Posts

BILA IA HILANG DARI RADAR HATI DAN BELUM PULANG KE PANGKAL JALAN

Image
Nasib baik la berblog ni bukan satu kerjaya tapi lebih kepada hobi. Kalau la berblog ni macam kerja makan gaji gamaknya dah lebih 3 warning letter dapat & last sekali kalau tak dapat terminate letter mesti di nasihatkan hantar resign letter kan?? Yelah.. jenis tak cari makan dengan blog ni memang kurang rasa tanggungjawab atas amanah kepada blog yang di pikul, ye dak?? Dalam takde cerita aku nak kupas kupis kopek, tetiba datang pulak mood nak menulis tapi takde isu nak di jadikan bahan. Puas spin otak level 5 pun tak datang2 jugak bahan. So, aku cuma menulis la apa yang aku rasa. Lagipun berkurun dah tak tulis rasa hati.. erkk.. selama ni entri2 yang berunsur pendapat & pandangan aku pada sesuatu isu tu bukan lahir dari rasa hati ke?? yelah.. yelah.. tu lahir dari ibu yang sama juga bernama rasa hati. Petang hujan sambil menyaksikan budak lala melompat lompat depan TV sambil tengok wonderpets dengan rumah yang sangat sangat berkonsepkan abstrak yang di ilhamkan budak lala d...

ADA MANUSIA SANGGUP BERKAKI LEMBU DEMI FESYEN

Image
Oh fesyen.... Yang boleh buat manusia cantik dan jugak pelik. Baru2 ni kecoh pasal fesyen sorang retis bertudung ala2 teletubies. Tu antara manusia mangsa2 fesyen yang maybe dia tengok kat cermin nampak cantik tetiba dia upload gambar kat laman sosial orang nampak pelik. So, jadikan pengajaran.. jangan sapa2 lagi yang nak nampak comel dok pakai costum teletubies.. Satgi orang kutuk menangis 7 hari 7 malam bawah bantal. Yang tu fesyen baju.. Ni satu lagi fesyen kasut aku jumpa kat FB ada orang upload. Nak gelak pun ada.. tak tau la kot2 hangpa nampak macam lawa. Berkenan nak buat koleksi tapi bagi diri aku yang bukan la berfesyen tahap mania rasa tak tergamak aku nak keluar duit beli kasut2 mengarut macam ni. Sapalah jadikan kaki lembu sebagai inspirasi nak cipta kasut ni. Dah takde design ke nak buat? Tak lama lagi kaki ayam pun jadi kasut walau selama ni kita biasa dengar kaki ayam tu membawa maksud orang yang tak pakai kasut jangan pelik satu hari kaki ayam pun jadi kasut. Takpe ...

TIADA KATA SELAIN RINDU UNTUK MU.. AL FATIHAH

Image
Hari ni 24 April 2014 genaplah 4 tahun pemergian hero tercinta 7 orang perempuan. Pemergian yang memberi satu kejutan besar kepada 7 perempuan dalam hidupnya. Perginya tanpa tanda bahawa dia akan pergi buat selama lamanya... 4 tahun lalu pada tarikh ini dia melalukan rutin harianya seperti biasa dari pagi hingga ke malam.. Namun bila sampai waktunya... Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Selepas selesai semua rutin & tanggungjawabnya pada hari tu, dia kembali kepada pencipta. Dia yang kami panggil Ayah.. Dia Ayah kepada 6 orang anak perempuan bersama seorang isteri. Perasaan yang dapat ku tulis dengan kata2 cuma RINDU.. dengar ringkas dan mudah tapi berat sangat perasaan ni sejak 4 tahun lalu. Aku tak mampu untuk gambarkan segalanya tentang Ayah sebab akan datang satu perasaan RINDU yang sangat2 sakit. Andai KALAU mampu ku tukar pada kenyataan banyak KALAU yang aku ingin ia berlaku bersama Ayah.. Tapi semua ni dah tertulis. Bukan aku menyalahkan takdir cuma aku manusia....

MACAM MANA NAK SERTAI 8SHARE BAGI MEREKA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Image
Benda ni kalau orang tanya kita pun tak ambil tahu betul tak? Yelah.. kita dok kat Malaysia jer so kita jarang nak fikir keluar dari Malaysia jadi bila sekali sekala orang tanya soalan yang kita tak pernah ambil tahu tetiba jer kita rasa nak ambil tahu. Ni bukan kategori menyibuk ok.. Tapi ni antara kategori menimba ilmu jugak. 8share rasanya ramai dah kenal benda alah ni. Bagi yang tak tahu apa tu 8share boleh baca kat sini >> 8share << Bagi yang dah kenal 8share nak join 8share mencari wang saku. Mungkin korang berada di luar negara, lebih lebih lagi student nak tahu samada korang boleh tak join 8share. Jom den nak bagitau sikit Sumber dari 8share Negara negara yang ada 8share adalah Malaysia India Philippines Singapore Indonesia. Ok.. kalau ada tidak berada di negara2 yang terlibat dengan 8share ni boleh ke korang join 8share. Boleh.. syarat pertama korang mestilah warganegara salah sebuah negara yang terlibat dengan 8share yang di sebut tadi. Sekiranya koran...

