Posts

BLOG NI ANJURKAN CONTEST TAPI TAK UMUM PEMENANG,MACAM TIPU JE

Image
Perkara ni bukan perkara baru kot. Sebelum ni pun dah biasa terjadi macam - macam kes blogger yang anjurkan giveaway/contest dengan hadiah gempak2 kemudian senyap atau tetiba cancel dengan alasan2 yang tak berapa logik. Yang terbaru ni aku perasan 1 contest yang aku pernah join pun macam tu jugak nampaknya. Aku join contest ni 25 Mei 2014. Mengikut syarat contest tamat 30 Jun 2014. Pemenang akan di umumkan pertengahan hingga hujung bulan Julai. Tapi nampaknya dah nak habis september aku tak nampak pun mana2 entri dia annouce nama2 pemenang pun. Biar betul. kalau ada masalah teknikal sepatutnya dia update bagitau. Takkan senyap camtu je kot. Buat contest takde la simple sangat syarat dia. Kena jugak buat entri dengan kreatif. Hadiah di janjikan pun takde la cikai2 sangat. Wang tunai yang agak banyak. Ni nak tarik traffic ke blog je ke hapa? Dah la blog copypaste jer... Aku cuba siasat kat blog dia sepanjang Julai nampanya takde sebarang update apa2 entri. Ogos dia mula update b...

ANJING, TAK TUTUP AURAT DAN HISAP ROKOK

Image
Sekarang ni kan.. asal ada gambar orang Islam pegang anjing jer mesti orang viral kan. Kat situ akan muncul setaz setazah segera. Yang berkongsi info yang betul tu ok la.. boleh sama2 belajar yang emo lebih2 sampai nak compare dengan perkara2 atau isu2 yang tak berkenaan dengan topik tu bagi aku agak annoying jugak la kan. Isu anjing ni sebenarnya isu bukan la besar macam makan babi.. Sebab kita memperbesarkan isu pegang anjing macam isu makan babi budak2 sekarang tak mustahil jadi macam kita dulu yang akan percaya anjing tu akan menyebabkan dosa besar kalau tersentuh sedangkan anjing tu tak berdosa di sentuh. Kalau dalam keadaan kering tak perlu samak, kalau dalam keadaan basah baru perlu di samak. Anjing cuma najis bukan haram. Kalau tersentuh takde sampai perlu kau buat solat taubat nak mohon keampunan.. Jangan ajar anak2 kita anggap anjing tu haiwan yang menyebabkan umat islam jadi berdosa kalau tersentuh sebab kita akan membentuk mentaliti mereka yang anggap anjing adalah haiwan...

MELAYU WAJIB MAKAN DAGING KALAU TAK JADI HINDU

Image
Amboi tajuk entri berbunyi racist tak racist.. Petik2 agama orang lain pulak tu. Berani sungguh la lekatlekit ni... Nak melekat dalam jail ke hapa? Apa nak tajuk kita nak cerita pasal benda betul.. bukan benda rekaan semata mata untuk menganggu sensitiviti agama orang lain, kan? Sumber google Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku. Dalam bulan march haritu.. Lokasi kat sebuah gerai Sup Meletop area Sri Gombak. Kalau korang rajin merayap kat situ rasanya kalau tak pernah singgah pun mesti pernah nampak gerai dia tepi jalan. Kat situ ada carwash. Tempat dia banyak tikus besar2.. maybe sebab kawasan dia semak sikit di tambah ada gerai makan. Aku pun tak tau sampai aku singgah & duduk makan baru aku nampak tikus berlari lari dekat2 dengan carwash tu. Alkisahnya hari tu kami laki bini singgah makan. Aku makan bihun sup.. asben makan nasi ayam. Nasi ayam tu biasa la dia akan sertakan dengan sup kosong sekali. Asben aku ni tak makan daging.. jangan kan daging, air rebusan daging b...

