Posts

FOOD COURT IKEA DAMANSARA TIADA SIJIL HALAL JAKIM

Image
FOOD COURT IKEA DAMANSARA TIADA SIJIL HALAL JAKIM . Sekali lagi jadi kontroversi status halal foodcourt Ikea Damansara.. Dulu pernah sampai tutup buat sementara waktu untuk melakukan kerja2 menyamak sebab katanya ada bahan tidak halal di gunakan. Tup tup terbaca post dari Page Sahabat Halal katanya Food Court Ikea yang tak pernah apply pengesahan halal JAKIM. Yelah.. takde sijil halal tak semestinya haram.. Tu aku tahu. Kak Leha dok jual kuih muih tepi jalan pun tak pernah apply sijil halal JAKIM tapi elok je orang makan tanpa was was. Insya Allah bahan2 mentah kak leha guna tu status halal tak di ragui, tapi macam ikea yang terkenal dengan Meatball yang bukan dari Malaysia kalau tak ada pengesahan halal JAKIM macam mana kita nak pastikan benda tu betul2 bebas bahan2 haram. Almaklum la datang dari negara bukan Islam.. memang patut was was jugak. Kontroversi demi kontroversi pasal food court Ikea ni.. Tapi tetap jugak ramai umat Islam makan kat situ tanpa was was. yelah.. tak ...

VIRAL! BIADAP.. PAMPERS KOTOR LETAK ATAS PINGGAN

Image
VIRAL! BIADAP.. PAMPERS KOTOR LETAK ATAS PINGGAN . Kita ni kalau boleh benda kotor tak kira la yang sendiri atau yang anak anak punya tak nak orang lain tertengok atau ternampak. Rasa malu jugak la. Nak2 lagi pampers @ diapers yang dah guna ni. Sebolehnya hormat pandangan mata orang lain.. Walaupun kita tak rasa geli dengan sisa2 kumuhan yang anak kita buang tapi tidak orang lain. Setiap orang dia memang tak rasa geli anak dia punya tapi tetap geli tengok najis anak orang termasuk aku. Ternampak Beautifulnara post satu screenshot. Tak tau la kejadian ni berlaku kat mana yang pasti sebuah tempat makan.. samada restoran atau kedai makan atau kat mana tak sure. Tak tau la makhluk Allah mana la jenis otak mungkin tersilap pasang kat lutut kot.. letak pampers @ diaper anak dia yang dah bersisa kumuhan dalam pinggan yang dah habis makan. Spesis macam ni mungkin spesis yang guna tandas awam malas nak flush & tak malu biar najis dia orang tengok. Nak confirm tak berani tapi k...

PERKARA WAJIB ORANG BUAT MENJELANG TAHUN BARU

Image
PERKARA WAJIB ORANG BUAT MENJELANG TAHUN BARU . Esok adalah last day untuk kita semua berada dalam tahun 2015.. Lepas tu memang takkan muncul lagi tahun 2015 kecuali dalam kenangan jer. Bersedia semua umat manusia untuk menyambut hari tua masing masing yer.. Sebab memang takde manusia akan semakin muda walaupun awet muda. Kedut mungkin boleh di seterika guna rawatan lazer tapi umur tak ada poket doremon yang mampu buat kita kembali tahun sebelumnya. Terima la hakikat.. hahahaha Bila menjelang tahun baru macam satu kewajiban pulak bagi majoriti umat manusia buat benda ni. Macam kalau tak buat rasa macam someting missing jer.. rasa awal tahun tu akan berlalu dengan kekurangan yang sangat besar. Mungkin mencacatkan sedikit memori awal tahun kalau dia tak buat. Orang lain pun macam takde soalan lain nak tanya.. Asal tahun baru soalan tu jugak nak tanya. Aku setiap tahun memang malas nak buat benda ni sebab bagi aku bila2 je aku ada kesedaran diri aku akan buat.. tak tunggu hujung at...

