Posts

TEORI KENAPA AZWAN ALI SUKA MAKI HAMUN DI MEDIA SOSIAL

Image
Kau ingat isu kehilangan Mh370 je ada teori & spekulasi.. Azwan Ali suka maki pun ada teori jugak. Kelas bang wan! Memang kau terkenal dengan maki hamun sampai mencetuskan teori kenapa kau suka maki. Hope aku share teori ni aku tak kena maki la.. Takut dapat makan free kat Me'nate pulak.. Op's motif Me'nate nak sponsor aku kan?? Memang kelas orang yang mencipta teori ni.. Tapi kalau di fahami.. sangat mendalam maksudnya. Tak fokus pada Azwan Ali jer.. Sebenarnya ramai manusia bila dia buat sesuatu benda yang mencetuskan kontroversi lepas tu statement bela diri mesti keluar ayat ayat macam tu. Kau maki aku.. kau dapat dosa aku dapat pahala. So, kau nak pahala banyak kau kena buat benda yang boleh orang maki kau. Kau fikir dosa kau yang mencetuskan huru hara @ kemarahan orang tu boleh cover balik dengan pahala2 yang datang dari orang yang maki kau. Tapi teori bagi aku memang win!! Hope tak sampai ke Azwan Ali la.. kalau tak sampai lunyai kau kena maki. Orang tak te...

SUAMI YANG PERFECT TAK PERNAH WUJUD

Image
Lelaki bernama suami/couple ni perfect cuma dalam drama/filem/novel cinta jer... Dalam realiti kehidupan mati hidup semula kau takkan jumpa lelaki perfect untuk di jadikan pasangan. Mati berangan la kalau kau nak tunggu lelaki perfect datang dalam hidup kau. Atau mereput la kau kat situ tunggu jodoh dengan lelaki yang sempurna. Ketidaksempurnaan mereka ni kadang2 buat kita sakit hati,makan hati & kita jadi berhati hati... Takde pasangan yang tak pernah langsung even secuit buat pasangan dia terasa hati. Kau tak payah nak datang komen kat entri aku cakap laki kau tak pernah buat kau marah walau sekali sepanjang kau kenal dia. Aku akan cakap 'Kau penipu besar!" Tapi kekurangan mereka tu sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Kalau depa tak ada langsung kekurangan, tak ada langsung kelemahan & tak pernah buat silap langsung.. Percayalah kehidupan korang dengan pasangan macam tu akan sangat sangat boring. Dan tak mungkin akan wujud perkara yang macam dalam video ni....

SELFIE DENGAN BATU NISAN DI KUBUR IBU

Image
Baru raya ke empat haritu aku up status syukur tahun ni takde Alien2 turun ke bumi jadi culture shock jumpa kubur manusia sampai rasa nak berselfie.. Rupanya ada jugak spesis tu raya tahun ni. Memula dapat laporan sorang retis selfie kat kubur.. Ni jumpa pulak satu gambar yang kena troll sebab berselfie sambil peluk batu nisan kat kubur mak dia. Pelik jugak aku.. Kita kalau melawat kubur orang kita sayang ni.. Auto perasaan sayu, sedih, rindu tu akan datang takde la perasaan nak berseronok sangat sampai terasa nak posse gedik dengan batu nisan. Tapi yelah... trend sekarang kan. Suka ke, sedih ke,sambut orang baru nak hidup atau nak hantar orang dah mati ke alam barzakh.. semua nak selfie. Zaman camera sentiasa dalam tapak tangan ni gitulah jadinya. Dosa pahala bukan aku orang yang layak bercakap tapi kalau over sangat sampai tak kira tempat nak selfie nampak sangat kau memang takde adab bila menziarah kawasan perkuburan. Ni semua berpunca sebab nak share semua moment kat lama...

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM PAKAI CONTACT LENS

Image
Contact lens pun dah jadi macam kosmetik.. Ramai yang nak cantik sekarang ni pakai contact lens tapi entah kenapa aku rasa macam rimas bila pakai contact lens.. Pernah la dulu pakai.. Rasa lagi selesa dengan bijik mata original ni. Takpe la bijik mata standard orang melayu... Syukurlah ada biji mata katanya. Takde warna warni aidilfitri pun takpe dari rasa ada benda melekat je kat biji mata. Tapi biasa la tuntutan trend & fesyen.. Ramai muda mudi termasuk tua bangka pun nak nampak cantik dengan contact lens... Takpe pakai jer. Semua berhak untuk rasa diri dia cantik. Tapi sebelum korang beli & pakaikan kat bijik mat korang ada beberapa perkara korang kena tahu dulu. Jangan semborono main tempek je kat bijik mata. Silap haribulan nak cantik lain pulak jadinya. Banyak perkara kena ambil kira dalam pemilihan contact lens ni.. Dari segi kesesuaian hingga pada tahap keselamatan & kesihatan. Jangan ambil mudah.. Kanta lekap ni bila pakai melibatkan keselamatan kornea mata....