KERASUKKAN TENGAH MALAM

Image
Tu la suka sangat tengok cerita seram tengah malam kan dah kerasukkan.. macam takde siang dah nak tengok kan? Bukan takde siang tapi tengok awal2 hari ni rasa macam takde feel lak.. Yelah nak tengok cerita seram kena dalam suasana yang mampu dapat feel seram. Takde time yang lebih sesuai selain tengah malam ye dak?? tapi tak rekemen la bagi yang penakut tahap kritikal. Sumber google Siapa yang kerasukkan ni sang lekit Ooi?? Ni cerita den sendiri yang dah macam kerasukkan tengah2 malam hari tengok filem seram Thailand bertajuk Possessed (Kerasukkan). Mana tidaknya tengah2 malam gelak macam pontianak depan TV. Mana tak gelaknya filem ni kelakar. Spoil mood seram tau tengok filem Possessed ni. Sumber google Filem ni mengisahkan sekumpulan remaja yang nak buat shooting filem pendek kisah seram kat kawasan perkuburan. Nak di jadikan cerita keranda di perlukan sebagai prop tapi sayangnya kat area situ takde keranda kosong terpaksa guna keranda yang ada mayat. Masa tengah shoo...

YANG TAK CANTIK KAT BLOG TENGKU BUTANG

Image
Peminat blog tengku butang mesti terbeliak mata baca tajuk entri ni kan?? haters melekit pun mesti mula mencebik... Alah lekatlekit standard la kat mata dia semua orang tak elok. Suka beno kome yer kalau ada point nak mencerca aku.. hahahahaha. Boleh tak kita bawak bersabar dulu.  Header blog Tengku Butang Aku sebolehnya tak nak jawab liebster award dah... Nak2 lagi yang tanya pandangan aku terhadap blog dorang kan.. Sebab aku sebolehnya tak nak jawab ayat2 kipas angin ni. Aku anggap yang bertanya tu betul2 mengharap komen yang boleh membantu depa menaikkan seri pengantin blog dorang kan? Tapi tak semua yang harap kritikkan ada jugak yang sebenarnya tanya macam tu sebab nak harap pujian.. Tapi konsep melekit, suara atas pandangan peribadi sendiri bukan mengipas demi mendapat kepentingan. Sebab blogger ni nak jugak dengar pandangan melekit kat blog dia maka marilah kita menjawab liebster award Tengku Butang ni.. 1.) Suka Kucen tak? sila sebutkan baka kucen yang awak...

ANTARA SEBAB SKYNET DAH LAYAK GULUNG TIKAR

Image
Setelah 2 minggu (10sept - 24 sept ) barang yang di nanti sampai jugak ke tangan pada malam 24 sept 2014. Jauh perjalanan dia tu.. Dari Taiping ke sg buloh mengambil masa lebih kurang 14 hari nak sampai. Sesat gamaknya... Memang yang tak tahan sabar ni tak di nasihatkan guna servis skynet untuk sebarang penghantaran la. Kau gila.. 2 hari selepas barang di post.. alasan. Takde staff nak hantar. Pelik sangat alasan tu. Perlu ke customer tahu masalah depa tak cukup kakitangan. Lepas tu alasan biasa.. konon penerima takde kat umah masa dorang hantar sedangkan tarikh yang di katakan depa datang hantar 24 jam aku kat dalam umah.. setapak pun aku tak melangkah keluar pintu rumah. Lepas tu bila call.. nak check barang even sebelum dah kata barang ada kat centre. Janji manis nak hantar esok harinya... Dan paling terakhir alasan dorang tak tau barang tu kat mana kena check dulu. Siap call aku tanya barang apa yang di hantar kat aku. Bernanah la telinga kena lahar gunung berapi. K...

HAMPAS SANGAT KE BLOG NI

Image
Bukan aku yang kata tuan punya blog yang cakap blog dia blog hampas.. Takpe semua bermula dari nothing to something. Tuan punya blog yang katanya hampas ni menganjurkan GA yang simple tapi hadiah dia awesome jugak la. Syarat simple.. letak banner Done Tag 4 orang blogger TunSya Ayunie YanaYani Liniey Nor Cma Shiema Done syarat lain kena tinggalkan link entri kat blog jer. Senang tak? Hadiah dia ni ha... Rantai & notebook Dah lama tak join apa2 contest atau GA.. tetiba malam ni tebiat sikit nak join, manalah tau merasa hadiah GA yang dah lama tak di rasa. Kalau ada rezeki la... Nak join just clik kat sini twosevenzerosixzeronine