Posts

BANGLA BHPETROL SANGAT BIADAP ADA SAPA NAK TOLONG SEKOLAHKAN

Image
Aku ni bukan racist atau pandang rendah dengan sesapa ikut bangsa atau agama mahupun warganegara tapi kalau kurang ajar.. memang sapa - sapapun hangin kan? Nak2 lagi yang kurang ajar dengan kita tu pendatang menumpang cari makan kat sini. Tercabar jugak la ego seorang manusia. Alkisahnya malam sabtu aritu dalam perjalanan balik dari pi bawak budak shahila main2 kat padang.. dia termuntah dalam kereta. Banyak pulak tu. So, cari la tempat terdekat nak tumpang cuci muntah shahila dengan budak tu sekali la. Faham2 la muntah budak yang minum susu ni.. bau dia kan masam. Kira cuci temporary bagi hilang bau la.. walau dah nak dekat sampai rumah tapi paham2 je la rumah aku tingkat 9 mana nak cari paip air nak cuci muntah kat tempat parking. bukan cuci macam kat car wash tu. bilas sikit2 seat yang kena muntah dengan cuci badan budak tu sementara nak tunggu sampai rumah nak mandikan dia. Takkan la dengan muntah aku nak angkut anak aku naik lift, kan? Singgah la BHPetrol Sri Damansara. Tenga...

HANYA BLOGGER YANG MAKAN CADBURY TAPI TIDAK PEGAWAI JAKIM

Image
Semalam terbaca ada sesi makan cadbury secara berjemaah blogger & pegawai JAKIM konon nak menyakinkan pengguna Cadbury halal & takde babi di dalamnya. Tup tup hari ni terbaca yang sudi makan hanya blogger ( maybe dah di bayar kot. Yelah.. ingat blogger sekarang nak buat sangat kerja2 free. Kalau kerja amal lain cerita la ) tapi tidak pegawai JAKIM. erkk... dah kenapa pulak tak nak makan? Takut sakit gigi ke?? kekekekeke  Artikel penuh baca kat SINI Aritu beriya sangat yakinkan pengguna coklat cadbury tiada DNA babi & halal. Kenapa takut nak makan? Kalau ye pun takut gigi rosak.. jamah la sikit. Tak tau la apa yang berlaku di sebalik tabir.. Sandiwara apa pun kita tak nampak tapi yang pasti, even pegawai JAKIM tu makan cadbury depan aku pun.. Insya Allah aku tak confident jugak nak makan. Nak buat macam mana.. hati ini telah di lukai katanya... kekekeke Apapun tepuk dada bukan tanya selera yer. Kalau tanya selera ada yang meleleh air liur tengok cadbury...

CADBURY GUNA BLOGGER UNTUK YAKINKAN PENGGUNA

Image
Blogger sekarang bukan blogger dulu.blogger sekarang ada kepentingan dah nak2 lagi bab2 mempromosikan apa2 sebab tu advertiser dah banyak beri kepercayaan pada blogger. maybe sebab blogger lebih di percayai,maka cadbury pun nak gunakan blogger untuk meraih kepercayaan pengguna. Terbaca kat Astro Awani tadi yang cadbury nak buat demo makan coklat cadbury bersama 100 orang termasuk blogger untuk meraih kembali kepercayaan pengguna untuk menyokong produk mereka yang pernah disahkan ada DNA babi haritu. Kalau den la buat masa ni memang tak berapa yakin even dia ajak 1000 orang Islam makan pun. Pada korang yang yakin nak kembali makan cadbury,aku tak pertikaikan apa2. Tu hak anda. yang nak melantak tekak masing2. p/s : Gamaknya siapa yer blogger2 tu?

PANGGILAN HANGIT HUKUMNYA HARAM

Image
Dalam kita dok bergelak bila dengar panggilan hangit kat hotfm tanpa kita sedar kadang2 orang tu termalu dengan prank yang orang lain kenakan pada dia tanpa kerelaan dia untuk tontonan & pendengaran umum. Sebab yang kena tu orang.. yang dengar & rasa lawak tu kita, so kita rasa benda tu small matter. Takde apa yang memalukan & mengaibkan pun. Tu kita... pada orang yang terkena belum tentu dia pun rasa lawak, betul tak?? Tak semua orang suka di ketawakan. Mungkin lawak bagi kita aib bagi dia ye dak?? Bila terbaca status dari Dr Maza kat Fb page beliau.. baru aku terfikir pasal ni. Macam panggilan hangit cikgu Izzuddin tu. Aku dengar pun gelak berdekah2.. Tapi cikgu Izzuddin pasti rasa malu yang teramat sampai dia tak benarkan lagi clip tu di sebarkan. Sumber Fb Dr Maza Rasanya pihak hotfm kena kaji semula la segmen tu. Sebab makin lama rasanya prank dorang tu makin melampau. So tak relevan sangat nak teruskan.. atau cuba cari solution lain untuk buat segmen tu tak ...

