Posts

AKIBAT BUNUH BURUNG SEKOLAH TEKNIK DI GANGGU MAKHLUK BERKAFAN

Image
AKIBAT BUNUH BURUNG SEKOLAH TEKNIK DI GANGGU MAKHLUK BERKAFAN . Aku rasa sejak dua menjak ni idea mengarang entri tak kira seram,sensasi,kontroversi,lantang mahupun yang sopan santun agak merundum. Tapi sedaya upaya jugak aku cuba cari sesuatu yang boleh menarik mood aku mengarang entri agar tak ada yang demam rindu dengan entri2 terkini & terkitu aku katanya.. Maaf kan saya kalau statement 'Rindu' tu buat anda morning sickness seminggu.. hahaha Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Bila kurang idea mengarang maka banyak la masa membaca. Bila dah banyak merantau serata alam google terjumpa pulak kisah manusia & makhluk ghaib ni. macam best pulak kalau momokkan pembaca blog lekatlekit ni dengan cerita ni. Maka dengan sukacitanya marilah kita mulakan ritual memomokkan pembaca.. hehehe Alkisah berlaku satu kejadian seram di sebuah sekolah teknik di negeri pahang selepas seorang pelajar ni membunuh seekor burung yang di tiba2 masuk dalam dewan besar sekolah depa ket...

AKSI SPONTAN PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL BUAT DENGAN CHEWING GUM

Image
AKSI SPONTAN PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL BUAT DENGAN CHEWING GUM . Amboi kalau dah nama pemain bola sepak ni apa je yang sepak dia nak sepak katanya. Ketagih gamaknya.. Yelah.. kalau sehari tak main bola maybe kaki dia jadi kejang ke.. menggigil ke apa sapa tahu kan. Kalau dah sebati dengan jiwa ni tak kira kat memana atau dengan apa benda sekalipun boleh di jadikan bola untuk beraksi. Tapi aksi ni bukan aksi dari pemain bola sepak Pamoga Qu puteh the pink warrior, hokay... Depa maybe belum sampai tahap macam ni kot. Depa maybe tak reti nak timang2 chewing gum @ gula2 getah macam timang bola... Gila kau. Dah la benda alah tu jenis melekat.. Hanya orang yang pandai mengimbang tahap profesional je boleh buat macam tu. Tapi Pemain bola Antarabangsa yang terkenal di kalangan peminat bola sepak ni walau dia terer pun timang2 chewing Gum kantoi jugak di minit akhir. Nak tengok aksi beliau meh tengok kat sini >> Aksi Yang Tak Di Jangka Pemain Bola Sepak Terkenal Ni Buat Dengan...

BAHAYA GUNA TELEFON KETIKA MENGECAS HANYA MITOS

Image
BAHAYA GUNA TELEFON KETIKA MENGECAS HANYA MITOS . Selama ni mati mati kita percaya kalau guna telefon sambil cas sangat bahaya rupanya takde hal pun kalau nak guna telefon sambil cas. Tak menyebabkan bahaya pun. Macam mana aku tahu.. Biasa la aku kan suka membaca. Aku ada terbaca satu artikel bertajuk 6 Mitos Tentang  Mengecas telefon yang patut anda berhenti percaya .. salah satunya adalah mitos tentang bahaya guna telefon sedang di cas. Sebenarnya kalau kita guna charger & telefon original brand bukan low yat @ klon made in china punya tak jadi masalah besar. Peratus nak meletop macam berita berita yang kita pernah baca tu sangat kurang melainkan kita guna peranti yang cap ayam china bagai tu memang berisiko tinggi la. Biasa la barang murah, tiruan memang la berisiko. benda2 cepat meletop ni elok modified buat bom jer bawak pergi ke negara yang berperang. Bunuh musuh2 yang menggugat keamanan. Tak elok simpan dalam rumah. Kalau tak meletop kadang boleh menyebabkan ...

