Posts

GOSIP TELEKUNG LYCRA TIDAK SAH SOLAT

Image
Telekung lycra memang trend sekarang la.. Material dia yang sejuk, lembut & ada dalam pelbagai warna memang menarik perhatian kaum wanita la.. Apa salahnya nak bercantik mengadap Allah. Tak salah selagi niat kita tu betul. Jangan kat luar masa solat berjemaah jer kau bercantik kat rumah telekung penuh polkadot (tahi lalat).. kan? Sumber FB Tadi ternampak kat FB orang mula share pasal katanya tak sah solat kalau pakai tudung lycra. Jangan la melatah cik adik.. cik kak sekalian.. Kita selidik dulu betul2. Takut kita tersebar sesuatu yang tak betul. Aku yang tak berapa pandai ni pun jadi confuse. Maka aku google la sedikit info namun adalah lebih afdal merujuk guru agama tapi ni sekadar informasi hujung jari untuk semua.  Sumber Love Islam Macam aku kata tadi kalau ada keraguan better rujuk kepada orang yang lebih arif. Aku sekadar berkongsi info yang aku baca. Tapi betul la jugak kalau kita pakai pakaian tebal yang menutup aurat takde masalah la kalau kita nak s...

HANTU IBU MENGANDUNG CARI MAYAT BAYINYA

Image
Hari rabu ramai yang buat entri wordless wednesday tapi biasa la blog melekit ni konsep dia memang takde wordless semuanya more words hahahahaha.. Kalau tak berjela entri tu tak sah. Kalau nak buat wordless rasanya hati boleh memberontak sebab kurang kepuasan.kekekeke Cerita pasal hantu hari rabu ni.. Betul la macam tajuk entri tu nak cerita pasal hantu seorang ibu mengandung yang cari mayat bayinya. Alkisah selepas dua tahun kematian penuh trajidis seorang pelajar perempuan yang sarat mengandung akibat di bunuh oleh kekasihnya.. juga bekas guru dia sebab nak tutup perbuatan sumbang cikgu tu bersama pelajarnya.. Pelajar perempuan tu di bunuh sebab degil taknak gugur kan kandungan. Nak jugak lahir & besarkan bayi hasil dari hubungan sulit dia bersama cikgunya. Si cikgu tu dah ada anak bini tetap nak menggatal dengan anak murid. Sumber google Lepas di bunuh mayat perempuan sarat mengandung tu di buang di sebuah paya & di temui keluarga dia & di lakukan upacara penge...

HATI HATI DENGAN BLOGGER NI KATANYA...

Image
Blogger ni kerja dia takde lain.. cari kelemahan, kesilapan & kesalahan orang jer kemudian up kat blog bajet dia gud gud sangat. Hati hati la dengan dia jangan sampai hangpa pulak jadi mangsa dia.. mulut dia lazer.. Ramai orang yang tak suka. Dah la penulisan macam novelis murahan. Ramai yang suruh aku boikot.. ramai yang suruh aku berhati hati dengan dia... bla.. bla... jahat.. bla.. bla.. mulut puaka.. bla.. bla.. Sumber google Itulah kata kata pernah aku terima. Tapi.. ada ku kesah sangat? Aku ni banyak tulis pasal isu2 semasa tapi bukan copypaste berita. Aku lebih suka mengopek sesatu isu dari sudut pandangan peribadi aku sendiri. Isu2 tu tak semestinya keluar akhbar jer.. tak kira la apa2 isu yang menarik perhatian aku untuk aku kupas kupis.. aku tulis je kat blog tapi bukan semua pun  nak memburukkan orang. Salah satu pasal isu Kak Roslina Shaharuddin yang di tuduh menghina surirumah sebenarnya hanya salah faham. Aku ada tulis pasal tu kat entri ni Penjelasan Rosl...

