Posts

SERU JASAD ANAK YANG DAH MATI RUPANYA..

Image
Aku ni tak habis2 buat entri kisah mistik, seram bagai kan?? Mesti ada yang baru kenal pelik dengan aku yang obses sangat kisah2 seram ni. Dah nama pun peminat cerita seram kan.. Haruslah kalau ada kisah seram yang nak aku share aku tulis dalam entri. Ok.. hari ni aku nak share satu kisah seram jugak dengan semua... Nak tau kisah apa baca la dulu. Kisahnya satu team produksi ni buat shooting film seram kat satu kampung yang dah jadi hutan sebab takde penduduk. Masa tengah shooting tetiba ada sorang kru perempuan kerasukkan.. jadi tergendala la shooting tu. Dalam depa dok kecoh sebab sorang kru perempuan ni kerasukkan tanpa sedar ada sorang lagi kru perempuan tetiba kerasukkan & terus berjalan masuk hutan di sedari seorang kru & seorang pelakon tambahan yang cuba ikut & halang perempuan ni dari masuk jauh ke hutan tapi malangnya perempuan tu hilang depa pun sesat entah kemana. Yang first perempuan kena rasuk tu.. cuba di ubat sepasang suami isteri yang satu2 penduduk ...

PENGUNJUNG BLOG DARI ISRAEL

Image
Wah.. Orang Israel baca blog aku?? Siapa gamaknya pengunjung blog melekit yang dari Israel ni? Orang Israel kah? ataupun?? Misteri sungguh.. Apa dia cari dari blog tepian longkang ni? Adakah blog aku mengancam Israel?? Wah.. macam bahaya sangat blog aku pada Israel kan?? hahahahahahaha Memang teruja sikit sebab sebelum ni tak pernah terserempak dengan pengunjung dari Israel. Dari negara2 lain memang dah biasa dapat traffic tapi dari Israel ni memang tak pernah ada rasanya sebelum ni. Yelah.. rakyat Malaysia mana boleh pergi Israel. Dari negara lain tu tak pelik sangat kalau tetiba ada pengunjung blog sebab rakyat Malaysia ni bersepah kat serata negara kecuali Israel, ye dak?? Ni aku printscreen masa hari Jumaat masa traffic tengah slow.. (macam la blog aku traffic jam sangat hahahaha) Tapi dunia internet ni tanpa sempadan.. Dari ceruk yang kita tak pernah sangka pun boleh tetiba ada. Cuma tu la... kali pertama sempat nampak traffic dari Israel di tengah kemelut Palestine y...

JIN MENANGIS ANAK TERTINGGAL DALAM VAN

Image
Aduhai kisah sedih ke kisah seram ni? Jin menangis anak tertinggal dalam van? Anak jin pun kena culik dengan sindiket Van putih yang tengah hot sekarang ni ke? Kalau sindiket penculikkan kanak2 van putih mampu culik anak jin jugak agak hebat la. Tapi betul ke Sindiket Van putih yang culik anak jin? Jangan buat kesimpulan baca dulu kisahnya...   Sumber gambar google Alkisahnya pepagi hari joging kat news feed FB. Senam jari kekdahnya.. Nak senam diri tak berapa rajin kan. Tetiba terjumpa satu post yang best rasanya aku nak share dengan hangpa yang setia melangut kat blog melekat lekit ni. Alkisahnya begini... Sumber FB Tak tau la nak takut ke.. nak nangis ke.. atau nak gelak. Sebab ayat last dia memang mengelikan hati jugak. Jin pun tertinggal anak dalam kereta bukan je manusia.. Apapun moral of the Jin story ni... Kalau ada manusia yang tak sayang anak, malu la sikit kat Jin. Jin pun menangis anak hilang manusia pulak happy jer lepas beranak buang macam sampah. Dan p...

AFEE UTOPIA CINTA TAK PERNAH MATI UNTUK MENYANYI

Image
Yang lahir tahun 70an & remaja masa tahun 80an mesti kenal dengan kumpulan Utopia kan?? Zaman rock kapak memang banyak penyanyi yang hebat2.. pendek kata kebanyakkan penyanyi zaman tu memang dengan bakat la.. Jarang yang jual rupa. Bagi yang generasi baru yang tak sempat kenal dengan kumpulan Utopia. Kumpulan ni di anggotai 4 orang ahli, Afee (penyanyi), Rano (Drummer) Husni (gitar) Iwan (Bas) Antara lagu popular Utopia adalah Mithali Cintaku & Maya Percintaan.   Sumber Google Selaku Vokalis kumpulan Utopia, Afee kini kembali mewarnai persada seni tempatan dengan single terbaru secara solo. Otai kembali pegang Mic tentunya belum hilang bisa. Nyanyian beliau masih mantap macam zaman kegemilangan Utopia jugak. Cuma perlu sokongan dari penggemar muzik tempatan untuk beliau terus aktif dalam dunia seni. Sayang.. bakat besar dari seorang penyanyi berpengalaman di biar berkubur tapi kita sibuk mengangkat penyanyi baru yang bakatnya hanya paras buku lali.. gah...

