Posts

BOSAN BOLEH MENYEBABKAN BERLAKU TEKANAN PERASAAN

Image
BOSAN BOLEH MENYEBABKAN BERLAKU TEKANAN PERASAAN . Ramai yang akan mengalami satu perasaan yang sangat bosan, sangat tak tau nak buat apa bila kali pertama memegang jawatan surirumah. termasuk la aku dulu.. Masa mula2 berhenti kerja duduk kat rumah. Time tu memang anak belum keluar tengok dunia. Ya Allah Tuhan je tau.. Rasa dunia aku ni macam kosong sangat la. Normally hari2 rasa macam tak cukup masa je nak buat tu ni.. bangun pagi dah kena rushing siap2 nak pergi kerja. Balik kerja dah lewat petang kadang2 melencong pergi kemana mana.. Balik tu memang totally energy dah turun keparas 0. So, tak terasa kekosongan sangat kat rumah. Malah rasanya masa kat rumah tu selalunya untuk tidur je. Tapi semuanya berubah bila mula nak serasikan diri jadi manusia yang jobless ni. Kalau duduk kat kampung dengan mak bapak lain cerita.. ni duduk jauh di perantauan yang ada asben je. Tu pun malam baru nampak muka. Siang2 hari habis buat kerja rumah.. rumah pun time tu takde sapa nak sepahkan sanga...

RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS

Image
RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS . Musim el nino ni serius boleh kurus aku. Sebabnya selera makan semakin drop.. tengok nasi pun tak ada nafsu. Asyik minum air je. Almaklum la panas.. Nak makan berat berat sangat tak berapa best. Aku lebih suka makan simple2. Bila dah semakin hilang selera terhadap nasi ni otak mula la ligat nak cari menu yang boleh menaikkan nafsu serakah. Spaghetti kari ni pun terilham sebab tak tau nak makan apa. Mula2 nak masak megi kari je tapi tetiba mata terpandang pasta san rimo pulak. Sepintas lalu idea datang buat spaghetti kari. Check apa bahan mentah yang ada.. mulakan operasi dengan apa adanya kat dalam rumah je. Malas dah nak turun bawah pergi kedai. Bahan - bahan yang mempunyai potensi untuk masak spaghetti kari aku adalah... 1.Spaghetti (aku guna jenama san rimo) 2. Rempah kari daging 3. Serbuk cili 4. bawang besar 5. bawang putih 6. halia 7. daun kari 8. bunga lawang 9. kulit kayu manis 10. buah pelaga 11. kobis ...

KISAH SERAM AKIBAT TERLANGGAR KUCING BERPUAKA

Image
KISAH SERAM AKIBAT TERLANGGAR KUCING BERPUAKA . Ingatkan Jin suka mendampingi manusia jer rupanya kucing liar pun kadang2 ada jin menumpang atau jadi penjaga. memang di luar pemikiran aku yang kategori memang suka dengan kucing ni. Selama berpuluh tahun aku hidup dengan berpuluh ekor kucing tak pernah pun aku jumpa mana2 kucing berpuaka, inilah kali pertama aku terbaca kisah pasal kucing berpuaka/berpenunggu ni. Cuma dulu masa kecik kecik masa kecoh pasal orang minyak.. ada jugak dok cerita mitos kononnya kucing hitam ada kaitan dengan benda mistik & harus di bunuh. Time tu memang aku tak setuju sangat. Dah lama masa tu koleksi kucing2 kat rumah aku ada warna hitam. Risau jugak la kalau ada mana2 orang gila tangkap kucing aku lepas tu bunuh. Tapi kisah ni takde kena mengena dengan kucing hitam ke hapa warna sekalipun sebab tak di sebut warna kucingnya cuma yang di ceritakan ada kaitan dengan kucing yang menyebabkan seorang bayi di ganggu makhluk ghaib. Alkisahnya.. aku ambil...

VIRAL KAHWIN BUDGET MENGAIBKAN SUAMI SEBAB TAK ADA DUIT

Image
VIRAL KAHWIN BUDGET MENGAIBKAN SUAMI SEBAB TAK ADA DUIT . Lepas kes bergaduh pasal duit hantaran tak cukup.. Tapi ada kata mas kahwin tak bawa masa nak akad nikah & macam2 la version cerita pasal kes viral bergaduh tu. Biasa la masing2 nak membetulkan diri sendiri padahal perkara tu kalau ada tolak ansur & perbincangan secara berhemah kedua belah pihak tak jadi la viral yang memalukan. Muncul pulak viral kahwin budget. Ramai yang mula share pengalaman mereka kahwin tanpa perlu menggunakan budget yang banyak. Akad nikah di jalankan secara sederhana.. takde majlis grand2 bagai.. Tapi sayangnya perkara yang bagi aku baik untuk di viralkan supaya menjadi inspirasi pada orang lain untuk melakukan benda yang sama, ada jugak yang sakit mata & hati tengok. Ada yang kata mengaibkan pasangan. Tunjuk sangat la yang laki dia tu tak ada duit tapi nak menikah. Memalukan laki katanya. Ada yang tak suka katanya sebab seolah olah riak nak menunjuk mereka mampu buat tak tau je cakap2 or...