CABLE CAR GENTING HIGHLAND & PERKAMPUNGAN BUNIAN (JIN)

Image
Serius even bukan kali pertama aku ke genting highland tapi semalam (9 November 20014) kali pertama aku merasa naik cable car kat skyway Genting untuk aktiviti hujung minggu. Sama la dengan lala (anak den) dia pun first time jugak naik cable car.  Hahahahaha... Cable car skyway genting highland. Sumber google Lala mula2 cable car gerak cuma keluar dari mulut dia Wah.... lepas pertengahan dia nampak macam gayat sikit tapi takde ketara sangat takut dia.. sekejab je lepas tu ok. Tak nangis2 atau apa2 reaksi takut yang melampau. Boleh berselfie dengan bapak dia lagi dalam cable car tu. Aku? Gayat... Alhamdulillah even aku memang ada penyakit gayat tapi dalam cable car takde la gayat pun. Maybe gayat aku dah hilang bersama usia tua kot.. hahahaha Cuma pandang dari atas cable car tu macam2 aku terfikir. Nak tau apa aku banyak fikir sepanjang pergi & balik naik cable car tu? Aku terfikir mungkin dalam hutan tebal tu mungkin ada perkampungan bunian (Jin).. kalau semua manusia...

AWEK2 KELANTAN DALAM VIDEO BULI DI BURU PDRM

Image
Tu dia satu lagi kes buli melibatkan anak anak dara ber slang kelantan mendapat perhatian PDRM. mu gocoh lagi mek Ooi.. satu kena belasah ramai ramai.. kemudian record lepas tu upload mu tunggu abe polis date ghumoh jemput mu. Buruk pulak orang kedah cakap kelantan kan? hahahahaha Semalam terbaca kat page PDRM sedang mencari ahli keluarga mangsa buli dalam video tersebut untuk tampil buat laporan polis & sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes buli tersebut di minta tampil membantu siasatan. anak anak dara gangster tu hope dapat pengajaran. Sumber Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Sapa2 rasa nak tunjuk taiko lagi.. Sila upload video belasah orang secara beramai ramai. Sekejab je pemes tak payah masuk akademi fantasia. Orang pun tak susah nak abis kredit enpon sms vote korang.. hanya semudah button share jer korang mampu jadi popular seantero dunia. hahahaha

INILAH USTAZ KAZIM ELIAS 32 TAHUN YANG LALU

Image
Sesi terobek (throwback) kezaman silam. Kadang2 bila tengok gambar dulu2 memang Ya Allah nak gelakkan diri sendiri pun ada. Dengan fesyen zaman tu yang kalau budak2 sekarang tengok macam kelakar sangat... dengan muka yang fokus gila kat flash camera filem. Gambar memang tak boleh delete dah kalau dah snap. Memang jadi bahan gelak je la kalau tengok balik. Sumber google Tadi terjumpa post dari Fanpage Ustaz Kazim Elias yang share satu gambar dia masa budak2 dulu. Caption kat gambar tu tulis tahu 1982. Bermakna 32 tahun yang lalu la kan.. Gambar pun tak berapa jelas.. yelah kualiti gambar time tu bukan macam DSLR..kaler pun spehia tone je. Untung la ada jugak gambar zaman tu.. ada orang tak merasa langsung ambil gambar. Yelah tahun 80an.. bukan semua orang mampu ambil gambar apatah lagi beli camera kan. Sumber Fanpage Ustaz Kazim Tapi nampak bulat sungguh kan muka ustaz kazim masa budak. Mata terbeliak. Time tu tak rabun lagi kot. Takde sapa sangka budak tu sekarang dah ...

ENTRI PALING ANONYMOUS SUKA KOMEN

Image
Kalau berblog takde komen dari anonymous memang rasanya bukan blog la kot. Ataupun blogger tu disable ruangan komen. Kalau publick kan blog untuk sesiapa sahaja baca, Insya Allah tak ramai sorang dua anonymous mesti sangkut kat kotak komen.  Sumber google Anonymous ni kadang2 di kalangan orang2 kita kenal & tak mustahil jugak di kalangan kawan2 kita. Walau banyak Anonymous ni datang menghentam orang kadang2 tak ada kena mengena pun dengan isu yang kita tulis tapi tak semua anonymous tu pengkritik atau pengutuk.. Ada jugak Anonymous yang berhemah memberi pandangan atau komen yang baik. Pendek kita tak boleh pukul rata Anonymous tu semua nak memberi kritikkan membunuh jer.. Sebenarnya aku nak cerita pasal entri aku yang paling banyak anonymous komen jer.. Intro panjang panjang tu cuma sesaja kononnnya pengenalan tentang anonymous dari sudut pandangan aku. Kat blog aku ada satu entri yang masih menjadi views yang tinggi & aku perasaan memang banyak komen anonymous.....