UNTUK PENGGEMAR NASI KANGKANG @ NASI TANGAS

Image
Ada ke orang gemar makan nasi kangkang @ nasi tangas?? Seram jugak la kalau ada orang suka makan nasi kangkang ni.. Lain la orang suka buat nasi kangkang memang la ada tapi kalau yang suka makan nasi kangkang ni tak pernah jumpa lagi la .Kalau kat keywords search blog aku ni mesti ada nasi kangkang, cara nak buat nasi kangkang.. bla2.. kangkang tu kangkang ni. Tak senonoh sungguh bunyi keywords tu tak tau apa tujuan depa google pasal tu. Samada sekadar nak tau info pasal nasi kangkang atau berniat nak buat nasi kangkang untuk sesapa. Bagi yang minat sangat dengan nasi kangkang ni meh sini nak resepi nasi kangkang kat korang... Nak sangat kan?? hahahahaha kerja gila kau aku nak bagi tutorial buat nasi kangkang kat blog ni?? Aku sendiri pun tak pun tak tau apatah lagi pernah buat. Jangan kan nak buat, terniat nak buat pun tak pernah. Nauzubillah.. Minta simpang la aku dari terjebak dengan benda2 syirik & khurafat ni even aku memang minat cerita seram pun... Bagi yang tak tau a...

IQRAM DINZLY TAK PERLU SENTAP, ZAKUAN ADHA TAK PERLU CANANG

Image
Aduhai... Bukan la nak jadi blog beautifulnara, Rotikaya @ blog2 cerita retis sangat tapi nak buat camna bila kita berdunia online ni memang banyak kisah2 retis lalu lalang kat news feed FB. Kadang2 sebagai blogger tercuit jugak nak komen sepatah dua kata bila isu yang kita rasa macam bodoh jer statement dia tu.. Dia tak fikir ke sebelum nak komen. Contohnya perang siber antara Iqram Dinzly & suami kepada pelakon Ayu Raudah juga pemain bola sepak Zakuan Adha yang katanya sakit hati tengok lakonan Iqram & bini dia dalam filem lagenda budak setan 3 sampai tak bagi dah bini dia berlakon. Bagi aku itu baru lelaki.. Tak kira adegan tu di buat atas dasar kerja & lakonan semata mata tapi kalau betul2 lelaki memang dia akan rasa tercabar & cemburu jugak kalau tengok laki lain pegang, sentuh @ peluk bini dia. Soal profesional atau tak.. Sememangnya soal2 camni aku rasa Zakuan Adha tu lebih profesional kerana salah satu tindakkan dia untuk menjaga maruah & nama baik is...

RAMBUT PECAH MINYAK BILA PANAS

Image
Ni apa kes rambut pecah minyak bagai. Black magic ke hapa ni?? Macam mana rupa rambut pecah minyak tu maybe mungkin ada yang tak berapa paham kan?? Kejadian apakah rambut pecah minyak ni. Ok ok... jangan la konpius teruk2 sangat... Saja jer aku guna istilah pecah minyak tu sebab kalau kita masak.. tumis cili kisar tu nak tau cili tu dah masak ke belum kena tunggu sampai dia pecah minyak. Nak bagi pecah minyak memang kena panaskan, ye dak?? bila panas baru terhasil kejadian pecah minyak. Tu jer... hahahaha Korang ada pernah tak alami atau sedang alami masalah rambut berminyak? Mesti rimas kan? Baru jer lepas syampoo kering jer rambut terus berminyak. Minyak pulak bukan sikit2.. dah rasa macam pakai minyak rambut code10 tu nak2 lagi kalau cuaca panas amboi kemain berkilat2 berketul2 rambut jadinya. Kalau tengah panas pecah telur atas kepala rasa boleh makan telur dadar jimat minyak & gas dah. Goreng telur atas kepala jer.. Lama jugak aku alami masalah rambut berminyak. Dalam 2 3 ...