Posts

5 JENIS PENGOMEN YANG KITA AKAN JUMPA DI BLOG

Image
Aku nak tutup sat cerita pasal retis...  Berderet sangat kot entri pasal retis dah macam blog ROTIKAYA la pulak. Kita cerita pasal dunia blog pulak la. Yelah.. kalau hidup di selubungi Blog harus la kita lebih tahu apa yang berlaku dalam dunia blog kan? Tak nama blogger la kalau tak amik pot pasal dunia, ye dak?? Bagi blog2 yang membuka ruang komen untuk orang tinggalkan komen mesti jumpa perkara2 ni dalam komen2 korang. Ada macam2 jenis komen & macam jenis perangai si pengomen. Terus terang aku memang dapat detect ramai.. erkk.. tak la ramai tapi ada la jugak jenis pengomen yang macam ni.. Carian Google 1. Baca tajuk entri & komen 2. Baca entri separuh jalan & komen 3. Baca entri seimbas lalu tak paham pun apa orang cerita & komen. 4. Tak baca pun entri tapi tetap tinggalkan komen. 5. baca entri, faham & komen 5 jenis pengomen ni kat mana2 blog pun Insya Allah boleh jumpa. Yang ke 5 tu tak perlu jadi isu & pertikaian la.. depa memang golo...

SENYAP SENYAP JE PELAKON BUZEN HASHIM KAWEN

Image
Minggu ni blog lekatlekit dah macam blog beautifulnara jadi minggu ni blog lekat lekit bertukar menjadi lekatlekitnara gitu sebab minggu ni banyak sangat cerita pasal retis dalam blog lekatlekit yang sebelum ni agak berpuaka. Nak buat camna.. hati terpaut dengan cerita pasal retis pulak minggu ni. Layan je la yer... Buzen masa belum layak kawen. Ingat tak pelakon kanak kanak ni?? sumber Google Petang semalam ternampak status dari Artis Veteran Malaysia Norlia Ghani yang katanya baru balik makan kenduri kawen sorang retis yang sekarang ni dah makin tak nampak muka dia kat TV tapi retis ni memang kita kenal dia jugak la. Sapa2 yang lahir tahun 80an keatas.. mesti kenal dengan Buzen. Dia berlakon dari zaman kanak kanak.. seangkatan dengan Bell Ngasri, Tam Suhaimi bagai tu. Sekarang ni dah tak budak.. Dah layak jadi bapak budak Wah.. diam2 dah mendirikan rumahtangga. Tak dengar pun macam rancangan hiburan, ruangan gosip atau mana2 media tulis pasal cerita Buzen ni nak kawen....

ARTIS TAYANG PAYUDARA MARAH BILA ORANG MENGATA

Image
Sebenarnya aku bukan minat sangat isu pasal payudara orang apatah lagi payudara retis cantik ni tapi aku ada juga baca & tengok kat Galaksi TV9 isu pasal size payudara sorang retis ni yang menjadi kontroversi. Kononnnya dulu comel jer.. sekarang dah gebu sikit. Lantak la kan... Nak seciput ke.. nak segunung ke. Aku bukan obses sangat benda2 camni. Tapi bila terjumpa status yang di tulis oleh seorang retis cantik Malaysia yang komen pasal isu payudara orang lain yang di jadikan berita sensasi, Hot & spicy ni rasa macam gatal2 jari pulak nak taip entri pasal ni. Cuba tahan diri pun tetap rasa nak jugak berucap sepatah dua kata. hahahahahaha Sumber ROTIKAYA Bukan la nak cerca sehingga berhujan airmata.. tapi nak cakap sikit jer. Hangpa tu retis.. kalau hangpa kentut pun orang boleh buat isu apatah lagi kalau hangpa dok mendada tunjuk size gunung susu hangpa tu of course la jadi isu. Nak2 lagi bila gunung susu hangpa tu berubah size dari S ke L.. confirm la jadi berita ya...

