Posts

PENYANYI ZAMANI LARI DARI RUMAH PENGASIH TANPA BAWA MYKAD

Image
PENYANYI ZAMANI LARI DARI RUMAH PENGASIH TANPA BAWA MYKAD . Dah kenapa pulak  zamani ni melarikan diri dari rumah pengasih sehelai sepinggang sampai mykad pun tak bawa ni? Apa masalahnya pulak dah elok2 jalani pemulihan kat situ. Ada masalah dalaman ke? Terkejut juga baca berita tentang ni. Yelah.. semua peminat harap zamani pulih dari ketagihan dadah ni tak habis sesi pemulihan dah larikan diri. Sumber harian Metro Tapi mungkin juga Zamani ada alasan lain kenapa dia berbuat demikian cuma harap tak ada apa apa yang buruk berlaku keatas zamani. Sebab cara dia melarikan diri tu pelik sampai mykad pun tak bawa. Tergopoh gapah sangat tu. Menurut harian metro zamani melarikan diri dengan menaiki kereta putih. Laporan polis dah di buat oleh pengetua rumah pengasih katanya risau kalau2 dia di culik ke hapa. Hope kalau zamani sendiri yang melarikan diri balik la kerumah pengasih. ramai mungkin risaukan keselamatan zamani. Apapun masalah yang berlaku harap dapat di selesaikan denga...

AWAS! IBU AYAH KITA MUNGKIN BAKAL JADI MANGSA GORES & MENANG

Image
AWAS! IBU AYAH KITA MUNGKIN BAKAL JADI MANGSA GORES & MENANG . Alahai.. walau macam2 penipuan yang di buat oleh syarikat gores & menang ni tapi tetap masih ada yang terpedaya dengan kata2 manis penuh dusta & nista agen mereka. Nak2 lagi makcik2 yang dah tua. Almaklum orang tua la katakan.. Mudah percaya nak2 di gambarkan dengan hadiah2 lumayan macam kereta mewah. Dah lama hidup susah katanya.. Kot2 merasa naik kereta mewah sebelum berumah dalam tanah. Kesian aku baca kisah seorang makcik ni. Umur dah 65 tahun. Entah mana malaun gores & menang dah tipu dia habis RM250 ribu dalam account. Dia di janjikan semua barangan elektrik yang di beli akan di jual keluar negara dengan harga yang lebih tinggi.. Ceritanya bermula apabila di di datangi 2 orang agen gores & menang ni yang dok ayat dia dengan kereta mewah yang parking kat sebuah pusat membeli belah. Tak tau la makcik ni buat macam mana sampai boleh bagi RM250K kat mangkuk hayun gores & menang ni. Sekarang ni di...

HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM

Image
HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM . Sekarang zaman ramai orang berpengaruh gunakan kuasa untuk memuaskan hati sendiri. Jika dia tak suka seseorang yang bagi dia penentang dia.. Dia akan ajak pengikut dia yang umpama dah terkena nasi kangkang untuk memboikot individu tersebut walau sebenarnya pengikut dia yang lain tiada masalah dengan orang yang di ajak boikot tu. Biasa la bila berlaku perselisihan faham antara dua orang individu maka yang ada kuasa, guna kuasa veto untuk menunjukkan kekuasaanya. Tu sebagai contoh la.. mengajak orang yang tak ada kena mengena memboikot individu yang kita tak suka. Kita ni manusia memang tetap la manusia. Ada kurang & silap sana sini. tak semestinya aku tulis entri ni aku auto seorang yang baik & tak melakukan kesilapan yang sama. Sebab aku tahu aku cuma seorang manusia bukan malaikat jadi tak mustahil aku juga sentiasa melakukan kesilapan. Sebelum ada yang salah faham baik la aku jelaskan entri ni sekadar berkongsi ilmu yang sedikit untuk pe...