BAWA ANAK PERGI BERCUTI UMPAMA BAWA BEBAN BAIK TINGGALKAN JE

Image
Terbaca satu artikel pasal pasangan suami isteri retis ni yang katanya serik dah nak bawak anak pergi bercuti ke luar negara kalau takde pembantu. Sebab dia rasa susah nak handle. Almaklum la orang kaya kan... Benda macam tu pun dah rasa tak boleh nak handle. Anak sorang je kot.. Tu ok lagi.. Yang tak boleh blah.. statement dari admin blog cerita retis yang popular tu. Lagi urut dada aku baca. Statement retis tu aku ok lagi.. sebab katanya cuma serik tak bawa pembantu jer.. tapi statement admin blog tu yang tak tahan...  Sampai macam tu sekali dia rasa bebannya anak anak yang di bawa pergi bercuti. Aku ni dah dekat 4 tahun panggung wayang pun tak masuk dah... Sebab aku tau anak aku tak boleh duduk diam. Ada orang suggest sekali sekala bagi la family jaga.. Maaf la. setakat nak berseronok sampai nak kena tinggal anak tu bukan cara aku. Biarlah aku buat aktiviti yang anak aku pun boleh join sekali.. asalkan mana aku pergi anak aku ada dengan aku. Kalau nak tengok wayang pun a...

RUMAH PALING SEDIH DI HARI RAYA

Image
Raya.. tak semua rumah yang kita kunjungi tu nampak meriah & ceria dalam suasana raya.. Kadang2 ada rumah even di hias untuk sambutan raya.. ada persiapan raya macam orang lain tapi bila masuk memang kita rasa suram & sedih sangat. Bukan sebab penghuni dia orang susah ke,orang kurang upaya atau orang sakit.. cuma mungkin sesuatu yang kita rasa hilang bila kita melangkah masuk setelah berpuluh tahun tak jejakkan kaki. Macam tu la yang aku rasa bila bertandang kat sebuah rumah ni.. dulu rumah tu bagi aku bersih, kemas & cantik walaupun tak besar mana. Nampak meriah orang yang menghuninya.. dari kecik rumah tu selalu aku keluar masuk... lepak.. sembang.. Tapi sekarang setelah berpuluh tahun aku tak pernah lagi masuk rumah tu, raya pertama haritu aku masuk.. Ya Allah.. sedihnya. Banyak perkara dah 'hilang' yang ada cuma kenangan. Yang hilang 'kawan baik' aku sejak dari sebelum aku kenal ABC lagi.. membesar sama sama. Bukan dia dah takde kat dunia ni cuma dia...

INILAH CARA NAK TAU SAMADA ANDA 'HOT' KE TIDAK

Image
 Yang mana rasa diri dia macam 'hot ' & spicy sangat elok la telaah entri ni. Dari dok perasan sorang2 pun tak bagus jugak untuk perkembangan otak & hati katanya.. Yelah, kadang2 orang yang nothing ni memang bajet hot.. tapi yang something pulak tak sedar diri tu hot. sebabnya... Ada orang tak sedar dia memang 'hot stuff' sebab mungkin dia terlalu merendah diri.. & ada orang pulak perasaan 'hot' sebab dia memang jenis syok sendiri. Sebenarnya hot ke tidak diri kita ni.. Memang kita tak boleh buat penilaian. Kita perlukan pandangan & survey dari orang lain jugak. Yang mana nak tahu tahap ke 'hot'an korang tu jangan risau aku boleh membantu. Almaklum la aku kan wonderpeah katanya... kami tak besar & kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah.. yeah.. wonderpeah! Ops.. ternyanyi pulak. Ok.. ok..mesti hangpa semua tak sabar nak test diri sendiri sama ada hot ke tidak... Sabar! Panas ke suam ke sejuk ke.. Takde orang tahu cuma...