Posts

10 RAHSIA SEJUKKAN BADAN DI MUSIM PANAS TANPA GUNA AIRCON

Image
1 0 RAHSIA SEJUKKAN BADAN DI MUSIM PANAS TANPA GUNA AIRCON . Sekarang ni musim panas.. Bukan panas biasa tapi panas El nino panas yang sampai boleh menyebabkan orang kena strok haba & mati. Jangan pandang el nino sebelah mata ok.. Kalau kurang air & terlalu terdedah dengan panas boleh mengundang maut jugak. aku sendiri pun sekarang ni tak dedahkan sangat anak aku dengan outdoor.. even seminggu sekali je budak lala tu dapat main kat playground tapi aku make sure nak pergi playground pun dalam pukul 6 sebab time tu tak berapa panas sangat. So, dia dapat main sekejab je la sebab sebelum maghrib dah kena balik. Bila musim panas macam ni bill elektrik pun mencanak naik jugak la. Nak2 lagi yang ada aircon. Tapi rumah aku takde aircon ada kipas & air cooler je. Jadi la bagi menyejukkan kami anak beranak ni. Setiap hari pun memang nak tidur akan pasang kipas syiling, stand fan & air cooler. El nino punya pasal la. Aku setakat tu je la mampu buat untuk sejukkan badan selain...

GAMBAR ANUAR ZAIN SERTAI KEM BINA NEGARA DI MIMALAND PADA TAHUN 1987

Image
GAMBAR ANUAR ZAIN SERTAI KEM BINA NEGARA DI MIMALAND PADA TAHUN 1987 . Aku memang follow page Mimaland sebab suka tengok gambar2 kenangan yang di kongsikan bekas pekerja & pengunjung taman tema air Mimaland. Semua sedia maklum tempat tu dah lama di tutup selepas kejadian pengunjung mati lemas & sekarang jadi port geng2 paranormal dok cari hantu je. Kat tempat tu walau dah jadi hutan tetap masih ada tinggalkan kesan Mimaland macam replika haiwan pra sejarah yang masih teguh di tengah2 hutan. Melatah jugak acik kalau terserempak benda2 macam tu dalam hutan katanya. Hutan kot... Setiap hari ada je gambar kenangan di kongsikan di page Mimaland bagi mengenang kembali kegemilangan Mimaland zaman sephia tone dulu. Aku time tu jangankan Mimaland KL pun tak pernah sampai. Kenal Mimaland pun lepas tempat tu dah jadi tempat berpuaka je. Yang aku tau Taman Tasik Taiping je masa aku kecik. Almaklum la tu la tempat paling kerap mak ayah aku bawa pergi jenjalan bila cuti sekolah. Selalu...

SENTAL KULIT BERMASALAH DENGAN SEGOBUGO VANILLA COFFEE SCRUB

Image
SENTAL KULIT BERMASALAH DENGAN SEGOBUGO VANILLA COFFEE SCRUB . Sapa kat sini ada 1001 masalah kulit. Contoh jerawat,parut jerawat,selulit,strechmark, berdaki bagai? Kalau korang antara pengidap masalah kulit macam tu sila baca entri ni dengan penuh minat. Sebab kalau baca sambil lewa korang takkan tahu apa benda yang mampu menyelesaikan masalah kulit korang. Strechmark & selulit ni selalu terjadi kat tempat tempat yang tertutup di bahagian tubuh kita tapi permandangan dia memang cukup menyakitkan mata kasar & mata hati jugak. Mana tidaknya bila terpandang je terus jadi stress. Nak2 lagi kaum ibu yang dah beranak pinak ni. Takkan la nak jaga kulit sampai nak mandulkan diri pulak kan? Yelah takut jadi strechmark. Takut gemuk nanti lemak2 pecah kat kulit jadi selulit. Rasanya melampau sangat tu. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tak perlu nak mandulkan diri bagai. Aku pun ada sikit selulit bahagian peha. Mungkin terjadi masa badan aku mengembang dengan jayanya sehingga be...

