Posts

LAGI PESAWAT HILANG DARI RADAR HARI NI

Image
Ya Allah traumanya aku dengar lepas satu.. satu trajedi menimpa pengakutan udara ni. Lepas MH17 di tembak & jatuh.. Pesawat Taiwan pula terhempas sekarang pesawat Air Algerie pula hilang dari radar selepas 50 minit berlepas. Petanda apakah yang Allah nak tunjuk kepada umat manusia? Hope tiada apa2 yang berlaku pada pesawat Air Algerie. Moga mendarat dengan selamat. Tak sanggup lagi nak baca kisah2 nahas udara ni. Trauma jadinya. Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang malapetaka.Amin

KISAH KAD RAYA PERTAMA YANG BUAT AKU TERHARU

Image
Aku budak kampung.. Lahir & membesar kat kampung. Bersekolah pun di kawasan perkampungan jugak even sekolah aku takde la daif sangat. Alhamdulillah kalau zaman aku sekolah tu kira ok la sekolah aku tu berbanding sekolah asben aku even kat KL pun sekolah papan katanya... Sumber google sekadar hiasan Kisah kad raya pertama aku dapat ni.. Ya Allah kalau aku ingat balik rasa nak nangis bawah bantal. Punyalah teruja masa tu dapat kad raya sampai kusam kat tu aku usung merata2 even nak pi main dengan kengkawan kat kampung pun aku usung jugak. Baca berkali2 tulisan dalam kad raya tu seolah2 baca novel panjang yang tak abis episodnya. Yelah... nama pun barang pertama kali dapat, dia punya excited mengalahkan kera dapat bunga. Kad Raya pertama aku dapat masa umur 8 tahun darjah 2 di sekolah kebangsaan permatang Tok dik yang di beri oleh cikgu kelas aku waktu tu, Cikgu yang bagi aku kad raya tu bagi aku sangat baik, sangat penyayang Cikgu Fauzilah. Dia bukan bagi kat aku sorang tap...

LAGI PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI TAIWAN

Image
Selepas MH17 harap takde lagi mana2 pesawat dari mana2 negara kat dunia ni yang bawa penumpang yang akan terhempas tapi nak buat camna mungkin Allah nak tunjuk kemurkaanNya pada manusia yang telah banyak melakukan kerosakkan di bumi Tuhan ni. Sumber google sekadar hiasan Urut dada jugak terbaca tajuk dari artikel berita astroawani tentang berita terkini sebuah pesawat penumpang terhempas di Taiwan. Ya Allah.. Tak terkata. Terbayang MH17.. terbayang MH370 yang masih hilang. Trauma aku jadinya nak naik kapal terbang walau kita semua tahu bila sampai masanya.. takkan lewat atau cepat barang sesaat.  Sumber Astroawani Semoga Allah beri ketabahan buat semua ahli keluarga mangsa nahas pesawat untuk tahun ni... Dan jangan lupa doakan mereka yang berpada di Syria & Palestine. Moga Allah memberi kemenangan pada Umat Islam seluruh dunia. Doa moga negara kita terhindar dari segala ancaman & malapetaka. Amin..

YANG MAKI WANITA KOREA PAKAI BAJU SURAH AL FATIHAH ELOK BACA

Image
Ramai yang maki hamun wanita korea tu tanpa soal selidik.. Ramai yang tuduh dia hina Islam. Ramai yang kata dia sengaja nak cabar umat Islam.. & Terlalu banyak kata2 keji yang di hamburkan pada wanita korea tu hanya kerana dia tak tahu tulisan pada baju dia tu adalah ayat2 suci Al Quran yang umat Islam amat2 hormati... Tak perlu aku bebel panjang baca sendiri kenyataan dari Dr Maza ni... Kang aku cakap lebih2 jadi salah paham jenuh pulak aku nak menjawab. Dan untuk pengetahuan para pemaki handalan semua.. Yang jual baju tu adalah... Sila la maki... erkk.. jangan maki. Pergi la tegur kalau korang betul2 muslimin & muslimat yang prihatin & sensitif dengan isu2 macam ni.

