Posts

NI ANTARA SEBAB ORANG OBSES SELFIE BOLEH KENA SAKIT MENTAL

Image
Raya ke empat ni aku baru sempat online sebab petang raya pertama tetiba asben aku suruh pack baju nak balik kedah. Maka beraya la kat kedah.. Tengah malam semalam dah sampai sg buloh ni. Cuti raya tak panjang maka aku tak terfikir nak selfie gambar raya apatah lagi nak selfie kat kubur. Aku betul2 spent time dengan berborak dengan family aku & sedara mara yang datang. Dah kawen ni... masa dengan family sangat terhad so aku manafaatkan sebaik mungkin dari dok sibuk berselfie & bertenet bila di kampung. Jadi aku terselamat dari jadi mangsa selfie. kekekekeke Selfie... trend yang sedang melanda umat manusia seluruh dunia tapi memandangkan aku jarang amik kisah pada kaki selfie kat negara lain maka aku hanya melihat selfie di kalangan rakyat Malaysia dah di tahap obses jugak la. Bila kita terlalu obses nak bagitau orang lain tentang apa yang kita buat maka tak mustahil akan berlaku benda2 yang akan bawa kemudaratan pada diri kita sendiri. Contoh tengah kecoh sekarang g...

KEKURANGAN IZZUE ISLAM YANG MUNGKIN RAMAI TAK TAHU

Image
Kalau sebut Izzue Islam.. ramai gugirl & para perempuan kenal dengan artis comel, kacak, ensem bergaya lagi muda remaja ni. Tapi ramai anak dara frust skit la sebab dalam usia Izzue Islam 24 tahun dia dah jadi laki orang jadi peluang tipis la buat mana2 gadis berangan nak jadi awek apatah lagi bini dia kan?? Aku.. tak fanatik sangat pun dengan Izzue Islam.. tapi di akui dia ada kelebihan dari bakat dalam lakonan juga dari segi rupa paras. Tu la.. Allah menjadikan manusia tu sebaik baik kejadian. Setiap kelebihan ada kekurangan. Macam Izzue Islam.. ensem.. berbakat.. popular tapi di sebalik kelebihan yang Allah bagi pada dia terselit sikit kekurangan. Baru aku tau Izzue Islam ni buta warna. Dia hanya boleh kenal warna biru je macam Mark Zuckerberg pengasas FB tu jugak. Tapi katanya drive dia boleh. Erkk... macam mana dia tengok lampu isyarat tu? Apa pelik kita dah tau kan lampu isyarat tu tang mana terletak warna merah kuning hijau. Ini bukan aku yang buka aib Izzue Islam ok.. ...

BILA TRAFFIC MULA JAM ADA TRAFFIC YANG AKAN SLOW

Image
Wah ramai dah update memulakan perjalanan balik kampung. So, ada la update dari masa ke semesa keadaan traffic di jalan raya. Seperti setiap tahun akan berlaku adalah traffic jam. Syukur orang yang tak balik kampung beraya sebab tak payah mengadap Jam.. hahaha tu statement pujuk hati sendiri. Sebagai blogger... Saat traffic di jalan  raya mula JAM akan ada traffic lain yang jadi slow sangat iatu traffic blog. Hahahaha.. kelas kau lagi 2 hari nak raya ko still sibuk berblog bagai. Sebab raya ni tak balik kampung so takde baju bajan nak packing rilex je la kat umah macam biasa. Jadi takde benda nak kejar2 sangat. Takpe.. Pada yang nak celebrate raya dengan family tu jangan dok fikir sangat pasal traffic blog yer.. Lepas raya dia up balik la. Fokus pada raya korang tu. Jangan asyik berkepit dengan gadget.. 24 jam online sampai berkumpul dengan family pun tak dengar segala butir bicara yang orang lain bualkan sebab sibuk dengan pesbuk & blog. Manafaatkan pertemuan tu dengan seb...

AZIZULHASNI KAU INGAT PAKAI SARUNG TANGAN SAVE GAZA BOLEH SELAMATKAN PALESTINE?

