Posts

ANIZONINNER NECK KURUSKAN MUKA DENGAN SEKELIP MATA

Image
Ramai si comel berpipi bambam & dagu berlapis ada masalah nak sembunyikan pau pau berlebihan tu. Teknik make up pun tak jalan. sangat. Takkan nak pakai tudung nampak tepat2 kat batang hidung jer kan? Boleh jugak kalau nak pakai purdah lagi senang. nampak mata jer tapi bagi yang belum bersedia ke arah tu masih ada penyelesaiannya untuk menyembunyikan bentuk muka ada yang berisi & bulat tu. Baru - baru aku ada try 1 inner neck tudung yang memang bagi aku sangat awesome. Macam magic je rasanya lepas pakai. Mana taknya.. nak pakai dia senang tak payah nak adjust teruk2 sangat. Letak jer dah elok terbentuk kat muka. Yang paling best muka yang membulat terus nampak bujur & kurus. Tengok muka dalam cermin.. Wow!! Amazing! Segala pau2 berlebihan kat muka macam hilang sekelip mata dengan inner neck ni. Memang puas hati gila la. Tu pandangan aku sendiri yang cuba... Kelebihan AnizonInner Neck ni ada ada dalam 2 design kecil & besar. Kedua.. material kain dia sangat lembut ...

DISINI LAHIRNYA SEBUAH MAKSIAT DAN ZINA ?

Image
Tu dia tajuk entri terbeliak orang baca. Yang dok tengah minum kopi confirm la tersembur.. Mesti ada yang mula nak mengecam entri ni & ada yang masih sabar clik & baca dulu sebelum menghambur kata kata kesat. Sebelum tu nak ucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke 57 buat Malaysia. Bagi yang rasa geli nak meraikan kemerdekaan yang 57 ni... Elok la tukar tema hari kemerdekaan korang kepada di sini lahirnya sebuah kebencian. Sumber Google Setiap tahun fenomena memperlekehkan.. menghina atau mengejek tema hari kemerdekaan pasti berlaku di laman2 sosial. Kau letak la apapun temanya pasti ada individu yang cuba menjadikan dia bahan ketawa yang paling sedih bahan hinaan. Apa salah tema? Tema sekadar untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan & cintakan negara. Yer betul setiap kali menjelang sambutan hari macam ni akan berlaku banyak masalah sosial tapi bukan salah tema tu. Salahnya kita sendiri kot... Tahun ni biasa la seperti tahun2 lepas tema hari kemerdekaan akan di ola...

AMBOI MEDIA HIBURAN BAIK PUNYA PERLI ALYAH & RAMLI MS

Image
Aku baca jer isu pasal penyanyi alyah & komposer Ramli Ms yang dah kantoi nikah senyap2. Dari awal kontroversi depa di katakan sudah kawen pun aku macam dah boleh agak.. kalau takde apa2 masakan.. depa taknak bagi kenyataan yang jelas pasal status tu. Nak jawab senang jer.. Kalau betul takde apa2.. just cakap memang takde apa2.. tak pernah kawen & mereka bukan suami isteri.. Yang jadi rumit & berbelit bila orang cuba sorokkan status sebenar je. Tapi masa tu just baca malas nak kupas kupis dalam blog sebab bagi aku kalau depa kawen ke tak kawen ker macam bukan satu isu yang best pulak nak tulis. Tapi semalam terbaca update kat Fanpage Media Hiburan macam tertarik pulak.. Amboi kemain perli nampak media hiburan. Tu la kan.. nak jadi retis gitu la. Kau kena bagitau semua.. kalau sorok2 camtu siap sedia la kalau kantoi confirm la meletup kebabom. Kalau setakat ucapan baik2 takpe gak.. tapi macam biasa la. Ada yang positif & negatif Kes media hiburan perli tu macam la...

IBADAT DAN KHURAFAT DALAM SOLAT ISTIKHARAH

Image
Sejak dua menjak ni asyik cerita mimpi jer sampai la di tegur kak diana kat entri mimpi aku beranak anak lelaki tu. Kata kak diana dia pernah terbaca, larangan kita bercerita tentang mimpi bimbang ada yang mentafsir. Aku pun tak pernah tahu pasal tu so aku pun try la  google. Nak cari info macam kak diana cakap tu. Sumber gambar google Ada larangan dalam Islam cerita pasal mimpi ni... ( boleh rujuk kat sini larangan cerita pasal mimpi ) Jadi setiap apa yang di larang tu bukan perkara sia sia. Betul jugak la macam kak diana cakap, takut nanti ada yang mentafsir dah macam meramal pulak kan. Dalam Islam hukum meramal mimpi sama jer macam menilik nasib.. khurafat. Jadi kalau kita bercerita dengan orang yang kononnya pandai meramal mimpi ni secara tak langsung macam kita menggalakkan perbuatan khurafat pulak la kan sedangkan tak semua mimpi tu adalah petunjuk dari Allah.. Satu perkara lagi yang memang ramai orang salah faham termasuk la aku pasal mimpi selepas Istikarah b...

