Posts

RASA JIJIK DENGAN PEREMPUAN KETINGGIAN 165CM KE BAWAH

Image
RASA JIJIK DENGAN PEREMPUAN KETINGGIAN 165CM KE BAWAH . Amboi hina sangat ke golongan perempuan renek macam aku ni. Sampai pandang jijik bagai. Awat perempuan pendek ni semua ketiak berbau ke? Asal pendek je auto nampak macam najis ke? Satu penghinaan jugak la untuk golongan berketinggian rendah. Macam aku ni 140cm je beb! So, hangpa jangan pelik la aku dok cerita pasal kids size bagai. Ada la sorang mamat.. Aku kategorikan dia sebagai attention seeker je. Biasa la attention seeker ni memang dia akan buat status yang minta tapak kaki dari orang lain. Bila dia keluar dengan statement minta di caci maka akan jadi viral seantero alam maya. Sebab dia perlukan perhatian.. Mungkin hidup dia selama ni tak ada siapa yang peduli. Dia pun kurang menyerlah di kalangan kawan kawan di alam realiti.. Selalu orang tak perasan kewujudan dia maka terpaksa jugak la dia mencari perhatian di alam maya. Mungkin sebab muka pun tak berapa nak siap.. Nak jadi viral sebab hensem memang tak mungkin la so i...

RUMAH TANGGA WAN MAIMUNAH HANYA BERTAHAN 16 BULAN

Image
RUMAH TANGGA WAN MAIMUNAH HANYA BERTAHAN 16 BULAN . Tak ada angin tak ada ribut tetiba terbaca satu artikel berita kat harian metro katanya pelakon yang terkenal dengan watak airmata, Wan Maimunah dah bercerai dengan suami beliau. Mereka bernikah pada 13 Disember 2013 & berpisah April tahun lepas. Rumahtangga mereka cuma bertahan lebih kurang 16 bulan. Kira2 setahun lebih je la. Kesian jugak la dengar cerita orang cerai ni.. Kadang2 penceraian bukan kehendak sesiapa tapi mungkin tiada pilihan lain terpaksa jugak akur dengan ketentuan takdir. Tapi respect la dengan Mak Wan Maimumah ni. Walaupun perkahwinan kali ni gagal macam perkahwinan dia sebelum ni dia tak pernah rasa serik malah tak menolak kalau ada jodoh di usia emas ni. Yelah.. dalam usia macam tu mungkin dia perlukan teman. Almaklum la.. anak2 dah besar. Masing2 ada kehidupan sendiri.. Lagipun sebelum berkahwin semula disember 2013 rasanya dah lama dia hidup menjanda. Apapun semoga mak wan tabah.. Yang te...

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP DUA RASA

Image
RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP DUA RASA . Tu dia lama tak menge'chef'kan diri kat blog lekat lekit ni katanya. Jadi hari ni tetiba rasa nak menge'chef' pulak. Resepi harus simple sebab konsep share resepi kat blog aku target untuk budak2 baru belajar masak atau budak2 bujang yang menyewa ramai2 tak kira kerja atau belajar. Almaklum la rumah bujang ni kan.. kadang2 bahan2 masakan ni bukan macam rumah orang kelamin. Memang semua dah ada. Rumah bujang kalau setakat kicap tu memang ada la.. Buat2 sesak hujung bulan sementara tunggu gaji atau elaun masuk. Sejak guna galaxy s4 zoom ni rajin pulak aku ambil gambar live dari dalam kuali. hahaha Masak kicap pun boleh buat dua rasa ok! Jangan tak tau.. Yang penting kreatif. Alah.. masak kicap je kot kau kerek sangat apsal?? hahaha... Ok ok.. hadik2 sekalian mari la kita belajar macam mana nak masak ikan tongkol masak kicap dua rasa ni. jangan risau menu ni sangat simple tapi kadang2 kena masak extra nasi. Yang simple tu m...