Image
Hari ni tiba2 kecoh pasal pelumba basikan negara yang beraksi di sukan komanwel bila dia pakai sarung tangan tertulis Save Gaza. Terkini baca kat berita harian katanya isu tu akan di siasat kononnnya dia mempamerkan protes berunsur politik di temasya sukan komanwel.   Sumber Berita Harian Cuba someone pakai sarung tangan tulis save israel pulak?? Gamaknya akan di siasat @ di tuduhkan cuba mempamirkan protes berunsur politik ke tidak?? Bangsa Yahudi akan kekal Yahudi perangainya.. Kalau yang tak sokong depa macam2 alasan depa buat nak sabitkan kesalahan. Nak buat camna depa menjadi musuh tradisi umat Islam sejak dari dulu. Tapi yang aku tak tahan ni dengan sorang mamat ni.. Nak gelak pun ada.. nak nangis pun ada.. Korang baca dulu komen2 kat bawah yang aku printscreen sebelum page berita harian delete link tu.. Sapa2 yang nak nyatakan sokongan kepada Gaza kena bawak semua anggota keluarga pergi berjihad kat sana sebab katanya setakat tulis Save Gaza tak mampu membantu. Ta...

LAGI PESAWAT HILANG DARI RADAR HARI NI

Image
Ya Allah traumanya aku dengar lepas satu.. satu trajedi menimpa pengakutan udara ni. Lepas MH17 di tembak & jatuh.. Pesawat Taiwan pula terhempas sekarang pesawat Air Algerie pula hilang dari radar selepas 50 minit berlepas. Petanda apakah yang Allah nak tunjuk kepada umat manusia? Hope tiada apa2 yang berlaku pada pesawat Air Algerie. Moga mendarat dengan selamat. Tak sanggup lagi nak baca kisah2 nahas udara ni. Trauma jadinya. Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang malapetaka.Amin

KISAH KAD RAYA PERTAMA YANG BUAT AKU TERHARU

Image
Aku budak kampung.. Lahir & membesar kat kampung. Bersekolah pun di kawasan perkampungan jugak even sekolah aku takde la daif sangat. Alhamdulillah kalau zaman aku sekolah tu kira ok la sekolah aku tu berbanding sekolah asben aku even kat KL pun sekolah papan katanya... Sumber google sekadar hiasan Kisah kad raya pertama aku dapat ni.. Ya Allah kalau aku ingat balik rasa nak nangis bawah bantal. Punyalah teruja masa tu dapat kad raya sampai kusam kat tu aku usung merata2 even nak pi main dengan kengkawan kat kampung pun aku usung jugak. Baca berkali2 tulisan dalam kad raya tu seolah2 baca novel panjang yang tak abis episodnya. Yelah... nama pun barang pertama kali dapat, dia punya excited mengalahkan kera dapat bunga. Kad Raya pertama aku dapat masa umur 8 tahun darjah 2 di sekolah kebangsaan permatang Tok dik yang di beri oleh cikgu kelas aku waktu tu, Cikgu yang bagi aku kad raya tu bagi aku sangat baik, sangat penyayang Cikgu Fauzilah. Dia bukan bagi kat aku sorang tap...

LAGI PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI TAIWAN

Image
Selepas MH17 harap takde lagi mana2 pesawat dari mana2 negara kat dunia ni yang bawa penumpang yang akan terhempas tapi nak buat camna mungkin Allah nak tunjuk kemurkaanNya pada manusia yang telah banyak melakukan kerosakkan di bumi Tuhan ni. Sumber google sekadar hiasan Urut dada jugak terbaca tajuk dari artikel berita astroawani tentang berita terkini sebuah pesawat penumpang terhempas di Taiwan. Ya Allah.. Tak terkata. Terbayang MH17.. terbayang MH370 yang masih hilang. Trauma aku jadinya nak naik kapal terbang walau kita semua tahu bila sampai masanya.. takkan lewat atau cepat barang sesaat.  Sumber Astroawani Semoga Allah beri ketabahan buat semua ahli keluarga mangsa nahas pesawat untuk tahun ni... Dan jangan lupa doakan mereka yang berpada di Syria & Palestine. Moga Allah memberi kemenangan pada Umat Islam seluruh dunia. Doa moga negara kita terhindar dari segala ancaman & malapetaka. Amin..