Posts

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG

Image
LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG .  Zaman dah berubah maka apa yang muncul di kaca TV juga berubah seiring zaman. Ada yang masih ada & ada yang mungkin telah tiada. Dulu mungkin kita rasa macam bosan je bila terpaksa tengok atau dengar benda tu setiap hari percaya lah sekarang kita akan rasa rindu dengan sesuatu yang kita rasa bosan dulu sebab dah tak ada lagi berkumandang atau di siarkan kat TV. Dulu siaran tv tak banyak.. Mula2 ada siaran RTM je. TV1 & TV2. Nak tengok tv pun bukan senang. Kalau tak pasang antena atas bumbung tu memang susah nak dapat siaran. Aku sempat jugak merasa zaman TV ada lesen. tengok arwah Ayah gantung kat dinding siap frame lagi. Budak2 sekarang confirm tak tahu pasal lesen tv ni. Kalau ada TV @ radio tapi tak apply lesen boleh di kenakan tindakkan undang2 tau. Denda dia tak silap kalau tv RM3000 atau 12 bulan penjara. Radio lebih murah. Ok aku mengaku hasil google je info ni. Hahaha. Di mansuhkan pada tahun...

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING

Image
AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING . Sapa2 yang ada bela kucing tu sila ambil langkah berjaga jaga. Pastikan setiap hari isnin sampai khamis pukul 7 malam anda kurung kucing2 dalam rumah. Sebab time tu la drama di slot akasia akan di siarkan di tv3. Bukan apa takut nanti habis je drama tu kucing korang pun hilang atau mati. Nak tahu sebab apa.. meh baca entri ni. Setiap hari start pukul 7 hingga 8 malam.. Isnin hingga khamis kat blog aku entri akan mendapat views banyak masa tu adalah entri pasal drama Hello Mr Perfect . Bila dah dapat views tinggi untuk entri tu keywords pun banyak la berunsur kritikkan terhadap drama tu. rata2 yang google akan menulis keywords yang mengambarkan drama tu cukup hampeh, teruk, tak best,bosan & mengecewakan. Ingat aku je rasa drama tu kategori sampah rupanya ramai lagi. Aku tengok episod mula2 jer.. sekarang memang takde nafsu nak follow. Kadang2 baca jugak update dari Boni Kacak yang cuba memperbaiki jalan cerita setia...

BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI

Image
BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI . Malaysia ni memang ramai pelawak di kalangan pakar2 & menteri menteri. Sebab tu hidup aku sentiasa cerita tersenyum & ketawa dengan statement2 kelakar nak mampus dari mereka. Sebelum ni isu GST... Sebelum GST kita tak tau yang Ahmad Maselan ni ada talent semulajadi berlawak. Selepas GST di laksanakan baru rakyat Malaysia tahu menteri kita yang sorang tu memang sangat2 suka melawak. Terbaru pasal Vape pulak. Aku bukan Vapor.. Suami aku pun tak hisap benda2 berasap ni. Jadi takde sebab aku nak sokong Vapor2 kat malaysia ni. Cuma tu la aku rasa kelakar bila ikuti kes Vape ni. Mula2 katanya nak mengkaji & mencari rang undang2 untuk mengharamkan vape. Maybe sebab takde akta untuk mensabitkan vape sebagai pesalah kat Malaysia sekarang kerajaan tengah mengkaji pulak nak kenakan cukai kepada Vape. Dengar kata operasi merampas Flavor vape sedang di lakukan besar besaran, betul ke? Memang kelakar tahap babon benda ni bagi aku. H...

RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE

Image
RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE . Orang kata zaman tak ada apa yang turun kecuali hujan yang lain 2 semua naik.. Maka kos hidup pun semakin tinggi. Zaman dah berubah kalau dulu sesuatu tu dalam kategori kehendak.. era sekarang dah jadi satu keperluan. Macam kereta. Kereta bukan lagi kehendak.. Nak2 lagi yang dah bekeluarga & ada anak. Jadi satu keperluan untuk bergerak. Bila dah ada kereta nak kena isi minyak.. Bukan isi minyak je.. setiap tahun nak fikir bayar roadtax bagai. Bukan Roadtax jer.. nak kena stanby jugak kalau2 kereta meragam. Mustahil la sepanjang hidup guna kereta tak pernah rosak kan. Jadi semua tu perlukan duit. Tu baru kereta.. tak masuk lagi keperluan lain. Jadi kadang2 kita perlu pendapatan tambahan. Kalau pun tak boleh cover nak bayar hutang kereta setiap bulan at least boleh tampung duit minyak kereta pun dah ok. Zaman hujung jari ni.. Serius bagi aku orang malas je yang kata tak reti nak cari duit secara atas talian ni. Walhal ...

INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH

Image
INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH . Aku dulu masuk sekolah menengah memang pergi beli sendiri la baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah & buku sekolah bagai. Baju sekolah tu terpulang la nak beli readymade punya atau nak beli kain & pergi tempah. Tapi masuk tingkatan 5 aku decide nak pakai baju readymade jenama canggih je. Best pakai baju sekolah jenama canggih ni. Kain dia tebal.. tak panas & tak mudah berkedut. Warna putih dia pun bagi aku tak cepat kusam walau setahun pakai. Jenama canggih aku tak sure sekarang popular lagi ke tidak tapi zaman aku sekolah tak berapa trend sangat jenama canggih ni. Trend masa tu pakai kain licin katanya. Jadi kain cotton masa tu tak berapa jadi pilihan sangat la. Biasa la baju sekolah pun ada trend ikut peredaran zaman jugak. Zaman pakai kain sapu lantai ada.. zaman pakai kain musim banjir ada.. trend tudung singkat. Trend tudung bulat.trend tudung bucu tajam.. tak larat pulak aku nak menghafal fesy...

JADI ISU BESAR KALAU ARTIS YANG PAKAI JENAMA TIRUAN

Image
JADI ISU BESAR KALAU ARTIS YANG PAKAI JENAMA TIRUAN . Gamaknya kalau jadi retis kat Malaysia ni kena perfect serba serbi. Kena bergaya mewah2 jer.. Bila beli barangan tiruan terus jadi isu besar. Ingat income semua retis kat Malaysia ni mampu bermewah ke? Ada yang cukup2 makan je. Tapi sebab mereka retis kadang2 orang rasa mereka berpendapatan tinggi & mampu untuk beli barangan mewah. Hakikatnya.. Tak semua retis kaya macam Che Ta, hokay! Bila tengok tajuk berita Harian Metro Yang Highlight pasal kebanyakkan artis pakai jenama tiruan rasa macam nak gelak sambil hentak2 kaki je. Katanya segelintir artis tempatan di kesan menggunakan jenama tiruan. Tak paham lagi ke bapak2 menteri.. Rakyat Malaysia sekarang memang terpaksa berjimat termasuk artis kecuali che ta jer.. Sebab kos hidup dah meningkat. Jadi segelintir retis terpaksa guna jenama tiruan yang lebih murah bagi nak cut kos. Yang harian metro highlight pasal retis guna jenama tiruan macam retis tu bukan manusia pulak. Ja...

JANGAN JADI BLOGGER PEMALAS MENUMPANG TUAH

Image
JANGAN JADI BLOGGER PEMALAS MENUMPANG TUAH . Sekarang ni kita boleh tengok ramai blogger2 baru muncul. Perkara pertama kebanyakkan depa nak belajar adalah macam mana nak buat duit dengan blog. Bukannya depa nak belajar macam mana nak tulis artikel yang menarik minat orang membaca. Terus nak express dapat duit. Mungkin apa yang depa bayangkan.. hari ni buka blog.. Bulan depan confirm dapat income. aku memang salute la kalau orang yang 0 tentang blog tulis blog sebulan dah dapat income sebab aku bertahun jugak la belajar macam mana nak jana pendapatan melalui blog. Sebab aku kenal blog tanpa tahu apa2 tentang duit melalui blog. Aku kenal blog sebab aku minat menulis jer. Nak berjaya tak kira dalam apa bidang pun kita pilih termasuk berblog ni bukan kata hanya dengan satu step jer. Kita lahir pun tak terus pandai berlari. Kita melalui banyak step sebelum kita mampu berjalan dengan sendiri. Macam tu jugak dengan hidup ni.. Nak capai impian yang kita inginkan tu bukan semudah buat r...