MIMPI BURUK PUNCA WANITA BERSOLAT & MEMBACA AL QURAN DI ATAS JEJAMBAT

Image
Tadi aku jumpa gambar seorang wanita bersolat & membaca Al Quran tepi jalan kat news feed FB.. Apa yang terlintas dalam otak aku.. dah kenapa pulak dia bersolat & baca Al Quran tepi jalan camtu. Bahaya & boleh memudaratkan diri dia & orang yang gunakan jalan tu nanti. Tapi bila terbaca artikel kat astroawani tadi baru aku tau sebab musabab dia buat camtu. Sumber berita Astroawani Ya Allah hanya kerana bermimpi perkara buruk akan berlaku pada diri dia, dia ambil tindakkan bahaya macam ni. Yer betul kita kena mohon perlindungan dari Allah tapi tak perlu kot sampai nak mempertaruhkan nyawa sendiri & orang lain dengan tindakkan camni. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/wanita-tanpa-pengenalan-diri-ditemui-bersolat-atas-jejambat-36021?cp Aku nak cakap pasal hukum hakam ilmu aku tak tinggi.. Tak tau samada di bolehkan atau tak bersolat macam ni walau kita ada pilihan yang lebih baik jadi aku tak mau la cakap pasal hukum hakam sebab aku tak tahu....

GAMBAR PELAKON VETERAN RUMINAH SIDEK (MAK MAH) & SUAMI BERSANDING

Image
Jodoh pertemuan ajal maut semua rahsia Allah. Tak kira yang muda rumaja mahupun yang umur dah senja. Kalau Allah dah tulis jodoh tu tetap ada walau dalam usia emas, maka terjadi la jugak pernikahan tu kan. So, tak payah pertikaikan kerja Allah hanya kerana usia yang bagi sesetengah manusia dah tak layak nak kawen lagi. Selepas sah bergelar suami isteri. Apapun tahniah pada Mak Mah.. Moga di limpahi kebahagian & rezeki bersama suami yang baru di nikahi tu. Pada yang pandang serong orang tua kawen lagi tu.. apa kau fikir orang tua  takde perasaan ke? Meh kita layan sekeping gambar Mak Mah dengan suami dia yang aku culik dari page ROTIKAYA sebagai hiburan santai hari minggu ni. Sumber ROTIKAYA P/S : Walau dah warga emas tetap nampak seri pengantin tu, So sapa kata anak dara je yang ada seri pengantin.

RAMAI YANG SEBUT TAPI TAK RAMAI TAHU MAKSUD NOKHAROM

Image
Orang kata jangan jadi ikut ikutan kalau kita tak tahu apa benda yang kita ikut. Jangan sebut sebutan kalau kita sendiri tak paham apa yang kita ikut sebut apa yang orang lain sebut. Bila kita jadi pak turut je apa orang buat konon nak nampak stylo & ikut trend tanpa kita selidik dulu apa benda yang kita buat & cakap tu tak mustahil kita akan memperbodohkan diri sendiri tanpa kita sedar. Aku sebenarnya tak berapa sangka ramai yang tak tahu asal usul perkataan NokHarom yang memang jadi sebutan ramai muda mudi.. yang bangka berjiwa remaja pun tak kurang jugak guna perkataan Nokharom untuk mengambarkan sesuatu yang konon nampak kelakar sangat la. Aku ni orang kedah.. orang utara perkataan tu yang aku tau berasal dari utara & aku pun dari kecik sampai remaja sehingga la meniti bangka ni memang biasa dengar perkataan Nokharom tu & aku tahu apa maksud perkataan tu & apa perkataan asal dia yang di singkat kan ejaan nak bagi bunyi macam loghat utara. Pada adik adik yang...

SUBAHANALLAH DI TERJEMAH SEBAGAI HALLELUJAH

Image
Aku tak tau nak mulakan mukadimah yang macam mana. Tapi just nak share & harap pandangan semua terutama orang yang lebih berilmu dalam isu2 agama Islam ni. Yelah.. ilmu aku sejengkal cuma.. apa yang aku tau basic je. Tapi bila terjumpa dengan perkara perkara macam ni aku jadi confuse jugak. Ni kisah jenjalan kat news feed FB maka terserempak dengan satu suggest page yang berkongsi gambar depan kaabah & status dia dalam bahasa Arab. Sebab ada translated by Bing tu maka aku pun clik la translation dia. Tetiba keluar perkataan Hallelujah.. erkk.. bukankah perkataan Hallelujah ni di gunakan oleh penganut agama Kristian. Aku try baca status yang di tulis dalam bahasa arab tu.. yang di translated sebagai Hallelujah tu berasal dari perkataan @ ucapan Subahanallah. Kalau di translated ke bahasa melayu bermaksud Maha suci Allah. Kalau di translate ke bahasa english jadi Hallelujah. Hurmm.. sungguh aku keliru sebab aku tak tahu apakah Subahanallah benar2 di sebut sebagai Hallelujah dal...