ULAT MULONG/SAGU MAKANAN EKSOTIK ORANG SARAWAK YANG HARAM DI MAKAN

Image
Kalau ada yang tak tahu ulat sagu @ ulat mulung tu apa, meh sini nak intro sikit. Alahai ulat yang motok2 warna putih kuning yang menjadi makanan popular sesetengah kaum kat Sarawak. Alah.. takkan tak tahu ulat tu popular kot. Tak pe kalau tak tahu jugak meh tengok gambar kat bawah ni. Ni la rupa ulatnya Alkisahnya... Dalam 2 3 hari lepas kot tertengok rancangan Supper yang pengacara dia retis muda yang suka lentok liuk ala2 ella bagi aku.. siapa lagi kalau bukan kaka. Tak kenal kaka?? Takpe nanti kita tunjuk rupa kaka. Alah yang duet dengan zizan razak lagu bawa daku pergi ke hapa tajuknya. Lebih kurang camtu la tajuk lagu dia. Berbalik pada rancangan supper tadi di akhir rancangan tu ada cabaran makan ulat sagu @ mulong ni.. So, dalam rancangan tu konon dia was was la nak makan then dia call sorang ustaz untuk penjelasan. Ustaz tu menjelaskan hukumnya haram bagi Umat Islam makan ulat sagu @ mulong ni. Erkkk... selama hari ni sumpah aku tak tahu ulat ni haram di makan!! Ni...

KAWAN AKAN LEBIH JUJUR BILA MENJADI MUSUH

Image
Kita selalunya rasa bila orang tu berkawan dengan kita, dialah yang baik, jujur & ikhlas. Sentiasa menyokong apa yang kita buat. Kita rasa dia tak pernah sakitkan hati kita.. Sentiasa berpihak pada kita bila kita di serang dengan anasir2 jahat. Bagi kita itulah kawan.. yang kononnya memahami kita. Kebanyakkan yang bernama kawan ni tak jujur dengan kita hampir 50%. Kita nak nampak apa pandangan dia pada kita tunggu sehingga dia anggap kita musuh. Dari situ baru dia akan cuba menjadi seorang jujur untuk memperlihatkan keburukkan, kesilapan & kesalahan kita yang dia nampak sepanjang dia menjadi kawan kita. Masa dia berkawan dengan kita tak pernah pulak dia tegur kita.. yang ni tak elok. Yang tu tak boleh.. yang ni berdosa. Bila jadi musuh tetiba jer benda yang pernah dia sokong kita bila kita buat, dia nampak sebagai satu kesalahan & keburukkan diri kita walau niat nak mengaibkan kita tapi percayalah.. itulah yang sebenarnya pandangan dia pada kita selama ni cuma tak di suar...

LUAH PERASAAN MARAH DI CARIAN GOOGLE SEBAB TAK DAPAT TENGOK PORNO

Image
Sampai macam tu sekali marah tak dapat nak tengok porno. Gamaknya takde tempat dia nak tempiaskan perasaan marah yang membuak buak kot. Rasa lawak dalam kegeraman pun ada. Nak gelak sambil marah jer. Hahahahaha gambar carian google Korang mesti nak tahu apa kes kan? cerita apa & cerita siapa ni yang meluahkan perasaan kat carian google bila tak dapat tengok porno. Jangan la serius sangat. Hari sabtu hari minggu jadi kita santai2 sudah. Blog melekit ni hari2 cerita yang buat orang panas bontot je maka hari sabtu minggu ni apa kata kita rilex sikit sambil gelak2 ayam. Pepagi check cik Nuffnang.. manatau tetiba dapat bonus ribu riban ke. Boleh jugak la buat2 belanja shopping kat mydin 3 bulan lagi. Alang2 dah membuka pekung di dada nuffnang tu terlajak laris sekali la check keywords. Tergelak tanpa bunyi sekejab. Sapalah yang taip carian macam ni sampai melekat lekit kat blog den ni. Marah nampak tak dapat tengok porno. Maybe pc dia di block website2 lucah tu yang melekat ke...