Posts

SERIUS! HANYA LELAKI SAJA BOLEH TAHAN HIDUP DENGAN BAU NI

Image
SERIUS! HANYA LELAKI  SAJA BOLEH TAHAN HIDUP DENGAN BAU NI . Cakap pasal lelaki ni.. Lelaki ni kadang2 hidup terlampau simple & asal boleh je. Busuk ke wangi ke dia tak kisah. Walau bau macam tandas awam pun dia masih rasa ok.. Asalkan dia ada tempat nak tidur, mandi & makan secara privacy. Tapi bukan semua lelaki la.. Segelintir sahaja.   Di sebabkan majoriti kaum lelaki ni hidup depa terlampau simple & tak kisah sangat.. Maka kadang2 di luar kotak pemikiran kita macam mana depa boleh hadap perkara yang bagi kita nak tahan satu jam pun boleh sempuT apatah lagi nak hadap benda tu bertahun tahun. Yang namanya lelaki ni depa memang tak suka nak merumitkan keadaan atau banyak perkara yang depa anggap benda tu.. benda remeh tak perlu nak jadikan isu atau masalah besar.  Sebab tu la Allah ciptakan manusia hidup berpasangan agar kehidupan seseorang manusia bernama lelaki ni lebih terurus. Bayangkan manusia dalam dunia ni memang tak di ciptakan nafsu untuk men...

INI SEBAB ORANG YANG LAMBAT KAHWIN & TIADA ANAK SUKA HAIWAN

Image
INI SEBAB ORANG YANG LAMBAT KAHWIN & TIADA ANAK SUKA HAIWAN . Manusia & haiwan adalah makhluk yang sama2 menumpang di bumi Allah ni tapi sebab Allah ciptakan manusia lebih sempurna akal & fizikalnya maka dunia ni di bolot oleh manusia yang tamak. Tapi masih ada manusia yang berkongsi hidup, rezeki & kasih sayang dengan haiwan. Tu manusia yang sedar diri sama sama menumpang. Selalunya kita tengok orang yang jodoh dia mungkin lambat atau mungkin tak ada jodoh kat dunia ni pilih hidup dengan haiwan peliharaan.. Sebab bahagia tu kadang2 bukan hanya hidup berpasangan dengan sesama manusia malah hidup sebumbung dengan haiwan pun tetap bahagia. Macam tu jugak mereka2 yang tak di kurniakan cahaya mata memilih haiwan sebagai peneman & tempat mereka curahkan kasih sayang. Sebab haiwan haiwan macam kucing & anjing yang biasanya orang jadikan pets ni memang di jadikan untuk hidup berdamping dengan manusia. tengok betapa hebat kuasa Allah.. Setiap perkara & makhlu...

FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM

Image
FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM . Aku ni dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun jarang dengar radio sebab selalu dengar lala je menyanyi. Tak pun dok layan video boboiboy dia dalam kereta. Jadi kesempatan nak dengar radio tu memang kurang sangat. Kat rumah aku ni radio pun tak ada... Hahaha.. yelah. tak ada sapa nak dengar radio pun. Jadi dah lama la tak dengar apa2 siaran radio. Suara aku pun dah lebih dari dj radio dah. Cukup la tu kan.. Almaklum la bekas dj online radio katanya. Bakat terpendam tu sentiasa ada hahaha. Tadi terbaca kat Hotfm page katanya Farah fauzana dah umumkan secara live kat hotfm pagi tadi tentang pemberhentiannya dari tugas sebagai dj radio hotfm.. Alahai.. mesti ramai peminat fafau tersedu sedan dengar kan? Maybe pagi mereka selepas ini akan suram katanya. Dulu suka jugak aku gabungan meletop fafau & FBI..  Tapi selepas 26hb ni tiada lagi suara fafau akan berkumandang di hotfm. Mesti ramai rindu gila gelak fafau yang mahal tu. ...

JIMAT ELEKTRIK DENGAN TAMPAL PANTY LINER

Image
JIMAT ELEKTRIK DENGAN TAMPAL PANTY LINER . Tak tau nak percaya ke nak gelak ke nak menangis. Confuse sungguh. Selama ni yang aku tahu fungsi panty liner ni untuk kaum perempuan je nak mengelak dari spender kotor. Yelah.. kadang2 ada orang ada masalah keputihan so penggunaan panty liner memang di perlukan. Kalau kaum lelaki yang tak tahu.. panty liner ni macam pad @ tuala wanita jugak tapi lebih kecil & nipis. Tak di gunakan semasa haid tapi guna hari2 biasa. Tu fungsi yang biasa orang guna panty liner tapi tak sangka katanya ada satu brand panty liner ni boleh jimatkan elektrik. wah.. punya tinggi teknologi panty liner ni kan? Dia menyerap tenaga elektrik berlebihan ke macam mana tak tau la sampai boleh jimat elektrik hanya dengan menampal panty liner pada kotak suis utama kat rumah tu. Gamaknya apa bahan dia guna dalam panty liner tu yer?? Canggih sungguh.. Jimat bil elektrik boleh la guna beli panty liner banyak banyak. yelah.. dia dah ada 2 fungsi. Selain tampal kat spend...

