Posts

BILA STATUS PENGANTIN BERTUKAR JENAZAH

Image
Perkara yang kita tak boleh ubah jodoh pertemuan, ajal & maut. Allah dah tetapkan semua tu sejak azali lagi.. Bila sampai waktunya takkan lewat atau tercepat walau sesaat. Namun sebagai hamba kita kena redha.. sebab setiap apa yang Allah jadikan itu tiada satu pun yang sia sia melainkan setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi. Tumpang sedih pulak bila baca akhbar kisah pasangan pengantin yang baru sehari di ijabkabul tak sempat pun nak meraikan perkahwinan dorang dalam majlis bersanding, tiba2 pengantin perempuan meninggal dunia. Besar jugak dugaan buat sisuami bila berdepan dengan saat saat macam ni. Status suami yang di pegang baru 1 hari dah bertukar menjadi status duda. Sumber berita Kosmo Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Namun yang berat itu ada ganjaran besar untuk mereka2 yang sabar. Allah memilih kita di uji dengan dugaan berat sudah pasti Allah tahu kemampuan kita menghadapinya. Semoga si suami di beri kekuatan & ketabahan untuk menghadapi...

TAKZIAH.. ADAM AF & FIZA ELITE SAH CERAI TALAK SATU

Image
Takde manusia yang berkahwin semata mata untuk bercerai. Takde orang merancang kegagalan bila membina rumahtangga. Takde siapa mengharap perpisahan bila di pertemukan dengan orang yang di cintai. Sumber google Namun jodoh pertemua itu dari Allah. Apa yang gagal mungkin dah takdir tapi dari kegagalan itu Allah ingin mengajar kita sesuatu. Maka carilah hikmah yang tersembunyi.  Sumber beautifulnara Walau Adam & Fiza dah sah bercerai talak satu.. Semoga ada jalan damai yang mungkin boleh menyatukan kembali. Yelah.. baru sangat berkahwin. Masing2 mungkin ada kesilapan sendiri.. Kita doakan yang terbaik buat mereka bukan bersorak gembira atas kedukaan orang lain. Hari ni hari mereka.. esok lusa, mungkin kita pula yang di duga.

KISAH CINTA, CURANG & PERKAHWINAN ALMY NADIA DAN FIZZ FAIRUZ

Image
Nak kata aku ikuti sangat kisah percintaan pelakon Almy Nadia dengan Fizz Fairuz ni takde la ikut sangat. Tapi tahu jugak kontroversi2 yang melanda mereka ni. Yelah... Rasanya aku bukan dok dalam hutan amazon. Aku pun jenis yang tengok TV & kerap abiskan masa dalam dunia maya & suka membaca macam2 isu jadi apa nak pelik kalau aku tahu apa yang berlaku. Kisah cinta almy & fizz ni bagi aku hebat jugak la.. Yelah.. selepas 8 tahun bercinta tup tup fizz pi bertunang dengan perempuan lain ntah dari mana ceruk dia jumpa pun tak tau. Bayangkan perasaan almy nadia masa tu... rasanya hati & perasaan dia macam kena blender lumat. Ko bayangkan la hati yang dah lumat tu boleh bercantum & membentuk kembali percaya & cinta. Bukan senang tau... kebanyakkan orang yang terluka pun dah tak boleh nak maafkan, inikan orang yang hatinya di blender hancur. Perjalanan cinta mereka Namun itulah dinamakan Jodoh.. Bila pertunangan fizz dengan sipolan tu di putuskan sebab katany...

TOLLGATE ASMARA COPY PASTE CERITA TOLLGATE GIRL?

Image
Mesti ramai tengok cekerarama semalam kan? Katanya kelakar cerita Tollgate Asmara tu tapi mesti ramai yang masih ingat telefilem Tollgate girl lakonan amy mastura yang satu ketika dulu pernah di tayangkan masa hari raya kalau tak silap. Pun kelakar & sweet sangat cerita tu. Untuk pengetahuan korang Tollgate girl & Tollgate asmara ni di arah oleh pengarah yang sama Osman Ali. Katanya just Remake balik atas permintaan tv3 dengan cerita yang berbeza. Den tak tengok pun Tollgate asmara sebab den tengok iklan nampak macam copy paste cerita tollgate girl & pelakon dia pun tak berapa minat jadi keputusan den amik malas nak tengok. Layan the mummy yang episod maharaja cina kat TV2 pun rasa macam tak best alih2 layan kerja dapur, layan anak kemudian layan online sambil tunggu mata nak pejam. Sumber FB Maaf la cakap.. kenapa den hanya tengok iklan then terus takde hati nak tengok. Salah satu sebab cerita melayu sekarang lebih2 lagi kalau yang jenis drama berepisod pukul ...

