Posts

AFEE UTOPIA CINTA TAK PERNAH MATI UNTUK MENYANYI

Image
Yang lahir tahun 70an & remaja masa tahun 80an mesti kenal dengan kumpulan Utopia kan?? Zaman rock kapak memang banyak penyanyi yang hebat2.. pendek kata kebanyakkan penyanyi zaman tu memang dengan bakat la.. Jarang yang jual rupa. Bagi yang generasi baru yang tak sempat kenal dengan kumpulan Utopia. Kumpulan ni di anggotai 4 orang ahli, Afee (penyanyi), Rano (Drummer) Husni (gitar) Iwan (Bas) Antara lagu popular Utopia adalah Mithali Cintaku & Maya Percintaan.   Sumber Google Selaku Vokalis kumpulan Utopia, Afee kini kembali mewarnai persada seni tempatan dengan single terbaru secara solo. Otai kembali pegang Mic tentunya belum hilang bisa. Nyanyian beliau masih mantap macam zaman kegemilangan Utopia jugak. Cuma perlu sokongan dari penggemar muzik tempatan untuk beliau terus aktif dalam dunia seni. Sayang.. bakat besar dari seorang penyanyi berpengalaman di biar berkubur tapi kita sibuk mengangkat penyanyi baru yang bakatnya hanya paras buku lali.. gah...

UNTUK PENGGEMAR NASI KANGKANG @ NASI TANGAS

Image
Ada ke orang gemar makan nasi kangkang @ nasi tangas?? Seram jugak la kalau ada orang suka makan nasi kangkang ni.. Lain la orang suka buat nasi kangkang memang la ada tapi kalau yang suka makan nasi kangkang ni tak pernah jumpa lagi la .Kalau kat keywords search blog aku ni mesti ada nasi kangkang, cara nak buat nasi kangkang.. bla2.. kangkang tu kangkang ni. Tak senonoh sungguh bunyi keywords tu tak tau apa tujuan depa google pasal tu. Samada sekadar nak tau info pasal nasi kangkang atau berniat nak buat nasi kangkang untuk sesapa. Bagi yang minat sangat dengan nasi kangkang ni meh sini nak resepi nasi kangkang kat korang... Nak sangat kan?? hahahahaha kerja gila kau aku nak bagi tutorial buat nasi kangkang kat blog ni?? Aku sendiri pun tak pun tak tau apatah lagi pernah buat. Jangan kan nak buat, terniat nak buat pun tak pernah. Nauzubillah.. Minta simpang la aku dari terjebak dengan benda2 syirik & khurafat ni even aku memang minat cerita seram pun... Bagi yang tak tau a...

IQRAM DINZLY TAK PERLU SENTAP, ZAKUAN ADHA TAK PERLU CANANG

Image
Aduhai... Bukan la nak jadi blog beautifulnara, Rotikaya @ blog2 cerita retis sangat tapi nak buat camna bila kita berdunia online ni memang banyak kisah2 retis lalu lalang kat news feed FB. Kadang2 sebagai blogger tercuit jugak nak komen sepatah dua kata bila isu yang kita rasa macam bodoh jer statement dia tu.. Dia tak fikir ke sebelum nak komen. Contohnya perang siber antara Iqram Dinzly & suami kepada pelakon Ayu Raudah juga pemain bola sepak Zakuan Adha yang katanya sakit hati tengok lakonan Iqram & bini dia dalam filem lagenda budak setan 3 sampai tak bagi dah bini dia berlakon. Bagi aku itu baru lelaki.. Tak kira adegan tu di buat atas dasar kerja & lakonan semata mata tapi kalau betul2 lelaki memang dia akan rasa tercabar & cemburu jugak kalau tengok laki lain pegang, sentuh @ peluk bini dia. Soal profesional atau tak.. Sememangnya soal2 camni aku rasa Zakuan Adha tu lebih profesional kerana salah satu tindakkan dia untuk menjaga maruah & nama baik is...

