Posts

BERKAWAN DENGAN HANTU

Image
Wah.. boleh berkawan dengan hantu tu kira rare jugak la kan. Bukan calang2 manusia berani atau nak berkawan dengan hantu ni. Yelah.. kalau berkawan dengan manusia asyik nak sentap je tak tentu pasal katanya baik kawan dengan hantu.. Masalahnya hantu tak reti sentap ke? Siapa kata hantu tak reti sentap.... Sumber google Manusia kalau berpuaka memang layak berkawan dengan hantu jer.. Kawan dengan manusia kang ada yang sentap secara sengaja atau tak. Siapalah manusia yang aku maksudkan tu gamaknya yer. Almaklum la.. kekurangan diri aku ni kadang2 suka komen atau cakap terus terang jer. Bergantung pada isu atau topik.. Kalau isu tu aku sependapat mungkin sedap la apa yang aku cakap di hati orang yang dengar atau baca tapi kalau aku rasa tak setuju mungkin kelat sikit la bunyinya. Tapi konsep aku jenis cakap situ abis situ. Di sebabkan keburukkan aku nan satu tu maka aku pilih kawan dengan hantu je la.. tak payah sentap nyentap bagai kan... hahahahaha boleh gitu. Sebab aku tak b...

HUKUM JUAL ROKOK

Image
Selalunya orang bercakap pasal perokok je jarang ada yang sentuh orang Muslim yang jual rokok. Seolah olah.. hanya Haram bila merokok, tapi macam mana pulak yang jual rokok. Kalau rokok di fatwakan haram, macam mana pulak penjual & hasil jualan rokok tu? Halal ke haram? Sumber google Tak mau kupas kupis banyak2 satgi jadi salah info pulak kan? Al maklumlah berkaitan hukum hakam ni hanya yang bertauliah & berkelayakkan je boleh cakap. Seperti selalu aku ingatkan.. Ini cuma info hujung jari untuk anda jadikan sebagai point untuk belajar selebihnya rujuklah pada mereka yang lebih arif. Apapun aku ambil dari sumber yang aku rasa boleh di percayai.. dari Orang yang di kenali jugak portal rasmi JAKIM. Dari Blog Ustaz zaharuddin.net Ini katanya... Untuk artikel penuh boleh baca di zaharuddin.net Dari portal rasmi JAKIM, e-fatwa Untuk artikel penuh boleh baca di e-fatwa  Bagi yang menjalankan perniagaan runcit atau mini market atau buka kedai kecik2 ke apa...

HUKUM MEMBERI UCAPAN SELAMAT UNTUK PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

Image
Ini sekadar info di hujung jari yang di rujuk dari portal rasmi JAKIM, e-fatwa . Aku pun tak berani nak share kalau dari sumber yang tak sahih atau dari sumber orang2 yang tak di kenali. Yelah.. aku kan jahil jugak, tak berani memandai mandai. Sebab tu nak share pun aku cuba la rujuk dari sumber yang sahih kat online ni supaya tak jadi pertikaian. Kalau salah info ni, maka JAKIM la bertanggungjawab ye dak? Isu ni sebenarnya sangat simple tapi di rumitkan dengan pertikaian yang tak berasas. Yang jadi kelam kabut sebab ramai yang mengeluarkan pendapat ikut hukum akal bukan merujuk kepada mereka yang lebih bertauliah & berpengetahuan dalam hal tersebut. Setakat isu2 semasa, gosip2 retis tu ok la nak guna hukum akal je kan.. Tapi kalau berkaitan dengan hukum hakam agama ni better merujuk kepada mereka yang lebih arif. Kita dah biasa wish kepada orang bukan Islam bila tiba hari perayaan depa.. Tu benda biasa yang berlaku. Bukan tak boleh... boleh tapi ada perkara yang jadi tak bo...

HARAM MASUK KE RUMAH IBADAT BAGI MERAIKAN PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

Image
Zaman bebas berkata kata tanpa suara ni muncul ramai perwira & serikandi yang akan mempertikaikan bila sesuatu tu orang kata tak boleh. Macam contoh baru2 ni pasal kes Thaipussam. Ada para gegadis melayu islam berhijab dok pi memberi sokongan terhadap penganut agama hindu kat Batu Caves.. siap dok angkat poster I Love Hindu. Aku nak cakap pasal tu aku sendiri pun tak sure samada boleh ke dok buat camtu semata mata nak bagitau penganut agama lain bahawa orang Islam menerima & menghormati agama mereka tapi kalau untuk diri aku.. Cukup la sekadar ucap... 'Happy holiday & Enjoy your festival'. Tu pun tanda kita hormati agama mereka. Tak perlu nak lebih2 sangat kot. Pasal tu korang cari la guru agama untuk merujuk ok! Tapi aku terbaca kat portal e-fatwa.gov pasal hukum meraikan/merayakan/menyerupai perayaan agama lain ni.. Hukumnya haram. Boleh rujuk kat gambar yang aku printscreen kat portal e-fatwa ni Sumber & artikel penuh sila baca di e-fatwa...

