Posts

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

Image
AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH . Sekarang ni tengah viral pasal seorang individu yang mendakwa terima layanan buruk dari nurse kat situ. Kemudian katanya ada yang sampai kena tidur atas lantai sebab tak cukup katil. Yang dah ada bukaan pun terpaksa menunggu di kerusi. Aku salah seorang yang ada pengalaman bersalin di hospital sungai buloh jadi aku rasa tergerak hati nak share jugak la secebis kenangan aku semasa melalui detik2 penuh mendebarkan bagi seorang yang baru nak bergelar ibu masa tu. Gambar Yang Menjadi Viral Tahun 2011.. Masa tu bulan puasa. 20 Ogos 2011 pagi tu air ketuban dah pecah. Dalam pukul 7 pagi macam tu. Dalam pukul 8 macam tu.. aku gerak ke hospital dengan suami aku. Time tu dah rasa contraction. Sampai hospital dalam 8.30 macam tu.. Terpaksa tunggu kat kerusi sebab katil dah penuh. walau contraction dah kuat tapi memang time tu berlaku jugak perkara yang aku rasa nak marah. Nurse masa tu boleh cakap biasa je tu bila nampak aku m...

SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018

Image
SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018 . Teknologi memang memudahkan tapi teknologi juga banyak memusnahkan 'childhood'. Zaman kanak kanak sekarang dah semakin tak best bila mereka banyak habiskan bermain gadget. Kita dulu kalau hari tak sekolah tu.. memang full pack jadual. Pagi bangun nak tengok dulu kartun.. Lepas tengok kartun keluar sekejab jumpa kawan2 nak planning apa nak main petang nanti. Tengahari makan ramai2 bawah pokok. Masing2 bawa la nasi. Tak kira yang makan berlauk sedap atau hanya berlauk telur mata & kicap. Semua enjoy jer buat aktiviti makan bersama sama  ni. Tapi sekarang budak2 kalau tak layan gadget layan kartun 24jam kat TV. Outdoor activity dah semakin kurang. Aku ni budak kampung.. Tv masa tu pun antena jenis pacak atas bumbung yang jenis macam ampaian kain tu. So, TV rumah aku masa zaman tu memang 'line clear' la berbanding tv rumah orang lain yang pakai jenis area macam sesungut semut tu. Sekali tukar channel, sekal...

AWAS! SELAMA NI KITA MAKAN KEPAK AYAM CARA YANG SALAH

Image
AWAS! SELAMA NI KITA MAKAN KEPAK AYAM CARA YANG SALAH . Kat sini sapa suka makan kepak ayam?? Kepak ayam la sedap tak kira goreng ke, panggang ke atau apa jenis masakan sekalipun keenakkan kepak ayam tu takkan hilang. Bahagian kepak ni walau isi tak banyak tapi kulit2 ayam tu sedap sangat. Macam mana nak describe rasa kepak ayam ni aku pun tak reti.. pendek kata memang sedap hingga menggigit kuku la. Selama ni kita makan kepak ayam takde la nak google dulu cara makan yang betul ke hapa. Pandai je makan.. kita dah tahu macam mana nak makan kepak ayam supaya tak tertelan tulang kepak tu. Ada orang rasa rumit sangat nak makan bahagian kepak ni. Dah la isi kurang tulang banyak. Nak gigit pun susah. Silap makan tercekik tulang pulak. Alhamdulillah setakat ni aku makan kepak ayam tak pernah tercekik tulang ke hapa sebab almaklum la aku kan perempuan melayu tak berapa nak akhir.. kira perempuan melayu level2 pertengahan la. Sopan santun tak payah cakap la.. Sekali sumbat kepak ayam tu ya...

11 GUA PALING MISTERI DI MALAYSIA

Image
11 GUA PALING MISTERI DI MALAYSIA . Gua ni tempatnya macam dalam lubang.. gelap & selalu sangat di kaitkan dengan perkara perkara mistik jadi Gua di gambarkan sebagai salah satu tempat yang menyeramkan. Yelah.. zaman dulu ada suku kaum yang jadikan gua tempat menyemadikan orang yang dah mati.. Ada jadikan gua untuk bertapa belajar ilmu batin.. Tapi ada juga orang jadikan Gua sebagai rumah sehingga zaman moden ni. Tak ingat kat mana.. aku pernah baca berita pasal sekeluarga yang tinggal dalam gua. Yelah.. Rumah sekarang mahal tak mustahil tetiba aku pun pindah tinggal dalam gua. Maka jadilah aku orang zaman pra sejarah. hahahaha... Clearwater cave, sarawak Kat Malaysia banyak gua. Ada Gua yang masih tak pernah orang teroka.. Ada Gua yang dah jadi salah satu destinasi pelancongan. Yang pasti, apa2 gua yang ada kat Malaysia ni satu pun aku tak pernah masuk. Biasa la  Gua kan gengster. Apa barang masuk gua ye dak? erkk.. Sesetengah orang tak suka masuk Gua sebab banyak k...

