Posts

AIS KRIM CILI PADI ANTARA MAKANAN PELIK MALAYSIA

Image
Serius aku tak pernah tahu ada ais krim pedas macam ni. kalau dah tak pernah tahu.. dah confirm la tak pernah jumpa apatah lagi pernah makan. Selalunya kita makan ais krim ni bersifat sejuk & manis jarang pulak orang makan ais krim pedas kan. Sumber google Kalau tak baca portal Ladylista sampai sekarang maybe aku tak tahu wujudnya ais krim coklat cili padi ni.. Amboi mentang2 orang Malaysia suka makan pedas sampai ais krim pun nak campur cili padi katanya. Tak tau la kalau tekad aku ni boleh terima ke tidak ais krim cili padi camni. Sejuk + pedas.. aku rasa macam sedikit pelik. Macam - macam manusia meng upgrade makanan yang sedia ada untuk mencipta kelainan. Kalau korang nak tengok banyak lagi makanan yang di kategorikan pelik kat Malaysia ni korang boleh baca di portal Ladylista.

ORANG YANG BAIK TAK AKTIF DI LAMAN SOSIAL

Image
Zaman orang bercakap melalui keyboard ni dah takde perkara betul boleh di buat kalau ikut pandangan manusia. Semua akan jadi salah.. tak kira la benda tu baik apa lagi yang buruk. Contohnya.. Sumber Google Tulis pasal isu semasa tak baik mengumpat tulis pasal hiburan Dosa.. sebab melalaikan umat tulis pasal agama Kau bukan orang yang layak cakap semua tu sebab kau tak sempurna Tulis pasal resepi masakan Tak baik.. mungkin ada orang kat luar sana kelaparan Tulis pasal kau Bagus! memberi manafaat pada semua. Sebab kau je yang bagus kat alam maya ni Sumber google Kesimpulannya takde apa yang jadi betul kat laman sosial ni kalau nak cari benda betul yang semua orang rasa baik memang takde la. Apapun kita buat even tak buat apapun tetap jadi salah. Moral of the story.. kalau nak harap jadi betul pada semua pandangan mata orang memang sesuatu yang mustahil. Apa yang penting kita buat apa yang kita rasa betul & betulkan apa yang silap kita buat. Yang pasti ora...

MISTERI FATIMAH ROHANI ISMAIL JADI EMMA MA'EMBONG

Image
Bila dah terjunam dalam dunia hiburan & bergelar retis nama pun kena bunyi ala western sikit kan. Tapi bukan semua retis yang suka convert nama melayu dia jadi western.. sesetengah retis masih membawa nama yang di beri mak bapak dia masa lahir, contoh macam Siti Nurhaliza. Berkat membawa nama pemberian mak ayah kot, Alhamdulillah dia berjaya dengan cemerlang, gemilang terbilang. Sumber google Rasanya ramai dah tahu nama sebenar Emma Maembong ni kan.. Aku je kot baru tahu bila terbaca status Bro Framestone kat FB. Maka aku google untuk info yang lebih sahih. Yelah nama dia memang Fatimah Rohani Binti Ismail.. Macam Bro Framestone jugak aku tertanya mana datangnya Maembong tu sedangkan nama bapak dia Ismail? Misteri nusantara jugak la bagi aku yang tak tahu ni kan... hehehehe Maybe nama pena ayah dia kot.. Ayah dia kan seorang penulis tapi aku tak sure la aku tak pernah baca penulisan pakcik Ismail ni & aku pun tak pernah tahu dia ada nama pena lain ke tidak. Tapi Nama...

LAIN SANGAT USTAZ KAZIM ELIAS 25 TAHUN LALU

Image
Inilah ustaz kazim elias pada 25 tahun dulu.. Masa ni maybe ramai yang tak bayangkan beliau akan berada di tempat di mana beliau berada sekarang. Sekarang dah jadi pendakwah selebriti dah.. Kalau tengok gaya masa ni kita tak nampak langsung bayangan yang beliau bakal jadi orang terkenal kan? Itulah.. kalau orang nampak masa depan gamaknya siti nurhaliza dulu awal2 orang booking buat menantu. hehehe.. Tapi tu la.. rezeki & tuah orang tak sama kan? Hari ni nampak dia berada di puncak tak mustahil satu hari dia jatuh menjunam sama paras dengan tanah di pijak. Begitu jugak dengan orang yang kita nampak takde apa2 @ keistimewaan hari ni, tak mustahil satu hari dia menjadi orang hebat. Sebab tu pentingnya kita sentiasa melayan orang tanpa ada kasta kasta. Kita tak tahu siapa dia di masa depan.. Mungkin orang yang kita sangat perlukan atau mungkin orang yang kita boleh tumpang rasa bangga. Ye dak... erkkk... macam termelalut pulak aku cerita padahal aku nak share gambar ustaz kaz...

