Posts

UNTUK ISTERI - ISTERI YANG BERGELAR BLOGGER

Image
Bertuah bagi pasangan yang sama2 bergelar blogger sebab minat & citarasa dorang sama. Dorang boleh beraktiviti yang sama.. dorang boleh join event2.. gathering.. suai kenal.. bersama sama sebab mereka sama2 blogger. Bagi blogger yang berjodoh dengan mereka2 yang bukan dari kalangan blogger malah tak langsung amik pot pasal dunia blog ni agak susah sikit la nak sertai aktiviti yang di anjurkan blogger mahupun  yang di menjemput blogger untuk meraikan. Salah sorang blogger tu den la.. Laki den takde blog jauh sekali bergelar blogger. Aktiviti online dia pun terhad.. paling banyak dia asyik layan youtube ye la.. Pun macam tu kena terima kasih kat dia sebab dia tiap2 bulan bayar streamyx untuk bini dia terus berblog. Pun macam tu aktiviti yang di adakan untuk blogger memang susah sangat nak dapat join.Bukan sebab dia tak izinkan tapi jadual kerja dia tu tak mengizinkan sebab kalau nak keluar bawak lala mesti ada dady dia sekali. Sejak kawen ni rasanya pernah join untuk aktiviti y...

MEROYAN YANG SEBENAR PATUT KORANG TAHU

Image
 "Bla.. bla.. bla.. pot pet pot pet.. tu dia mula mak jemah nak meroyan" "Kau ni meroyan apa pepagi ni dok marah2 orang??!" Tu dia contoh ayat menggunakan perkataan meroyan.. Pernah cakap.. tulis.. taip camtu?? Mesti kebanyakkan dari kita pernah kan?? Korang dok kata meroyan sana.. meroyan sini, korang tau ke meroyan tu apa?? Ha.. tergaru nak jawab... Di era ni perkataan meroyan berleluasa orang guna untuk tujuan menyatakan seseorang atau diri sendiri tengah merapu.. atau membebel.. marah & sebagainya. Tak mustahil ada orang yang tak tau.. nak2 lagi budak2 yang baru nak 'up' kata orang mesti dorang fikir meroyan tu menjuruskan kepada perkataan lawak yang mengambarkan seseorang tengah merepek, merapu, membebel atau marahkan seseorang, kan?? Jadi sebagai seorang akak yang mithali taknak adik2 terus terkeliru dengan pemahaman sendiri yang melihat fenomena perkataan meroyan di gunakan sebagai bahan jenaka secara meluas di alam siber mahupun realiti jad...

RAJA EMA KELEMBUTAN YANG MENGGODA

Image
Semalam (13 Jun 2013) malam dalam pukul 9 mlm kot sempat tertengok rancangan bual bicara bertajuk 9 soalan. Panel jemputan malam tu artis yang hot zaman 80an dulu & kini kembali aktif berlakon & katanya dah keluar single terbaru iatu RAJA EMA. Untuk pengetahuan korang aku ni lahir dalam tahun 80an jugak.. Jadi di era aku tengah membesar dalam tahun 90an tu kira aku sempat kenal jugak la RAJA EMA. Dari kecik aku memang minat gila dengan raja ema. Asal main pondok2 ke main anak patung ke main apa2 yang memerlukan lakonan gitu.. wajib nama aku RAJA EMA ok.. Jangan la gelak.. tu kira tahap fanatik budak2 pada retis kesayangan dia. Di sebabkan raja ema jugak la aku pernah berangan & bercita2 nak jadi penyanyi masa kecik dulu. Tu kisah masa kecik.. tak payah cerita panjang. Semalam sempat tengok RAJA EMA kat tv9 dalam rancangan 9 soalan tu. Apa yang aku kagum dengan Raja Ema ni cara dia bercakap.. cara dia menjawab & cara dia susun ayat.. ton suara dia yang manja & le...

USTAZ AZHAR IDRUS AJAK GADIS BERZINA??