8 CIRI SMARTPHONE YANG DI LUAR LOGIK AKAL MANUSIA

Image
8 CIRI SMARTPHONE YANG DI LUAR LOGIK AKAL MANUSIA . Sekarang ni boleh kira dengan jari orang yang tak ada smartphone. Dari sekecik2 anak sampai setua bangka mak bapak & atuk nenek semua ada smartphone. Yang tak ada atau tak reti guna smartphone ni boleh kita kira dengan jari. Majoriti semua ada nak2 generasi Y kalau tak ada smartphone rasanya kemurungan. Kalau kita dulu dalam usia generasi Y masih dok tulis surat kemudian upgrade sikit hantar sms.. budak2 sekarang semua wish atau contact kengkawan melalui media sosial guna smartphone je. Smartphone ni asalnya cuma kehendak tapi bagi sesetengah orang yang bekerja secara online mungkin dah jadi satu keperluan. Ada orang dah buat smartphone macam hobi.. kerjanya asyik tukar smartphone je. Pantang dengar ada keluaran terbaru smartphone boleh kena parkinson kalau dia tak beli. Nak2 lagi kalau dia tahu yang smartphone ada ciri2 baru yang memang tak ada pada smartphone lagi la boleh demam chikungunya kalau tak dapat beli katanya. Pun...

CERITA PEREMPUAN BERNAFSU MISTIK

Image
CERITA PEREMPUAN BERNAFSU MISTIK . Tu dia malam ni segmen seram serik cerita pasal nafsu pulak. Siapa gamaknya perempuan bernafsu yang menyeramkan ni. Macam mana orang yang bernafsu mistik ni. Dia lebih bernafsu dengan makhluk ghaib & jin ke? Ke dia taste dengan hantu raya yang memang terkenal sebagai hantu perogol. Dari mana datangnya nafsu mistik ni. Jangankan hangpa aku pun tertanya tanya jugak nafsu mistik tu macam mana gayanya. Tak terjangkau akal aku yang suka cerita berunsur mistik ni. Hahahaha Aku dah cuba google memang tak jumpa apa2 info berkenaan manusia yang bernafsu mistik cuma aku rasa orang yang bernafsu mistik ni mungkin lebih berminat kepada makhluk ghaib kot. Nafsu tak semestinya berkaitan hubungan seks je. Mungkin nafsu merujuk kepada minat @ obses dia terhadap perkara mistik. Macam aku bernafsu nak tonton cerita seram je. Kalau cerita cinta ni sesungguhnya nafsu serakah aku turun ke level paling bawah hahaha. Mesti korang tertanya dari mana aku dapat il...

MINUM SEGELAS KENCING BERGELAS GELAS

Image
MINUM SEGELAS KENCING BERGELAS GELAS . Macam teka teki pulak kan? Air apa minum segelas kencing bergelas gelas. hahaha.. gamaknya kencing dalam gelas kot dia boleh kira berapa gelas dia kencing. Alahai.. jangan bendulan sangat boleh tak? erkk.. tapi ada jugak orang pernah kencing dalam gelas. Tak nak cerita sebab aku pernah cerita dalam blog ni dulu pasal air kencing. Kesian budak tu... Sebenarnya aku nak cerita pasal air teh je. Air teh antara minuman berkafien jugak sebab tu kalau kita minum teh memang akan kerap kencing nak2 lagi musim sejuk atau hujan. Rasa nak berkampung dalam toilet je kalau lepas minum teh walau minum segelas jer tapi dia punya kencing macam aku cakap la..  bergelas gelas sampai rasa macam tak logik je air teh mampu hasilkan air kencing begitu banyak katanya. hahaha Tapi bukan je minum teh akan buat kita kerap kencing malah minuman berkafien lain seperti kopi jugak buat kencing kita jadi lawas. Nak2 lagi kalau kopi yang di campur dengan bahan pelik ma...

BENDA PALING BODOH ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT

Image
BENDA PALING BODOH ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT . Tol dah naik.. Maka lepas ni akan banyak barang naik harga dengan alasan kos dah naik. Maka banyak peniaga akan mula ambil kesempatan menaikkan harga melampau lampau dengan alasan yang sama. Pendek kata walau satu benda naik harga tapi kesannya pada semua perkara. Almaklum la.. Bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri pun terasa. Tol naik.. bermakna tiket bas express pun akan naik la kot. Kan semua tu berkaitan. Takde bas ekpress sekarang nak lalu jalan dalam. Semua nak shorcut guna highway melainkan aku jer suka balik kampung ikut jalan tak kena tol. Bila dah banyak barang keperluan naik harga rakyat Malaysia memang tak ada pilihan selain terpaksa jugak berjimat. Nak tak nak tetap kena juga cuba kurangkan kos apa yang boleh. Walaupun mall tetap penuh, pasar malam tak pernah lenggang & orang upload gambar makan & jalan sana sini macam tak terkesan dengan kenaikkan harga di Malaysia. Percayalah semua orang pun merasa ...