RASA MUKA KOSONG BILA PAKAI CHRISZEN MOIST CAKE

Image
RASA MUKA KOSONG BILA PAKAI CHRISZEN MOIST CAKE . lama tak buat produk review ni. Minggu ni ada 2 produk aku baru beli. Beli hokay!! So, takde istilah puji melambung sebab di bayar tulis review sebab ni produk aku kena bayar sendiri. hahaha.. Walaupun ada 2 produk kosmetik den baru beli tapi baru satu je cuba, satu lagi baru keluar kedai semalam so tak sempat nak test lagi. Yang belum test kita letak tepi dulu.. Meh kita cerita pasal yang kita dah cabul. Sebenarnya dah lama aku dok berniat dalam hati nak try produk ni. Tapi selama ni cuma berniat. Nak menghabiskan stok2 yang ada dulu. Serius walaupun aku suka membeli produk tapi selalunya aku beli ikut keperluan. Nafsu membeli tu tahap terkawal lagi la. Jadi sebab compact powder miyami aku pun dah berkecai sebab anak dara nan sorang ni.. Maka Raya pertama Chinese new year haritu jenjalan la kat wangsa walk. Pucuk di cita, ulam mendatang katanya.. Jumpa pula satu kedai produk kesihatan & kecantikkan ni buka. Sekadar tanya je.. ...

TREND MENJENDULKAN DAHI SEDANG MELANDA

Image
TREND MENJENDULKAN DAHI SEDANG MELANDA . Yang aku faham.. Dahi jendul adalah orang yang mempunyai dahi yang luas. Aku antara manusia yang berdahi luas tapi dahi aku takde la membonjol walau keluasan dia agak lapang. Hahaha.. Dulu zaman rumaja cukup tak best la sebab kalau ikat rambut ketat2 nampak dahi luas.. Rasa macam cantik je orang berdahi sempit ni. Tak payah nak adjust rambut bagai..  Tak payah potong rambut depan bagi pendek nak cover dahi luas. Tapi kelebihan orang dahi luas ni aku rasa bab pakai tudung. Sebab nampak cantik kot pada pandangan mata aku. Tapi ada jugak yang kata susah jugak nak cover dahi luas kalau pakai tudung jenis muncung ke depan. Kalau pakai jenis shawl yang rapat dengan muka tu senang la cover. Bagi aku tak payah fikir teruk2 sangat.. Asal tutup apa yang patut tutup sudah. Jendul tak jendul buat2 je macam tak nampak. hahahaha... Tu dia.. ni la manusia pemilik dahi jendul yang selalu nak bagi dahi dia nampak sempit. Spek Beli kat Zalora tu. Bes...

GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

Image
GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN . Almaklum la orang tengah mood cuti maka blog puaka jadi blog retis sekejab. Nak tulis cerita seram time orang tengah bercuti memang tak ada sapa nak hadap sangat. Orang yang bercuti tak kemana mana macam aku ni je masih hadap blog. Nak buat macam mana masih tak berkesempatan nak holiday even balik kampung pun tak sempat lagi. Semalam dah tayang2 gambar majlis bertunang & berinai sam & syatilla malam ni meh la kita tengok gambar depa nikah pulak kat Penang sana nu.. Almaklum pengantin perempuan orang penang. Dah selamat jadi suami orang. Jangan menangis gegadis di luar sana Yang aku perasan si Sam ni memang dari sejak semalam dia rajin sungguh dok selfie.. ambil video & snap gambar dari smartphone dia. Mungkin dia memang suka bergambar kot. Apapun dedua sama cantik sama padan. Tak ada cacat cela kat mana2 pasangan ni untuk jadi pertikai. Almaklum la.. Manusia ni kadang datang majlis nikah orang ada je tak kena. ...

GAMBAR MAJLIS TUNANG & BERINAI SHAHEIZY SAM DAN SYATILLA MELVIN

Image
GAMBAR MAJLIS TUNANG & BERINAI SHAHEIZY SAM DAN SYATILLA MELVIN . Tentu ramai peminat Shaheizy sam mula menitiskan airmata bermula malam ni. Dah tak lama hero malaya ni bakal menamatkan zaman bujang dia bersama seorang pelakon muda & cantik syatilla melvin. Malam ni mereka mengikat tali pertunangan & esok mereka bakal di nikahkan di Nibong tebal, penang kampung halaman syatilla Melvin. Ia disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari . Dalam banyak2 gosip sam dengan ramai artis wanita, akhirnya syatillia yang menjadi pilihan hati. Katanya.. Syatillia perempuan paling penyabar antara perempuan2 yang dia pernah kenal. Kalau dah jodoh.. Nak kawen dengan anak mak macam shaheizy sam ni memang kena banyak sabar & mengalah beb! Silap2 boleh jeles dengan mak m...