Posts

TENGKU JALIL ANAKANDA SULTAN JOHOR MENINGGAL DUNIA

Image
TENGKU JALIL ANAKANDA SULTAN JOHOR MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salam takziah kepada seluruh kerabat di raja Johor atas pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil. Sesungguhnya.. sampai masanya takkan lewat atau tercepat walau sesaat. Bertabahlah untuk semua yang menyanyangi arwah.. Maaf saya tak berapa pandai nak guna bahasa protokol di raja ni. Apapun kita doakan semoga Arwah di ampunkan segala dosa dosanya & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Kita sedia maklum kondisi kesihatan beliau sebelum ni. Mungkin berita ni membuatkan seluruh rakyat johor berdukacita.. Marilah kita sama sama sedekahkan Alfatihah buat Almarhum Tunku Jalil.

BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT

Image
BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT . Yelah.. dah nama pun berpisah maka hilang la title mertua & menantu yang ada cuma bekas mertua & bekas menantu je. Bila dah jadi bekas ni bukan kata kena isytihar musuh terus.. Boleh jer kita ada hubungan baik dengan bekas keluarga mertua. Mungkin sebab antara anak & bekas mertua masih ada pertalian darah jadi sekaligus melibatkan bekas menantu jugak la untuk kekalkan hubungan antara nenek/datuk & cucu. Gambar sekadar hiasan.. hik hik hik.. Kalau cerita ada kena mengena sekadar kebetulan.hahaha Tapi berpada pada la kan.. Terus berbaik tu tak salah cuma mungkin kalau terlalu akrab menyebabkan keluarga bekas pasangan tu jadi mudarat pulak. Soal ex ni memang sensitif, hokay! Ada orang memang tak suka dah nak dengar cerita pasal ex pasangan dia apatah lagi tiap kali ada apa2 acara atau majlis atau takde apa2 keraian pun muka bekas ex pasangan tu ada je kat situ. Seolah2 macam tak reti nak bina lif...

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK

Image
TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK . Kita kadang2 susah untuk rasa bersyukur bila kita sentiasa rasa kita susah sedangkan kita sendiri tahu sesusah manapun kita ada lagi orang lebih susah dari kita. Kadang2 manusia ni suka duduk merintih kesusahan mereka tanpa ada usaha lebih untuk ubah nasib. Sekarang ni pulak musim semua benda nak naik.. Lagi banyak la rungutan pasal bebanan hidup. Merungut tu tak salah.. Tapi kalau asyik merungut atas katil depan smartphone 24/7 seminggu pun rasa macam tak berapa layak merungut la. Makan pakai berak kencing semua orang tanggung.. Gamaknya dia susah celah mana, ye dak?? Aku ni pun bukan orang kaya.. Sampai ada anonymous keji aku orang susah, miskin hina & di benci masyarakat.. Hahahaha.. Tu la kan jadi orang susah ni asyik kena hina je. Tapi sebab aku tak pernah anggap aku susah sangat, so aku tak rasa sangat la macam perlu merintih, merungut, merayu setiap masa. Apa yang aku buat cuba la cari apa2 yang boleh jadi sumber re...

TU LA PADAH JADI KAKI KIPAS ARTIS

Image
TU LA PADAH JADI KAKI KIPAS ARTIS . kaki kipas ni tak selalunya bernasib baik. Walaupun depa ni memang jenis sweet talker silap haribulan yang sweet tu boleh jadi sweat balik bila yang nak puji di salah faham sebagai mengeji. Bila tengok isu pasal KimK tu masih lagi di perkatakan aku terfikir satu benda jer.. Itulah padah orang yang suka membodek. Yelah.. Peminat yang komen gambar fazura dengan kawan dia yang ada krisis identiti tu konon nak ambil hati fazura la puji muka kawan si fazura tu macam KimK.. Padahal hakikatnya orang tu lelaki tapi perwatakkan wanita. Walau dia macam KimK sekalipun tak payah dok support sangat la apa yang menjurus kepada sokongan kearah yang tak baik tu semata mata nak sedapkan hati orang lain. Niat nak bodek, orang yang baca komen salah faham ingat orang carutkan muka kawan dia. kan dah dapat padah kena maki. Yang Gambar Besar Tu Kim Kardashian Yang gambar kecik muka paling depan tu KimK.. op's! hehehe. Tak payah nak jadi kaki kipas sangat la k...

