Posts

NAK MATI DALAM POLITIK BUKAN IMAN

Image
Manusia yang taksub politik ni ni.. makan,minum,tidur,bangun,berak,kencing sampai ibadah pun dia akan ambil kira pasal parti & politik. Kiranya dia punya kempen sepanjang zaman bukan musim PRU jer.. Takde cuti 24/7. memang dahsyat la manusia macam ni.. Jangan rasa tak wujud sebab aku pernah kenal manusia2 macam ni la aku jadi takut nak melibatkan diri dalam politik even penyokong je pun. Aku takut aku jadi manusia taksub yang bodoh. Kematian bukan isu politik.. bukan isu parti.. bukan isu kau sokong sapa.. kau bangkang sapa. Tapi masih ada manusia yang hati & hidupnya hanya untuk berpolitik. siapapun mereka yang pulang kepangkuan Ilahi.. Tak sepatutnya di hambur dengan kata2 kasar apatah lagi keji hanya kerana perbezaan fahaman politik. Siapapun dia even bukan bapak kau atau bapak aku mahupun bapak dia... Kalau tak mampu nak ucapkan kata2 yang baik atau boleh menyedapkan hati mereka2 yang menyanyangi si mati.. cukup diam & tak perlu berkata apa2. Pemergian Bekas Ment...

BAHAYA GUNA MASKARA & EYELINER LEBIH DARI 4 BULAN

Image
Mak Aiii... maknanya setiap 4 bulan kena tukar maskara & eyeliner yang jenis gel tu la yer.  Macam aku surirumah ni.. seminggu sekali dua jer tenyeh menatang tu semua kadang2 setahun baru habis.. kadang lebih setahun tapi mujur eyeliner aku pakai jenis pensil kayu kena asah tu sebab aku tak reti pakai yang jenis gel. Sumber google. Sekadar hiasan Aku terbaca kat Ladylista katanya Jangka hayat Maskara & eyeliner jenis gel tu sebenarnya 4 bulan je selepas di buka.  Sebab tak puas hati aku google la info pasal tu. Yang aku jumpa adalah.. betul la apa yang tertulis di artikel Ladylista tu.. Tapi boleh di pakai paling lama enam bulan & bahaya pakai Maskara & eyeliner gel tu lebih dari setahun boleh menyebabkan buta. Telan air liur sekejab... Kalau macam ni bertambah la budget untuk makeup.. ke nak tukar dengan water color atau color pensil jer murah sikit katanya. Sama jugak la kan effect kat kulit hahahahaha... Tapi aku percaya ramai yang guna maskara ...

TAKZIAH.. TUAN GURU NIK AZIZ KEMBALI KERAHMATULLAH

Image
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Berita pemergian pemimpin terkenal TG Nik Aziz telah pun tersebar. Moga Roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau Sesungguh setiap yang hidup pasti akan mati. Namun kehilangan beliau pasti menjadi satu kehilangan besar rakyat Malaysia. Biodata BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Tahun Lahir 1931 Tempat Lahir Pulau Melaka, Kelantan Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama. Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936. Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian. Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. Universiti Deobond, India – 1952. Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957. Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjan...

LELONG CADAR SEMPENA MALAM JUMAAT

Image
Sempena malam jumaat.. malam honeymoon pasangan suami isteri katanya elok ladi lelong apa yang patut bagi menaikkan mood bulan madu. Hahahahaha.. sah2 tokei cadar ni tahap gila yang tak boleh di maafkan lagi. Tokei cadar minta aku tolong jual cadar dia dengan harga paling gila. Mula2 letak RM120.. lepas tu dia kata ada lagi sikit2 stock nak perabih suruh jual dengan harga RM85 sahaja Set Cadar cotton beropol  Queen Size ni adalah set 6 dalam 1. Cadar dia beropol di bawah, ada 4 sarung bantal & satu sarung bantal peluk panjang. Corak dia memang timbul sebab 3D. Harga pasaran RM200++ tapi sebab nak perabih stock ni.. Harga sekarang hanya RM80 sahaja. Area KL boleh COD.. luar KL boleh pos cuma tambah duit pos RM15 sahaja. Sebelum ada yang bertanya.. Set cadar ni termasuk selimut tak? Selimut takde, hokay. Ada peluang korang berpelukkan dengan pasangan masing2 kalau sejuk. Menambahkan mood romantik lagi katanya. hahahaha Meh la usya corak2 yang ada ready stock sekarang ...

