Posts

JENJALAN KAT OVERSEA SEPARUH HARI JE, KAU BOLEH?

Image
Selalu jalan2 tak planning ni dalam Malaysia jer.. Yelah, kalau planning gedebuk gedebak kang tak jadi kecewa pulak. Nak2 lagi Permaisuri yang asyik menjerukkan diri dalam rumah jer. Al maklumlah surirumahtangga.. dengar keluar je senyum lebar sampai ke sideburns gitu.. Petang sabtu aritu.. sedang asyik menyibukkan diri kat dunia maya (online) asben yang masa tu pun tengah layan online jugak tiba2 ajak pergi singapore. Takde la fikir benda tu serius.. Time tu Acu lala (adik bongsu daku) pun tengah melepak kat rumah kami ni. Tiba Acu Lala di halau balik suruh siap, bawak baju & pasport sekali.. Time tu pun tak fikir laki aku ni serius nak pergi singapore sebab dia ni memang suka berlawak jenaka hari hari. Lepas di halau Acu balik suruh bersiap.. Di suruh pula daku cepat2 siap. Ingat nak keluar jenjalan area KL je la, sekali orang tu keluarkan beg dia lap2 habuk sikit. Sah2 jalan jauh jugak ni. Memang betul la dia nak pergi Singapore ni. Benda biasa la laki aku buat. Kalau terdet...

KALAU BAIK SAMPAI DALAM KAIN CERITA

Image
Apa pulak kali ni sang lekit Ooi..  Apa yang kalau baik sampai dalam kain cerita? Cerita apa yang ada dalam kain tu?? Kain siapa?? cerita siapa?? Apa dan kenapa?? Cerita kain siapa.. siapa punya cerita atau siapa yang nak di ceritakan tu tak penting apa yang penting benda ni memang berlaku di sekeliling kita & tak mustahil tanpa kita sedar atau memang kita sedar kita juga buat benda ni. Buat macam mana tu?? Jom sang lekit nak kopek isu sampai ke urat saraf paling halus... Alkisahnya kita ni.. (Tak merujuk diri sendiri atau sesiapa la.. ) kalau berkawan tu, nak - nak lagi declare sebagai kawan baik, sahabat baik @ bahasa sekarang BFF habis semua nak cerita dari salasilah keluarga sampai la taik lalat celah kangkang pun nak bagitau. Tak cukup dengan tu rahsia & aib sendiri pun nak share jugak. Tak cukup lagi rahsia & aib keluarga pun nak share jugak. Konon memang kawan baik sangat2 la.. sampai masa bersama laki pun nak cerita kat orang. Ok.. nasib baik dapat kawan yan...

MISTERI UPIN & IPIN

Image
Sejak ada lala & lala dah pandai tengok TV ni memang hari2 jugak la layan upin & ipin. Mula2 cuma layan lala tengok TV tapi bila dah hari2 tengok terhafal la pulak cerita upin ipin tu. Jangan kata cerita semua watak dalam upin ipin tu pun daku kenal. Penangan upin ipin kepada kanak - kanak ni memang kita tak dapat nafikan. Majoriti kanak2 & baby melayu ni memang minat dengan upin ipin. Lala punya minat upin ipin kalau nampak belon ada rupa upin ipin, gambar upin ipin atau apa2 je yang ada muka kembar botak tu dia dari jauh sengih & gelak dah.. Memang terkesan sungguh watak dua kembar botak tu kepada bayi & kanak kanak.  Bila dah hari2 tengok.. macam2 pulak misteri yang tak terjawab tentang upin ipin ni. Wah... Upin ipin pun ada kisah misteri jugak ker?? Ada... sapa kata tak ada. Menjadi misteri bila benda tu kita tak tau jawapan. Misteri pasal upin ipin ni.. Mula2 sang lekit pun konpius jugak. Mak bapak Upin Ipin ni pergi mana. Setiap episod cuma ada watak nen...

HARAM, BERDOSA BESAR & DI LAKNAT MANDI WAJIB TANPA SEURAT BENANG?

