Posts

PELAKON BELL NGASRI KONGSI CERITA GUNA MINYAK SELUDUP

Image
PELAKON BELL NGASRI KONGSI CERITA GUNA MINYAK SELUDUP . Bell ngasri atau dulu budak2 dia di kenali sebagai Ngasrizal Ngasri. Dulu dia berlakon bawak watak serius jer... sekarang dah makin berumur dia jadi comedian pulak. Tapi aku enjoy jugak la dengan lakonan dia sekarang yang memang lawak. Kalau nak banding dengan pelawak baru apa nama ntah Acheh ke hapa.. Bagi aku tak lawak langsung. haritu tengok drama suamiku drakula kat TV9.. acheh tu berlakon, Ya Allah totally tak lawak langsung Rasa kalau watak tu bagi kat Bell lebih sesuai. walaupun jarang nak nampak muka dia dalam filem tapi muka dia memang popular dalam drama TV. Memang totally sekarang semua watak dia bawa berunsur komedi je. Takde lagi watak macam dalam drama Pa'e tu. Budak jahat yang kita tengok rasa nak sepak je. hahahaha. Ni terbaru tengok video dia untuk kempen #TaknakSeludup.. Kelakar jugak la.  Korang nak tonton video pengalaman pahit Bell Ngasri guna minyak seludup boleh tengok kat sini >> Lebih baik b...

INI SEBAB TIDAK PERLU BERCUTI DI LUAR NEGARA SEKARANG

Image
INI SEBAB TIDAK PERLU BERCUTI DI LUAR NEGARA SEKARANG . Aku luar negara setakat Thailand dengan singapore je la baru sampai setakat ni.. Jauh dari tu belum ada rezeki nak kesana tapi jenis aku ni bukan minat melancong sangat. Aku suka jenjalan je... Dalam negara pun takpe asalkan dapat pergi bercuti. Tak demand sangat.. Untung laki aku kan?? hahahaha... Tapi sejak nilai ringgit jatuh ni katanya RM dah macam tak laku. Ada la aku terbaca sok sek sok sek ni.. Katanya kat Thailand pun nak tukar duit pun banyak tempat tak terima RM. Sampai cenggitu sekali maruah RM di pijak2 yer.. Tunggu kau RM dah naik nanti.. aku tayang depan money changer siam tu hahahahahaha.. Sebab tu la buat masa ni bagi yang ada plan nak pergi bercuti tu tak payah pergi oversea lagi. Saat nilai ringgit sedang demam chikungunya.. nilai jadi kecik sangat. Kalau rasa nak release tension ber holiday bagai ini tempat paling sesuai korang pergi... Kat Mana?? Tentulah Malaysia. Kenapa Malaysia. Ini 9 sebab kenapa kor...

KALAU SETAKAT NAIK MOTOR TAK PAYAH NAK DRIVE THRU LA

Image
KALAU SETAKAT NAIK MOTOR TAK PAYAH NAK DRIVE THRU LA . Setakat naik motor kau tak payah drive thru sangat la.. Nampak macam Jakun katanya. Tak layak laluan drive thru untuk penunggang motorsikal. Yang pakai kereta je boleh drive thru. Yang pakai motor nak2 lagi kapcai jangan mencemar duli kat lalui drive thru.. Nyah kau dari situ!! Pergi kau parking jauh2 sikit kemudian masuk order kat kaunter. tak sedar naik motor nak drive thru. Amboi sombongnya mukadimah kau lekatlekit Ooi.. Hina sangat ke orang tunggang motor ni? Isk... aku pun membesar bonceng motor je. Bukan kaya raya sangat pun. Takkan la aku nak lupa diri tahap keji sampai macam tu sekali. Takde la terbaca satu post yang tengah jadi viral kat FB pasal seorang minah ni gelakkan sebuah motorsikal yang di tunggang dua insan bercinta katanya. Tak tau la mana dia tau depa masih bercinta.. ntah2 beranak pinak dah kat rumah tu pun sapa tau. Gelak pasai depa ni drive thru kat Mc D. Macam menghina sangat pun ada.. terkejut katanya....