RASA BERSALAH KALAU TAK BAGITAHU PENGGEMAR CHOCOLATE BROWNIES

Image
RASA BERSALAH KALAU TAK BAGITAHU PENGGEMAR CHOCOLATE BROWNIES . Perempuan kebanyakkan suka yang manis2 macam chocolate apatah lagi chocolate Brownies ni. Aku ni sikit2 ok la.. Sebab aku pun bukan penggemar chocolate sangat. Sebab tu masa kontroversi tak halal Cadbury aku tak gigih sangat nak makan jugak chocolate tu sebab makan ke tidak tak bagi apa2 kesan pun kat aku. Almaklum la aku kan takut kena kencing manis.. hahahaha... Ye la sangat tu! Tapi kencing manis bukan halangan pada penggemar manisan ni selagi katanya tak kena potong kaki. Kena terus makan makanan kesukaan sampai ke hujung kaki terakhirnya. Hahahaha... huhuhu bahaya akak2.. acik2.. adik2 Ooi.. Diabetes sekarang nak hinggap tak kira tua muda dah. Walaupun kita penggemar makanan manis macam chocolate brownies sekalipun ambil la secara berpada pada yer.. Tapi ni kalau aku tunjuk kat penggemar Chocalate Brownies ni gamaknya apa reaksi depa. Melopong? Ternganga? tergamam? Terkesima? teruja? terpengsan ke macam ma...

MARSHA TAK MAHU KOMEN ISU PELUK ISLAM

Image
MARSHA TAK MAHU KOMEN ISU PELUK ISLAM . Kalau betul Alhamdulillah.. Kalau Tak betul takpe la tu hak dia. Dia pun tak di lahirkan sebagai seorang Islam jadi kita tak ada hak memaksa sesiapa untuk memeluk Islam. Yang kita boleh cuma menyebarkan ajaran Islam sahaja. Tapi artis ni selalunya kalau taknak mengiya atau menidak.. Kadang2 tu memang gosip tu betul. Cuma mungkin soal bertukar agama ni agak sensitif sebab ia bukan melibatkan individu tu sahaja malah mungkin membuat ahli keluarga atau saudara mara mereka berkecil hati. Yelah.. Macam aku cakap soal agama sangat sensitif. Jadi.. Kita hormatilahlah kalau dah mereka tak nak bagi apa2 penjelasan tentang tu. Sumber Media Hiburan Online Jangan ada pulak yang buat macam stacy.. Gigih sebar video dia mengucap syahadah. Alih2 orang tu jadi masalah dengan saudara mara sebab Yelah.. perkara tu belum di maklumkan pada saudara mara yang kita sedia maklum mereka bukan Islam. Mesti la bila orang luar yang menyebarkan mereka rasa se...

INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR

Image
INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR . Johor dah kuatkuasa pengharaman penjualan Vape bermula Januari 2016. Khabar khabar angin jugak katanya Johor akan haramkan rokok, judi, arak & pelacuran.. erk.. sebelum ni aktiviti pelacuran sah ke kat Malaysia ni?? hahahaha.. tanya je sebab selama ni yang aku tahu aktiviti pelacuran memang tak pernah di iktiraf sebagai perniagaan yang sah di Malaysia. jadi memang dah sedia haram sejak dulu lagi kot... Wah memang salute Sultan Johor. Bukan takat hensem, tegas & seorang pemimpin yang berani. tetiba rasa nak mengaku jadi orang johor pulak. hahahaha... tak lama lagi vapor, kaki minum, kaki judi & perokok tegar mungkin banned Johor dari menjadi salah satu negeri untuk di lawati sebab tak ada jual benda2 yang menjadi favorite depa dah. Benda2 ni semua melibatkan ketagihan yang mustahil boleh di hilangkan dalam masa sehari. Kalau perokok ni nak skip sehari rokok pun susah apatah lagi berhari hari. Mungkin jugak peniaga2 atau pengedar semu...