Image
Betul ke? Sang Lekit pun baru first time dengar hukum macam tu. Yelah kan.. selama ni kita tak ambil kisah sangat pasal ni kan?? asal mandi sudah.. Persoalaanya sekarang, adakah betul hukumnya macam tu? Jom kita kupas kupis topik pasal ni Menurut Ustaz Azhar Idrus katanya memang Haram, Berdosa besar & di laknat sekiranya mandi kat tempat ambil wuduk di masjid dalam keadaan tanpa seurat benang tu. Kalau dalam bilik air sorang diri atau dengan pasangan yang muhrim tak jadi masalah. Pasal mandi wajib tanpa seurat benang tu pun takde masalah. Jangan ada yang anggap tak sah pula mandi wajib dalam keadaan berbogel. Terus buat hukum sendiri nanti jadi sesat pulak. ( Rujukan kat SINI ) Style Ustaz Azhar Idrus ni jawab soalan memang sang lekit perasan dari dulu lagi mesti ada gimik & suspen tapi benda tu buat dia nampak ada identitinya sendiri cuma sang lekit kadang2 dengar kuliah dia kat youtube tak berapa faham sangat sebab dia punya slang terengganu tu pekat sangat. Sang Lekit...

DAH DAPAT LESEN BERJALAN

Image
Akhirnya setahun 4 bulan..  dapat jugak lesen P.. sebulan lagi Insya Allah dapat lesen penuh la tu. Bila dapat lesen penuh nanti confirm la berdesup perginya kesana sini. Almaklum la time time macam ni la dia nak menjelajah seluruh pelusuk yang ada. Masalahnya cerita pasal lesen apa ni?? Siapa yang dapat lesen?? Alkisahnya budak lala akhirnya dah pandai berjalan sendiri jugak. Sejak awal bulan haritu (maybe hujung bulan 12 kot..) dia dah tunjuk tanda2 nak berjalan bila dia mula bertatih setapak dua. Sekarang dah bertapak2 dah dia bertatih tapi jalan jatuh lagi la. Rajin betul budak lala practice berjalan.. Dan makin jauh pula dia menjelajah. Tapi nasib baik la rumah kami ni kecik jer.. Lega rasa hati mummy. walau lambat akhirnya lala berjalan jugak. Memang betul2 anak dady la lala ni. Semua nak lebih kepada dady. Muka pun lebih mirip bapak.. berjalan pun ikut bapak.. setahun lebih baru jalan macam bapak dia juga (menurut cerita ibu mertua ku ler..) Dah dapat skill baru maka dia...

TERGAMAK CURI DUIT KWSP MAK

Image
Cerita ni di entri kan untuk teladan bukan untuk mengaibkan sesiapa maka takde nama sebenar, tempat tinggal, anak siapa, gambar & sebagainya.. malah sumber cerita ni pun terpaksa di rahsiakan taknak kang bagitau jadi macam clue pulak untuk orang meneka. Alkisahnya seorang anak ni.. dah tua bangka, dah ada anak bini gamak lagi dok buat kerja terkutuk curi duit mak sendiri. Dah la menumpang kat rumah mak dengan anak bini lagi, tak kerja, harap mak & bini dia je kerja.. Bini tu pun kerja menurut sumber kerja untuk diri sendiri je. Kau laki, maka apa yang menjadi tanggungjawab ko, sila tanggung & jawab la sendiri. Tak kisah la.. memang hasil titik peluh si isteri tu hak dia. Yang si laki ni.. dari bujang sampai dah kawen perangai tak berubah. Kerja tak pernah tetap.. kerja pun sekejab sekejab.. menganggur lebih panjang dari masa kerja. Dari kecik dah terbiasa mencuri.. membawa sampai ketua pun tetap suka mencuri. Kecik2 curi duit mak & tokwan seringgit dua. Bila besar p...

BUDAK 13 TAHUN DI DAKWA CUBA ROGOL TU DAH DI HADAP KE MAHKAMAH

Image
Sebab sang lekit pernah tulis pasal budak lelaki melayu 13 tahun yang di dakwa cuba merogol wanita cina berusia 28 tahun di tandas salah sebuah stesen minyak maka entri kesinambungan dia kena juga buat supaya orang yang susah faham lebih faham agar tak jadi salah faham & pertikaian.(boleh rujuk entri ni >> DIMANA BUKTI BUDAK LELAKI MELAYU 13 TAHUN CUBA ROGOL PEREMPUAN CINA TU? ) Entri lepas sang lekit mempersoalkan gosip yang tersebar luas kat FB pasal kes ni sebab banyak sudut yang meragukan. Yelah.. sekadar up status & upload gambar tanpa bukti kukuh macam lampiran laporan polis yang di buat, mesti la meragukan, kan?? Jadi salah ke daku meragui kebenaran cerita tersebut?? Kalau ada yang anggap salah.. tak tau nak cakap la. Maybe yang rasa salah tu dia punya tahap instinct tu tinggi boleh tau yang mana gosip yang mana cerita betul la kot. Tapi daku cuma boleh tau benda tu betul atau gosip kalau di sertakan bukti kukuh jer, takde kelebihan nak guna instinct ni.. cuma ma...