Posts

INILAH PANTANG LARANG PALING MENGARUT

Image
Orang melayu memang terkenal dengan pantang larang.. Tapi kadang kadang pantang larang tu terlalu mengarut & tak ada logik langsung. sampai tepu otak fikir apa kaitan pantang larang tu dengan alasan yang orang dulu2 buat. Zaman sekarang tak semua pantang larang dulu kala relevan untuk di pratikkan dah. Kita sebagai generasi Y katanya.. Y la sangat kan kena pandai dah guna otak bukan terima bulat2 apa yang di sampaikan. Zaman sekarang kalau kau lurus bendul sangat memang ko makan tapak kaki orang je katanya. Kena pijak la kau. Memang sepanjang hidup asyik kena tipu. Tak salah ada perkara kita pertikaikan untuk dapat kepastian. Tak kira pantang larang kuno @ moden.. Nama kata pantang larang ni kalau fakta dia meragukan tu elok la spotcheck lebih sikit. Antara pantang larang paling karut korang boleh tengok kat sini >> PANTANG LARANG RAKYAT MALAYSIA << Apapun pantang aku orang komen tak baca entri hahahaha... Yang tu tak perlu alasan sebab pantang tu beserta den...

MISTERI BUKIT TOK KERAMAT

Image
Bukit tok keramat.. dulu zaman aku budak budak agak menyeramkan la kalau nak pergi kat situ. Yelah.. di momokkan dengan cerita2 mistik, misteri & seram berkaitan bukit tu. Almaklum la budak.. Otak masih fresh mudah percaya dengan momokkan orang tua2 dengan kisah2 hantu.   Sekadar hiasan. Carian Google Tapi pernah jugak dulu hiking kat lereng bukit tok keramat. Masa join aktiviti pengakap sekolah rendah dulu. Pengakap Uolls... kenit2 aku pun kemain pengakap katanya. Padahal sesi latihan pengakap mingguan jarang sangat aku nak pergi. Lencana orang bersusun aku ada la satu dua sebab banyak aktiviti aku tak join. Yelah.. aku ada aktiviti lagi best kat rumah dengan geng kampung aku. Kami pun selalu hiking kat satu bukit yang kami panggil bukit rohana. Sebab dekat dengan rumah seorang kawan bernama Rohana. hahahaha Bukit tok keramat ni sekarang aku tak sure jadi apa.. Terletak kat kampung aku jer. Hujung kampung la. Dah lama tak menjenguk kesitu. Dulu pun bukan rajin sanga...

KISAH SERAM MISTERI HANTU KABINET

Image
Ok malam segmen seram serik lekat lekit Malam ni nak cerita misteri kabinet. Sekarang ni pun isu kabinet memang tengah hot kan.. Penuh misteri & tanda tanya. Penuh kekeliruaan & penuh pertikaian. Tapi hantu kabinet yang memenuhi slot seram serik lekat lekit malam ni lagi penuh misteri.... Jangan gelak ok! Ni cerita seram bukan cerita sarcasm atau cerita troll berkaitan isu politik negara yang sedang berlaku. Ye ye.. siang tadi rombakkan kabinet telah berlaku & Timbalan perdana menteri sebelum ni telah di gugurkan & di gantikan dengan orang baru... Tapi tak bermakna dia terus naik hantu & menghantui semua kabinet yang ada termasuk almari kabinet dapur rumah Perdana menteri... Insya Allah dia redha kot. hehehehe. Kejadian ni berlaku kat sebuah rumah flat kosong yang hendak dijual oleh pemiliknya. Rumah flat di tingkat 8, berada paling hujung. Kawasan blok tu pun di kelilingi pokok2 besar. Kalau malam2 ni permandangan dia memang nampak seram la sikit kan. Agen h...

VIDEO TEMUDUGA IKEA YANG LAWAK

Image
Tu dia sapa2 tengah cari kerja atau nak membina kerjaya di Ikea elok la khatam entri ni yer.. Manatau rezeki korang kat Ikea kan. Sapa tak nak kerja kat tempat high class macam tu ye dak.. Boleh makan meatball hari hari katanya hahahaha... boleh jugak jumpa retis yang bershopping kat situ. Almaklum la.. Ikea la katakan.. Bila tengok iklan pasal Ikea Job fair ni nak tergelak pun ada sebab ada video & tips temuduga Ikea yang kelakar. Jawapan orang yang di temuduga tu pun lawak... Jadi pada hangpa nak tonton video & nak tau tips untuk berjaya dalam temuduga boleh tengok kat sini. Kalau korang nak detail pasal Ikea Job Fair tu pun boleh dapat kat sini >> Video Lawak temuduga di Ikea << Yang mana dok tanam anggur Malaysia tapi tak subur2 di ladang tu elok la mencuba nasib membina masa depan di Ikea. Sampai bila Nak mengadap FB dengan guna wifi free je ye dak? Bawak2 la ubah sikit nasib tu... Moral of the story... Man Jadda Wajadda.. sapa berusaha pasti berjaya....

