Posts

INILAH USTAZ KAZIM ELIAS 32 TAHUN YANG LALU

Image
Sesi terobek (throwback) kezaman silam. Kadang2 bila tengok gambar dulu2 memang Ya Allah nak gelakkan diri sendiri pun ada. Dengan fesyen zaman tu yang kalau budak2 sekarang tengok macam kelakar sangat... dengan muka yang fokus gila kat flash camera filem. Gambar memang tak boleh delete dah kalau dah snap. Memang jadi bahan gelak je la kalau tengok balik. Sumber google Tadi terjumpa post dari Fanpage Ustaz Kazim Elias yang share satu gambar dia masa budak2 dulu. Caption kat gambar tu tulis tahu 1982. Bermakna 32 tahun yang lalu la kan.. Gambar pun tak berapa jelas.. yelah kualiti gambar time tu bukan macam DSLR..kaler pun spehia tone je. Untung la ada jugak gambar zaman tu.. ada orang tak merasa langsung ambil gambar. Yelah tahun 80an.. bukan semua orang mampu ambil gambar apatah lagi beli camera kan. Sumber Fanpage Ustaz Kazim Tapi nampak bulat sungguh kan muka ustaz kazim masa budak. Mata terbeliak. Time tu tak rabun lagi kot. Takde sapa sangka budak tu sekarang dah ...

ENTRI PALING ANONYMOUS SUKA KOMEN

Image
Kalau berblog takde komen dari anonymous memang rasanya bukan blog la kot. Ataupun blogger tu disable ruangan komen. Kalau publick kan blog untuk sesiapa sahaja baca, Insya Allah tak ramai sorang dua anonymous mesti sangkut kat kotak komen.  Sumber google Anonymous ni kadang2 di kalangan orang2 kita kenal & tak mustahil jugak di kalangan kawan2 kita. Walau banyak Anonymous ni datang menghentam orang kadang2 tak ada kena mengena pun dengan isu yang kita tulis tapi tak semua anonymous tu pengkritik atau pengutuk.. Ada jugak Anonymous yang berhemah memberi pandangan atau komen yang baik. Pendek kita tak boleh pukul rata Anonymous tu semua nak memberi kritikkan membunuh jer.. Sebenarnya aku nak cerita pasal entri aku yang paling banyak anonymous komen jer.. Intro panjang panjang tu cuma sesaja kononnnya pengenalan tentang anonymous dari sudut pandangan aku. Kat blog aku ada satu entri yang masih menjadi views yang tinggi & aku perasaan memang banyak komen anonymous.....

KURMARI TELUR RESEPI YANG TAK ADA KAT BLOG MAT GEBU

Image
Hahahahaha.. Kau! Ni nak lawan blog Dapur tanpa sempadan ke hapa?? Kalau la boleh berlawan traffic dengan blog Dapur tanpa sempadan cik mat geb u tu.. Dah tentu la blog melekit ni tak melekit lagi. Traffic laju macam MRT. Tapi siapalah blog melekat lekit ni kan... Cerita pasal resepi yang takde kat blog cik mat gebu tu.. Alkisahnya memang takde la resepi kat memana blog even blog mat gebu pun sebab resepi tu resepi emergency den. Gigih ni nak buat masak kurma pengantin katanya.. Sebab ternampak kat Blog Dapur Tanpa sempadan . Tapi alahai.. bahan2 tak cukup pulak kat rumah ni. Takpelah.. Buat masak kurma pengantin lama sudah la kan. Campak apa yang ada. Alih2.. serbuk kurma pulak seciput jer tinggal. Dah siap bahan lain.. Kena juga buat masak kurma. Tu yang terjadi Kurmari telur sebab aku campur dengan serbuk kari ikan sikit. Lepas tu masak je macam masak kurma cedok sikit resepi Cik Mat Gebu kan tapi takde la semua bahan yang cik mat guna. Cuma aku ceduk bahan kisar jer sebab se...