RAMBUT PECAH MINYAK BILA PANAS

Image
Ni apa kes rambut pecah minyak bagai. Black magic ke hapa ni?? Macam mana rupa rambut pecah minyak tu maybe mungkin ada yang tak berapa paham kan?? Kejadian apakah rambut pecah minyak ni. Ok ok... jangan la konpius teruk2 sangat... Saja jer aku guna istilah pecah minyak tu sebab kalau kita masak.. tumis cili kisar tu nak tau cili tu dah masak ke belum kena tunggu sampai dia pecah minyak. Nak bagi pecah minyak memang kena panaskan, ye dak?? bila panas baru terhasil kejadian pecah minyak. Tu jer... hahahaha Korang ada pernah tak alami atau sedang alami masalah rambut berminyak? Mesti rimas kan? Baru jer lepas syampoo kering jer rambut terus berminyak. Minyak pulak bukan sikit2.. dah rasa macam pakai minyak rambut code10 tu nak2 lagi kalau cuaca panas amboi kemain berkilat2 berketul2 rambut jadinya. Kalau tengah panas pecah telur atas kepala rasa boleh makan telur dadar jimat minyak & gas dah. Goreng telur atas kepala jer.. Lama jugak aku alami masalah rambut berminyak. Dalam 2 3 ...

AWAS KOMEN DI FB YANG MENYAKITKAN HATI BOLEH DI PENJARA

Image
Kita biasa buat status sarcasm yang tak menyebut nama mana2 individu bagi tujuan kadang2 nak buat teguran secara umum.. kadang2 memang sebab tak puas hati dengan someone.. kadang2 takde pun maksudkan sesapa just terilham secara semulajadi jer.. Tapi kalau ada yang sakit hati dengan status kita tu adakah kita perlu bertanggungjawab dengan hati dia yang terluka? Sumber gambar carian google. Sekadar hiasan Pening jugak aku nak fikir permasalahan ni.. Hahahahaha... macam mana yang terasa tu kita takde niat pun nak kata kat dia? Dia boleh dakwa kita kat mahkamah jugak ker sebab dia sendiri yang terasa hati dengan status FB kita? Memang aku kurang memahami la dalam kes ni.. Tapi takde bukti macam mana nak dakwa ye dak?? tapi kes yang satu ni memang la ada bukti boleh dakwa cuma kes dia aku rasa macam kelakar sikit. Aku nak tergelak & tertanya tanya lepas baca berita harian online kes seorang penyelia tapak di hukum penjara setahun sebab komen sesuatu yang menyakiti hati orang l...

CARA BERSELFIE UNTUK AMBIL GAMBAR YANG CANTIK & LANGSING

Image
Kaki2 selfie mesti teruja dengan tips2 ni. Yelah.. bila kita nak selfie kita nak jugak kan dapat gambar yang terbaik even tak share kat laman sosial pun tapi rasa best bila tengok gambar kita yang cantik walau untuk simpanan peribadi pun. Selfie tak semestinya nak upload tayang kat orang, ye dak?? Kadang2 kita terpaksa jugak selfie sebab untuk tujuan apa2. Macam untuk review ker.. Jadi benda2 camtu perlukan like & share dari orang lain untuk sebarkan. So, selfie bukan la sekadar nak menunjuk2 tanpa sebab jer.. Tapi banyak perkara lain boleh di buat dengan selfie. Sebab aku rasa tips ni sangat best share dengan korang maka aku copy bulat2 dari website SAYS. Jom baca maybe boleh membantu anda untuk mendapatkan selfie yang terbaik seterusnya dapat banyak like & Share... 1. Tip Tampil Langsing : Untuk kelihatan lebih langsing, halakan sebelah bahu ke arah kamera dan luruskan leher anda. ...

ORANG YANG AKTIF DI LAMAN SOSIAL TAKDE LIFE YANG BEST

Image
Berani kau lekatlekit buat statement camtu? Tahukah kau betapa ramainya manusia yang memang hyperactive di laman sosial sampai setiap minit update status pun ada. Dari start bagun tidur sampai tidur dia update kesah dia kat laman sosial. Takde life ke depa ni? eleh mengata dulang paku serpih.. Kau pun apa kurangnya.. tak hyper pun kau aktif jugak kat kat laman sosial. Kau takde life ke? kau takde aktiviti luar ke nak buat? laki kau tak bawak kau keluar ke? Kau tak buat kerja umah ke? tak masak membasuh bagai ke? Ya Allah banyak nya soalan tak terjawab den tau. Semput jugak kalau nak jawab senapas ni? Mau kena sedut gas pulak nanti. Isu ni sebenarnya tak boleh jawab dengan satu jawapan sebab setiap orang ada jawapan yang berbeza jadi rasanya tak adil aku jawab bagi pihak orang lain sebab aku tak tahu kenapa & mengapa. Tapi aku hanya boleh cakap bagi pihak aku jer.. Aktif di laman sosial sebab aku takde life? Takde life ke aku sebab aku nampaknya jarang cerita bila aku keluar.. a...