Posts

KISAH SERAM HANTU AKAK LIMAU WAD BERSALIN

Image
 Mummydearie dok tanya kemana pulak episod memburu hantu lepas ni. Letih dok travel jejauh kita jenjalan kat hospital pulak la. Kat Hospital Malaysia ni pun ramai lagi hantu yang belum di ketengahkan bakat berhantunya.  Jadi bagi memartabatkan hantu2 Malaysia marilah kita memberi publisiti hantu tempatan .MD dah siap packing moh ler kita pergi memburu katanya.. hehehehehe. Memalam jumaat ni share cerita hantu feel seram sikit katanya. Ni kisah hantu hospital lagi tapi kat ward bersalin pulak. Tak tau la ada antara korang pernah baca kisah ni atau tak tapi yang pasti best pulak nak share kat blog puaka melekat lekit ni. Patutnya aku post petang tadi tapi petang tadi ada appointment dengan hospital so postpone ke malam la. Di nasihatkan yang mempunyai tahap keberanian yang kurang tapi imaginasi yang tinggi jangan la baca time sorang2 atau tengah malam buta. Risau pulak aku tetiba kena histeria. Sumber google Alkisah di sebuah wad bersalin yang nama hospital terpaksa di...

DJ RADIO ONLINE KINI BLOGGER TEGAR

Image
wah siapakah gerangan dj radio online tu yer? Popular ke dia? Popular macam dj dj hotfm ke? Kenapa dia tukar profesion jadi blogger tegar? Suara dah tak laku ke? Banyak sangat pulak soalannya... Kang kena cpr secara marathon pulak. kekekeke Sumber Google Sebab ada yang nak tahu maka aku buat la entri ni. maybe ramai tak rajin la nak mentelaah entri2 lama aku untuk korek rahsia silam katanya. Ye awal blog ni banyak tulis kisah2 pasal aktiviti aku dengan radio online di samping ada la sikit2 kisah peribadi. Yelah.. time tu tak tahu lagi penulisan macam mana aku nak bentuk dalam blog. Masih banyak yang aku tak faham pasal blog. Views pun tak banyak. Nak cerita pun sedih views time tu cuma listener radio jer lebih banyak dari views blog. Tapi sebelum jadi blogger aku memang aktif aktiviti online selain berchatting kat mirc & yahoo mesengger. Dulu bujang.. kaki bebas je nak kemana kan.. so, banyak jugak la join aktiviti luar alam maya dengan kengkawan alam maya. Bukan aku ni dok...

4 BUAH RUMAH BERHANTU DI SHAH ALAM

Image
hari ni tak travel jauh sangat la memburu hantu. Kita ke shah alam sudah. Yang dekat2 pun tak habis lagi katanya bersuai kenal dengan hantu. Kali ni segmen berpuaka lekat lekit nak ajak hangpa berkenalan dengan rumah rumah yang paling berhantu dia area shah alam. Orang2 shah Alam.. korang tahu ke pasal kewujudan rumah - rumah paling popular dengan kisah hantu & seram ni? Kalau tak tau.. meh le baca sambil kudap2 kuaci. hehehehe 1. Banglo RM50 Rumah berhantu paling popular kat shah alam haruslah rumah banglo RM50 yang sekarang dah tak berhantu. seorang warga Mesir dah beli & dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Tapi rumah ni tersenarai jugak la sebagai rumah paling berhantu sebab kisah seram dia memang sangat popular sampai di jadikan filem walau dalam filem tu rasa lain sangat dari kisah yang di canang dari mulut ke mulut. Mesti semua pernah baca cerita pasal banglo ni di mana sekumpulan pelajar UiTM yang menyewa sehari kat sini dengan sewa RM50, di ganggu dengan ...