YANG SUKA MINUM THAI GREEN TEA TU ELOK LA TENGOK

Image
YANG SUKA MINUM THAI GREEN TEA TU ELOK LA TENGOK . Sekarang ni Green Tea sedang menjadi minuman paling popular kat Malaysia. Ramai yang mula ketagih dengan Green tea termasuk ibu ibu mengandung. Aku pernah try jugak Green Tea ni sekali. Serius sedap tapi harga segelas plastik pakai buang kat satu restoran tu sampai RM11 beb. Tengok kat pirate coffee baru RM5 tapi tak tau yang pirate coffee tu Gree Tea dia rasa macam mana. Hope tak pirate sangat la rasanya sebab aku belum pernah cuba. Maybe satu hari aku nak cuba juga. Aku tak pelik la orang jadi ketagih minum Thai Green Tea Latte ni sebab sedap kot. Dulu aku ingat just trend je orang lain minum & jadi viral maka berpusu pusu la manusia nak nampak hipster bagai pun minum jugak tapi sangkaan penuh prejudis aku meleset sama sekali. Memang sapa2 minum pun kalau tak kuat iman boleh jadi ketagih. Aku sebab jarang ikut perasaan so aku control la ketagihan tu hahahaha Tapi ada something yang mesti peminat Thai Green Tea Latte ni ken...

SESUATU YANG BARU TENTANG AIR ASIA MESTI ANDA TAHU

Image
SESUATU YANG BARU TENTANG AIR ASIA MESTI ANDA TAHU . Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia sapa tak kenal ye dak.. Nak2 lagi level2 aku yang tak berapa kaya. Kalau nak merasa naik flight jalan jauh sikit tu Air Asia je la. Tu je yang mampu katanya. Alah.. apa nak di malu naik air asia kan. Ok jer.. takde la teruk sangat. Pramugari & pramugara dia pun muda2 & cecantik belaka. Layanan pun ok je. Pengalaman aku dengan Air Asia sebelum ni tak ada la teruk pun. Ok jer.. Lagipun flight tak jauh so ketidakselesaan tu tak terasa sangat kecuali pernah 1 flight dengan pelancong dari china. Macam rombongan jer.. Dalam flight tu bising dengan budak2 china tu je la. Macam2 ragam dok ada, Almaklum budak dia punya excited tu lain macam sikit. Tapi buat2 pejam mata je la. Aku pun kalau masa budak jumpa geng dalam flight ntah2 lagi teruk dari tu. Tapi rasanya tak kot.. sebab masa aku kecik mak aku garang macam singa. So, anak anak jadi macam siput sikit la. Takut. Untung la depa ke...

BIAR BETUL! DENGAN RM20 BOLEH DAPAT BENDA NI. JANGAN BERGURAU OK!

Image
BIAR BETUL! DENGAN RM20 BOLEH DAPAT BENDA NI. JANGAN BERGURAU OK! . RM20 zaman GST ni belanja satu hari pun tak cukup. Nak2 lagi orang yang bekerja. Beli barang basah nak masak untuk 1 hari makan pun kadang2 cecah RM30 jugak. Yelah.. beli tu ni sikit pergi cashier kira tetiba jumlah semua puluhan ringgit. Jimat cara ahmad maselan pun belum tentu RM20 boleh tahan 3 hari. Iskk.. mustahil sangat la bagi yang dah berkeluarga nak jimat sampai RM20 cukup untuk 3 hari. Memang sangat sangat mustahil kecuali makan nasi telur mata & kicap je. Kos hidup sekarang ni memang mahal.. Selangkah keluar rumah semua kena bayar. Tak ada yang percuma. Nak tak nak kena struggle jugak la cari sumber pendapatan tambahan walau duduk kat rumah. Nak harap duit suami je kena tengok jugak kemampuan suami tu macam mana. Mungkin dia mampu sediakan makan pakai yang cukup tapi kalau nak extra 'duit shopping' kena pandai pandai sendiri la. Yelah.. kita golongan berpendapatan sederhana ni kena la sedar ...

KOLEKSI SCARF TERBARU FAREEDA RUPANYA DESIGN LAMA

Image
KOLEKSI SCARF TERBARU FAREEDA RUPANYA DESIGN LAMA . Menangis makcik2, abang2, kakak2 yang berebut nak beli laters design tudung fareeda sampai video dorang berebut rebut ambil nombor di viralkan oleh anak menantu tokei tudung tu tanpa rasa mengaibkan pun. Alih2 design yang bagai nak mati korang berebut katanya design 2 tahun lepas tapi bukan jenama Fareeda la. terbaca satu post tengah viral.. kata seorang cik adik ni tudung yang sama macam design terbaru yang di keluarkan Fareeda sama dengan tudung yang dia beli dua tahun lepas. Yang pasti bukan brand Fareeda & harga berganda ganda murah dari Fareeda punya. Masing2 yang beli tudung ni confirm menangis bawah bantal punya hahahaha. Tak semestinya yang eklusif tu betul2 eklusif sangat, kan? Tak ekslusif la kalau setakat design yang sama dua tahun lepas lagi dah ada orang pakai & boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah. Sebagai peminat tudung fareeda korang tak rasa kena kencing ke? hahahhaa Pengakuan seorang pemil...