CHEF WAN SIFATKAN CENCALOK, BUDU & PERKASAM ADALAH BANGKAI

Image
Nak gelak pun ada... kesian pun ada jugak. Yelah.. Chef Wan sapa tak kenal. Chef selebriti yang sangat terkenal bukan sahaja kat Malaysia malah luar negara. Bukan setakat pandai masak, pandai berlakon, pandai mengacara & pandai jugak membebel. Tetiba keluar statement ni.. Aku rasa, Macam aku pulak lagi educated dari chef Wan. Taknak cakap banyak just nak cakap sikit tapi banyak jugak.. Chef Wan ni tak pandai bezakan bangkai dengan makanan yang di perap @ di jerukkan ke? Rasanya orang nak makan ikan, udang, sotong & apa je makanan laut ni mana ada kena sembelih dulu. Main siang jer.. Takde istilah bangkai pun. Sumber FB Aduhai.. Dato Chef Wan.. isunya pasal Babi di heret pulak cencalok, budu, perkasam ikan kering bagai tu dah kenapa? Bercakaplah apa yang kita tahu saja.. Kita semua boleh jadi outspoken dalam menyuarakan pendapat tapi tak perlu cakap merepek yang tak masuk akal nak2 lagi publick figure jadi bahan ketawa orang je. Moral of the che wan story.. Ingat ...

BABI HALAL DI MAKAN KALAU MELALUI TRANSFORMASI

Image
Sejak isu cadbury kantoi ada DNA babi aku rasa hukum halal haram pun makin tunggang langgang di buatnya manusia. Dari mula2 ada babi.. tetiba jadi takde babi kemudian babi pulak boleh jadi halal kalau melalui proses transformasi @ perubahan zat. Gambar sekadar hiasan. sumber google Ni kecoh pulak pasal statement seorang Ulama katanya benda haram boleh jadi halal kalau melalui proses perubahan zat. Tu pendapat dari Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi . Aku terbaca artikel dari sinar harian lagi komen Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetap kata benda tu haram walau melalui proses transformasi @ perubahan zat sekalipun. Benda halal bercampur benda haram tetap akan jadi haram. Kita bukan di tempat yang darurat sehingga menghalalkan kita makan benda haram tapi kat Malaysia ni banyak lagi kot benda halal kita boleh dapat untuk makan.  Sumber Sinar Harian Sekarang yang menjadi persoalan aku la kan.. yang kecoh sangat dok cari fatwa untuk menghalalkan babi tu kenapa...

MITOS DARI STAFF HKL PASAL BAHAYA TAMPAL COOL FEVER KAT DAHI

Image
Alahai.. dugaan 2014 gamaknya. Anak ku ni sebelum ni cukup susah nak sakit.. demam setahun sekali tapi tahun 2014 ni rasanya dah 3 kali demam. Haritu baru je recover dari demam akibat gangguan mistik.. baru bulan lepas.. dah awal bulan ni demam pulak. Tapi ni takde la kot sebab gangguan ke hapa... maybe demam virus biasa. Panas pun tak tinggi sangat. Tapi tetap kena buat blood test & masuk ubat kat bontot even suhu 38.4 celcius menurut doktor cuma suhu demam biasa tak tinggi sangat. Gambar carian google  Alkisahnya semalam aku detect anak aku nafas dia ada bunyi.. bila susah nak minum susu. Asyik terbatuk.. Aku syak maybe ada kahak. Siang tu aku dah bawak pergi private clinic tapi doktor clinic tu just buat decision dari penjelasan aku jer langsung tak nak check. Aku memang tak puas hati. Berkali aku cuba tanya.. & dia kata anak aku cuma ada masalah kahak biasa jer. Memang aku tak puas hati. Dia bagi ubat cairkan kahak. Malam anak aku demam... Doktor tak bagi ubat...