BLOGGER MINTA DERMA UNTUK iPAD MINI

Image
 Sapalah gamaknya blogger tak malu tu kan? Minta derma untuk iPad Mini 2.. Ada ke orang nak derma untuk dia? tak tau la nasib dia camna kan.. Manalah tau ada orang simpati kat dia kan, so try je la.. kekekekeke Yang Nak minta derma kat korang ni aku la blogger tu. Hope sudi sudikan la menderma untuk aku yang tak berdaya tanpa bantuan korang. Tak luak pun duit dalam account bank korang kalau tolong derma untuk aku dapat iPad Mini ni katanya... Sumber google Bukan la aku nak minta derma sorang singgit... Aku just nak minta derma sorang satu clik jer. Aku ni jarang2 la nak join apa2 contest nak2 lagi kalau perlukan vote atau clik sebab aku sedar diri aku tak ada FAN atau pengaruh tapi sebab makin sedar diri aku ada kengkawan yang baik kat sini maka tanpa malu2 siput sedut aku nak minta la tolong semua clik. Tak susah kan permintaan aku. Kalau tak dapat banyak, sorang satu clik pun dah cukup. Disamping tu korang boleh jugak dapat sample percuma pembersih & pencerah Miss...

INI RUPANYA NAMA SEBENAR PELAKON AaRON AZIZ

Image
Serius aku tak pernah terfikir nama sebenar Aaron Aziz seklasik ni.. Aku pun tak pernah terfikir yang Aaron Aziz tu bukan nama sebenar dia. Tu la kan bila terjun ke dalam dunia glemer nama pun kena glamer jugak tapi bukan semua retis pilih untuk guna nama glamour. Ada yang tak kisah guna nama sendiri even nama tu agak klasik. Nama je kot kan.. Asalkan membawa maksud yang baik, ok la tu. Sumber Google Mesti Ramai nak tengok Identiti card (Singapore) Aaron Aziz & nak tahu nama sebenar dia kan? Meh aku share dengan korang nama sebenar pelakon kegilaan ramai gadis & perempuan ni.. Sumber Ladylista Abang Mat Haron Mustapha rupanya... Jadi Abang Aaron. Takpe la bang Haron.. Nama Haron pun ok what? Harun Salim Bachik ok je nama Harun kan? Takde memalukan kat memana pun nama Haron tu. Cuma tu la.. even tak jauh bunyinya dengan Aaron tapi Aaron bunyi macam western sangat tapi Haron bunyi Melayu sangat. kekekekeke Tapi setelah di siasat rupanya Memang nama Abang Mat Har...

FESYEN BAJU PALING MENGARUT SENGAJA TAYANG KEMALUAN

Image
Manusia ni terlebih kreatif pun jadi bodoh jugak kan. Mungkin sebab terlalu perah otak sampai putus2 urat2 saraf & sel2 otak dia buat idea yang di cetuskan memang tak masuk akal. Orang pakai baju nak tutup kemaluan.. ni buat baju untuk tunjuk kemaluan. Yang pelik tang bahagian lain elok jer tutup... tang 'tut' je sengaja di buat lubang semata2 nak bagi nampak kemaluan. Sungguh berkarat otak orang barat. Sapa gamak pakai selain model2 ni?? Kalau rasa nak tengok lagi banyak gambar2 fesyen baju tayang kemaluan ni boleh tengok kat Ladylista. Aku attach yang tak berapa sensor sangat jer Hope takde mana2 lelaki kat Malaysia dok pakai fesyen ni. Manalah tau terlalu berfesyen katanya, tetiba nak try baju tunjuk kemaluan ni. Mau mati kena pijak. hahahahaha Lepas ni gamaknya apa lagi fesyen dia nak cetuskan. Fesyen tayang bontot pulak ke? Yelah.. fesyen tayang kemaluan dia rasa fesyen sangat, apalah sangat fesyen tayang bontot kan