BILA IA HILANG DARI RADAR HATI DAN BELUM PULANG KE PANGKAL JALAN

Image
Nasib baik la berblog ni bukan satu kerjaya tapi lebih kepada hobi. Kalau la berblog ni macam kerja makan gaji gamaknya dah lebih 3 warning letter dapat & last sekali kalau tak dapat terminate letter mesti di nasihatkan hantar resign letter kan?? Yelah.. jenis tak cari makan dengan blog ni memang kurang rasa tanggungjawab atas amanah kepada blog yang di pikul, ye dak?? Dalam takde cerita aku nak kupas kupis kopek, tetiba datang pulak mood nak menulis tapi takde isu nak di jadikan bahan. Puas spin otak level 5 pun tak datang2 jugak bahan. So, aku cuma menulis la apa yang aku rasa. Lagipun berkurun dah tak tulis rasa hati.. erkk.. selama ni entri2 yang berunsur pendapat & pandangan aku pada sesuatu isu tu bukan lahir dari rasa hati ke?? yelah.. yelah.. tu lahir dari ibu yang sama juga bernama rasa hati. Petang hujan sambil menyaksikan budak lala melompat lompat depan TV sambil tengok wonderpets dengan rumah yang sangat sangat berkonsepkan abstrak yang di ilhamkan budak lala d...

ADA MANUSIA SANGGUP BERKAKI LEMBU DEMI FESYEN

Image
Oh fesyen.... Yang boleh buat manusia cantik dan jugak pelik. Baru2 ni kecoh pasal fesyen sorang retis bertudung ala2 teletubies. Tu antara manusia mangsa2 fesyen yang maybe dia tengok kat cermin nampak cantik tetiba dia upload gambar kat laman sosial orang nampak pelik. So, jadikan pengajaran.. jangan sapa2 lagi yang nak nampak comel dok pakai costum teletubies.. Satgi orang kutuk menangis 7 hari 7 malam bawah bantal. Yang tu fesyen baju.. Ni satu lagi fesyen kasut aku jumpa kat FB ada orang upload. Nak gelak pun ada.. tak tau la kot2 hangpa nampak macam lawa. Berkenan nak buat koleksi tapi bagi diri aku yang bukan la berfesyen tahap mania rasa tak tergamak aku nak keluar duit beli kasut2 mengarut macam ni. Sapalah jadikan kaki lembu sebagai inspirasi nak cipta kasut ni. Dah takde design ke nak buat? Tak lama lagi kaki ayam pun jadi kasut walau selama ni kita biasa dengar kaki ayam tu membawa maksud orang yang tak pakai kasut jangan pelik satu hari kaki ayam pun jadi kasut. Takpe ...

TIADA KATA SELAIN RINDU UNTUK MU.. AL FATIHAH

Image
Hari ni 24 April 2014 genaplah 4 tahun pemergian hero tercinta 7 orang perempuan. Pemergian yang memberi satu kejutan besar kepada 7 perempuan dalam hidupnya. Perginya tanpa tanda bahawa dia akan pergi buat selama lamanya... 4 tahun lalu pada tarikh ini dia melalukan rutin harianya seperti biasa dari pagi hingga ke malam.. Namun bila sampai waktunya... Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Selepas selesai semua rutin & tanggungjawabnya pada hari tu, dia kembali kepada pencipta. Dia yang kami panggil Ayah.. Dia Ayah kepada 6 orang anak perempuan bersama seorang isteri. Perasaan yang dapat ku tulis dengan kata2 cuma RINDU.. dengar ringkas dan mudah tapi berat sangat perasaan ni sejak 4 tahun lalu. Aku tak mampu untuk gambarkan segalanya tentang Ayah sebab akan datang satu perasaan RINDU yang sangat2 sakit. Andai KALAU mampu ku tukar pada kenyataan banyak KALAU yang aku ingin ia berlaku bersama Ayah.. Tapi semua ni dah tertulis. Bukan aku menyalahkan takdir cuma aku manusia....