Posts

JALAN BATU KURAU KE TAIPING SERAM & BERHANTU

Image
Malam ni segmen seram serik lekat lekit ke bahagian utara tahan air pulak.. Kisah seram malam ni adalah berkisarkan kejadian2 seram yang berlaku di jalan yang menghubungkan batu kurau dan taiping. Banyak versi jelmaan2 seram berlaku di jalan ni.. Tarik nafas, baca bismilillah.. kosongkan minda meh kita baca Kisah Misteri & seram Jalan Batu Kurau ke Taiping. Alkisah.. kisahnya jalan ni di katakan amat menyeramkan sehingga kalau ada mana2 pemandu teksi atau orang yang bekerja sampai lewat malam yang nak balik rumah & terpaksa guna laluan ni sanggup tak balik rumah dulu. Tidur la mana2 masjid katanya dari mengadap benda2 seram yang dok main aucak tetengah malam. Boleh kering darah di buatnya. Antara kejadian seram yang pernah berlaku pernah orang terserempak dengan orang tua tak berkaki naik basikal yang laju mengatasi logik akal seorang manusia di tengah malam. Orang tua, naik basikal tua, kayuh kemain laju.. dia kayuh pakai apa tu aku takde jawapan. Yang di ceritakan cuma...

INILAH YANG TERJADI BILA NAMA ARTIS DI GANTIKAN DENGAN HURUF O

Image
Sumpah aku gelak baca artikel ni. Nak2 lagi Nama Siti Nurhaliza kalau di tukar dengan huruf O. Bukan je bunyi kelakar malah jadi maksud lain pulak. Aduhai sapa lah yang kreatif sangat buat artikel ni. memang penglipur lara sungguh. Nak tengok retis2 yang jadi mangsa nama mereka di gantikan dengan huruf O sampai bunyi kelakar sangat.. Meh la baca kat sini... Amaran yang pakai gigi palsu mohon lekat dengan poliden dulu... takut tertanggal pulak lepas baca artikel ni... Nak baca clik tajuk kat bawah ni... 14 Nama Artis Yang Beri Maksud Lain Jika Digantikan Dengan Huruf 'O' Cuba nama korang pulak korang tukar huruf O gamaknya bunyi apa? Asyik gelak nama orang jer kan.. sesekali gelakkan nama sendiri baru tau apa rasanya. Hahahaha.. Ok la di hari penghulu segala hari ni tak elok gelak banyak2 sangat.. bawak istifar & zikir katanya ostaz & ostazah.. Moral Of the story entri ni sekadar gurau2 manja jer bukan nak mempersendakan siapa2. Bak kata pepatah.. tak boleh g...

HATI HATI KE BANDUNG JANGAN TERMAKAN SOTO AYAM DAGING TIKUS

Image
Yang suka travel, shopping & jalan ke negara seberang Indonesia kena alert pasal ni. Lebih2 lagi bab makanan ni. Lain tempat lain budaya.. Ada orang Islam kat Indonesia biawak pun depa makan tapi bukan semua segelintir yang mungkin pengetahuan hal ehwal agama yang kurang. Ni pepagi lagi terbaca cerita meloyakan. Tetiba rasa macam morning sickness lepas baca pasal soto ayam extra daging tikus.. Mak Aihh.. Benda ni katanya di share di facebook dari seorang warganegara Indonesia yang terbeli Bakso soto ayam yang ada dalamnya bontot tikus & ekor tikus. Bukan tikus tu terjatuh ke hapa memang elok di siang & di masak. Bayangkan korang tengah sedap2 makan tetiba baru perasan daging tikus gamaknya apa perasaan korang? Tu la.. nak makan ni kena pastikan tempat tu memang sah halal nak2 lagi kat negara orang. Bukan kata berlagak tak makan warung2 & gerai2 tepi jalan tapi tu la takut jadi benda2 macam ni. Aku pergi Thailand pun cuak nak beli ayam goreng yang merah tu kalau ...