RAHSIA AMBIL GAMBAR SECANTIK KUALITI DSLR GUNA SMARTPHONE

Image
RAHSIA AMBIL GAMBAR SECANTIK KUALITI DSLR GUNA SMARTPHONE . Amboi sejak dapat hadiah akhir tahun galaxy s4 zoom tetiba je jadi pandai nak bagi tips kat orang ambil gambar secantik kualiti DSLR guna smartphone pulak.. Aku ni jangankan nak ambil gambar cantik guna galaxy s4 zoom tu.. bertahun guna DSLR pun aku still tak reti ambil gambar pun. Asal lekat gambar tu dah cukup. Malas sungguh aku nak belajar trick & teknik ambil gambar ni. sebab tu la kot aku layak guna galaxy je hahaha... Dulu aku pun kaki selfie tapi masa tu aku guna enpon sony Ericsson. Gigih hari2 snap gambar & sampai office upload dalam myspace. Yelah.. masa tu zaman myspace katanya. Muka tak payah cakap.. macam2 memek ada. Sampai ada sorang retis ni PM aku sebab aku suka upload muka pelik pelik. Dia macam tertarik la dengan perangai tak semegah aku ambil gambar. Yelah zaman bujang katanya. Tahap kegilaan tu kadang2 di luar kewarasan jugak hahaha... Tapi bila dah kahwin mula2 tu ada la sikit2 perangai suka u...

INILAH MENU PERNAH JADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL SEPANJANG 2015

Image
INILAH MENU PERNAH JADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL SEPANJANG 2015 . Bukan je kat tv yang dok buat documentari imbauan sepanjang 2015 hujung2 tahun macam ni.. Kat blog pun sama. Mengimbau kembali apa yang menjadi Viral & trending sepanjang 2015. Biasa la manusia sekarang memang cepat terpengaruh dengan viral jadi apa saja menjadi viral pasti menjadi tarikkan untuk orang lain mencuba lebih2 lagi makanan & minuman. Kadang2 bukan sebab sedap tapi sebab keunikkan hidangan tu sendiri menarik perhatian orang untuk mencuba contoh macam pernah jadi viral dulu laksa tempurung di kulim kedah. Sampai sekarang aku sendiri pun tak pernah rasa sebab yelah nama je orang kulim tapi aku sekarang menetap di sini.. Sini tu kat mana? sini la.. hehehe Sepanjang dah hujung tahun mungkin ada yang dah lupa tentang 12 makanan & minuman yang pernah menjadi viral & trending di alam maya.. Mungkin jugak korang terlepas pandang macam aku ni. Sebab benda trending kat media sosial ni bersifat seme...

FESYEN BAJU DEPAN CANTIK BELAKANG CARIK

Image
FESYEN BAJU DEPAN CANTIK BELAKANG CARIK . Sejak semalam aku dok cari jacket & cardigan. Saja la usya2 kat Lazada & zalora.. Macam biasa la aku ni kalau nak membeli belah online mengalahkan nak beli aset juta2 punya survey. Dua tiga kali aku dok tengok benda yang sama. Kadang2 peram dalam draft tu punya lama baru nak proceed. Untung yang proceed ada yang tak jadi beli pun ada. Tapi kalau kat Mall nak membelek sampai ke hujung benang memang tak la.. Asal cantik.. elok duduk kat badan.. takde koyak atau rosak kat memana rembat terus bayar je. Kang balik takut menyesal bila tak beli. Tak lama bagi perempuan.. Tapi macam berkurun bagi lelaki yang tunggu. Anak pulak kang lama sangat mula la dia tak reti diam. Jadi sejak berstatus mak mak ni.. Acara membelek kat Mall tu tak berapa lama sangat. Jumlah jam tu di kurangkan sikit. Minggu lepas nak beli wallet.. singah Aeon kepong. Almaklum la perempuan.. Cakap nak beli wallet tapi bila pergi bayar tetiba jadi 3 item termasuk wallet. ...

TAK MUSTAHIL KAT IKEA AKAN ADA MENU NI NANTI

Image
TAK MUSTAHIL KAT IKEA AKAN ADA MENU NI NANTI . Ikea selain orang bershopping barang keperluan rumah macam perabot,sofa,peralatan dapur,pinggan mangkuk,aksesori untuk deco rumah bagai.. Salah satu tarikan di Ikea adalah meatball dia. Sesiapa je yang pergi makan meatball majoriti mesti tak lepaskan peluang ambil gambar meatball tu. Betapa popular Meatball kat Ikea yang ramai peminatnya. Kalau makan meatball wajib ambil gambar katanya.. Tak ambil gambar nanti takde bukti makan meatball. hahahaha Macam biasa la aku ni kan selera kg.com kan.. So meatball2 ni memang tak pernah rasa. Nak2 lagi asben aku tak makan haiwan berkaki empat. Memang sedap macam mana pun dia takkan makan.. Bila dia tak makan dengan aku2 pun ikut tak makan. Lagipun dah lama aku sendiri tak makan daging. Bila makan sampai aku rasa pelik dah sekarang. Punya sehati sejiwa kami laki bini kan? hahahaha Selalu ke Ikea kami just pandang & berlalu je kat foodcourt tu.. Memang berebut2 orang nak makan kat situ. So, d...