NAK BUAT ANAK PUN MINTA LIKE KAT FB

Image
NAK BUAT ANAK PUN MINTA LIKE KAT FB . Orang sekarang memang parah dah.. Semua nak jadi attention seeker. Semua jadi gila glemer. Gila like & share. Tagih perhatian tahap kronik. Ni dah bagi clue budaya macam ni bakal menjadi lebih parah dari apa yang kita tengok sekarang.. Ni nak tambah anak pun perlukan sokongan like. Gamaknya kalau tak dapat like yang banyak dia jadi tak subur ke camna? Buat malu orang Melayu je wei!!! Ni spesis macam ni kalau dapat sokongan mesti nak bersetubuh dengan laki/bini dia pun nanti dia minta like jugak. Malam ni saya akan bersama suami/isteri saya sekiranya mendapat sejuta like dari makhluk alam maya. Bagi sokongan untuk kami menunaikan tanggungjawab laki bini agar banyak setan dapat di bunuh. Dah la jual nama & muka anak.. Kalau dah rasa tak malu sangat jual la muka sendiri. Apa kes dok jaja muka anak kau pulak. Mentang2 anak tu tak cukup akal lagi nak buat keputusan sendiri.. suka suka hati je kau aibkan muka anak kau untuk kepuasan sendir...

PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU

Image
PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU . Amboi tajuk entri hipster katanya. feeling style hadek hadek bila borak. Aku pun kategori hadek hadek jugak kan kalau di ukur dari segi size.. Apa salahnya sekali sekala jadi tak sedar diri dua tiga minit. Nak ambil mood rumaja katanya.. Mana tau boleh merembeskan collagen dalam badan seterusnya menjadikan aku awet muda tahap melampau. Hahahaha Cuti2 sekolah ni memang ramai orang suka buat acara batal air sembahyang. Walaupun cuti sempena Thaipussam aku tengok ramai jer yang kawen termasuk seorang blogger yang menggelarkan dirinya Falling Angle. Tahniah Dik.. maaf walaupun kita tak jauh mana tapi sebab asben akak kerja jadi akak tak boleh nak attend kenduri kawen awak. Next time mana tau awak tetiba buat majlis bersanding sempena anniversary ada rezeki boleh la merasa merenjis renjis awak atas pelamin yer.. Macam tu nasib seorang bini mithali. Laki takde memang tak keluar rumah la. Yelah.. selangkah kita nak keluar perlu i...

PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS

Image
PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS . TAWARAN BANTUAN INI SUDAH DI TUTUP. SILA RUJUK TARIKH POSTING SEBELUM MENINGGALKAN KOMEN. PENULIS BLOG TIDAK TERLIBAT DENGAN PEMBERIAN BANTUAN INI. Aku cuma buat post  khidmat masyarakat jer. Tolong mem war war kan benda baik. Manalah tau ada antara pembaca blog yang memerlukan pertolongan kewangan atau apa2 bantuan untuk hidup & belajar. Kita tak tahu zaman internet ni walau kita tengok dia ada account FB pun belum tentu dia cukup makan pakai.. Nak2 lagi student. Ada yang sampai usus terkoyak sebab terpaksa ikat perut tak cukup budget nak makan. Ada orang susah yang terpaksa bayar jugak bill internet sebab nak meniaga. Itu je yang termampu dia buat dalam kudrat dia yang tak sekuat kita yang sihat macam Kak Alia Haryani. ramai orang susah di sekeliling kita tak kira alam maya atau luar alam maya. Jadi.. dengan cara Dato aliff Syukri cuba mencari orang susah untuk di bantu melalui media sosial bagi aku satu us...

YANG MENJADI TREND PERCUTIAN RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG 2015

Image
YANG MENJADI TREND PERCUTIAN RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG 2015 . Nak bercuti pun ada trend ke? Ada.. sapa kata tak ada. Sebab zaman mengubah cara percutian seseorang. Kalau dulu nak pergi bercuti kemana mana mungkin kita tak buat semua benda ni yang orang sekarang buat maka ia di namakan trend.. Sebab berubah ikut peredaran zaman. ye dak? Contoh orang dulu mana ada buat live update bila pergi bercuti zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi walau masih di tempat percutian dia dah boleh share semua tempat dia pergi sepanjang percutian dia. Dulu kalau nak share gambar pun kena tunggu balik rumah.. bawa pergi kedai gambar & cuci dulu. Lepas tu letak dalam album. Kalau orang datang rumah baru dapat tengok gambar tu.. Zaman sekarang takde snap & share jer kat media sosial. Semua orang boleh tau on the spot. Tu termasuk dalam trend percutian zaman sekarang la jugak. Tapi masih ada orang yang dia rasa macam dia dah cukup trendy & ikut arus perederan zaman bila pergi bercuti...