Posts

ADAKAH MENTERI KITA DAH NYANYUK?

Image
Lepas minyak dah muncul isu gula naik harga pulak. Alasan gula naik untuk mengurangkan masalah penyakit diabetes di kalangan rakyat Malaysia sekarang ni tengah jadi bahan ejekkan & ketawa ramai manusia tak kira penyokong kerajaan ( yang sokong tak membabi buta la.. ) apatah lagi yang tak menyokong juga tidak ketinggalan golongan yang takde berpihak kat mana2 parti kat Malaysia ni macam den. Kadang2 statement2 menteri sekarang macam budak tak lulus SPM pun ada. Agaknya sebab faktor usia la kot membuatkan para pak menteri mula mengalami penyakit nyanyuk sampai tak mampu berhujah dengan bijak lagi?? Pertanyaan bukan tuduhan atau pitnah yer.. kang ada pak2 menteri saman den pulak mana nak cekau duit. dah la orang semekin.. kekekekeke Tolonglah wahai menteri2 kesayangan rakyat Malaysia.. Tolong la kaji, tapis & fikir banyak kali sikit sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Atau lepas ni rakyat Malaysia kena suggest kat PM supaya pilih menteri2 di kalangan belia yang muda2 sik...

GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGAN

Image
Semalam hari minggu maka hari untuk melihat dunia luar. Yelah.. hari2 bekerja ni banyak terperap je dalam rumah maka hari minggu la hari yang paling di nanti nantikan surirumah macam den. Tak larat dah nak baca berita online & blog nak juga tengok kehidupan manusia di luar sana. hahahahaha.. statement macam tak pernah keluar rumah. Mula2 destinasi pertama keluar dari rumah mencari makan untuk tengahari walau time tu dah masuk waktu petang. Pergi ke Taman melawati.. Singgah kat gerai melawati Nasi ayam hainan singapore katanya. Kat dalam kedai makan tu banyak gerai tapi saja highlight Gerai nasi ayam tu sebab kisahnya berkait dengan gerai nasi ayam. Memang ramai orang semalam.. tak tahu la sebelum2 ni ramai ke tidak. Nak kata tak pernah makan kat situ rasanya pernah juga dulu2. Tapi tak sure la pulak memang hari2 minggu kat situ memang orang makan ke tidak. Bapak si lala pergi la order 2 pinggan nasi ayam. Ayam dia minta bahagian dada. sebab dia tak makan bahagian ayam yang lain...

PENGALAMAN SERAM PEMANDU VAN JENAZAH

Image
Bila orang bekerja berkaitan jenazah atau mayat atau lebih seram lagi kita sebut orang yang dah mati ni tak mustahil mereka2 ni akan berdepan dengan situasi yang kadang2 tak masuk akal, seram & menginsafkan. Kita kena percaya setiap apa yang berlaku itu dengan keizinan Allah mungkin untuk memberi iktibar kepada kita yang masih hidup. Maaf kalau ada yang muncung cakap alah takat share benda dari akhbar je baik tak payah.. Bukan apa tak semua orang baca paper. Macam den kadang2 artikel dari akhbar pun den baca dari blog. Maybe sebab terlepas pandang & mungkin juga artikel dari paper yang den tak baca. Jadi bagi mereka2 yang malas belek akhbar ni boleh la baca. Berbalik pada cerita pengalaman ngeri & seram seorang pemandu van jenazah ni.. Bila baca mungkin kita tak dapat feel seram sebab jalan cerita & gaya penceritaan tu  bersahaja & tak cukup seram untuk di bayangi tapi bagi yang melalui situasi macam tu.. Confirm seram. Jom kita baca pengalaman seorang pe...

BAS EKSPRES JATUH GAUNG DI SLIM RIVER

Image
Aduhai makin menjadi jadi pulak bas jatuh gaung ni kan?? Belum lagi sejuk kes bas ekspres jatuh gaung kat genting dah muncul pulak berita bas jatuh gaung kat slim river. Berita penuh baca kat SINI Nasib baik la takde sebarang kematian. Mesti makin ramai yang trauma nak naik bas kan??? bagi yang ada pilihan.. boleh la buat pilihan bagi yang takde pilihan terpaksa juga guna bas ekspress ni. Yelah.. kadang2 bukan salah semua pemandu bas ekspres tu. Kemalangan jalan raya ni tak sebab kecuaian kita.. mesti di sebabkan kecuaian pemandu lain. Yelah kenderaan tengah bergerak even ikut had laju yang di tetapkan kalau tiba2 muncul halangan kat depan tak dapat nak elak pun nak buat macam mana. Jadi berhati2 la sebab kecuaian anda bukan hanya menyusahkan diri sendiri malah orang lain juga. Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT ...

PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIK

Image
Masa duduk2 di tengahari sambil fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam nanti tengok la berita tv9. Sebagai manusia kena jugak tengok berita untuk tahu isu2 semasa & perkembangan terkini dalam & luar negara. Tertarik pula dengan satu berita pasal pertandingan ratu cantik muslimah yang berunsur islamik yang di adakan di indonesia & di sertai ramai muslimah dari seluruh negara. Tak tau berapa buah negara yang menyertai pertandingan ni tapi yang dengar dari Malaysia & brunei pun ada. Memang konsep dia ada islamik sebab perserta semua bertudung & harus kena pandai baca Al Quran. Tak sure surah apa maybe ikut juri la kot dia nak suruh baca surah apa kan. Syarat2 lain seperti cantik, menarik & kelancaran bertutur kata macam pertandingan2 ratu cantik lain juga menjadi penilaian. Tapi kan.. sesuai ke adakan pertandingan ratu cantik untuk muslimah ni?? Dorang kena peragakan badan & muka jugak. Kena sumbangkan suara jugak. Isk... tak berapa Islamik juga...

PERMINTAAN PEMINAT UMIE AIDA YANG TAK BERAGAK LANGSUNG

Image
Kalau baca dari permintaan dia bunyi macam simple jer.. Macam tak besar je apa yang dia minta. Tapi bagi seorang artis permintaan macam tu dari seorang peminat memang boleh mengundang serba salah. Yelah.. kalau sedara, kalau kawan baik atau kenalan rapat memang permintaan macam tu tak jadi masalah sangat tapi ini peminat.. Yang pelik peminat ni takde pulak rasa malu nak minta. Tak fikir ke sebelum minta. Dia tu artis.. Di zaman yang jenayah berleluasa macam cendawan tumbuh lepas hujan ni memang la permintaan macam tu dari orang yang kita tak kenali tapi atas nama peminat boleh buat seorang artis tu jadi serba salah & dalam dilema. Kang tak bagi habis keluar kat paper ruangan gosip.. keluar melodi.. kiah propa mula mengkrik krik dalam galaksi.. kata retis ni berlagak.. Peminat nak tumpang bermalam kat rumah pun tak bagi. Masa nak meraih undi untuk menang apa2 awards boleh pulak merayu2 peminat.. bila dah menang awards buat ucapan kekonon semua ni jasa peminat. Tapi tu la.. Rumah k...

ZORRO TAK BERSELUAR BURU GADIS DI TERENGGANU

Image
Mesti gegadis ganu mula tak sedap hati bila baca tajuk entri ni kan?? Yang mak bapak gadis pun turut rasa tak tenang jugak la..  Mana la datangnya zorro tak berseluar ni pulak?? Dia shooting filem ke? ni bukan filem atau drama tapi ini betul2 punya terjadi.. MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri. Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.  Menurut...