti ke.. buah ke.. Sesuap dua jer dia makan. Kadang2 dia nganga je tapi dia kemam dalam mulut tak telan2 sampai terpaksa sang lekit korek & buang pulak. Yelah.. selagi ada makanan dalam mulut dia sampai dia tidur pun dia tak telan & dia takkan minum susu selagi makanan tu ada dalam mulut. Susah hati tu tak payah cakap. Tapi pendekatan yang sang lekit buat, adalah jangan paksa dia makan. Biar dulu kalau dia taknak makan. Sang lekit taknak dia fobia dengan makanan bila kita terlampau paksa. Lagipun sebe...

DENGAN 8SHARE SETIAP BULAN BOLEH CASHOUT

Image
Dah lama nak share benda ni.. mungkin juga dah ramai yang tahu & join tapi tak mustahil ada yang belum tahu & ada yang tahu tapi belum join sebab belum tahu sejauh mana ia mampu & berkesan dalam mencari pendapatan sampingan. Jom sang lekit share sikit.. sang lekit memang tak nak share la kalau tak cuba & tak nikmati sendiri hasil dari sesuatu tu. Kang cakap je gempak alih2 takde apa - apa pun tak guna jugak. Memandangkan sang lekit dah join benda ni dah dekat 2 bulan lebih kurang, nampak hasil & rasa lebih berhasil berbanding nuffnang & chrup chrup yang sang lekit pernah sign up tu. Kalau dengan Nuffnang tu.. harapkan BE je kalau nak duit masyuk lebih. Kalau dulu meriah jugak dengan BE & bila dapat BE.. iklan BE pun selalu jenguk blog tapi sekarang nak dapat BE tak senang macam dulu.. kalau adapun dia bagi BE.. alahai segan2 je nak jenguk blog kita ni jadi bila BE ada tapi iklan BE jarang2 muncul maka earning tu pun malu2 siput sedut sikit la nak bertamb...

TAKDE BEZA ARTIS INDON DENGAN BURUH INDON.TAKDE PERMIT TETAP SALAH

Image
Patut la si Jupe @ Julia Perez tu beriya benar minta maaf pasal mulut lancang kuning dia kutuk drama melayu masa dia datang untuk shooting filem arah Murali tu kat Penang. Rupanya ada tempe sebalik ikan bilis goreng & kacang tanah rupanya. Rupanya dia datang kerja (berlakon) takde permit. Ambik kau!! Kau retis ke kau siapa ke takde beza dengan warga indonesia lain yang masuk bekerja kat Malaysia. Kena ikut undang2. Untung kau tak payah nak menyorok atas syiling.. terjun dalam lubang najis, sembunyi dalam belukar bila nampak penguatkuasa datang. Sebab apa kau retis yer Jupe. Tapi bila terbukti kau memang datang kerja takde permit. Kata si Jupe ni baru mohon tapi belum lulus. Kalau dah belum lulus makna belum sah untuk kau kerja kat sini. Bila belum sah bermakna haram. Bila dah haram bermakna salah. Bila dah salah harus kena hukum tak kira ko retis ke ko orang gaji ke ko buruh binaan sekalipun.   Ni muka minah Jupe sebelum jadi retis Kelmarin, Nusantara Seni Karya Sdn Bh...