Posts

CARA SENANG & CEPAT BAIKI BESI BRA YANG TERKELUAR

Image
Lelaki normal tak pakai bra jadi tips & trick ni adalah untuk kaum wanita sahaja la. Tapi kalau lelaki yang rajin jugak nak baca.. lantak la. Maybe berguna suatu hari nanti. Manalah tau tengah2 dok beriadah tetiba bini mengadu tercucuk besi bra yang terkeluar dari jahitan.. boleh la try tip & trick mudah & cepat ni. Carian Google Tak semua bra ada besi sebagai penyokong.. ada yang takde. Tapi kebanyakkan perempuan suka pakai yang ada penyokong besi sebab nak jaga kecantikkan aset dia la. Jangan dok tanya aku pakai jenis ada besi ke tak.. Malas nak bagitau hahahaha.. Tips & trick ni sangat berguna masa kecemasan. Sebab ini adalah penyelesaian sementara paling cepat & senang nak buat kalau tetiba besi bra terkeluar dari jahitan. Caranya senang jer.. Kalau aku bagi dalam bentu bertulis satgi ada yang tak faham pulak jadi meh tengok versi bergambar sudah... Ok senang & cepat kan solutionnya? So, kalau berlaku emergency macam tu boleh try. Dari dok taha...

WANITA BERTUDUNG PELARIS UBAT SEKS

Image
Tu dia tajuk entri.. ni gara2 kos serani la tag aku satu isu yang dia up kat wall FB dia maka tercetus la idea nak mengupas,kupis & kopek isu ni. Tu la sapa suruh bagi ilham kan.. rasa gatal2 jer jari ni nak menaip entri. Sebab dia kata aku paling terer buat tajuk entri yang hot & spicy sehingga menjilat jari katanya.. aku mention nama dia kat perenggan pertama. kekekeke Mesti ramai akan kata.. yela kan.. sekarang makin banyak pulak iklan ubat seks guna wanita bertudung. Kenapa wanita bertudung? Depa ni memang kuat seks ke? ke takut kena tuduh diskriminasi kepada wanita bertudung? Tapi bukan la kata hina sangat ubat2 seks ni.. Bukan semua untuk perkara negatif. Mungkin ada yang memerlukan sebab mempunyai masalah seksual.. Sebab semua pasangan dah berkahwin tahu keperluan seksual dalam perkahwinan tu. Bukan kata wanita bertudung tak layak tapi rasanya kurang manis pulak. Tapi memang tak sesuai & tak patut la kalau perempuan jadi model iklan ubat seks ni. Orang kata malu...

INILAH AKIBAT BILA BLOG BOLEH BUAT DUIT

Image
Rasanya bukan rahsia kot ramai yang mampu menjana pendapatan dengan blog sampai ada yang sanggup berhenti kerja semata mata nak jadikan blog satu kerjaya. Yang bekerja pun jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan. Apatah lagi yang memang tak bekerja.. Sambil2 berblog dapat sikit2 tu pun jadi lah dari tak masuk langsung asyik kena keluar bayar bil letrik dengan internet.. Sumber Google Disebabkan blog boleh jana pendapatan tak kira banyak atau sikit, maka blog & blogger umpama di baja. Tumbuh membiak dengan jayanya.. Bila dah semakin ramai blogger & semakin banyak blog ramai pulak yang berblog bukan sebab nak menulis blog tapi sekadar maybe nak populariti atau nak duit jer. Ok tak salah.. Yang jadi salah. Dah la malas.. lepas tu memang tak berbakat langsung tulis blog tapi gigih jugak la nak adakan blog sebab duit maka guna jalan paling keji..  hari2 kerja dia memburu artikel blog orang lepas tu copy & paste. Tak payah buat apapun.. just create satu blog j...

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG DAH GEMUK

Image
Semua orang tahu sebelum ni zamani slam sangat kurus akibat pengambilan dadah kan? Memang sangat2 kurus sampai muka tu nampak cekung giler.. Tapi tadi ternampak update terkini tentang zamani kat fanpage dia.. dah berisi & makin ensem dengan rambut pendek dia. Sumber google Mesti ramai tak sabar kan nak tengok wajah terbaru dia kan? Mesti ramai peminat zamani syukur dengan keadaan perubahan zamani yang terkini. Dia nampak lebih sihat. Mungkin kesan dari proses pemulihan kot. Apapun harap zamani Istiqomah untuk keluar dari ketagihan dadah. Zamani antara insan bertuah yang mendapat sokongan & doa ramai peminat yang berharap dia kembali pulih. Terima kasih zamani kerana tidak mensia2 kan harapan peminat & berusaha untuk pulih.

