Posts

LADYLISTA UNTUK KAKI SKODENG

Image
Tu dia untuk kaki2 skodeng online ada port baru untuk hangpa skodeng. Kenapa aku rekemen port baru untuk hangpa skodeng.. sila tingkatkan kesabaran & baca entri ni sampai habis. Hanya dengan kesabaran je matlamat tercapai katanya...   Sumber google Port baru yang aku nak rekemen untuk korang semua skodeng ni memang berbaloi. Macam macam ada... Nak skodeng cerita pasal retis.. pasal fesyen, pasal makeup/kecantikkan.. pasal isu2 semasa, cinta.. semua ada. Tak payah teropong banyak2 site dah.  Ladylista Sekarang ni kalau isu pasal artis.. pasal kecantikan.. pasal produk.. pasal fesyen semua orang nak sangat clik. Tak semua orang rajin nak belek majalah sebab sekarang semua maklumat,info,berita & cerita di hujung jari. Dan kerana itu wujudnya portal Ladylista. ladylista satu portal baru berbahasa melayu yang memaparkan info tentang dunia hiburan & gaya hidup terkini dengan tagline 'Dari maskara seorang diva'. Banyak info,isu, cerita tentang dunia hiburan...

DAH JUMPA KEDAI BERHANTU DI E@CURVE

Image
 Yang selalu lepak kat e@curve tu mesti cuak kan nak2 lagi yang penakut. Mesti mula refresh otak fikir yang mana satu gamaknya kedai berhantu. Sabar ok.. segala misteri akan terungkai kalau korang terus membaca entri ni tanpa was was... Kalau yang ikuti blog melekit ni mesti ada baca kisah kedai berhantu di selayang Mall yang tetiba di tutup. Di tutup atau di arahkan tutup tak sure la pulak.. Sampai sekarang masih jadi misteri yang tak terjawab. Tak sempat nak nak siasat pulak. Jadi kemurungan la sekejab Boleh refer entri ni pasal Kedai Berhantu Di Selayang Mall tu bagi yang terlepas membaca. Sumber google Tapi di sebab kan hati ni tak puas hati. Takkan ada satu cawangan je kedai berhantu tu kan? Gunakan khidmat Detective google la cari. Yer ternyata tekaan ku tak meleset. Kedai berhantu tu rupanya ada cawangan dia kat e@curve & kat Avenue Ampang. Yang paling dekat dengan aku e@curve la kan.. Jadi nanti free2 nak ajak asben pi siasat seterusnya memburu hantu kat si...

PENONTON HISTERIA SEMASA TONTON FILEM VILLA NABILA

Image
Tadi terbaca post kat Oh!Media share video orang terjerit2 dalam panggung wayang dengan caption Amboi penonton sampai kena histeria sebab tengok Villa Nabila? Kejadian dikatakan berlaku di Aeon Tebrau. Wah gitu sekali penangan tengok filem seram melayu era 2015 ni? Masalahnya seram sangat ke? Sumber google Kalau betul filem tu betul2 seram sampai mampu buat orang histeria memang aku kagum la sebab sekarang ni memang takde lagi filem seram melayu yang betul2 seram. Kebanyakkan filem seram cuma ada makhluk seram yang bagi aku tak seram sangat pun. Tapi tak tau filem hasil air tangan pengarah muda anak Dato Yusof kali ni menjadi seramnya.. Manalah tahu kan? Aku tak boleh nak judge apa2 sebab belum tengok even tahap confident aku terhadap filem ni memang tak banyak tapi tetap tak adil aku buat penilaian sebelum tengok. Kena tengok dulu baru boleh bagi pendapat. Sumber google Tapi Dahsyat jugak la kalau betul ada penonton wanita histeria masa tengok filem ni... Tak tau la maca...

MAKI & MENCARUT GUNA BAHASA SAINTIFIK

Image
Nak mencarut pun guna bahasa sains katanya. Ni maybe kategori pemaki & pencarut yang educated sikit kot.. kategori orang tak educated dengan golongan educated tak sama ke? Tak sama... sapa kata sama. Yang tak berapa pandai dia mencarut direct to the point jer. Sebut sebijik perkataan carut tu. Bahasa carut dia pun mudah di fahami oleh semua orang sebab dia guna bahasa pasar jer yang orang guna seharian tapi yang educated ni lain sikit cara dia nak maki hamun dengan perkataan carut... Kalau tak belajar sains maybe tak faham apa yang di carutkan tu. Tak caya? meh sini nak tunjuk contoh Sumber google Pagi tadi dapat komen dari Anonymous kat satu entri ni... nak gelak pun ada even aku faham la apa yang dia tulis tu sebenarnya nak maki hamun & mencarut tapi guna istilah2 sains jadi nampak macam berilmiah la sikit carutan dia. Tak nampak macam maki hamun sangat even komen dia sebenarnya kategori maki & carut jugak. Nak tau macam mana gaya komen dia.. tengok kat bawah ni ...