PENGALAMAN SERAM DI APARTMENT BERHANTU NOMBOR 13A

Image
Malam Jumaat dah malam ni kan? Sekejab jer.. Rasa baru semalam malam Jumaat. Bagus la mana2 melakukan amalan2 yang menambah pahala tu. tak payah la dok update status2 gersang malam Jumaat, tak berapa lawak sangat dah. Ok untuk malam Jumaat kali ni segmen seram serik lekat lekit nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuat apartment bernombor 13A... erkk... apsal nombor rumah sama jer dengan nombor rumah aku ni?   Sumber Google. Sekadar hiasan Alkisah seorang graduan yang baru memulakan kerjayanya sebagai penulis di sebuah syarikat akhbar tempatan. Semuanya bermula bila dia menyewa sebuah rumah di apartment yang berdekatan dengan tempat kerja dia. Apartment tu bukan takat dekat dengan tempat kerja, malah sewa pun murah dah tu kategori fully furniture. Bawak diri je katanya masuk rumah tu. Musykil sekali lagi sebab owner umah dia sewa tu pun sama dengan owner rumah aku sewa sekarang. Hahahahah kebetulan pulak. jangan rumah di maksudkan tu rumah aku sudah sebab aku pun dud...

MAK BAPAK SIBUK BEROMEN BIAR ANAK MAIN SENDIRI KAT TEMPAT AWAM

Image
Bukan la kata aku ni mak yang memang prihatin sangat tapi aku antara jenis mak yang overprotect jugak nak2 lagi kat luar & tempat awam yang ramai orang. Nak lepak2 online sambil biar je anak bermain memang bukan jenis aku. Setiap pergerakkan anak aku tu memang tak lepas mata aku pandang. Sebab dalam otak aku asyik fikir, seminit pun boleh jadi macam2 benda buruk. Hari minggu lepas kat selayang Mall.. kat tingkat atas tu kan ada tempat permainan games segala bagai. Memang ramai orang & ramai jugak budak. Aku memang kalau ke selayang Mall suka bawak anak aku main2 kat situ even tak pernah beli token pun. Alah bagi dia main gitu jer. Hahahaha... takpe anak aku tak pernah kisah pasal tu. Sambil2 dok layan anak aku main kat situ tengok la sepasang mak bapak ni bersama seorang anak kecik yang aku rasa anak dia lagi muda dari anak aku. Di biar je la budak tu main, depa laki bini sibuk dengan smartphone & dok bermanja kat situ. kemain dok beromentik, Tak pandang pun anak yan...

BLOGGER AHP PIE PENGIDAP HIV POSITIF PULANG KERAHMATULLAH

Image
Terkejut membaca post di wall FB seorang Blogger yang sangat peramah & positif Abang Ahp Pie biarpun pengidap HIV positif. Walau di jangkiti HIV bukan dari kesilapan beliau namun beliau redha dengan apa yang terjadi menganggap ia satu anugerah dari Allah. Beliau antara blogger yang aku kagumi berusaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang HIV. Sedih, terkejut bila terbaca berita tentang pemergian beliau tadi. Innalillahiwainnaillahiroojiun  dalam kenangan.. Abang Ahp Pie Aku pernah tulis tentang beliau tak lama dulu. (boleh rujuk entri ni INILAH BLOGGER PENGIDAP HIV POSITIF ) Masa aku minta keizinan nak tulis pasal beliau Ya Allah orang sangat peramah & baik. Tak kisah untuk aku guna gambar dia & keluarga dia untuk letak dalam entri tu cuma dia minta jangan dedahkan macam mana dia di jangkiti HIV sebab ia melibatkan banyak pihak. Kalau orang lain sememangnya mahu orang tahu dari kecuaian orang lain, orang lain yang menerima musibah tapi tidak arwah...

DIARI SERAM PENUH MISTERI SEORANG KANAK KANAK

Image
Ok malam ni segmen seram serik lekat lekit memilih cerita seram seorang kanak kanak. Yang ada anak yang masih dalam zon budak tu cuba check dia tulis apa dalam diari. Bukan apa takut ceritanya lain macam pulak. Lain macam bukan pasal kecik2 dah pandai tulis perasaan cinta kat budak lelaki tapi... Maybe ceritanya penuh mistik & misteri macam diari seorang budak perempuan ni. Misteri yang mungkin belum terungkai.. siapa kawan dia yang orang lain tak nampak tu. Sumber Google. sekadar hiasan Rasanya ramai yang dah biasa baca diari seram seorang kanak kanak ni pasal seorang kawan misteri dia yang orang lain tak nampak bernama lisa. Aku pun dah pernah baca sebelum ni tapi entah kenapa hari ni nampak macam kembali menjadi viral maka sebagai blogger puaka seram tahap amatur ni maka rasa bertanggungjawab pulak nak letak jugak cerita seram ni dalam blog.. Bukan apa tadi tengok ada masuk keywords cari cerita ni even tak sempat aku up lagi kat blog. Kena la ambil kesempatan untuk tidak...