Posts

SULTAN PALING MISKIN, HINA & JAHAT

Image
Mesti korang nak tahu siapakah sultan sudahlah miskin.. hina di tambah pula jahat, kan?? Sapa yang tak benci kalau dah macam tu keperibadiannya. Kalaupun dia teringin sangat nak jadi Sultan.. tunjuk la kepimpinan yang baik, ni tak awal2 lagi dah tunjuk ke syaitanannya. Dah la takde orang nak iktiraf dia sebagai sultan terpaksa tabalkan sendiri gelaran sultan tu, kumpulkan pengikut yang ada  secubit dua tu.. latih sebagai pengganas dalam uniform tentera ceroboh negara orang.. bunuh anggota keselamatan orang dengan kejam & zalim.. macam tu nak jadi Sultan pada negeri Sabah?? Orang jahat even pakai songkok pun tetap nampak jahat Ngeri rakyat sabah bila membayangkan mereka di bawah naungan sultan syaitan macam tu tau!! Dah tu suka memperdayakan orang dengan taktik kotor bila berperang. Mengaku Islam tapi cara hidup pun dah banyak amalan syirik & khurafat.. Tengok je la tentera Sulu.. bertangkal kebal bagai.. berdukun bagai.. Dah tu berperang langsung tak ...

BUDAK PEREMPUAN 5 TAHUN LAHIRKAN ANAK

Image
Bukan sesuatu yang mustahil walau jarang kita dengar kanak2 perempuan akil baligh dalam usia muda. Tapi kalau 5 tahun tu agak luar biasa.. Jangan kata 5 tahun.. 9 tahun pun kira rasa macam pelik sikit kalau dah ada haid kan?? Mungkin ada penjelasan dari segi saintifik kenapa terjadinya haid pada usia kanak2 yang terlalu muda ni. Bila dah terlampau muda hormon dah matang agak bahaya kerana pemikiran & pengetahuan mereka pada sesuatu perkara tu tidak sematang hormon mereka tu kan. sebab tu berlakunya kanak2 perempuan yang jadi ibu dalam usia yang sukar kita percaya. Jom kita tengok beberapa kes kanak2 perempuan yang menjadi ibu pada usia yang tak berapa munasabah dalam sejarah   Ibu muda berusia 5 Tahun   Linda Madinah adalah gadis termuda untuk Melahirkan anak. Beliau hanya berumur 5 tahun, 7 bulan, dan 21 hari semasa melahirkan seorang bayi seberat 2.7kg. Ibu bapa Linda merasa pelik apabila mereka melihat perutnya membesar secara tidak normal. Pada mulanya dia diangga...

AWAS! JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG SELEPAS MAKAN

Image
Sumber  gambar SINI Amboi ber Awas bagai ni macam serius je bunyinya. Serius la jugak kalau melibatkan kesihatan kan?? Sebab kesihatan tu sangat penting dalam kehidupan seharian. Tak sihat maka banyak perkara tak mungkin boleh kita buat. Sebenarnya banyak benda yang selalu kita rasa baik di lakukan selepas makan ni sebenarnya tak berapa baik atau benda yang kita rasa best buat lepas makan ni kesannya tak berapa best untuk tubuh badan kita. Jadi kalau nak tahu apa yang tak elok kita buat selepas makan jom kita tengok calon - calonnya... JANGAN longgarkan tali pinggang Yelah bila perut dah full, rasa macam terbelit pula pinggang & perut tahukah korang Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Jadi jangan buat, ok! JANGAN makan buah buahan Kita kadang dah biasa jadikan buah buahan sebagai pencuci mulut selepas makan padahal kita sebenarnya tak tahu adalah lebih baik makan buah sebelum makan‎ iatu masa yang terbaik 1 jam...

MALAYSIA TAK ADIL SEBAB SERANG TENTERA SULU GUNA JET PEJUANG?

