Posts

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA

Image
AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA . Tadi dok tengok TV tertengok berita terkini pagi tadi. Terdengar jugak la tajuk berita tentang kematian Ayah pin yang dulu pernah mengembarkan negara dengan ajaran sesat yang di bawa. Konon dia memimpin kerajaan Langit. Bila majlis agama Islam & pihak berkuasa cuba tangkap dia lari menghilangkan diri. Tak tau la bila dia kembali ke terengganu semula.. tup tup dengar dah meninggal dunia je. Ajaran sesat yang di bawa Ayah pin ni  berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut. Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit tu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai Agama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin ...

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS

Image
BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS . Nak juga letak title blogger kat situ katanya. Baru gempak sikit kan tajuk berita. Nak gempak aja kau kan lekatlekit. Harus la.. Kalau tulis tajuk orang jeling hujung hujung mata takde fungsi la aku tulis blog. Blog tanpa pembaca lagi bagus tulis diari dah tentu memang bukan untuk jadi bacaan umum. Tapi kalau dah tulis blog harus kena ada daya tarikkan untuk orang datang membaca, ye dak? Kita terus ke berita selanjutnya pasal kes kena hentam bertubi tubi.. kiri kanak depan belakang atas bawah katanya. Gara2 bagi komen macam ni kat post kucing RM30K Dato Aliff Syukri Terlajak Laris... Sebab komen Mak Aii RM30K tu mungkin orang anggap sebagai dengki & komen yang cakap RM30K kalau di gunakan untuk bantu kucing gelandangan banyak manafaat tu pun mungkin ada yang anggap aku pertikai Dato Aliff beli kucing RM30k & seterusnya Bila aku tanya "Dato Tak minat ke bela stray cats yang di jalanan. La...

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK

Image
GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK . Sebelum ni (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa sebab kejadian histeria yang melibatkan 50 orang pelajar & beberapa orang guru. Semalam kejadian histeria tu berjangkit pulak kat sekolah SMK Kemumin, kota bharu. Histeria ni kalau berlaku kat tempat ramai orang memang boleh berjangkit nak2 lagi sekolah. Kadang2 tekanan akibat ketakutan juga buat seseorang jadi histeria. Bila dalaman lemah memang senang la makhluk tu nak take over badan kita, ye dak? Kiranya makhluk tu memang suka buli insan yang lemah lah yer.. Guli berpuaka. Tapi bukan guli ni. Ni sekadar hiasan. Sumber dari google Terbaca kat Berita harian rupanya punca pelajar & guru kat SMK kemumin tu histeria adalah kerana Guli. Kalau setakat guli je memang takde apa apa la kan.. Mungkin Guli tu ada orang hantar something menggunakan perantaraan dia atau kat guli tu ada penunggu dia. Almaklum la guli dengan benda2 mistik memang ...

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE

Image
FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE .  Dulu pernah kecoh filem Syamsul Yusof yang telah di rompak & di sebarkan secara online sebelum bermulanya tayangan di pawagam. Sampai merajuk la dia.. tak nak jumpa langsung wartawan atau keluar TV. Gamaknya kemurungan kot. Yelah filem juta2 alih2 lanun dapat dulu & tayang secara percuma di online. walhal bila di tayangkan kat pawagam pun filem tu masih mendapat kutipan box office jugak. Tak payah tamak sangat.. Allah tarik sikit je tak sampai jatuh bankrup pun malah masih menguntungkan. Tu pun nak nangis celah ketiak mak ayah. Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google Nak membenteras cetak rompak memang agak mustahil. Sampai sekarang pun kegiatan cetak rompak ni masih wujud. Malah lebih upgrade. Dulu kita boleh jumpa kat pasar malam je dalam bentuk cd,vcd,dvd tapi sekarang boleh download & tonton secara online. Tapi kalau filem tu betul2 mampu menarik penonton jangan risau pasti tiket wayang laris m...

AWAS! RASA LETIH SANGAT BAHAYA & BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN

Image
AWAS! RASA LETIH SANGAT BAHAYA & BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN . Dalam kehidupan seharian kita ni mana orang hidup dia tak pernah rasa letih langsung. Orang tak buat apa2 pun boleh rasa letih. Letih tak melibatkan aktiviti fizikal je. Malah mental pun boleh menyebabkan keletihan bila terlampau banyak fikir. Benda yang ada perkataan 'Melampau' 'terlampau' ni memang boleh mendatangkan kemudaratan kalau tidak di kawal dari peringkat awal. Jangan biar diri korang sentiasa rasa letih sebab akan memberi kesan kepada kesihatan anda & tak mustahil boleh menyebabkan kematian mengejut atau penyakit merbahaya. Walau banyak kerja atau banyak masalah yang perlu kita fikir sekalipun.. Kita kena ada jugak ruang untuk berehat. Tak kira la berehat dari bekerja atau memikirkan soal kerja & masalah. Sebab tu orang kata habis kerja jangan bawa balik kerja kat rumah. Tak kira la kerja tu melibatkan kerja berfikir atau kerja melalui perbuatan. Kerja ni selagi hidup memang tak p...

10 AKSI MENJARINGKAN GOL YANG MUNGKIN PEMINAT BOLA SEPAK TAK PERNAH TENGOK

Image
10 AKSI MENJARINGKAN GOL YANG MUNGKIN PEMINAT BOLA SEPAK TAK PERNAH TENGOK . Blog aku kalau ada perlawanan bola nak2 lagi siaran langsung kat TV mesti traffic jadi slow sikit. Aku syak pembaca blog lekatlekit.com ni ramai peminat sukan bola sepak. Walau penulis blog ni memang tak ada nafsu nak tengok orang ramai ramai berebut sebiji bola tengah padang. Tapi aku suka ikuti cerita,berita,isu semasa & macam2 lagi termasuk perkembangan bola sepak tanah air. Bukan sebab minat bola tapi aku minat terhadap isu2 semasa. Benda2 tu bagi aku sumber untuk update blog. Tapi anak dara aku nan sorang ni minat pulak tengok game bola. Memang aku perasan dari dia kecik lagi cuma aku jarang layan minat dia. Kalau dia tertengok.. tengok la. Kalau tak tengok takde makna aku nak remind dia kat TV ada siaran langsung bola sepak. Hahaha.. Satgi berebut channel tv pulak. Sebab aku tak minat bola sepak maka aku memang la tak pernah tahu aksi2 pemain bola sepak nak menjaringkan gol. Bila terbaca satu ...

MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT

Image
MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT . Zaman media sosial katanya.. Kalau tak log in satu hari rasa macam ada sesuatu yang tak siap. Walau tengah kelam kabut, rushing bagai.. tetap sempat update status.. "Rushing nak gi meeting".. " Dah lambat nak jumpa client".. "Tak sempat makan lagi sebab banyak kerja kat opis." Cara depa bagi tau tu seolah olah mengambarkan betapa sibuk & banyak kerja sangat tapi masih sempat log in FB & update status. Ada tu siap selfie letak caption berunsur 'sibuk". Kadang2 terfikir jugak aku.. Sebab aku kalau betul2 sibuk dengan rutin di luar media sosial ni susah sikit nak hadap dunia maya. Memang log out terus la dari sebarang aktiviti online ni. Tu kira betul2 sibuk la tapi kebanyakkan rutin harian aku memang kesibukkan aku kat media sosial. Update blog la.. update status kat FB.. update gambar kat IG. almaklum la.. part time job aku memang la kat media sosial.. Full...