RUPANYA PRESIDENT AMERIKA OBAMA ADA IPAR ORANG SABAH

Image
Sebab tak pernah dok ambil tahu salasilah family President Amerika, Barack Obama ni maka aku sendiri pun tak pernah tahu rupanya dia ada adik ipar yang berasal dari sabah. Rasanya ramai kot yang tak tahu even dia terkenal seluruh dunia. Nak tau dari mana aku tau.. Aku interview dia ke.. upah detective conan ker.. meh baca.. Antara orang terkenal yang ada kaitan dengan Malaysia Siapalah aku yang mampu nak interview Barack Obama kan... Apatah lagi berkemampuan nak upah detective conan siasat  ahli keluarga dia. Dari aku dok bayar detective nak siasat keluarga Barack Obama baik aku spent duit tu untuk kehidupan aku ni yang serba memerlukan lagi kan. Almaklum aku blogger yang menulis dari hasil pembacaan jer... maka info ni aku dapat dari pembacaan jugak la kan. Terbaca dari post says ni 12 orang terkenal di dunia yang ada kaitan dengan Malaysia... Salah seorang daripadanya adalah Barack Obama.. Dimana keluarga adik iparnya berasal dari sabah. Kemudian berkahwin dengan adik p...

CERITA GUDANG BERHANTU

Image
Hantu, syaitan,jin ni nak berkampung tak kira kat mana2 pun.. Bukan takat tempat2 yang sinonim dengan cerita seram macam kawasan perkuburan,hutan belantara atau rumah usang yang dah lama di tinggalkan.. kat gudang pun boleh je katanya. Cari sebab je dia nak bermastautin.. Nanti senang nak buat alasan kenapa dia duduk kat situ tanpa izin kan. Sumber google Kisah yang aku nak share ni kisah sebuah gudang yang dah lama di tinggalkan.. kemudian di beli oleh sepasang suami isteri untuk membuat tempat berniaga jubin. Sebab gudang tu ada kejadian yang menyebabkan sesuatu yang seram & misteri telah menghuni gudang tu seterusnya menganggu pasangan suami isteri ni sehingga si suami jadi baran menyebabkan si isteri jadi mangsa. Nak tahu apa rahsia di sebalik kejadian seram & misteri yang berlaku kat gudang tu.. Pi la tengok filem Gudang Kubur. Sumber google Kalau nak tunggu aku review lambat lagi la kot.. sebab filem ni baru je di tayangkan kat pawagam.. Iklan promosi kat ...

BLOGGER TEBALKAN MUKA MINTA SEDEKAH DEMI iPHONE 6

Image
Almaklum la nak beli tak berkemampuan.. Apa yang mampu minta simpati la dari orang kot2 ada yang sudi sedekah untuk dapatkan iPhone 6 ni. Manalah tau ada rezeki kan, tak salah kan mencuba nasib. Blogger mana gamaknya muka tak malu sangat ni.. iPhone 6 je kot bukan kebuluran sampai nak kena minta sedekah. Sumber google Sedih tau kalau ada yang cakap gitu sebab blogger tu den la.. hahahha Nak minta sedekah sikit kat korang semua yang baik hati. Bukan la nak minta korang bank In sorang RM10 bagi mengumpul dana untuk beli iPhone 6 sekadar nak minta korang sedekahkan satu clik kat link ni >> IPhone 6 << untuk buat den berpeluang menangi iPhone 6. Sesambil tu korang boleh berhibur dengan video dari nenek2 ni. Kalau sudi clik la link ni yer iPhone 6 contest Kalau sudi clik terima kasih.. tak sudi pun takpe. Biasa la blogger biasa2 macam den ni bukan senang nak raih sokongan tapi den percaya rezeki tu dari Allah.. selagi kita cuba, kita usaha & kita doa.. takd...