INI YANG MUNGKIN RAKYAT MALAYSIA TAK TAHU PASAL LAKSA

Image
INI YANG MUNGKIN RAKYAT MALAYSIA TAK TAHU PASAL LAKSA . kat Malaysia ni ramai penggemar laksa. Aku pun suka jugak tapi tak suka la nak makan kerap2 sangat nanti jadi jemu. Masak laksa pun boleh la.. Bukan susah sangat nak masak laksa ye dak?? Tapi bagi yang tak reti masak tetap jadi susah jugak. kalau dah rasa susah sangat nak masak laksa meh la tengok resepi laksa aku kat sini >> RESEPI LAKSA << Gambar Laksa Tempurung Simpang Empat Keladi,Kulim ni sekadar hiasan je Laksa ni ada macam2 jenis.. tiap negeri tu walau menu dia nama laksa tapi tetap tak sama jenis, rasa,masakan & laksa dia. Macam laksa johor dia guna macam mee kuning tapi tetap panggil menu tu sebagai laksa jugak kan? laksa kedah & laksa penang nampak sama tapi rasa dia lain sikit. Kadang kita ni hanya tau makan laksa je sebenarnya kita tak tahu banyak perkara tentang laksa. Jangan hanya tau makan jer.. Perlu tahu jugak banyak perkara tentang apa yang kita makan tu. Zaman sekarang bahaya jugak ...

KENAPA MESTI WANITA BERTUDUNG JADI MODEL MINYAK LINTAH

Image
KENAPA MESTI WANITA BERTUDUNG JADI MODEL MINYAK LINTAH . Sapa yang tak tau minyak lintah tu untuk apa boleh google yer untuk maklumat lanjut tapi secara ringkas yang boleh aku bagitau kat sini Minyak lintah ni adalah produk untuk lelaki. Untuk alat sulit lelaki. Nak bagi besar, tegang, tahan lama bagai la.. Tapi rasanya ramai dah tahu kot kalau sebut minyak lintah ni. Aku bukan nak jual minyak lintah ok!! Cuma semalam terserempak satu suggest page kat FB aku pasal minyak lintah ni.. Dia punya iklan memang 18SX la.. tak nama minyak lintah kot kalau takde kaitan dengan seks kan. Tu tak pelik sangat la. Produk kesihatan dalaman wanita pun kemain SX nya inikan pulak lelaki ye dak?? Tapi yang aku tak puas hati tu kenapa mesti guna model produk tu perempuan. Bertudung pulak tu?? Rasanya produk ketat,tegang perempuan takde pulak guna model lelaki.. Tapi produk untuk lelaki kenapa mesti guna perempuan??? Kalau Jual muka lelaki tak laku ke? ramai je model lelaki sekarang boleh jual muka....

RESEPI RENDANG AYAM SAMAN MENYAMAN

Image
RESEPI RENDANG AYAM SAMAN MENYAMAN . Kalau setakat rendang ayam.. biasa je. Bersepah kat blog mat gebu dapur tanpa sempadan tu kan. Tapi Kalau Rendang ayam saman menyaman tu dia.. nama menu pun rare katanya. resepi dia rare jugak ke? Hahahaha... Yang rare tajuk entri jer. Resepi dia tak rare sangat la kan. Saja nak share sebab aku tak tau nak buat apa jadi aku karang la entri resepi bersempena aku masak rendang ayam. Kenapa saman menyaman?? Kebetulan pulak rendang ayam ni terhasil masa isu mamat sememeh mana ntah ugut nak saman aku. Jadi sempena memperingati hari kena ugut saman aku namakan rendang ni rendang Ayam saman menyaman. Kelas kau jah!! hahaha... Nak tau apa kes saman menyaman ni boleh baca kat entri ni >> KALI KEDUA KENA UGUT SAMAN SEPANJANG JADI BLOGGER << Bagi adik adik yang baru nak belajar masak.. Mesti perlukan resepi. Resepi akak ni memang simple & senang sangat. Tak payah pening kepala sangat korang nak cari bahan sebab bahan bahan buat rendang ni se...

TENTANG MELBOURNE,AUSTRALIA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU

Image
TENTANG MELBOURNE,AUSTRALIA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU . Bukan semua orang berpeluang ke Melbourne ye dak?? Ke Melaka pun ada orang tak pernah sampai inikan nak ke oversea tapi kita belum sampai tak bermakna kita tak tahu apa yang ada kat sana. Dunia hujung jari ni.. tak boleh travel naik flight kita travel seluruh dunia  dengan clik clik jer pun ok. Sedikit info pasal Melbourne..  Merupakan kota terbesar di Australia yang mempunyai populasi penduduk lebih dari 4 juta orang. Kota yang sentiasa meriah & hidup katanya. Kalau kat Malaysia ni macam KL la kot.. Melbourne jugak merupakan pusat seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, olahraga, dan pariwisata.tiap tiap tahun, Melbourne akan merayakan Festival Seni Internasional, Festival Film Internasional Melbourne, Festival Komedi International Melbourne, dan Melbourne Fringe Festival. Tu antara sedikit info pasal melbourne tapi tahukah korang apa yang best ada kat Melbourne kalau korang satu hari manalah tau ada rez...