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN TENTANG MAKMAL ROKOK HARAM

Image
PENDEDAHAN MENGEJUTKAN TENTANG MAKMAL ROKOK HARAM . aku rasa kena minta royalti dari kerajaan Malaysia untuk kempen #TakNakseludup dah ni. Blogger lain tulis pasal kempen #Taknakseludup ni di bayar aku pulak tulis free2 je untuk depa. Takpe la orang kata buat khidmat masyarakat. Baru ikhlas sikit, kan? hahahaha. Walaupun tak di bayar gigih jugak aku tulis pasal ni. Almaklum la blogger kan.. Tak kira la orang bayar ke tidak. Selagi isu tu best & menarik untuk di kongsi.. Mesti masuk blog katanya. Yelah.. selain untuk kejar traffic yang manjang tak berapa laju ni secara tak sengaja menyampaikan informasi kepada orang awam. Walaupun blogger sering di anggap keyboard warrior tapi tanpa pendekar papan kunci pun tak meriah alam maya,kan? hahaha Berbalik pada cerita makmal rokok haram @ rokok seludup ni.. Tak tau la sejauh mana betul makmal depa macam ni kan. Kalau macam ni punya rupa makmal depa.. Memang multifuction sungguh. Disamping menghasilkan rokok2 yang lebih murah, m...

TERMASUK ALAM GHAIB AKIBAT MEMPERSENDA CERITA LAGENDA SERAM

Image
TERMASUK ALAM GHAIB AKIBAT MEMPERSENDA CERITA LAGENDA SERAM . Budak2 sekarang depa anggap perkara mistik tu sesuatu yang kuno & tak relevan dah nak percaya. Hantu memang tak pernah wujud tapi Jin & syaitan memang ada ceritanya dalam Al Quran. Sebab orang dulu2 gelarkan jin & syaitan ni sebagai 'Hantu' sampai ke zaman media sosial ni budak2 jadi kurang paham dah. Ditambah lagi dengan momokkan tahyul yang tak masuk akal bertambah la budak2 sekarang rasa benda ghaib tu tak wujud. Yang ada cuma silap mata. hahahaha.. Bila dah tak percaya tu yang jadi perkara tak menghormati makhluk lain. Duduk tengah2 hutan atau tempat2 yang mungkin jadi penempatan Jin cakap besar & kurang ajar. Apa ingat jin tak tacing ke? Sekali Jin tacing hangpa yang terkencing. hehehe Jauh sangat dah aku merepek rasanya.. Ok Ok.. berbalik pada cerita sekumpulan budak sekolah ni yang suka sangat la buat benda merepek yang melibatkan aktiviti paranormal. Padahal depa ni bukan percaya sangat d...

PENJELASAN DOWNY SELEPAS PRODUK MEREKA DI VIRAL ADA BABI

Image
PENJELASAN DOWNY SELEPAS PRODUK MEREKA DI VIRAL ADA BABI . Orang suka sangat la viral benda2 yang tak tahu sejauh mana kesahihannya. Walau di tipu banyak kali nampaknya tak ramai pengguna media sosial yang serik untuk berkongsi sesuatu cerita atau berita yang tidak sahih. Asal berita tu sensasi nak2 melibatkan halal & haram.. share je la katanya. Nak berkongsi info dengan orang lain. Yelah.. depa kan masyarakat media sosial yang prihatin. Kesian katanya yang guna downy.. tak pasal2 nak kena sertu balik semua pakaian yang pernah di bilas dengan downy yang wangi tu. Aku jenis ambil sikap tunggu & lihat. Setakat pakar2 tak bertauliah media sosial yang sahkan benda tu ada babi bagai. Sapa2 pun boleh membabikan apa - apa. Orang pun boleh di babikan apatah lagi produk. kadang2 benda tu cuma fitnah mungkin sebab produk ni jadi pilihan ramai. Bagi menjatuhkan reputasi produk tu maka di sebarkan benda2 yang tak betul. Kalau betul bahan2 di gunakan dalam produk tu tidak halal untuk ...