AMALAN BIDAAH YANG KITA SELALU BUAT BILA MENJELANG RAYA

Image
Lagi 6 hari kita berpuasa lepas tu raya. Sekarang ni dah start rumah2 pasang pelita.. pasang lampu liplap.. Kebanyakkan rumah mula di terangi cahaya hingga ke pagi. Kecik2 dulu pun aku & adik beradik aku suka jugak pasang pelit malam 7 likur ni tapi bukan paham pun sebab apa pasang pelita & lampu liplap bila dekat nak raya.. Yang paham cuma tu tanda nak sambut raya. Sumber google Tu budak2.. dia fikir bila pelita dah pasang, lampu liplap dah bernyala tanda raya dah nak dekat bagi golongan dewasa pula mungkin benda ni menjadi amalan sejak turun temurun. Ada yang percaya sebab 10 Malam terakhir terdapat satu malam Lailatul Qadar maka kena sinari rumah dengan cahaya. Aku nak komen lelebih aku tak pandai.. aku cuma belajar sebab tu aku mencari info bukan nak menyesatkan orang. Kalau salah tegur la Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam. Mantan Pegawai Agama Istana Neg...

KISAH RAYA GENG NAGA LILIT RUMAH BELAH BAWAH

Image
6 hari lagi nak raya. Orang lain dah sibuk buat persiapan nak raya tapi kami anak beranak rilex jer.. Setiap tahun pun macam tu jugak. Rilex sudah... biar orang lain kelam kabut dulu, bila orang lain rilex baru kami kelam kabut. hahahahaha. Duduk sorang2 kat rumah ni tetiba teringat kenangan raya aku masa kecik kecik dulu.. Sumber google Kisah raya zaman budak2 hingus dulu.. semua dah stanby. baju kasut, beg nak isi duit raya dan plan nak beraya kemana  dulu.. Zaman raya budak kampung aku jenis bergerak secara kumpulan. Destinasi pertama kami pagi raya mesti ke masjid ziarah kubur lepas tu ambil tempat dalam barisan paling depan sekali nak ambil duit raya dari masjid. Setiap tahun geng aku sentiasa duduk di barisan hadapan sebab tiap2 tahun kami paling awal sampai masjid. Sebelum orang solat sunat hari raya.. kami dah siap berbaris tunggu nak dapat duit raya. Ok! Kami geng tak solat sunat hari raya. Di maafkan masa tu kami budak2 lagipun sunat je kan. Ok la tu.. zaman belum a...

WAJIB CERAIKAN ISTERI JIKA ITU PERMINTAAN IBU??

Image
Tadi jenjalan kat news feed Fb terjumpa satu status yang share pasal kisah seseorang yang dalam proses penceraian bersama suaminya walau sebelum ni mereka memang takde masalah rumahtangga dengan alasan ibu sisuami minta dia menceraikan isterinya sebab tak suka perempuan tu walau dah beranak 3. Sebab taknak jadi anak derhaka maka si suami pun akur dengan permintaan ibu dia.. maka terjadilah penceraian antara mereka. Ramai yang rasa perkara tu sangat2 tak patut berlaku & di lakukan... Kalau ikut perikemanusiaan memang nampak kejam sangat mak mertua perempuan tu & si suami pun orang nampak macam anak mak sangat sampai apa mak suruh even meninggalkan isteri yang di kahwini bertahun tahun pun dia ikut je.. tak membantah walau sepatah. Tapi bila kita rujuk dengan hukum terdapat dalam agama Islam mungkin jadi berlainan pulak suruhannya mengikut alasan..  Sumber rujukan kat SINI Si Mak tu mungkin nampak sangat mementingkan diri & perasaan. Tak fikir perasaan seo...