TERBONGKAR SKANDAL USTAZ ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Image
Skandal ustaz mana pulak ni? warm up blog dengan kisah skandal orang ni.. Amboi krik krik sangat tau. Kiah propa pun tak sempat nak hantar biji mata memerhati, Laju sungguh hang merisik gosip terkini kan. Gosip ni bukan terkini sangat cuma baru terbongkar je semalam. Confirm cuak ustaz tu nak baca entri ni kan?? Rilex Ustaz... Pembongkaran harus di dedahkan katanya untuk bagitau perkara sebenar. Alkisahnya sejak seminggu lalu hidup aku di selubungi kisah kisah lama.. Macam2 kisah di ungkit & terungkit. Sampai kisah yang aku tak pernah tau pun sekarang dah tau. Ooo.. selama ni depa2 ni nampak je memasing malu2 siput sedut tapi kemain skandal sana sini yer... Termasuk sorang ni sekarang dah jadi Ustaz ensem. Tak heran dia ramai peminat sebab dari kecik comel. Ingat ramai peminat jer... Rupanya dia pun dulu dalam diam diam.. dalam gud gud.. Ramai jugak skandal noh.. Amboi ustaz. Ni di namanya shy shy meow... Mesti hangpa pelik kisah apa pulak ni? Ustaz mana.. Ustaz dan din don ke ...

KISAH PONTIANAK POKOK ARA RESORT AREA PANTAI CENANG LANGKAWI

Image
Lama dah segmen seram serik lekat lekit tak bersiaran di blog. Yelah.. sepanjang bulan puasa tak nak la momokkan orang dengan cerita hantu. Kang ada yang tak berani bangun sahur pulak. Manalah tau lepas baca blog lekat lekit... terus hidup dia selubungi misteri. Sentiasa rasa ada sesuatu memerhati. Orang penakut ni memang suka bermain dengan imaginasi. Apa yang di dengar atau baca cepat mempengaruhi pemikiran dia.. So, atas alasan tu segmen seram serik lekat lekit bercuti sepanjang bulan puasa. Konon sangat kau prihatin dengan gangguan emosi orang kan??? hahahaha Gambar sekadar hiasan Dah lama bercuti panjang ni kita warm up balik segmen seram serik lekat lekit dengan kisah pontianak pokok ara di satu resort yang nama dia di rahsiakan di langkawi. Resort ni area pantai cenang katanya. Clue yang tuan punya cerita bagi cuma macam ni je.. Sun*** Beach Res***. Sapa tahu resort mana.. tahu la. Yang tak tahu buat2 macam tahu sudah. Alkisahnya masa dia pergi bercuti kat langkawi den...

BAZAR YANG MASIH BEROPERASI SEHINGGA SEKARANG

Image
Dah masuk minggu kedua syawal pun masih ada bazar yang di buka ke? Wah.. ni sambung untuk raya haji ke hapa. Tapi elok jugak la kan.. yang mana tak sempat membeli belah raya untuk aidilfitri haritu boleh la membeli belah kat bazar ni. Bukan apa bulan puasa ada orang macam aku yang tak kuasa la nak menjelajah ke bazar2 yang ada. Dah la letih puasa.. nak berletihan kat bazar pulak.. saiya ta kuwat katanya... Nak2  ada anak yang macam lipas kudung lagi hilang terus nafsu serakah nak shopping kat bazar. Tapi yang best bazar ni promosi raya masih berlangsung. Selain tu banyak informasi jugak. Tips untuk cantik di hari raya, tips2 untuk juadah raya... semua ada. Amboi kemain bazar ni.. Bukan setakat jual barang.. dia bagi lagi tips bagai. Korang tak reti nak berfesyen pun boleh refer tips yang di beri. Bagi yang tak sempat ke bazar puasa lepas ni la masa balas dendam. Ke bazar ni tak payah bersesak sampai bercium bontot. Anda boleh rilex je layari bazar ni. Nak tau meh tengok ka...