Posts

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA

Image
TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA . Aku rasa sebelum jadi serius elok jugak aku tulis pasal ni. Almaklum dari semalam semakin dok nampak orang share pasal perkara ni. Tak tau la sapa yang mencetuskan perkara ni tapi katanya.. Gelaran anak syurga tu untuk anak anak yang meninggal dunia sebelum akil baligh. Jadi kita yang ada anak masih hidup ni tak elok menggunakan gelaran anak syurga takut jadi satu doa. Tak tau la jadi doa yang mana satu.. Doa anak jadi ahli syurga ke atau doa anak mati sebelum akil baligh? Kalau doa anak jadi ahli syurga kat mana salahnya? Sapa tak nak anak anak dia jadi ahli syurga, ye dak?? Ada ke mak bapak suka anak dia jadi ahli neraka? Kalau ada tak tau la spesis apa mak bapak tu. Kalau kata takut doa anak mati sebelum akil baligh yang ni sangat merepek. Kita sedia maklum ajal maut semua ketentuan Allah.. Jadi adakah dengan memanggil anak dengan gelaran anak syurga buat anak pendek umur? Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Aku tak kata pe...

ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI?

Image
ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI? Kereta normally kalau baru dapat memang tahap dia jaga kereta tu lebih dari dia jaga diri sendiri apatah lagi jaga orang yang dia sayang. Tapi bila lama lama.. Asal boleh start enjin & bergerak ke destinasi dia tuju dah cukup. Kau kepam ke, body kereta sampai dah tak nampak warna asal sebab penuh kotoran degil.. Dalam kereta tahap tandas awam pun dia dah tak kisah. Almaklum la dah lama lenjan sampai lunyai. Dah taknak manja manjakan lagi kereta. Tapi ada spesis yang dari beli sampai 10 tahun guna pun condition kereta still cantik lagi. Dia punya jaga kereta macam jaga hati bakal bini. Tersepak rim kereta dia pun dia punya mengamuk mengalahkan orang cabul bini dia. Tu baru tersepak rim. Tak jejas kat mana2 pun.. malah kesan tapak kasut pun tak melekat dia punya marah macam orang kena histeria. Bayangkan kalau kereta dia tercalar. Tak mustahil ada yang berbirat kena libas dengan viper katanya. Tu baru calar sikit dah berb...

PANAS! VIRAL GADIS GEMPAL KUTUK PRODUK PELANSING BADAN ORANG MELAYU

Image
PANAS! VIRAL GADIS GEMPAL KUTUK PRODUK PELANSING BADAN ORANG MELAYU . Tengah dok jadi viral seorang gadis comel berbadan besar yang memuat naik satu video yang katanya dia tak puas hati dengan satu produk slimming melayu ni. Siap buat laporan polis. Mungkin sebab dia rasa tertipu dengan produk tu. Ok la.. tu hak dia. Kalau dia rasa tertipu dia berhak buat laporan polis & biar polis je siasat samada berasas atau tak tuduhan yang dia buat tu. Yang tu aku tak salahkan dia. Tapi bila tengok video tu sampai habis. Dengar setiap bait kata kata dia yang dok kondem produk melayu rasa nak tergelak pulak. Dia kata sebelum ni dia tak pernah cuba produk melayu. Tapi bila dia cuba satu produk melayu ni dia rasa tertipu. Normally katanya krim pelansing ni panas bagi tujuan membakar lemak tapi krim yang dia beli katanya tak panas langsung. Bila dia tanya pada pengedar tu, pengedar tu kata memang krim tu tak panas so dia mempertikai kalau tak panas macam mana nak bakar lemak kat badan dia. Ya...

UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK

Image
UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK . Kecoh la bini seorang pelakon baru yang kacak terpacak di kutuk haters kaw kaw punya di account instagram pemilik pelakon tersebut. Mungkin dari pandangan mata & nafsu manusia biasa rupa bini pelakon tu bukan kategori wanita cantik tapi yang lelaki tu memang la agak kacak. Maka ramai retis2 berdemo kat post tu cuba mempertahankan isteri kepada pelakon tersebut yang di hina tanpa ada salah kat orang yang menghina dia. Pelakon kacak bersama si Isteri yang menjadi kutukan haters. Bagi aku kutuk fizikal & rupa orang ini agak melampau. Sebab semua tu kurniaan Allah yang kita tak boleh tulis & lukis macam mana nak jadi. Kau boleh lukis muka kau macam mana kau nak? Kalau manusia boleh lukis sendiri wajah dia.. aku rasa ramai yang tak nampak rupa macam manusia. Sekarang ni pun ramai dah mula ubah wajah mereka melalui pembedahan & suntikkan botox bagai.. bayangkan lah kalau kita di beri kuasa menentukan ma...

KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR

Image
KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR . Masa kecik kecik dulu makcik aku selalu momokkan aku dengan hantu kum kum dalam almari. Katanya dalam almari dia ada hantu kum kum. Memang masa tu aku percaya la jugak. Almaklum zaman budak tanpa gadget ni memang mudah percaya dengan cerita dogeng nak2 ada unsur2 seram ni. Bila teringat momokkan makcik aku masa kecik dulu tetiba rasa nak puaka kan blog lekatlekit.com malam ni dengan kisah seram yang melibatkan almari. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Maka malam ni aku nak share dalam segmen seram serik lekat lekit sebuah kisah yang berlaku di sebuah kem. Kem ni katanya terletak jauh di pendalaman di johor. Nak di jadikan sebuah kisah seram untuk tatapan masa depan.. Tempat ni di adakan satu kem motivasi untuk pelajar sekolah. Kat kem tu ada 4 dorm. 2 dorm untuk lelaki & 2 dorm  untuk perempuan. 1 dorm ni boleh muat 12 orang. Dalam 1 dorm ada 6 katil dua tingkat. Jadi memang cukup la 12 katil. Dal...

NANTI DULU! BACA NI SEBELUM MERANCANG PERCUTIAN KE JEPUN

Image
NANTI DULU! BACA NI SEBELUM MERANCANG PERCUTIAN KE JEPUN . Jepun salah satu negara maju yang terkenal dengan kesopanan rakyatnya & antara 10 negara paling bersih di dunia. Orang jepun kalau datang Malaysia memang macam kena kejutan budaya jugak la nak2 lagi kalau masuk tandas awam kat Malaysia boleh jadi mimpi ngeri. Sebab Malaysia antara negara yang mempunyai tandas awam yang paling mengerikan bab kebersihan. Tapi kalau kita ke jepun mungkin kita rasa kalau tak ada tempat penginapan dalam tandas pun boleh bermalam.haahaha.Bersih sampai rasa boleh tidur tanpa was was. hehehe Okayama Castle Jepun bukan sahaja bersih malah tempat tempat dia pun cantik nak nak lagi kalau korang pergi ke jepun pada bulan November. Kenapa November. Bulan2 lain Jepun tak cantik ke? Bukan tak cantik tapi kalau korang ke Jepun pada bulan November korang boleh menikmati Musim luruh di mana pada musim tersebut ramai pelancong dari dalam & luar negara akan melancong ke jepun terutamanya di kawasan ...

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK

Image
BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK . Nama bedak ni sebenarnya panjang. Tapi aku pendekkan kat tajuk entri tu. Kalau ikut nama penuh dia Ronasutra Instant coverage Pressed Mineral foundation. Nama dia je boleh buat sinopsis cerpen katanya jadi bagi yang mungkin confuse baca tajuk tu dah jelas la. Yelah mungkin ada yang masih tak tahu Bedak ronasutra ni dah ada dalam bentuk compact. Sebelum ni kan cuma ada loose powder. Bedak serbuk tu. Ada orang katanya alergik dengan bedak serbuk sebab asyik nak terbersin bila nak apply jadi boleh cuba jenis compact pulak. Cantik cover Pressed Mineral Foundation Ronasutra ni. Nampak bergaya, elegant & mewah katanya. Tapi sebelum cuba mesti ramai nak tahu sejauh mana ia mampu menukarkan wajah hantu kak limah kepada che ta katanya. Sebab nama dia pun ada coverage maka sememangnya dia berfungsi untuk cover & tutup cela di wajah. Almaklum la.. kalau aku ni yang bekas jurujerawat baru resign kesan kesan peningg...