Posts

SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH

Image
SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH .  Semua orang tahu tentang kejadian Kren yang runtuh ketika jemaah haji sedang melakukan tawaf di Kaabah. Ada yang cedera & ada yang meninggal dunia & ada jugak masih hilang tidak dapat di kesan. Yelah.. dalam keadaan panik di tempat berjuta manusia tu perkara macam ni kalau berlaku bukan salah pengurusan. Jangan jadi Alvin Tan sangat la nak salahkan Allah & mempertikaikan kekuasaan & kewujudan Allah atas apa yang berlaku di Makkah. Dia kafir.. Jadi dia boleh cakap & pertikai apa saja sebab dia tak percaya dengan Allah. Dia tak tau sebab Allah bagi dia peluang lagi la dia belum di timpa malapetaka sampai sekarang. Anggaplah Alvin Tan ujian besar untuk Umat Islam. Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan, antara 8 Jemaah yang masih hilang Ada perkara yang lebih penting kita fokus dari layan & viralkan status Alvin Tan tu. Apa dia buat memang dengan tujuan n...

INILAH NAMA TEMPAT YANG ADA UNSUR LUCAH & MENCARUT

Image
INILAH NAMA TEMPAT YANG ADA UNSUR LUCAH & MENCARUT . Nama tempat pun kadang2 bunyi tak senonoh atau ada unsur2 lucah. Yelah.. Orang dulu kadang2 dalam bergurau pun boleh jadi nama padahal idea tu tercetus dari gurauan je. Tapi sebab mungkin agak menarik bagi depa menyebut & ada kaitan dengan kejadian & situasi masa tu.. Bagi mengingati kejadian yang berlaku semasa tempat tu di namakan maka nama tu di gunakan. Yelah.. senang nak ingat sejarah dia nanti. Contoh macam Melaka.. Di ilhamkan dari sepohon pokok Melaka. Google jumpa pulak gambar ni. Kat Mana yer kampung tetek tu?? hahaha Dulu nama batang berjuntai selalu jadi bahan gurau lucah kat opis aku. Aku memula dengar nama batang berjuntai takde terfikir benda bukan2 sebab otak aku masa tu mungkin terlalu suci murni kot. Sampai tak terfikir gambaran benda lucah. Tapi bila ada manusia mula membayangkan benda2 lucah dengan nama tu terus aku pun rasa malu nak sebut nama tempat tu. Nasib baik sekarang dah tukar nama dia k...

107 MAUT & 238 CEDERA DALAM KEJADIAN KREN JATUH DI MAKKAH

Image
107 MAUT & 238 CEDERA DALAM KEJADIAN KREN JATUH DI MAKKA H. Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kren jatuh di Makkah. Semoga roh mereka2 yang terkorban di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Terkejut bila on FB je terbaca kat news feed kejadian kren jatuh di Makkah. Berderau darah walaupun aku tak ada ahli keluarga yang menunaikan haji tahun ni. Sumber Berita Harian Terbaca kat berita harian mangsa terkorban setakat ni 107 orang & 238 orang tercedera kesemuanya di bawa ke hospital. Kemalangan kren jatuh tu adalah di sebabkan angin kencang & hujan lebat menyebabkan kren menghempap di kawasan jemaah melakukan tawaf di Kaabah. Kejadian berlaku pukul 4.30 petang waktu Makkah. Setakat ni 6 Jemaah Malaysia di kenalpasti tercedera. Pasti risau ahli keluarga jemaah haji yang berada di tanah air. Apapun kita hanya mampu berdoa semoga semua jemaah di lindungi dari sebarang benca & kema...

KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK

Image
KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK . Sejak harga minyak macam biskut chipsmore.. sekejab naik sekejab turun ramai rakyat Malaysia mula membuat eksperimen sendiri cara penjimatan minyak. Macam2 tips di kongsikan untuk jimat minyak walhal secara logiknya tips yang takde kaitan pun. Depa rasa je macam jimat minyak tapi semua tu ilusi & silap mata. Kita je rasa macam jimat sebab mentaliti kita fikir cara tu menjimatkan padahal sebenarnya tidak. Zaman minyak macam nyawa seorang manusia ni.. sedaya upaya semua orang cuba memastikan minyak yang dia isi kat stesen minyak tidak tersia walau setitik. Pernah tengok tak orang lepas isi minyak ketuk2 nozel pam tu nak pastikan minyak tu masuk dalam tank hingga ke titisan terakhir. Betapa berharganya minyak pada rakyat Malaysia. Sebab minyak terlalu berharga yang menjadi nadi kepada manusia maka terciptalah pelbagai kepercayaan karut & mitos untuk jimat minyak. Salah satu mitos paling popular untuk jimat miny...