RASA JIJIK DENGAN PEREMPUAN KETINGGIAN 165CM KE BAWAH

Image
RASA JIJIK DENGAN PEREMPUAN KETINGGIAN 165CM KE BAWAH . Amboi hina sangat ke golongan perempuan renek macam aku ni. Sampai pandang jijik bagai. Awat perempuan pendek ni semua ketiak berbau ke? Asal pendek je auto nampak macam najis ke? Satu penghinaan jugak la untuk golongan berketinggian rendah. Macam aku ni 140cm je beb! So, hangpa jangan pelik la aku dok cerita pasal kids size bagai. Ada la sorang mamat.. Aku kategorikan dia sebagai attention seeker je. Biasa la attention seeker ni memang dia akan buat status yang minta tapak kaki dari orang lain. Bila dia keluar dengan statement minta di caci maka akan jadi viral seantero alam maya. Sebab dia perlukan perhatian.. Mungkin hidup dia selama ni tak ada siapa yang peduli. Dia pun kurang menyerlah di kalangan kawan kawan di alam realiti.. Selalu orang tak perasan kewujudan dia maka terpaksa jugak la dia mencari perhatian di alam maya. Mungkin sebab muka pun tak berapa nak siap.. Nak jadi viral sebab hensem memang tak mungkin la so i...

RUMAH TANGGA WAN MAIMUNAH HANYA BERTAHAN 16 BULAN

Image
RUMAH TANGGA WAN MAIMUNAH HANYA BERTAHAN 16 BULAN . Tak ada angin tak ada ribut tetiba terbaca satu artikel berita kat harian metro katanya pelakon yang terkenal dengan watak airmata, Wan Maimunah dah bercerai dengan suami beliau. Mereka bernikah pada 13 Disember 2013 & berpisah April tahun lepas. Rumahtangga mereka cuma bertahan lebih kurang 16 bulan. Kira2 setahun lebih je la. Kesian jugak la dengar cerita orang cerai ni.. Kadang2 penceraian bukan kehendak sesiapa tapi mungkin tiada pilihan lain terpaksa jugak akur dengan ketentuan takdir. Tapi respect la dengan Mak Wan Maimumah ni. Walaupun perkahwinan kali ni gagal macam perkahwinan dia sebelum ni dia tak pernah rasa serik malah tak menolak kalau ada jodoh di usia emas ni. Yelah.. dalam usia macam tu mungkin dia perlukan teman. Almaklum la.. anak2 dah besar. Masing2 ada kehidupan sendiri.. Lagipun sebelum berkahwin semula disember 2013 rasanya dah lama dia hidup menjanda. Apapun semoga mak wan tabah.. Yang te...

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP DUA RASA

Image
RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP DUA RASA . Tu dia lama tak menge'chef'kan diri kat blog lekat lekit ni katanya. Jadi hari ni tetiba rasa nak menge'chef' pulak. Resepi harus simple sebab konsep share resepi kat blog aku target untuk budak2 baru belajar masak atau budak2 bujang yang menyewa ramai2 tak kira kerja atau belajar. Almaklum la rumah bujang ni kan.. kadang2 bahan2 masakan ni bukan macam rumah orang kelamin. Memang semua dah ada. Rumah bujang kalau setakat kicap tu memang ada la.. Buat2 sesak hujung bulan sementara tunggu gaji atau elaun masuk. Sejak guna galaxy s4 zoom ni rajin pulak aku ambil gambar live dari dalam kuali. hahaha Masak kicap pun boleh buat dua rasa ok! Jangan tak tau.. Yang penting kreatif. Alah.. masak kicap je kot kau kerek sangat apsal?? hahaha... Ok ok.. hadik2 sekalian mari la kita belajar macam mana nak masak ikan tongkol masak kicap dua rasa ni. jangan risau menu ni sangat simple tapi kadang2 kena masak extra nasi. Yang simple tu m...