Posts

PEREMPUAN SERTAI DEMONTRASI JALANAN DISAMAKAN SEPERTI PELACUR MENUNGGU PELANGGAN

Image
Lancang kuning sungguh kan si pembuat kenyataan macam tu. Tak beragak langsung nak keluarkan statement. Perempuan yang sertai demo jalanan & perempuan yang bergelar pelacur tu rasanya jauh sangat bezanya. Masing masing ada cara & imej tersendiri.. jadi sangat kurang sopan jika ada manusia berhati politik melabelkan kaum perempuan yang sertai perhimpunan macam tu seperti pelacur. Takde benda lain ke kau nak samakan selain pelacur. Pelacur je ke yang berjual beli tepi jalan?? Yang pasti niat kau memang nak menghina bukan menyedarkan mereka Siapa yang cakap macam tu aku taknak la dedahkan, sapa yang tahu maka dia tahu la. Yang tak tahu tu takpe la tak penting untuk korang tahu siapa yang penting korang kena tahu adalah Jangan jadi manusia taksub macam sipolan tu. Mungkin mak, adik perempuan,kakak atau sedara perempuan dia takde terlibat dalam perhimpunan macam tu.. Tapi kena ingat tak mustahil perempuan2 yang kau umpamakan seperti pelacur menunggu pelanggan tu boleh jadi j...

AKU BUKAN AHLI UMNO,PAS ATAU PKR AKU CUMA SEORANG IBU

Image
Semalam aku ada buat entri pasal ada peserta perhimpunan membantah cukai GST membawa bersama bayi dalam perhimpunan tu. Walau ia perhimpunan Aman.. Alhamdulillah setakat ni aku tak dengar lagi berlaku apa2 perkara buruk dalam perhimpunan semalam tapi sebagai seorang ibu yang mengambil iktibar dariperhimpunan2 yang pernah di buat sebelum ni aku memang la sedikit rasa risau, marah & macam tak puas hati pulak tengok tindakkan segelintir mak bapak yang bawak anak kecil dorang ke tempat tempat macam tu walau bukan bawak anak aku tapi bawak anak dorang sendiri. Ada yang kata... bawak anak pergi tengok konsert, pergi jom heboh, pergi tempat hiburan yang sesak dengan orang boleh tapi bawak pergi tempat perhimpunan macam tu nak tegah sangat konon bahaya. Ni jawapan dari aku lah yer.. Pun tak berapa cerdik kalau ada mak bapak bawak anak2 kecil kat tempat2 macam konsert bagai tu. Tapi semalam tu aku cakap pasal perhimpunan membantah GST jadi aku tak list la semua tempat2 yang tak relevan n...

GAMBAR PESERTA PERHIMPUNAN MEMBANTAH GST MEMBAWA BAYI

Image
Hari ni 1 mei seluruh negara menyambut hari buruk di mana hari semua pekerja di beri cuti even tak semua yang bekerja tu cuti tapi hari ni tetap hari meraikan semua yang bernama pekerja. So, den nak ucap selamat hari buruh buat semua. Den surirumah ni kerja tanpa cuti selagi bernafas ni.. kena minta satu hari gamaknya untuk dunia hargai surirumahtangga. kekekeke Semua orang tau KL hari ni di hujani dengan peserta yang menyertai perhimpunan membantah kenaikkan cukai barang (GST). Den taknak komen lelebih sebab den bukan orang politik cuma perhimpunan macam ni ada baik & buruknya. Cuma den rasa macam tak berapa sedap mata memandang bila ada yang tergamak bawak anak kecik sertai perhimpunan macam ni. Kesian la kat anak korang tu. Kecik sangat kot untuk korang libatkan mereka dalam aktiviti macam tu. Kita bukan negara yang berperang sampai terpaksa ambil risiko pada bayi sekecil tu. Kita masih ada pilihan untuk meletakkan mereka di tempat selamat. Jadi.. pada mak bapak kasihanilah an...