BANYAK MENU HAIWAN BERKAKI EMPAT DI MEE TARIK WARISAN ASLI

Image
BANYAK MENU HAIWAN BERKAKI EMPAT DI MEE TARIK WARISAN ASLI . Ni cerita basa sikit la. Cerita makan makan minggu lepas. Dalam banyak2 orang dok mereview aku tertarik pulak nak try mee tarik. Kebetulan je sebenarnya makan mee tarik ni. Biasa la weekend kami anak beranak memang nak keluar lunch time je. Bukan tak boleh keluar pagi tapi tu suka dok melingkar dulu dalam rumah sampai rasa lapar baru gigih siap & keluar. Selagi aku tak mulakan langkah pertama bersiap maka seisi keluarga takkan siap sebabnya aku paling lama bersiap antara semua. Yelah.. laki aku nak meneyeh apanya. Mandi pakai baju seluar sikat rambut bagai siap la dia. Anak aku pun cinonet macam tu siap lebih kurang bapak dia je. Cuma mak dia je yang dah masuk zon remaja ni memang la nak menconteng arang ke muka dulu baru confident nak melangkah jauh katanya. Alang2 melintas depan restoran mee tarik warisan asli Taman Sri Gombak ni terasa bagai melambai lambai pulak suruh aku masuk walau takde sapapun yang mengalu al...

INILAH KARIPAP LAIN DARI YANG LAIN DI MALAYSIA

Image
INILAH KARIPAP LAIN DARI YANG LAIN DI MALAYSIA .  Apa yang rare sangat setakat karipap tu kan?? Karipap je kot. Yelah.. memang la karipap ye tapi karipap ni aku confirm ramai yang tak pernah cuba lagi termasuk aku. Sebab tu aku kata rare. Benda yang tak banyak orang buat lagi kategori rare la kan. Bukan karipap angin hokay! Tu tak rare tu namanya karipap putar alam shah! Sebab menipu je kerjanya. Ni karipap bukan karipap menipu dengan inti angin hokay. Nak tahu teruskan pembacaan sehingga ke noktah terakhir. Gambar karipap lawa ni google je ni. Bukan aku punya. Pinjam Jab tapi sekadar hiasan Inilah karipap yang masih rare sebab belum di popularkan lagi. Karipap Bihun @ mee hoon pulak muncul. Gamaknya dah tak rare sangat kot makan karipap inti kentang,ayam,sardin,daging bagai tu. Setakat karipap macam tu bersepah jual kat tepi jalan & gerai2 kuih muih katanya. Ni karipap bihun @ mee hoon. Kau pernah makan? Tak pernah kan?? Karipap Bihun Aku ni kan rajin membaca. Ha...

INILAH TEMPAT YANG MENYEDIAKAN HOTDOGS HALAL & TIDAK HALAL

Image
INILAH TEMPAT YANG MENYEDIAKAN HOTDOGS HALAL & TIDAK HALAL . Siapa kat sini penggemar hotdogs. walaupun nama dia hotdogs tapi bukan semuanya halal & bukan juga semuanya tak halal. Hotdogs ni sosej yang di apit roti jadi namanya hotdogs. Nama memang kontroversi tapi tak jadi kontroversi dah sebab sejak azali memang nama dia macam tu. Pelik kan?? Kenapa di panggil hotdogs. Ada sejarahnya nantilah.. free aku tulis pasal asal usul nama hotdogs ni. Malam ni malas pulak nak mengarang panjang panjang katanya. hahaha Tapi sebagai penggemar hotdogs.. Korang kena pastikan hotdogs yang korang makan tu di sahkan halal. Jangan main sental je tak pandang kiri kanan dah. Asal nampak sedap melantak tak ingat. Sedar2 makan benda tak halal. Sebab tu kalau restorance atau gerai2 tu bukan non muslim kena pastikan bahan, cara pembuatan, perkakasan yang di gunakan memang bebas dari benda2 haram. Aku tengok sekarang ni orang2 islam kadang selamba je beli makanan dari penjaja/restorance/ked...