Image
Adil?? Layakkah mereka soalkan tentang keadilan bila dorang menceroboh masuk ke negera orang, Menyerang hendap anggota keselamatan orang, membunuh anggota keselamatan orang dengan cara kejam & keji saat Malaysia bagi masa untuk berbincang & mereka keluar dari sabah dengan cara baik. Masa sesi slow talk dorang ambil kesempatan membuhuh 8 anggota keselamatan Malaysia, layakkah depa nak mempersoalkan keadilan?? Membunuh kalau setakat tembak.. Mungkin kita tak rasa kejam sangat sebab adat berperang senjata api kan tapi bila dapat tahu ada anggota yang di siksa dengan kejam sebelum mati. Ada yang di sembelih, di robek organ dalaman, di korek biji mata.. hati siapa tak sakit. Siapa tak marah?? Siapa tak terluka?? Siapa tak benci?? Siapa tak dendam?? Rasa kalau ada kuasa yang boleh membunuh pengganas yang buat macam tu rasa aku nak cincang lumat biar tak nampak rupa manusia lagi.. Tapi kemampuan kita terbatas untuk buat semua tu. Ada hikmahnya Allah membataskan apa yang termampu kit...

KRONOLOGI PENCEROBOHAN KUMPULAN BERSENJATA DI LAHAD DATU

Image
12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu. 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina. 14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan. 16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. 18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan s...

SEDIH JUGA MARAH! POLITIKUS BERHENTI LA MENIKUS SEKEJAB

Image
Bila dengar & tengok di TV ada anggota keselematan yang terkorban di sabah semasa menjalankan tugas menjaga keamanan & keselamatan, sungguh hati daku menjadi tisu setisu tisunya. Tup tap.. airmata jatuh tadi. Tak boleh cover dah.. nak2 lagi duduk sorang2 kat rumah. Jadi senang la sikit nak biarkan saja perasaan sedih pilu sebak hiba ni terluah dengan perbuatan, kan?? Kalau ada sang suami, segan sikit. Kena tunjuk kental ye dak?? Sang lekit memang cukup2 tersentuh, risau & tak tenteram semenjak berlakunya pencerobohan terhadap Lahad Datu oleh tentera2 sulu dari filipina ni. Nak2 lagi selepas dapat tahu ada anggota yang terkorban & yang paling terbaru anggota yang terkorban kerana serangan hendap pihak tentera raja sulu ni. Nampaknya pihak tentera raja sulu memang semakin nekad.. Aduhai, hati semakin gundah gulana walau sang lekit takde ahli keluarga di sana ataupun ada ahli keluarga yang terlibat dalam misi keselematan di sana. Tapi sedih sangat tengok orang2 kita di...

ISU LAHAD DATU ADA KAITAN DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG??

Image
Orang kat lahad datu sana.. tidur tak lena & makan tak lalu. Siang malam hidup tak tenang.. takut risau cemas & macam2 lagi perasaan tak best yang dorang rasa. Para isteri & anak2 mangsa yang terkorban untuk mempertahankan negara pun air airmata tak kering lagi, kita kat sini tak habis2 berkempen politikus sepanjang zaman. Dalam kita masih merasai kesedihan kehilangan dua orang perwira negara tiba2 sang lekit terbaca pula status seorang cikgu yang cerdik pandai lagi popular (kononnya la..) ni. Aduhai.. sedih pulak baca. Bukan pasal status tu berunsur sedih tapi sedih dengan ketidakprihatinan cikgu ni pada isu yang berlaku sekarang. Tak kisah la kau nak sokong siapa.. kau nak benci siapa, tapi isu lahad datu bukan isu kau nak kibar bendera parti mana kat sana sekarang ni. Isu sekarang macam mana nak halau penceroboh & kembalikan keamanan dia lahad datu. Kalau yang kenal cikgu ni kenal la yer.. Isu sekarang bukan siapa dia tapi yang dia tulis tu. Sensitif la sik...