5 GEREJA PALING BERHANTU & SERAM DI DUNIA

Image
Semalam dok selongkar asrama berhantu kat Malaysia hari ni dapat tiket flight so marilah kita memburu tempat2 berhantu di serata dunia balik. Banyak sungguh tempat berhantu kat dunia ni kan.. Untuk episod seram lekat lekit hari ni kita akan menjelajah, mengopek dengan ngerinya gereja gereja yang di tuduh sebagai paling berhantu & menyeramkan. Sumber Google Gereja kita sedia maklum la.. tempat ibadat bagi yang beragama kristian. Tempat ibadat selalunya di anggap sebagai tempat paling selamat dari gangguan makhluk2 halus bernama hantu ni.. Tapi ada jugak rumah ibadat yang menyeramkan. Kat bawah ni senarai 5 gereja yang tercalon sebagai berhantu & seram 1. Gereja St. Botolph (Inggris) Katanya gereja ni sangat terkenal dengan cerita seramnya. Gereja tu dah tak digunakan sejak tahun 1973. kini gereja ni selalu menjadi tempat untuk aktiviti paranormal yang memburu hantu & di jadikan tempat pemujaan syaitan. Menurut cerita orang, lalu je kat kawasan gereja ni memang dah ...

RAKYAT MALAYSIA RAMAI YANG HIDUP SAMPAI 200 TAHUN

Image
Semalam tertengok berita kat TV isu pasal KWSP nak lanjutkan usia pengeluaran duit kwsp dari 55 tahun ke 60 tahun. Salah satu alasan & cadangan untuk melanjutkan bayaran dividen dari 75 tahun sehingga 100 tahun. Wah! ni lawak ke betul2 memang tercetus dari mereka yang bijak pandai di amanahkan menjaga duit caruman kwsp orang lain. Jangan marah.. jangan panik.. Korang tak tahu ke yang Rakyat Malaysia dah tercalon dalam world record yang mempunyai umur paling panjang iatu 200 tahun ke atas. Sorang dua je rakyat malaysia yang mati di bawah usia 100 tahun. Yang lelain semua melepasi angka 200 tahun. Usaha kwsp cuba buat adalah untuk memastikan kesejahteraan hidup pencarum lepas pencen. Kalau pengeluaran di buat pada usia 55 tahun nanti tak sempat sampai 100 tahun duit dah habis di buang keluarga kan penuh rumah kebajikan masyarakat. Kerajaan jugak nak kena tanggung kos bela warga emas yang usia beratus tahun tu. So, apa yang kwsp buat adalah untuk kebaikkan jangkamasa panjang penc...

KISAH KISAH SERAM ASRAMA BERHANTU DI MALAYSIA

Image
Dah abis sedunia aku jelajah cari cerita2 seram & hantu ni kini kita kembali ke Malaysia dengan menyelongkar kisah2 seram yang berlaku di asrama yang ada kat Malaysia. Nak tau asrama mana yang tercalon sebagai berhantu & ada kisah yang menyeramkan meh la baca dengan tanpa prejudis.. Sumber google Asrama salah satu tempat yang memang sinonim dengan kisah seram. Dari sekolah sampai IPT.. cerita hantu & seram yang berlaku kat asrama sentiasa ada. Tak semua cerita tu di ada adakan.. Banyak yang memang ada gangguan mistik dari makhluk ghaib. Almaklum la asrama kan banyak gegadis baru berkembang.. Jin pun taste gadis sunti jugak tau. hehehehe.. Antara asrama yang mempunyai kisah seram adalah.. asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila...

HANTU KOREA YANG BERJAYA DI TANGKAP DI AMPANG POINT

Image
Jauh bebeno kan dari korea dia datang, kat Malaysia jugak dia kena tangkap. Hantu tanpa izin ke hapa ni. Macam mana la hantu korea ni masuk jerat.. Tak berapa hantu ke dia? Maybe skill kehantuan dia belum tahap hantu Malaysia kot, so buat dia mudah kena tangkap. Sumber google Kang ada yang mencebik.. dia ni kalau tak buat gimik tak boleh ke? amboi gurau sikit pun marah.. Dah lama tak memburu hantu katanya. Semalam pergi ke Ampang point semata mata nak beli dvd hantu je. Memang masuk mall tu pergi kat kedai dvd jer.. lepas rembat 2 filem seram korea terus balik. Maka dapat la 2 ekor hantu korea katanya. Cukup la buat bekalan minggu ni. hahahaha Tapi tak banyak cerita yang menarik minat aku nak rembat. Thailand pun takde dah cerita best yang aku nak beli. Jepun pun sama.. Melayu, aku tak tergamak pulak nak beli kalau cerita tu dah memang aku dapat rasa kalau tengok mesti aku mencerca. Yang konsep documentary ni aku tak berapa minat. Pening aku filem2 camtu. Camera pun jadi kucar...