PELUK CIUM ATAS PENTAS BERLAKU DENGAN KEIZINAN ALLAH

Image
Bila sesuatu benda tu jadi viral akan muncul serikandi & perwira yang cuba menjadi viral dengan menumpang isu yang menjadi viral. Tak kira la dari statement di keluarkan melalui tulisan atau video. Selalu yang senang nak jadi viral ni statement2 bodoh jer.. Statement2 cerdik ni bukan takde langsung ada tapi sikit sangat berbanding perkara bodoh. Isu kpopers Melayu bertudung yang rela di peluk cium retis kpop semua orang tahu tapi yang baru orang nak tahu adalah muncul satu video dari serikandi yang membela nasib2 adik2 kpopers ni.. Dengan alasan apa yang berlaku adalah dengan keizinan Allah & Ujian buat kita semua. Memang la takde satu perkara pun even sebesar zarah boleh berlaku tanpa keizinan Allah tapi manusia punya pilihan yang boleh di buat dengan akal jadi alasan apa yang berlaku bukan salah bebudak tu tapi semua ni ketentuan/keizinan Allah.. agak janggal la kita nak terima. Kang bebudak lain nak bercumbu cumbuan guna alasan tu pulak.. Kami bercomolot ni atas Keizinan A...

SUKA SELFIE TANDA SESEORANG TU ATTENTION SEEKER

Image
Semalam sesambil buat kerja surirumah ni sesambil la dengar perbincangan pasal selfie kat Wanita Hari ni tv3. Dengar pun dengar gitu jer.. sesambil buat kerja kan. Yang aku ingat pakar yang di jemput kata.. orang yang suka berselfie kurang keyakinan diri & attention seeker. Wah! kau... marah kaki2 selfie. Bukan setakat di gelar sakit mental.. dah kena tuduh attention seeker. Sumber google Tapi kan bagi aku tak semua kaki selfie tu attention seeker sebabnya memang ramai suka selfie bukan semua orang suka upload gambar selfie dia kat laman sosial. Yelah sekarang zaman smartphone bukan zaman kamera filem macam dulu. So, semudah ABC nak snap pic sendiri. Jadi kadang2 nak tengok muka sendiri dalam gambar kita selfie la. Macam aku dulu zaman myspace memang kaki selfie setiap hari update gambar muka aku sendiri. hahahaha.. sebelum pi kerja tu mesti selfie dulu lepas tu sampai opis mesti upload. Tapi sekarang aku selfie la jugak tapi tak berapa suka upload sangat dah.. Nak2 muka se...

DAH TAK RARE SANGAT LETAK NAMA ANAK PANJANG PANJANG

Image
Budak2 sekarang berapa kerat sangat mak bapak dia bagi nama satu perkataan jer.. Susah nak cari dah nama anak2 sekarang yang pendek2. Majoriti paling pendek pun 2 perkataan jugak. Tu paling pendek kalau paling panjang ikut suka hati mak bapak dia je la nak karang nama anak macam cerpen hahahaha Bila baca senarai nama anak anak sekarang rasa semput jugak nak sebut.. Dah la panjang sebutan pulak kadang2 yang susah lidah melayu nak sebut. Kalau orang tua2 makan sireh confirm bunyi lain nak2 lagi sebut nama budak2 yang bunyi ala2 western sikit even ada maksud yang baik dalam bahasa arab sekalipun. Kadang2 aku dok baca nama anak orang kat online ni pun aku terfikir kalau jumpa kat luar betui ka aku sebut ni.. Kang salah sebut mak bapak dia terasa pulak. Paling2 gelak kat aku. hahahahaha Tapi bila trend nama panjang2 & bunyi western ni dah ramai sangat orang buat jadi biasa pulak kita tengok. Takde special dah sebab hampir semua budak sekarang nama panjang2.. kalau sorang dua budak z...