ORANG GILAKAN LAKI ATAU BINI ORANG NI MEMANG ADA PENYAKIT GILA?

Image
Gila ni bergantung pada perkara & perbuatan untuk membezakan maksudnya... Contoh gilakan suami atau isteri orang bermaksud bersungguh sungguh nak orang tu tak kira la apa pun status dia bukan bermaksud gila sakit mental. Tapi tajuk entri ada 2 perkara gila.. satu tergila - gila & satu lagi gila.. Untuk tak buat korang pening meh la baca isu yang aku nak kupas,kupis & kopek ni.. Bila tengok drama melayu sekarang aku terfikir satu benda pasal satu watak jantan yang gila bini orang dengan perempuan yang gila laki orang. Serius dah macam orang gila punya tergila gilakan orang punya. Sanggup berbunuh ada.. fitnah ada & macam2 lagi la depa buat. Sebab orang kata watak dalam drama ni majoriti di adaptasi dari kehidupan realiti kita... aku tertanya memang spesis manusia yang gila bini atau laki orang memang macam tu ke? Tergila gila kan orang sampai tindakkan depa macam orang gila (tak waras). Macam dah pupus manusia dalam mukabumi dia punya kejar laki atau bini orang tu. ...

BILA ARTIS JUAL MUKA ANAK UNTUK RAIH POPULARITI

Image
Dalam hidup ni satu perkara kita susah nak halang adalah mulut orang untuk cakap apa saja tentang apa2 pun. Bukan orang peduli sapa yang dia nak kutuk.. dari sekecik2 anak sampai setua2 bapak orang boleh bercakap. Jangan budget dengan budak manusia ada belas kasihan nak cakap apa2.. Sumber google Rasanya kontroversi pasal anak Awal & scha ni dah banyak kali kot.. cemuih pun ada. Bukan apa.. kalau dah rasa tak tahan anak kena kutuk kau gigih buat IG untuk anak.. upload setiap masa muka anak kau tu dah kenapa. Yang follow jangan budget semua fans.. haters pun rajin jugak follow.. dengan tujuan nak nyakitkan hati kau la. Aku antara manusia yang memang tak tahan anak aku orang kutuk.. kau boleh hina aku, aku boleh fight tapi kau hina anak aku memang aku rasa macam nak berbunuh dengan kau. Sebab tu aku tak tulis cerita anak aku & kerap dok upload gambar anak. Anak aku harta aku bukan untuk jadi bahan dagangan untuk meraih populariti atau duit. Anak aku tak semurah itu untuk...

GANGGUAN MISTERI SELEPAS KE PUSAT RAWATAN ISLAM

Image
 Kalau dah start cerita seram... Berderet pulak entri seram kan? Bukan apa dia dah mai aura puaka ni memang susah nak stop katanya.. Nak2 lagi tetiba ada bahan cerita pulak nak share.. harus manafaatkan seseram mungkin dalam blog puaka aku ni katanya... hehehehe Sumber Google Aku tak tahu benda ni samada imaginasi, emosi atau gangguan perasaan tapi nak kata aku malam tu ketakutan atau dok fikir benda2 mistik pun tak jugak. Sebab takde apa benda yang mempengaruhi fikiran aku terhadap perkara - perkara macam tu. Sebab aku takde tengok cerita seram, baca cerita seram atau terfikir apa2 benda seram. Benda ni berlaku secara spontan. Aku ke pusat rawatan Islam Alhidayah bukan la merawat atas sebab gangguan jin atau sihir.. Memang takde kena mengena langsung malah bukan untuk merawat aku pun. Just untuk anak aku ni. Tapi bukan berkaitan perkara mistik pun. Takde la apa sangat nak cerita pasal rawatan tu.. Rawatan biasa jer.. Yang jadi tak berapa biasa.. tengah malam selepas bal...