Posts

KISAH SERAM JELMAAN ROH KAKAK BALIK RUMAH

Image
Katanya ni kisah benar yang berlaku pada seorang adik. sejauh mana kebenarannya aku memang la tak sure tapi apa yang di sebarkan siap nama penuh arwah si kakak tu aku ceritakan balik la kat blog aku. Sumber Google Alkisah seorang adik ni tengah tengok tv di malam hari. Tiba2 di kejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. Bila dia buka pintu, terkejut dia tengok kakak dia dengan keadaan berlumuran darah berdiri depan pintu. Dalam keadaan panik & terkejut si adik ni tanya la si kakak kenapa dia jadi macam tu tapi si kakak tak menjawab hanya menangis & terus lari masuk ke bilik air. Si adik yang panik ni terus pergi bagitau mak ayah dia yang ada dalam bilik. Si kakak terus mengurungkan diri dalam bilik air biarpun mak dengan ayah dia panggil berkali kali tetap dia terus berdiam diri dalam bilik air. Dalam celah keadaan panik macam tu tiba2 pintu rumah mereka di ketuk lagi. Bila di buka yang datang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada si kakak. Membawa khabar si kakak kem...

ASRAMA TEMPAT MENGASAH BAKAT GANGSTER

Image
lama tak kupas kupis isu2 semasa macam ni kan? sekali sekala kita kena jugak tulis even blog ni dah jadi blog seram. Tak seram pasal cerita hantu seram pasal isu2 yang menghantui pembacanya. Hahaha... Alahai.. macam puaka sangat kau tu. Ok ok.. aku tak nak berjangkit dengan Akak Mummydearie yang manjang kona baring, kuak lentang bagai bila tulis entri. Dalam satu entri boleh jadi 10 kisah dia tulis even tajuk satu je. Hahahaha... Berbalik pada tajuk yang di tajukkan. Ye pasal budak2 asrama sekarang. Dulu mak bapak hantar anak ke asrama dengan tujuan nak anak tu lebih berdikari & berdisiplin. Adik aku dulu pun pernah duduk asrama. ye betul semua tu mengajar dia jadi lebih solehah & berdikari. Tu yang hari2 makan megi katanya sampai jadi ketagih. Tapi sekarang rasanya.. Asrama macam tempat yang tidak selamat pulak untuk anak anak kita. Bukan satu dua kes dah.. dah banyak. Tu kes yang di highlight di media sosial & media elektronik. Kes2 terpinggir yang di sembunyikan, ...

KISAH ROH BUDAK MATI DI BUNUH MEMBALAS DENDAM

Image
Asal mati kena bunuh je mesti la di kaitkan dengan hantu yang berdendam kan? Yelah.. teraniaya katanya. Tak puas hati la kot, kan? Tapi yang peliknya bukan orang yang bunuh dia jer dia balas dendam, orang yang takde kena mengena pun kena. Memang spesis hantu kalau berdendam dia tak kira la orang tu salah ke tidak kot. Asal boleh bunuh jer dia bunuh. Begitulah yang berlaku kepada seorang budak yang mati di bunuh oleh bapanya sendiri bila tahu sebenarnya dia anak hasil mak dia yang curang dengan orang lain. Sebab terlalu kecewa & marah si Ayah ni bunuh bini dia dulu lepas tu bunuh si anak. Akibat dari pembunuhan tu maka berlakulah episod seram bila si ibu & anak menjadi hantu yang berdendam. Setelah 19 tahun berlalu, rumah yang pernah berlaku trajedi ngeri tu mula di buat rumah sewa. Jangankan tinggal yang masuk dalam rumah tu pasti lepas tu akan mati dalam keadaan yang sangat ngeri. Semuanya menjadi mangsa hantu roh budak tu & mak dia yang tidak tenteram tu. Tiada sia...