HAMIL SAMA SETAN

Image
 Amboi cerita seram lagi ke malam2 ni? Ke cerita mimpi mengarut lagi. Dok aih... tak cerita dah mimpi2 pelik. Ikut nasihat kak Diana gitu. Yang terlepas tu biar lah kita jadikan pengajaran. Kali ni bukan cerita pasal mimpi seram atau mimpi pelik lagi tapi pasal..... Sila baca yer Tadi siang sempat merayap sekejab. Singgah satu kedai serbaneka kat sg buloh. Tengah dok pilih - pilih clip rambut anak aku tetiba dengar lagu dangdut indonesia ni. Start jer lagu tu lirik dia aku dah rasa lain macam sangat. Nak gelak ada.. pelik pun ada. Dalam hati macam ni pun boleh jadi cerita dalam lagu ke? Apa ke pelik sangat lagu dangdut indonesia ni?? Ni la rupa penyanyi lagu dangdut tu.. imej pun tak berapa senonoh sangat kan? hahaha. Sumber gambar google Mesti semua nak tau lagu apa kan?? Lirik dia macam mana?? Tadi sempat aku google dari lirik yang aku ingat jadi aku dapat la tajuk lagu dengan lirik penuh lagu tu. Penyanyi dia pun kalau aku sebut majoriti orang tak kenal.. Mungkin kat i...

SEMINGGU 3 KALI BERSALIN ANAK LELAKI

Image
Kisah apa pulak ni? Kisah seram ke? kisah pelik ke? kisah dogeng? Dalam seminggu 3 kali bersalin anak lelaki.. kau hado? Bukan kembar & bukan jugak dalam hari yang sama. Tapi berbeza hari dalam minggu yang sama. naik pening aku fikir kejadian ni tau.. Pening bukan pasal bersalin 3 kali anak lelaki dalam 1 minggu yang sama tapi... Meh baca dulu. Alkisahnya selepas aku mimpi pelik pasal Saka sikat rambut dalam minggu tu jer aku sentiasa mimpi yang pelik2. Aku tak berani nak kaitkan dengan perkara mistik ke hapa.. Kang asyik fikir benda ghaib2 ni terkhurafat pulak. So aku fikirkan cuma mimpi tapi tu la kenapa mimpi tu pelik2 sangat. Aku ada jugak baca tafsiran mimpi berkenaan kalau mimpi beranak & baby ni.. ada yang positif & ada yang negatif tak berani aku nak percaya takut jatuh syirik. Sumber carian google Mimpi pelik aku dalam minggu tu adalah memula aku mimpi dapat anak lelaki dalam keadaan aku sebenarnya tak sedia lagi nak tambah anak tapi dah dapat aku terima ...

MISTERINYA SEORANG BLOGGER

Image
Kisah seram lagi ke ni? Amboi asal ada perkataan misteri je mesti kisah seram.. Yang seram tu memang misteri2 je ke?? Selalunya macam tu la kan.. sesuatu yang seram ni sangat misteri sebab sulit untuk kita ketahui dari mana asal usul & siapa dia yang sebenar. Tapi kisah misterinya seorang blogger ni kalau korang nak tahu apa kes & kesahnya.. sila la baca yer.. Gambar sekadar hiasan.Sumber google Semalam aku ada join satu topik perbincangan kat kelab blogger (satu group yang admin dia Ben Ashaari). Tu la salah satu kelebihan kita join group2 yang aktif ber isu sebab boleh jadi sumber inspirasi untuk update blog jugak. Aku pulak memang suka sangat la join kalau berkaitan isu2 semasa ni tak kira la berkisahkan dunia blog ke hapa. Janji bukan isu kekanak sekolah yang baru kenal cinta monyet sangat. hahahaha Isunya blogger yang sorokkan identiti, wayar atau tak wajar. Macam biasa bila ramai bagi pendapat ada yang kata ok, ada yang kata sebaliknya. Aku tertarik jugak sebab ...