Posts

PENONTON SAMAN PENERBIT & PENGARAH KALAU FILEM TAK BEST?

Image
Filem bocor nak saman jutaan ringgit. Agaknya tertuduh tu nanti ada duit tak nak bayar saman?? Kalau blogger la yang di heret & di tuduh tu nanti.. macam mana agaknya. Dato  Yusof Haslam & syamsul Yusof mula mengamuk sebab kes filem KL Gangster 2 yang terlebih dulu di tayangkan secara percuma kat online & boleh di download full movie lagi. Sampai Dato Yusof haslam keluarkan statement nak saman jutaan ringgit kepada si pelaku yang memuat turun filem tu kat online. Ok la.. mencuri salah tak boleh di nafikan. Mereka berhak ambil tindakkan bila barang mereka kena curi. Tu pun tak boleh di nafikan. Tapi kerugian belum tentu lagi berapa.. entah2 kalau filem tu betul2 best mesti orang sanggup beli tiket & tengok lagi sekali sebab katanya filem yang terbocor tu hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya. Jadi mesti la orang nak tengok filem tu lagi dengan kesan bunyi yang gempak & eff...

PERBARISAN MAKNYAH SEMPENA MERDEKA

Image
Maknyah pun manusia.. Maknyah pun rakyat Malaysia.. Jadi apa salahnya depa nak turut sama memeriahkan perarakkan sempena merdeka dengan menyertai perbarisan. Jadi harap takde sapa la mempertikaikan penyertaan mereka dalam acara menyambut kemerdekaan ni. KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang. Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina. Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah. "Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat. “Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya. (artikel ...

BLOGGER JUTAWAN JALANKAN AKTIVITI PELACURAN

Image
Hangat! Hangut! hangus kan tajuk entri ni. Siapakah gerangan blogger kaya raya tersebut?? Op's bukan dia yang melacur tapi dia selaku bapak ayam yang melacurkan orang lain. Mesti korang mula mengimbau nama2 blogger yang kaya raya kan?? Tapi tetap jugak tak dapat teka siapa?? Memang la korang tak dapat teka sebab yang korang senaraikan blogger2 kat Malaysia. Kat Malaysia ada ke blogger yang dah jadi jutawan?? Tu den kurang periksa la pulak.. kalau ada apsal den tak kenal ha..?? Ok.. berbalik pada topik asal. Siapakah blogger itu?? Blogger jutawan yang di tangkap kerana menjadi bapak ayam?? Inilah blogger nya.. Bukan blogger Malaysia rupanya.. Tapi tetap kena jadikan pengajaran. Blogger2 Malaysia jangan buat kerja haram even tipu clik iklan 8share sekalipun. Kita buat kerja baik2 jadi kita tak perlu buat sembunyi2 kan?? Apapun selamat berblog Uolls..

BILA BLOGGER RASA DIRI DIA HEBAT...

Image
Dalam berblog ni macam hidup jugak.. ada blog panas.. ada blog sejuk.. ada blog suam.. ada blog popular.. ada blog syok sendiri.. ada blog cari pasal.. Isu dalam blog pulak toksah cakap la macam2 ada. Astro pun kalah.. Sekarang ni orang lagi suka baca blog sebab macam lipas kudung update berita. Lambat sangat nak tunggu berita terkini atau buletin utama.. Tak kira berita sahih.. gosip.. fitnah.. kisah benar.. kisah bohong bagai. Blog & laman sosial terutama FB & twitter satu benda yang dah macam merpati sejoli. Jarang dengar orang tulis blog takde relate dengan laman sosial. Laman sosial medium untuk mempromosikan blog sebab laman sosial lebih mudah nak ramaikan jemaah dari blog. Konsep follow blog tak macam kumpul friend kat FB. FB lagi mudah untuk meramaikan majlis berbanding blog walau kita follow orang pun belum tentu orang follow kita balik. Sebab tu hak individu.. berbanding FB bila kita sent request untuk friend.. kalau dia approve dah kedua2 nya dah dapat kelebihan da...

PEMANDU NAIK ANGIN PUNCA BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLAND

Image
Orang kata marah boleh membawa padah. Bila kita dah marah, perbuatan kita mula hilang pertimbangan & akal kita pun boleh jadi tak waras. Macam tu la rasanya den boleh simpulkan kes kemalangan Bas jatuh gaung di genting highland tu. Menurut penumpang yang terselamat.. Pemandu bas tu jadi marah bila ada sebuah kereta hon masa dia berhentikan bas lebih kurang 5 minit. Lepas dia marah2 sambil memandu tu penumpang pula tegur supaya jangan marah marah. Dia jadi bertambah marah lalu memandu laju sehingga bas hilang kawalan lalu jatuh gaung. Sumber Astroawani Sebab kena hon je nak naik angin agaknya kalau kena maki terbang gamaknya bas tu kelangit. Rasanya pengusaha bas express ni kena juga adakah ujian tahap kesabaran kepada bakal pemandu bas dorang supaya dapat elakkan dari pemandu hilang sabar atas sebab2 remeh macam ni sehingga mengorbankan ramai nyawa. Sabar tu penting dalam apa juga pekerjaan yang kita buat. Nak2 lagi kerja yang melibatkan keselamatan & nyawa orang ni. ...

KAKI DAN CEBISAN ORGAN DALAMAN MANGSA BAS JATUH GAUNG DI TEMUI

Image
Bila baca sambil membayangkan memang la rasa seram sejuk berdiri segala rambut yang ada. Bayangkan bagaimana bas tu jatuh & semua mangsa terhempap. Gaung sedalam 150 kaki tu memang den mengaku den tak dapat teka berapa dalam  sebab bab kira2 ni lemah sikit tapi bila membayangkan organ dalaman pun boleh tercampak keluar dari badan memang ngeri la kan?? GENTING HIGHLANDS: Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu. Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini. "Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap da...

UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

Image
KUALA LUMPUR: Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis. Senarai nama mangsa setakat jam 2 petang 1. Nama: Chan Fook Choy    K/P: 511105-08-5421    Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara,  47100 Puchong, Selangor 2. Nama: Chan Lai Huat    KP: Tiada    Jantina: Lelaki    Warganegara: Malaysia 3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy    KP: 420806-10-5596    Jantina: Perempuan    Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur 4. Nama: Sukhviv Singh    Jantina: Lelaki    Warganegara: India 5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu    Jantina: Lelaki    Warganegara: Bangladesh 6. Nama: Sek Sooi Chan    KP: Tiada    Jantina: Perempuan    Warganegara: Malaysia 7. Nama: Lee Fok Wah    KP: 510409-10-5319    Jantina: ...