Image
UAI penceramah/pendakwah yang terkenal dari terengganu ker? Ustaz Azhar Idrus tu?? Ajak gadis berzina?? Ye ker?? erk.. dari mana la sang lekit dapat story hot & spicy ni?? Menurut sumber (Blog MySAHABAT) kononnya ada sorang gadis mengeluarkan statement yang UAI pernah tackle dia & ajak dia check in kat hotel?? Glupp.. telan air liur kejab.. Sumber dari MySAHABAT. segala statement yang ada kat gambar ni bukan dari saya Yo ko dik...?? Tetiba je ko up status macam tu ke ko frust try goda UAI tak dapat alih2 dia kawen untuk kali 3 dengan orang lain?? kekekekeke... gurau jer yer dik. Bila seseorang tu mula di kenali inilah risiko & kenyataan yang dorang perlu hadapi. Setiap sudut ada jer musuh yang cuba jatuhkan.. Tak tahu statement minah tu betul ke tidak... Sebab kita tak nampak bukti yang ada cuma kenyataan dia laman FB. Tu pun account FB tu dah di tutup selepas dia up status macam tu. Motip ko dik.. Up status kontroversi lepas tu tutup account. Sumber MySAHABA...

PENGAMBARAN FILEM LUCAH DI TAMAN NEGARA

Image
Amboi.. kemain depa noh.. suka suki hati kuning depa ja nak buat filem lucah kat Malaysia ni kan?? dah tu siap cakap adengan porno tu tak salah dari segi budaya masyarakat tempatan. Sapa depa yang berani buat camtu?? Kat mana lokasi pengambaraan filem lucah tu?? Geram jugak la kan.. kalau orang asing masuk sini suka suki hati kuning nak jadikan Taman Negara kita sebagai tempat shooting filem lucah depa tanpa rasa bersalah memang ini boleh menyebabkan marah. Bukan je penduduk kat situ.. yang tak duduk situ pun rasa macam nak khatan seseko sampai kontot kan?? Baru depa ada akai, kan?? Lokasi yang di dakwa menjadi lokasi pengambaran JERANTUT - Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan. Wan Amizan mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana i...

JOM KENAL SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUT

Image
JOM KENAL SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUT . Kita biasa dengar & baca ayat2 macam ni.. "Jakun la kau tak pernah tengok orang pakai fesyen color block".. dan ayat macam ni.. " Jangan jadi batak sangat la sampai tak boleh terima pendapat orang lain" atau mungkin ayat macam ni.. "kau ni macam sakai la.. pergi la sikat rambut sikit.".. tu contoh ayat..  mesti dalam hidup kita seharian akan dengar & baca ayat2 macam tu kan?? Korang istilahkan orang sakai, jakun & batak bagai tu.. korang tau ka siapa SAKAI, JAKUN & BATAK yang sebenarnya?? kalau tak tau jom kita berkenalan dengan depa.. BATAK Sumber gambar di SINI Batak adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di Sumatra Utara , Indonesia . Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba . Sebenarnya orang "Batak" terdiri daripada beb...

PELAKON VETERAN S.SAMSUDIN MENINGGAL DUNIA??

Image
Betul ker Khabar S. Samsudin pelakon zaman2 P.Ramlee meninggal dunia ni?? Kat FB dah dua orang up status pasal ni. Tapi Sang Lekit tak sure khabar ni betul ke tidak. Sebab takde annoucement dari pihak2 yang boleh di percayai. Andai kata benar.. Al Fatihah untuk beliau & takziah.. menurut sumber dari Malaysia Network.my :  Menurut sumber yang sahih dari bernama S.Shamsuddin atau lebih mesra dengan nama SUDIN telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.56 pagi tadi. Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura. Kata anaknya Noredah. Bagi yang tak kenal pak sudin ni.. kalau tengok cerita bujang lapuk.. pendekar bujang lapuk mesti kenal dengan watak sudin, itulah orangnya. Pak Sudin yang di tengah tengah tu Sang Lekit antara peminat beliau sebab lawak2 beliau sangat bersahaja tak macam pelawak sekarang kadang2 over & nampak sangat lawak tu di buat2. Sampai kadang2 lawak tu tak jadi lawak tapi jadi mual pulak tengok. Tapi...