KISAH GERAI MISTERI JALAN LAMA BUKIT PUTUS,NEGERI SEMBILAN

Image
KISAH GERAI MISTERI JALAN LAMA BUKIT PUTUS,NEGERI SEMBILAN . Malam ni bersiaran dengan gilang gemilang segmen seram serik lekatlekit tanpa prejudis katanya. Dari dok stress berperang jari kat facebook dengan isu2 tengah viral elok la rehatkan minda baca kisah kisah seram.. Gila kau! Hilangkan stress baca kisah seram takut ada yang stress tak lena tidur pulak malam ni. Tapi bagi aku.. salah satu benda yang mampu buat aku hilang stress adalah baca atau tengok cerita seram. At least aku tau benda tu aku tak payah fikir sampai jam otak sebab aku ambil sebagai hiburan semata mata. Jarang aku nak memburu kat negeri sembilan ni.. Malam ni tetiba rasa nak berkenalan dengan puaka puaka negeri sembilan pulak. Kesian hantu2 negeri sembilan jarang dapat publisiti kat blog lekat lekit ni. Bagi bersikap adil terhadap semua hantu maka malam ni kita menapak ke negeri sembilan kejab. Alkisahnya bermula 3 orang pelajar Uitm shah alam yang buat kerja part time sebagai pemuzik buat persembahan kat ...

KONON KAKI TRAVEL PADAHAL KAKI SELFIE JE YANG RAMAI

Image
KONON KAKI TRAVEL PADAHAL KAKI SELFIE JE YANG RAMAI .  Zaman camera atas tapak tangan di tambah dengan teknologi monopod bagai.. Macam satu acara wajib bagi manusia buat apa, pergi mana, sedih,suka, duka,tangis & tawa semua dia nak selfie. Pendek kata dalam apa juga keadaan selfie adalah perkara pertama dia akan ingat & buat. Sampai kadang2 rasa selfie benda paling penting dalam hidup seseorang.. Bohong la cakap aku ni tak suka langsung berselfie. Selfie jugak malah sebelum wujudnya istilah selfie aku memang antara golongan yang suka ambil gambar muka sendiri. Kat myspace dulu hari2 aku update gambar. Sebelum pergi opis, kat opis, dengan kawan opis & kat mana2 je la aku pergi aku mesti ambil gambar muka sendiri. Tu zaman moda rumaja peringkat pertengahan katanya. Yelah.. remaja aku masa belasan tahun mana merasa ada smartphone.. erkk.. aku pakai handphone masa umur 17 tahun tapi handphone masa tu takde camera. Memang tak ada istilah selfie la masa belasan tahun. Ta...

HANTARAN TINGGI SEBAGAI BACKUP HIDUP LEPAS KAHWIN

Image
HANTARAN TINGGI SEBAGAI BACKUP HIDUP LEPAS KAHWIN . Selepas jadi viral video pergaduhan pasal duit hantaran tak cukup masa hari nak akad nikah tu.. Maka mula la isu2 yang berkaitan mula di perkatakan oleh pakar pakar media sosial. Masing2 memberi pandangan & persepsi sendiri terhadap hantaran perkahwinan. Pada asalnya hantaran perkahwinan tu cuma adat sesetengah kaum.. Yang paling mengamalkan adat tu orang Melayu & india cuma beza orang india perempuan yang kena bagi hantaran kat lelaki.. Tapi kat Malaysia ni rasanya Orang india pun pihak lelaki sediakan hantaran untuk pihak perempuan jugak kan. Almaklum la adat melayu ni banyak di adaptasi dari adat India.. Sebab dah di amalkan sejak turun temurun sampai ada yang tak tahu sesetengah dari adat melayu ni berasal dari adat orang India. Tak salah nak junjung adat tapi ada yang tak menyusahkan la. Adat lambang sesuatu bangsa jugak tapi kalau adat sampai memecahkan belahkan umat.. Macam apa yang berlaku sekarang. Pasal Hantar...