PEREMPUAN CURANG LAHIRKAN KEMBAR BERLAINAN BAPA

Image
Kuasa Allah siapa boleh menidakkan. Kalau Dia berkehendakkan berlaku, sikembar yang di kandung seorang ibu boleh jadi setiap seorang mempunya bapa yang berlainan. Tu la tanda kebesaran Allah & nak tunjuk kat manusia mereka yang melakukan kejahatan walau di sembunyikan kalau Allah nak bongkar semua, bila2 masa pun boleh.  Sumber google Macam tu jugak berlaku kat pasangan kembar ni, Mak dia cuba dapat perintah mahkamah untuk tuntut nafkah untuk anak kembarnya tapi bila ujian DNA di lakukan, kedua bayi tu di sahkan berlainan bapa. Last terbongkar jugak bila perempuan tu mengaku dia pernah meniduri 2 orang lelaki dalam masa seminggu.   Sumber Media Hiburan Curang lagi kat laki sendiri. Dia ingat boleh sorokkan sampai mati la kot tetiba jadi macam ni.. hambik kau! Moral of the story.. Ingat yer para Isteri Syurga di bawah tapak kaki suami tapi bukan suruh dok buat style hindu dok ambil restu cium kaki pulak. Tu Cara agama mereka yang tak sama dengan agama kita...

LEMBAGA NI SEDANG MENGHANTUI ORANG AWAM

Image
Korang tak dengar cerita ke? Heboh sana sini orang cakap pasal lembaga ni. Lembaga ni telah membuat ramai orang panik.  Cerita pasal lembaga ni bukan takat heboh kat laman sosial, di luar laman sosial jugak. Ni memang cerita benar aku tak tipu. Memang Lembaga ni tengah menghantui rakyat malaysia. Sumber Google sekadar hiasan Rakyat Malaysia memang suka sangat kalau cerita pasal lembaga.. Sebab tu surat khabar sekarang pun layan cerita2 mistik. Tapi cerita pasal lembaga ni tak berapa mistik cuma mungkin agak kronik kalau tak di selesaikan. Yang special ni lembaga ni sampai melibatkan campurtangan kerajaan jugak la. Harap Bomoh VVIP tak datang memberi khidmat sukarelawan untuk mengatasi masalah lembaga ni. Tak sanggup aku nak tengok dia buat ritual bodoh yang memalukan Malaysia lagi. Hope dia duduk diam2 kat rumah tengok bananana kat tv9. Mesti ramai yang nak tahu atau mungkin dah tahu cerita pasal lembaga yang hangat di perkatakan kan sekarang. Bagi yang tak tahu.. Lembaga...

MISTERI CERMIN FITTING ROOM PASARAYA

Image
Tu dia sesapa yang rajin membeli belah kat pasaraya & memang suka menerai pakaian dalam fitting room kena baca entri ni. Samada hangpa perasan atau tau misteri ni tak tau la. Tapi aku mula perasan semalam & kawan2 aku jugak akui mengalami perkara yang sama macam aku.   Sumber google Alkisahnya ahad lepas singgah the store sungai Mas walau niat tu takde nak membeli belah tapi sebab singgah rasa bersalah kat diri sendiri kalau tak shopping. harus windows shopping tapi bila dah windows shopping sebagai seorang perempuan rasa tercabar kalau tengok je kan. Jadi ambil 2 pasang baju pergi fitting room nak try. Aku pelik.. masa aku letak kat badan tengok kat cermin luar fitting room nampak ok jer bila try kat badan nampak gemuk pulak bila tengok dari cermin dalam fitting room. Bukan kat The store je kadang kat tesco atau Mall lain pun sama. Sampai tension aku rasa nak beli baju ni tau. Tengok kat cermin rumah tak nampak gemuk sangat pun asal tengok kat cermin fitting room me...

HADIAH SERAM SEMPENA HARI IBU

Image
Setakat bunga.. tak rare sangat la. Apa ingat semua mak2 suka sangat ke bunga even mak aku memang suka bunga. Tapi sayangnya dia melahirkan seorang anak ke 3 ( tapi sebenarnya aku anak ke empat tapi sebab kakak yang sulung meninggal dunia lepas lahir jadilah aku anak ke 3 ganti ) yang tak suka bunga. Sesungguhnya tak menaikan nafsu serakah langsung aku nampak bunga. Bab2 tu aku bukan tipikal perempuan la. hahahaha Sumber Google Disebabkan aku tak minat bunga aku memang harap takde sapa2 bagi aku bunga termasuk asben aku sendiri sebab aku tak reti nak berlakon excited macam mana nanti hahahaha. Bersempena hari ibu jatuh pada hari ahad (semalam) maka hari tu memang hari aku tiap2 minggu berjimbaraya bersama keluarga. So, aku tak rasa sangat la keluar semalam tu sebagai untuk meraikan hari ibu even semalam.. Rasa macam special pulak. Mula2.. bawak budak kecik mandi sungai kat sungai pisang, gombak. Lepas habis kecut segala bagai.. berdesup singgah The store Jalan Ipoh. Kat situ ...