TAK SALAH PILIH SUAMI ORANG CUMA PERLU FIKIR 5 PERKARA NI DULU

Image
 Ramai gadis-gadis sekarang nampaknya mula selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup. Tak tau la sebab apa.. maybe laki orang ni pandai ngorat kot. Yelah.. berpengalaman handle perempuan bernama isteri ni dia punya skill power sikit la pada lelaki bujang. Maybe la kot. Orang kata cinta tak boleh paksa.. tapi kena ingat cinta tu kita yang pupuk sehingga ia bercampah menjadi taman astakona. Bukan salah cinta atau salah takdir yer.. kalau pun lahir perasaan tu tapi kita tak membaja atau melayan mustahil la mampu pergi jauh.. Yelah.. yelah.. jodoh tu rahsia Allah. korang nak guna alasan tu kan? Ye betul jodoh tu Allah dah tetapkan..  Tapi sebelum korang rasa itu memang jodoh korang bersama suami orang apa kata korang try renung renungkan ala2 Prof Izzi 5 perkara ni sebelum ambil keputusan menjadi orang kedua atau ketiga dalam rumahtangga orang lain. 1. mampu ke dia menyara korang & bakal anak2 korang nanti 2. mampu ke korang terima orang ketiga atau keempat sele...

BILA STATUS PENGANTIN BERTUKAR JENAZAH

Image
Perkara yang kita tak boleh ubah jodoh pertemuan, ajal & maut. Allah dah tetapkan semua tu sejak azali lagi.. Bila sampai waktunya takkan lewat atau tercepat walau sesaat. Namun sebagai hamba kita kena redha.. sebab setiap apa yang Allah jadikan itu tiada satu pun yang sia sia melainkan setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi. Tumpang sedih pulak bila baca akhbar kisah pasangan pengantin yang baru sehari di ijabkabul tak sempat pun nak meraikan perkahwinan dorang dalam majlis bersanding, tiba2 pengantin perempuan meninggal dunia. Besar jugak dugaan buat sisuami bila berdepan dengan saat saat macam ni. Status suami yang di pegang baru 1 hari dah bertukar menjadi status duda. Sumber berita Kosmo Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Namun yang berat itu ada ganjaran besar untuk mereka2 yang sabar. Allah memilih kita di uji dengan dugaan berat sudah pasti Allah tahu kemampuan kita menghadapinya. Semoga si suami di beri kekuatan & ketabahan untuk menghadapi...

TAKZIAH.. ADAM AF & FIZA ELITE SAH CERAI TALAK SATU

Image
Takde manusia yang berkahwin semata mata untuk bercerai. Takde orang merancang kegagalan bila membina rumahtangga. Takde siapa mengharap perpisahan bila di pertemukan dengan orang yang di cintai. Sumber google Namun jodoh pertemua itu dari Allah. Apa yang gagal mungkin dah takdir tapi dari kegagalan itu Allah ingin mengajar kita sesuatu. Maka carilah hikmah yang tersembunyi.  Sumber beautifulnara Walau Adam & Fiza dah sah bercerai talak satu.. Semoga ada jalan damai yang mungkin boleh menyatukan kembali. Yelah.. baru sangat berkahwin. Masing2 mungkin ada kesilapan sendiri.. Kita doakan yang terbaik buat mereka bukan bersorak gembira atas kedukaan orang lain. Hari ni hari mereka.. esok lusa, mungkin kita pula yang di duga.

KISAH CINTA, CURANG & PERKAHWINAN ALMY NADIA DAN FIZZ FAIRUZ

Image
Nak kata aku ikuti sangat kisah percintaan pelakon Almy Nadia dengan Fizz Fairuz ni takde la ikut sangat. Tapi tahu jugak kontroversi2 yang melanda mereka ni. Yelah... Rasanya aku bukan dok dalam hutan amazon. Aku pun jenis yang tengok TV & kerap abiskan masa dalam dunia maya & suka membaca macam2 isu jadi apa nak pelik kalau aku tahu apa yang berlaku. Kisah cinta almy & fizz ni bagi aku hebat jugak la.. Yelah.. selepas 8 tahun bercinta tup tup fizz pi bertunang dengan perempuan lain ntah dari mana ceruk dia jumpa pun tak tau. Bayangkan perasaan almy nadia masa tu... rasanya hati & perasaan dia macam kena blender lumat. Ko bayangkan la hati yang dah lumat tu boleh bercantum & membentuk kembali percaya & cinta. Bukan senang tau... kebanyakkan orang yang terluka pun dah tak boleh nak maafkan, inikan orang yang hatinya di blender hancur. Perjalanan cinta mereka Namun itulah dinamakan Jodoh.. Bila pertunangan fizz dengan sipolan tu di putuskan sebab katany...