SHAH RUKH KHAN HISAP 100 BATANG ROKOK SEHARI

Image
Seratus batang gamaknya berapa kotak rokok? Aku pun tak sure.. Pasal duit tak payah pertikai la kot. Bukan shahul khan kerja kontrak kat tapak pembinaan.. Ni shah rukh khan actor bollywood terkenal di dunia. Satu filem pun gamaknya boleh cover setahun kos rokok dia.. tu pun ada lebih lagi boleh buat joli katak. Sumber google Satgi ada pulak yang tanya mana hang tau shah rukh khan hisap 100 batang rokok sehari.. Jangankan jumpa, hidu bau shah rukh khan pun tak pernah, pepandai ja dok buat spekulasi. Aku sedar aku bukan suria khan.. (hahaha takde kena mengena, pulak!) tapi aku tak berani buat cerita kalau takde sumber yang bagitau. Aku terbaca kat ladylista cerita ni.. Katanya shah rukh khan mengaku hisap 100 batang rokok sehari sebab tak mampu control ketagihannya akibat susah untuk tidur. Tapi katanya sekarang dia mula kurang merokok. Bagus la.. niat yang baik kita bagi moral support, ye dak. Apapun shah rukh khan sendiri tak bangga dengan record 100 batang rokok sehari yan...

SOSOK TUBUH MISTERI YANG MENGANGGU DI BLOG

Image
Sosok tubuh misteri apa gamaknya yang ada kat blog tu yer.. seram sangat ke? macam mana sosok tubuh misteri tu boleh ada kat blog tu? Apa yang sosok tubuh misteri tu buat kat blog tu? nak merungkai segala misteri meh baca entri ni sampai habis sumber google Blogger mak mak standard la cerita dia pasal family kan terutama anak.. Aku dulu pun jadi sekejab blogger mak mak ni.. Tapi satu perkara yang berlaku buat aku terus private cerita proses pembesaran anak aku. Tapi Blogger Typical Mummy ni kira lebih tabah dari aku la sebab boleh bercerita pasal anak anak dia lagi dari aku. Blog dia background plain color putih suci murni lagi tu. Tak payah risau kalau internet slow pun senang loading sebab blog dia ringan tak banyak iklan banner macam blog aku ni. Blogger typical mummy ni jugak salah sorang blogger yang rajin berkomen kat blog aku. So, kalau nak ber blog walking elok la singgah ke blog Typical Mummy. Yang tak best blog ni aku rimas tang sosok tubuh wanita misteri yang d...

NAK POPULAR JANGAN JADI MACAM BLOGGER NI

Image
Blogger mana pulak ni? Konsep ko memang cari pasal je ke lekat lekit? Tak jugak.. Sebenarnya kalau orang rasa benda tu jadi pasal, maka dia rasa cari pasal tapi bagi aku dia punya pasal la kan kalau dia nak terasa. Tapi blogger yang aku nak cerca ni.. Adalah untuk korang jadikan contoh supaya korang tak jadi macam dia kalau korang nak jadi blogger ala2 retis keluar masuk majalah,tv,suratkhabar,radio.. paling tak pun muka terselit celah2 blogger popular lain. Blogger mana tu cuba habaq sikit.. Blogger ni, blogger puaka sikit. Dia suka melantang semua isu tak kira isu semasa, isu retis, isu laman sosial & apa2 isu yang dia rasa minat nak kupas,kupis & kopek. Blogger2 lantang camni.. Jangan berangan sangat la nak di jemput untuk wawancara tv ke, atau di interview wartawan majalah atau suratkhabar. Nasib baik blogger ni dia tak list pun impian dia nak jadi blogger tahap retis yang muka keluar masuk tv majalah,suratkhabar bagai. Cuma dia suka menulis jer. Takde la gila glemer s...