Posts

PEMANDU NAIK ANGIN PUNCA BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLAND

Image
Orang kata marah boleh membawa padah. Bila kita dah marah, perbuatan kita mula hilang pertimbangan & akal kita pun boleh jadi tak waras. Macam tu la rasanya den boleh simpulkan kes kemalangan Bas jatuh gaung di genting highland tu. Menurut penumpang yang terselamat.. Pemandu bas tu jadi marah bila ada sebuah kereta hon masa dia berhentikan bas lebih kurang 5 minit. Lepas dia marah2 sambil memandu tu penumpang pula tegur supaya jangan marah marah. Dia jadi bertambah marah lalu memandu laju sehingga bas hilang kawalan lalu jatuh gaung. Sumber Astroawani Sebab kena hon je nak naik angin agaknya kalau kena maki terbang gamaknya bas tu kelangit. Rasanya pengusaha bas express ni kena juga adakah ujian tahap kesabaran kepada bakal pemandu bas dorang supaya dapat elakkan dari pemandu hilang sabar atas sebab2 remeh macam ni sehingga mengorbankan ramai nyawa. Sabar tu penting dalam apa juga pekerjaan yang kita buat. Nak2 lagi kerja yang melibatkan keselamatan & nyawa orang ni. ...

KAKI DAN CEBISAN ORGAN DALAMAN MANGSA BAS JATUH GAUNG DI TEMUI

Image
Bila baca sambil membayangkan memang la rasa seram sejuk berdiri segala rambut yang ada. Bayangkan bagaimana bas tu jatuh & semua mangsa terhempap. Gaung sedalam 150 kaki tu memang den mengaku den tak dapat teka berapa dalam  sebab bab kira2 ni lemah sikit tapi bila membayangkan organ dalaman pun boleh tercampak keluar dari badan memang ngeri la kan?? GENTING HIGHLANDS: Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu. Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini. "Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap da...

UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

Image
KUALA LUMPUR: Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis. Senarai nama mangsa setakat jam 2 petang 1. Nama: Chan Fook Choy    K/P: 511105-08-5421    Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara,  47100 Puchong, Selangor 2. Nama: Chan Lai Huat    KP: Tiada    Jantina: Lelaki    Warganegara: Malaysia 3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy    KP: 420806-10-5596    Jantina: Perempuan    Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur 4. Nama: Sukhviv Singh    Jantina: Lelaki    Warganegara: India 5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu    Jantina: Lelaki    Warganegara: Bangladesh 6. Nama: Sek Sooi Chan    KP: Tiada    Jantina: Perempuan    Warganegara: Malaysia 7. Nama: Lee Fok Wah    KP: 510409-10-5319    Jantina: ...

TERKINI! BAS JATUH GAUNG SEDALAM 150 KAKI DI GENTING HIGHLANDS

Image
Ya Allah meremang bulu roma bila baca berita terkini yang mula tersebar kat FB tentang sebuah bas yang jatuh gaung di genting highlands tu. Maklumat Terkini : Sebuah bas terbabas dan terjatuh kedalam gaung sedalam 150 kaki di Genting Highlands sebentar tadi. Dianggarkan 49 orang mangsa terlibat. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.(Sumber dari FB) Gambar dari Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Marilah kita sama2 doakan semua mangsa berada dalam keadaan yang selamat semoga pihak bomba mampu melakukan kerja2 menyelamat secepat mungkin. Video :Pasukan penyelamat menggunakan kren untuk membawa keluar mangsa kemalangan bas di KM3.6 Jalan Genting-Karak. VIDEO Shahrul Redzuan Zulkifli (Sumber Mymetro ) Update terkini :  Maklumat mangsa tragedi bas jatuh gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak.  Takziah kepada semua keluarga mangsa  ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. tr...

JAWAPAN TENTANG SOALAN PUASA SUNAT SYAWAL ATAU PUASA GANTI MANA PERLU DI DAHULUKAN

Image
Ramai para wanita meng update status di FB bertanyakan pasal hal ni. Dorang nak buat yang mana satu dulu.. Yelah syawal cuma 30 hari jer.. dorang risau tak sempat nak buat puasa sunat syawal yang 6 hari tu tapi pada masa yang sama dorang ada hutang lagi puasa yang perlu di ganti. Jadi persoalannya yang mana satu perlu di buat dulu atau bolehkah ia di gabungkan dalam 1 masa. Kira pakej la... puasa sunat mix sekali dengan puasa ganti. Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan. Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu...

SELAMAT HARI JADI SHAHILA

Image
20 Ramadhan bersamaan 20 Ogos 2011.. Lahirnya seorang puteri tepat pukul 9.38 pagi di hospital sg buloh. Lepas 4 hari siaplah surat beranak dan di daftarkan dengan nama Shahila. Nama pilihan dady dia sendiri mengikut perjanjian yang di tetapkan masa Shahila dalam perut lagi. Kalau baby girl nama bapak dia yang akan bagi. Hari ni 20 Ogos 2013 genaplah budak shahila tu 2 tahun. Hari ni hari selasa.. Hari dady kerja. Tapi dady dah tinggalkan pesanan untuk lala.. Dady cakap lala bangun nanti tolong wish Happy Birthday. Dady kata nanti kita beli kek. Hadiah untuk lala belum prepare setakat ni. Takde sebarang plan untuk buat majlis celebrate birthday lala. Maybe kita celebrate 3 beranak jer la kot. Lagipun kita selalu bertiga je buat sebarang aktiviti. Dunia kita pun kebanyakkan habis bertiga jer.. Kadang2 je kita invite Acu. Duhai anak mami tersayang.. 2 tahun lala masih belum faham banyak perkara. Shahila akan belajar perlahan lahan & akan memahami dengan sendirinya nanti. Apa ya...

BAHAYA PAKAIKAN EMAS KEPADA ANAK ANAK KECIL

Image
sekarang ni ramai yang suka bagi baby girl dorang pakai barang kemas. Comel.. kecik2 lagi kat leher yang berkilau emas.. kat lengan yang bersinar emas. Tak salah kalau ada rezeki lebih nak laburkan kat anak - anak. Tapi dalam kita menyatakan kasih sayang dari kilauan emas kat badan anak kita tu tanpa sedar kita sedang dedahkan si kecil tu pada bahaya besar. Nak tahu bahaya apa?? Jom kita baca.. Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa.. Rompak, ragut, samun, bunuh, culik & sebagainya hari2 kita boleh dengar, baca & tengok samada kat laman sosial, tv & akhbar. Sasaran penjenayah ni tak hanya pada golongan dewasa jer.. Sekarang ni tak kira sekecil2 anak hinggalah sebesar2 bapak semua berisiko menjadi mangsa jenayah. Jenayah ragut, samun & rompak barang kemas ni bukan isu baru.. Selalu kita dengar mak2.. makcik2.. akak2.. je kena ragut & samun barang kemas.. Jarang kita dengar budak2 kecik & baby2 kena ragut rantai kat leher atau kena samun gelas emas kat lengan k...