Posts

PENJELASAN ROSLINA SHAHARUDDIN TENTANG KOMEN HINA SURIRUMAH

Image
Zaman media sosial ni semua pun pakai taip takde nada yang ada cuma ayat yang boleh jadi macam2 maksud. Kadang2 maksud kita lain tapi cara penyampaian kita salah maka jadi salah faha, Yelah.. takde bernada la katakan. Nak2 lagi ayat2 sindiran ni.. Bukan semua orang paham ia cuma satu sindiran. Kadang2 orang paham apa yang tertulis tu je Macam tu jugak yang berlaku pada akak sorang ni yang komen dia semakin jadi viral sebab katanya menghina surirumah.. Rupanya akak ni pun seorang suri rumah apa yang dia komen cuma macam nak sindir orang2 yang pernah ucapkan kata2 macam tu kat dia hanya kerana dia surirumah  Kita terima yang psoitif sudah la. Hentikan menyebar salah faham ni. Kesian pulak.. den pun tersalah paham jugak mula2. Yelah tak tau hujung pangkal tetiba orang sebar screenshoot komen dia yang agak pedas jugak la bila kita baca nak2 kita ni surirumah kan. Moral of the story.. Berhati hati nak menulis di laman sosial ni.. kalau nak perli @ sarcasm ...

PENGASUH TASKA SERAH DIRI SELEPAS VIDEO PUKUL & PAKSA BAYI MAKAN UBAT TERSEBAR

Image
Rasanya semua pun ingat lagi video penderaaan bayi kat salah satu taska.. di mana seorang pengasuh senior katanya melakukan kekasaran semasa memberi seorang bayi makan ubat. Di tampar & di marahnya budak yang tak tahu apa2 tu. Didedahkan sendiri oleh bekas pekerja kat taska tu. Dia tak tahan tengok akak ni asyik berkasar dengan budak2.. nak tegur katanya tak berani sebab dia senior kat situ. Apa boleh buat just record je la perbuatan akak tu. Sumber google Akibat dari video yang tersebar tu.. Si pelaku (pengasuh taska) tu tertekan & maybe dia takut kot menyebabkan dia sendiri pergi serah diri. Dah pun di reman sejak 1 november lalu untuk siasatan. Moga jadi pengajaran la buat semua yang ambil tugasan atau bekerja sebagai pengasuh bayi & kanak kanak ni. Ingat.. Ni bukan zaman publick phone ni zaman smartphone. Smartphone cap ayam pun ada camera boleh rakam so, siapa2 saja boleh dedahkan perbuatan salah hangpa. Sumber harian metro. Kedekut sungguh blur berita. ha...

WAJAH BUDAK2 KAKI BULI DI ASRAMA MULA TERSEBAR

Image
Tu dia.. Dah kena gari pun seseko. Pakat semua muka ayam berak kapur. Takde sorang pun berani berwajah gangster asrama lagi. Tu la dik.. Ni bukan zaman publick phone ok! Cerita situ abis situ.. Ni zaman smartphone.. kau buat hal, ada tukang record & tukang sebar. Kau tunggu abang polis datang angkut. Sesi ujibakat nak masuk henry gurney dah berlangsung. Tunggu result jer. Jangan risau Insya Allah semua akan dapat masuk ke asrama penuh henry gurney kat situ boleh jumpa banyak punching bag.. Cuma tu la takut hangpa jer yang jadi punching bag pulak. Kena sorok muka. Aku tak berani ambil risiko dedah wajah2 hensem bebudak ni. Moral Of the story.. Kalau rasa kuat salurkan kat tempat yang betul. Pi cuci toilet asrama ke tengok pancit ke tidak tangan berus jamban. Kalau tak pancit memang kuat la.. setakat kau tinju budak junior secara berjemaah.. tak berapa hero la dik. P/S : ni cerita 2014 gamaknya 10 tahun lagi apa cerita. Trauma aku nak hantar anak aku ke asrama. Updat...