FASHA SANDHA LAHIR ANAK KEDUA TERUS UMUM NAMA

Image
Tahniah kepada fasha sandha dah selamat melahirkan baby kedua dia... Comel jugak baby girl fasha ni. Takde eklusif fasha terus sebar & umum nama anak dia. Wah semakin hari fasha nampak semakin low profile. Sejak jadi isteri & ibu ni boleh nampak perubahan pelakon fasha sandha ni kan. Dah takde kontroversi. Bagus la berubah kearah lebih baik.. Jangan pertikai kesempurnaan tu at least ada perubahan yang baik tu, Alhamdulillah. Sesetengah retis kan.. Nak tunjuk gambar pun kena tunggu rancangan tertentu la.. atau tarikh tertentu.. nak umum nama pun nak kena ada sidang media khas.. Kan senang macam fasha sandha ni.. mudahkan kerja semua pihak terutama media la nak up story dia. Tak payah eklusif sangat kot nanti jadi macam che ta.. nama anak pun kena troll.. kesian baby tu. Yelah.. nak eklusif sangat. Apapun semoga baby girl fasha sandha ni membesar jadi anak yang baik.. cemerlang dunia & akhirat.

GAMBAR POCONG DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI KULIM

Image
Alamak pocong la pulak. Mesti mengelabah orang kulim kan. Nak2 tahap penakut tu agak luar biasa. Confirm Sofea, jijah,syikin,Aida,Pisyah & Isma cuak?? Nak pi hospital pun takut. Sumber google Baca kat sinar harian tadi katanya seorang kakitangan awam terambil gambar pocong berhampiran dengan bilik mayat salah sebuah hospital yang tak di beritahu hospital mana. Maybe takut orang panik kot langsung tak nak ke hospital tu. Tapi kalau hospital gomen rasanya ramai orang pergi kalaupun ada orang kata nampak drakula sekalipun kat situ. Yelah bukan semua berkemampuan nak pergi hospital swasta kan. Sumber Sinar Harian Yelah.. mungkin yang terakam tu Makhluk itu sebab kita tak boleh di nafikan kewujudan mereka cuma tu la.. sejak zaman smartphone menjadi2 pulak puak2 hantu ni enterframe kat camera orang kan. Sampai aku rasa macam tak berapa misteri dah makhluk ghaib sekarang ni. Lagi eklusif gambar cik mat gebu dapur tanpa sempadan berbanding hantu. Gambar hantu lagi senang na...

PENJELASAN ROSLINA SHAHARUDDIN TENTANG KOMEN HINA SURIRUMAH

Image
Zaman media sosial ni semua pun pakai taip takde nada yang ada cuma ayat yang boleh jadi macam2 maksud. Kadang2 maksud kita lain tapi cara penyampaian kita salah maka jadi salah faha, Yelah.. takde bernada la katakan. Nak2 lagi ayat2 sindiran ni.. Bukan semua orang paham ia cuma satu sindiran. Kadang2 orang paham apa yang tertulis tu je Macam tu jugak yang berlaku pada akak sorang ni yang komen dia semakin jadi viral sebab katanya menghina surirumah.. Rupanya akak ni pun seorang suri rumah apa yang dia komen cuma macam nak sindir orang2 yang pernah ucapkan kata2 macam tu kat dia hanya kerana dia surirumah  Kita terima yang psoitif sudah la. Hentikan menyebar salah faham ni. Kesian pulak.. den pun tersalah paham jugak mula2. Yelah tak tau hujung pangkal tetiba orang sebar screenshoot komen dia yang agak pedas jugak la bila kita baca nak2 kita ni surirumah kan. Moral of the story.. Berhati hati nak menulis di laman sosial ni.. kalau nak perli @ sarcasm ...

PENGASUH TASKA SERAH DIRI SELEPAS VIDEO PUKUL & PAKSA BAYI MAKAN UBAT TERSEBAR

Image
Rasanya semua pun ingat lagi video penderaaan bayi kat salah satu taska.. di mana seorang pengasuh senior katanya melakukan kekasaran semasa memberi seorang bayi makan ubat. Di tampar & di marahnya budak yang tak tahu apa2 tu. Didedahkan sendiri oleh bekas pekerja kat taska tu. Dia tak tahan tengok akak ni asyik berkasar dengan budak2.. nak tegur katanya tak berani sebab dia senior kat situ. Apa boleh buat just record je la perbuatan akak tu. Sumber google Akibat dari video yang tersebar tu.. Si pelaku (pengasuh taska) tu tertekan & maybe dia takut kot menyebabkan dia sendiri pergi serah diri. Dah pun di reman sejak 1 november lalu untuk siasatan. Moga jadi pengajaran la buat semua yang ambil tugasan atau bekerja sebagai pengasuh bayi & kanak kanak ni. Ingat.. Ni bukan zaman publick phone ni zaman smartphone. Smartphone cap ayam pun ada camera boleh rakam so, siapa2 saja boleh dedahkan perbuatan salah hangpa. Sumber harian metro. Kedekut sungguh blur berita. ha...