BUKAN CHE TA JER AKU DULU PUN MAKE UP JUGA SEBELUM BERSALIN

Image
Kecoh la la bila che ta (Rozita Che Wan) mendedahkan rahsia wajah dia tetap berseri lepas bersalin. Kalau orang lain tu.. lepas bersalin muka pucat jer.. yelah.. darah banyak keluar kan lepas tu proses bersalin tu guna banyak tenaga so muka lepas bersalin dah tentu nampak letih,sakit & pucat sikit. Che ta tak hipokrit la dia ngaku dia make up.. Ramai pulak dok hentam katanya bersalin pun nak make up jugak. Esok2 nak mati pun bersolek dulu. Tak payah nak tunggu che ta buat pengakuan tengak kening pun dah tau make up Sampai macam tu hangpa.. Bersalin ja kot yang sampai mati bagai tu dah kenapa. Bila aku tengok jadi isu besar sangat che ta make up sebelum bersalin teringat pulak kenangan aku nak melahirkan anak, aku pun sempat jugak la touch up muka even tak heavy pakai jugak bedak, eyeliner & lipgloss sebelum ke hospital. Kalau time tu aku dah rasa contraction maybe aku pun dah tak fikir muka serabai ke hapa nak ke hospital tapi time air ketuban pecah serius memang aku ta...

INILAH PUNCA KITA DI ADD MASUK KE FB GROUP TANPA RELA

Image
Tak payah maki hamun berkajang.. aktiviti tak bermoral seperti meng add orang sesuka hati ke group di FB tetap takde penyudah. Ramai yang rasa benda ni menggangu aktiviti sosial depa di laman sosial tapi aku pun pelik spesis yang dok add orang tak tentu pasal ni tak pernah terbaca ke status maki, status warning status marah atau status berunsur rayuan supaya jangan add orang ke dalam apa2 group FB tanpa keizinan. Nak kata buta huruf pandai pulak buka account FB. Nak kata masalah kefahaman ke hapa tak tau la.. Sumber google Yang pasti bukan masalah tak faham bahasa atau tak pandai baca atau tak tahu orang tak suka. Depa buat semua tu untuk kepentingan peribadi depa. Nak beriklan kat group iklan kena add 50 orang dulu. Lepas tu PM admin group, dapat ID baru iklan depa terpapar kat group tu. Ni salah satu group yang aku baru je leave sebab tetiba jer ada makhluk add masuk sebab nak beriklan. Ni la punca yang buat kita di add tanpa rela ke group iklan2 sampah masyarakat. Nasib...

INILAH RUPA USTAZ KAZIM ELIAS 22 TAHUN YANG LALU

Image
Aku suka ikut page ustaz kazim elias.. Kadang2 dia share cerita2 memori silam tu ada yang kelakar, ada yang sedih atau share pengalaman2 dia jumpa dengan macam2 ragam manusia ada yang pelik ada yang lawak. Semalam nampak kat Fanpage beliau ada share gambar 22 tahun yang dulu. Sumber Fanpage Ustaz kazim Elias Amboi kemain ramping menawan, rupa pun moda rumaja lagi tu. Memang nampak lain sangat kecuali tang mata jer. Tapi bagi pendangan mata aku.. rasa la ni lagi hensem. Dulu tu kurus sangat. Sesetengah orang memang hensem di usia 40an.. Erkk ustaz kazim ni dah masuk 40an ker? tak sure pulak aku. Apapun semoga Ustaz Kazim terus berjaya dalam dakwahnya. Jangan terjerat dengan permainan politik sebab ramai pendakwah kalau masuk politik jadi kacau bilau dakwahnya. Kebebasan menyampaikan kebenaran tu terbatas

BERPARTI HALLOWEEN DENGAN HANTU MH370

Image
Tahap biadap yang tak cukup di sekolahkan dengan lempang ni. Patut letak depa ni dalam satu pesawat kemudian letupkan kat tengah2 lautan hindi. Tak beragak langsung nak berhibur pun. Manusia berhati syaitan.. Tak payah pakai kostum Halloween dah.. Memang tak nampak manusia spesis macam ni. Ia bukan pasal agama atau bangsa tapi soal sentiviti & kemanusiaan. Seluruh dunia terasa sedih dengan kehilangan MH370 yang sampai sekarang masih misteri. Hidup mati takde sapa mampu sahkan.. Tapi biasa la tak semua manusia itu manusia. Ada manusia tapi berhati syaitan. Contohnya macam makhluk2 yang tak di kenalpasti dari spesis apa.. Rupa memang nampak manusia.. tak perangai tak berapa manusia  Sumber asal HarianBlogger Sumber asal Mynewshub Dalam pesawat MH370 ada pelbagai kaum,bangsa & agama jugak negara.. Sepatutnya semua kena hormati. Jangan kat Malaysia ada yang teringin nak jadi viral pi tiru pulak. Cukup la dengan kebodohan yang ada segelintir rakyat Malaysia.. ...